Cerita lagenda Si Tanggang,Maling Kudang atau Juraij adalah antara kisah satu "kederhakaan" seorang anak kepada ibunya.Apakah anak anak sekarang sudah termasuk di dalam golongan kisah tauladan ini.Seorang anak jangan jadi seperti "kacang lupakan kulit" . Siapalah kita kalau bukan kerana seorang wanita yang bernama ibu dan kita tidak akan ujud di dunia ini kalau bukan kerana seorang yg bergelar Ibu,Mama,
Mak,Ummi atau apa apa sahaja yg layak untuk orang melahirkan kita.Insan yg bernama Ibu adalah insan yang hebat,mulia dan gigih walaupun siapa ibu kita.
Anak anak tidak boleh mempertikaikan siapakah ibunya samada tukang sapu,perdana menteri atau pelacur sekalipun.Status ibu adalah satu anugerah yg telah beri pada wanita.
Lelaki tidak mampu untuk menjadi seorang Ibu, tapi seorang wanita mampu untuk menjadi seorang bapa dengan kegigihanya mencari nafkah,mengasuh dan mendidik.
Bilakah kegembiraan wanita dpt di rasa apabila setelah bergelar isteri?
Bila seorang wanita di sahkan hamil maka akan tergambarlah satu kegembiraan di wajahnya,
setiap hari bertukar minggu bertambah bulan ibu akan menunggu satu kelahiran putera atau puterinya dengan sabar.Kadang kadang ibu alah dengan perubahan selera,hormon badan,
pening, mual dan berubahan mendadak pada tubuh badannya satu ketika dulu ramping dan menarik.
Tapi itu tidak memberi kesan pada wanita yg gembira untuk menjadi Ibu.Bila saat untuk melahirkan, Anak yang di kandung selama sembilan bulan sepuloh hari untuk di lahirkan maka waktu ini ibu akan tertarung dengan nyawanya sendiri.Malah di saat untuk melahirkan anak hanya dua perkara sahaja yg di ingat iaitu kesakitan dengan maut menjemput atau anak di lahirkan dan di harap dirinya akan selamat juga dengan izin Allah.
Kelahiran adalah satu proses kematian yg mana semua para ibu sudah sedia untuk
menerimanya.Kerana kesakitanya meyentap seluruh urat saraf, mengigil kesakitan dan meyerahkan seluruh tubuh untuk di perlakukan apa sahaja oleh bidan untuk keselamatan seorang "anak"Setiap kali proses kesakitan hampir kelahiran nafas yang di hembus adalah hembusan nafas terakhir, jika nafas dapat di sedut kembali adalah nafas untuk nyawa kedua begitulah azabnya seorang ibu melahirkan seorang manusia yg bernama anak.
Bila kelahiran anak selamat ibu dalam keadaan yg sangat letih tapi mampu tersenyum pada anaknya, setiap hati kecil ibu akan mengucap syukur di atas keselamatan anaknya.Tugas pemulihan tubuh ibu tidak habis di situ.dalam tempoh yg lama (pantang) ibu gigih menjalaninya.
Begitu juga dalam tempoh menyusukan anak.Sekarang bila anak bila menginjak usianya dari bayi ke kanak kanak dari kanak kanak ke remaja dan belia dan sehinggalah seterusnya.Tapi anak tidak dapat memusingkan ingatanya untuk seorang yg bernama Ibu.
Pada hari ini kebanyakan anak anak telah meletakan orang yg bernama Ibu di dapur sebagai tukang masaknya, atau sebagai seorang pengasuh untuk anak anaknya dan yg lebih malang lagi anak telah meletakan Ibunya di rumah yg tidak layak untuk ibunya iaitu rumah orang tua tua.
No comments:
Post a Comment