Sunday, March 15, 2009

Bangau ooo bangau

Foto : Ziarah kami setiap 3 minggu, bertemu dengan anak anak org asli di Balairaya Kg Merbau.

Bangau ooo bangau, kenapa kau kurus
Macamana aku tak kurus
Ikan tak timbul timbul 2x
Ikan ooo ikan, kenapa kau tak timbul
Macamana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Rumput ooo rumput, kenapa panjang sangat
Macamana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku 2x
Kerbau ooo kerbau kenapa tak makan rumput
Macamana aku nak makan
Perut aku sakit2x
Perut ooo perut kenapa kau sakit
Macamana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x
Nasi ooo nasi, kenapa engkau mentah
Macamana aku tak mentah
Kayu api basah 2x
Kayu ooo kayu, kenapa engkau basah
Macamana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x
Hujan ooo hujan, kenapa kau turun
Macamana aku tak turun
Katak panggil aku 2x
Katak ooo katak, kenapa kau panggil hujan
Macamana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x
Ular ooo ular, kenapa nak makan katak
Macamana aku tak makan
Memang makanan aku 2x

Inilah lagu tradisi yg sering saya nyanyikan sewaktu kecil dulubersama kawan-kawan bila bermain. Lagu ini memang sedap didengar dan liriknya pun memang bagus, siapalah yg mencipta lagu ini? Tapi lagu ini ada juga kaitan dengan kita sekarang ini. Lagu ini saya ingin ubah seni katanya supaya lebih menarik...
Foto :Sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan surau Orang Asli, Kg Merbau.

Begini

Orang asli ooo orang asli kenapa engkau murtad.

Bagaimana aku tak murtad, org tak peduli aku.

Orang ooo orang kenapa tak peduli orang asli.

Bagaimana nak peduli, sebab aku bukan pendakwah.

Pendakwah ooo pendakwah kenapa tak ajar orang asli.

Bagaiamana aku nak ajar, kerja tak ada gaji.

Orang ooo orang tolong lah tengok nasib pendakwah ini.

Bagaimana kami nak tengok, kami pun tak cukup duit.

Duit ooo duit kenapa tak cukup cukup.

Bagaimana nak cukup, sebab banyak barang mahu beli.

Barang ooo barang kenapa banyaknya bermacam macam

Macamana tidak banyak, Kami buatan orang.

Orang ooo orang kenapa buat barang banyak sangat.

Kerana memang itulah kehendak orang juga
.


Foto : Sukarelawan sedang bersarapan sebelum bergotong royong di kedai abang Burn di Kg Merbau


Beginilah sikap orang yang sering salah- menyalahi antara satu sama lain dan saya telah pun mencari punca kenapa orang asli di kampung Merbau ini mutad 99% setelah 12 tahun dulu di Islam kan. Salahnya pada kita juga yg mendakwahkan mereka pada peringkat awal dulu. Tidak meyediakan orang untuk mengajar mereka hingga mereka faham pada Islam dengan semantapnya.

Hari ini kami mahu mengungkaikan kekusutan itu dengan mengajak orang ramai yang rasa mahu menjadi sebagai COBRA mengaku akan kesilapan sendiri. Sekarang marilah kita berdakwah dan teruskan usaha murni dengan memberi sumbangan idea, tenaga, masa, kewangan untuk membawa mereka kembali ke agama Islam yg murni ini.

Semalam kami ziarah lagi ke kampung Merbau, rutin 3 minggu sekali untuk misi dakwah ini. Memanglah banyak kerja lain yg perlu kami bereskan, tapi kami dahulukan tugasan ini dengan membawa beberapa orang anak muda yang berjiwa gelora untuk misi dakwah ini. Iya ! memang sukar, tempat tidur pun di surau sahaja, makan pun ala kadar sahaja, masa pula terhad. Itu bukankan penghalang , kerja dakwah ini memang kerja susah dan menyusahkan diri sendiri. Tapi itu adalah kerja yang sangat murni, mulia dan iklas sebab mengajak orang yg terpesong ke jalan yang benar, InsyaAllah

Foto : Selepas gotong royong BBQ ubi kayu,sedap makan ubi kayu bakar.

OK program Misi Dakwah ini akan di adakan pada 29 mac hingga 12hb April 09 di Kg Merbau di atas tujuan dakwah.Siapa berminat bolehlah join kami!!

No comments:

Post a Comment