Kejadian anak melawan cakap ibubapa adalah perkara biasa,anak tidak mahu dengar nasihat ibubapa adalah perkara biasa,anak tidak mahu jengok ibubapanya di kampung perkara biasa,anak yang memaki hamun ibubapa adalah perkara biasa ,anak yang memhambakan ibu adalah perkara biasa,malah anak yang memukul ibubapa juga sudah jadi perkara biasa.
Yang luarbiasa pada hari ini ialah anak yang taat,patuh serta menghormati ibubapa.
Saya pernah terjumpa bagaimana seorang ibu yang berusia 75 tahun telah di singkirkan oleh anaknya dari rumahnya sendiri kerana anaknya mahu menjual rumah yang menjadi pelindung mereka dari kecil hingga mereka dewasa dan bekeluarga.Si anak mahu membesarkan perniagaanya,tapi modal tidak cukup,maka tanah yang sekakang kera yang menjadi harta ibunya pun anaknya mahu ambil.Bila ibunya tidak ada rumah untuk di jadikan tempat tinggal,maka pada peringkat awalnya ibu di bawa duduk bersama dengan keluarganya,Bila ibu sudah mula yanyuk,ibu membebel,melatah dan buang air sudah tidak tentu arah,maka isterinya mulah bosan dan cucunya mulalah pandang jijik pada neneknya.Akhirnya si ibu di hantar ke rumah orang tua tua,manakala si anak buat pengakuan bahawa dia sudah tidak punya ibu lagi di dunia ini.Perniagaan si anak sangat maju dan berjaya,tapi ibu sangat menderita kerana anak yang di kandungya 9 bulan,di beri pelajaran,diasuh dengan berjaya tapi akhirnya semua pengorbanya tidak sedikitpun di hargai oleh anaknya.Tapi si Ibu tidak tetap ingatkan anaknya, Ibu berdoa siang malam supaya satu hari nanti anaknya akan datang menjengoknya walaupun seketika,tanpa di duga doa ibu di makbulkan.Anak datang menemui ibunya di rumah orang orang tua dengan esakan dan tangisan kerana peniagaanya sudah tidak dapat diselamatkan, ditipu dan dianiya.Pada ketika itu ibu sudah tidak ada harta lagi untuk membantu anaknya,tapi ibu terus juga berdoa "Ya Allah selamatkanlah anaku dari segala musibah" itulah ibu.
Perkara yang mendapat balasan Allah dengan segera seperti dalam hadis Nabi
"Setiap dosa mungkin di tangguhkan seksaanya sesuai kehendak Allah sampai hari kiamat,kecuali dosa terhadap ibubapa"
Dalam hadis Nabi "Malah segala amal ibadah akan jadi sia sia dan tidak di terima oleh Allah dengan tiga perkara tersebut ialah
- Meyekutukan Allah
- Menentang kedua Ibubapa
- Melarikan diri dari medan perang.
1 Orang yang minum arak
2 Pemakan riba
3 Pemakan harta anak yatim
4 Orang yang tidak suka orang tuanya (Ibubapanya)
Ibubapa harus memberi ingatan dan teguran serta didik anak anak dengan ilmu agama serta elakan anak anak dari bercampur gaul dengan orang orang yang rosak akhlaknya serta hadkan masa anak anak dengan teknologi yang membuat anak lalai dan leka, ibubapa mesti sentiasa mendampingi anak anak serta berilah anak anda makanan yang halal, kerana makanan yg haram dan subahat itu adalah hijab (penghalang) dari anak untuk mendengar kata kata dan nasihat dari ibubapa.
No comments:
Post a Comment