Monday, March 2, 2009

Punca Keganasan Pelajar.

Saban hari kita di dedahkan dengan pelajar pelajar "membuli" pelajar.Seram sejuk bila tengok episod bagaimana pelaja pelajar secara ramai ramai membuli seorang pelajar dengan mengunakan kekuatan tenaga mudanya seperti menendang,meyepak,melempang,
menumbuk,menyiku,melepuk dan berbagai lagi cara
bulian yang di pratikan.

Aduh...betapa sakitnya kawan yang kena buli.apa kata yang kena buli itu anak kita?kenapalah perkara ini boleh terjadi di kalangan pelajar pelajar di sekolah? apakah sistem pembelajaran telah membeku perikemanusiaan di dalam jiwa manusia?.Saya ingin berkongsi pengalaman ini bersama dengan para ibubapa semua.Dua tahun lepas saya sering menghantar anak lelaki saya kesekolah (jemput dan hantar).Bila waktu pagi saya lihat ramai ibubapa terburu untuk pergi kerja,lalu membekalkan wang saku yg banyak untuk anak ke sekolah,anak anak yg di bekalkan dgn duit saku yg banyak ini mulalah "panjang akal" untuk ponteng kelas pergi ke internet,lepak lepak dgn kawan dan ada juga kawan akan "peras ugut" pelajar yg bawa duit lebih ini.Maka dari retetan beginilah tanpa ibubapa ketahuai anaknya sudah mula membuat perkara yg ibubapa sendiri tidak tahu.Akhirnya akan berlakulah perkara yang menglibatan "kejahatan di waktu remaja".iaitu hisap rokok, buli,lepak,peras ugut,
pergaulan bebas,bertukar pan driver CD yg mengandungi filem filem lucah dan ganas
.

Apakah ibubapa cam yang anaknya terlibat?Bila waktu balik sekolah pula ibubapa selalu sahaja memesan pada anak anak bahawa mereka kena balik sendiri kerana ayah dan ibu tidak dapat jemput,kemudian di bekalkan dengan duit yg lebih supaya makan saja di luar,bila perkara sudah jadi satu rutin maka banyaklah kegiatan anak anak yg ibubapa tidak tahu.

Bila anak anak tinggal di rumah pula ibubapa jangan terkejut dengan pengetahuaan mereka tentang adegan sex,semunya sudah tersedia di depan mata mereka VCD,astro,internet dan berbagai lagi,siapa yang mahu menghalang mereka.Oleh itu ibubapa mestilah mengubah cara berfikir dan agenda harian untuk membentuk insan yang bernama anak supaya anak anak kita tidak termasuk didalam golongan anak anak yg rosak peribadinya.Antara peribadi yang tidak baik ini ialah "membuli" kerana membuli ini adalah semangat remaja yg harus di alihkan kepada latihan "pembentukan rohani" iaitu belas kasihan,perikemanusiaan,
timbangrasa,tolong menolong,bekerja kuat,rajin belajar atau dalam istilah lain "berjiwa baik"
biasakan anak anak ke tempat ibadah supaya hati dan perasaan mereka akan tersentuh dengan "amal ibadah".

No comments:

Post a Comment