Friday, March 27, 2009

Ghairah


Foto : Indahnya pada hari perkhawain.

Berkhawin...cari dulu pasangan yg baik baik,yg sesuai, yg berimam,yg tahu tanggungjawab. Tapi bukanlah memiliki keseluruhan kesempurnaan itu.Selalunya kalau terlalu memikir mahukan sesuatu itu tanpa memikir apa di sebaliknya itupun akan menyusah juga. Khawin hanya satu istilah yg manisnya di bibir bila meyebut, cuba anda sebut khawin, org muka tengah masam pun akan senyum simpul bila sebut pasal khawin terutama orang lelaki yg dah ganjut pun teringin nak khawin dgn anak gadis 15 tahun (kalau dapat) begitu jugalah kalau anak gadis yg sedang menginjak usia yg sepatutnya sudah berumahtangga, tapi masih ada yg perlu di buru dulu (belajar). Mahukah kita nanti khawin dengan orang yg asalnya kita suka tapi bila dah khawin kita meyesal? banyak berlaku pada hari ini begitulah. Bercinta bagai nak rak, khawin majlis besar besar heboh satu Malaysia, bila dah serumah..."berantakan" dan belang masing masing pun timbul.yg perempuannya mulalah nampak kurangnya,yg suaminya mula tunjuk belang bengis,kedekut,malas urus diri dan penting kerja sahaja akhirnya...khawin pun tinggal jenama sahaja.
Foto: Kejar cita cita dulu,jangan kejar CINTA
Oleh itu untuk memburu jodoh itu bukanlah teletak pada emosi.Khawin adalah percaturan atau seperti main dam nasib baik menang. Nasib tak baik terima ajelah.. oleh itu khawin tu jangan di buru buru mengejarnya.

Ingat! mahu khawin siapa pilih siapa? siapa suka siapa? kalau setakat cakap cakap "ei..awak cantiklah saya suka kat awak"itu bukanla ramuan untuk membawa bahagia.Orang zaman dulu pilihanya di tangan ibubapa atau boleh juga pilih sendiri cari yg serasi dengan kekurangan kita,bukan kelebihan kita, sebab kelebihan kita boleh buat atau tokok tambah.Lelaki & perempuan hari ini banyak gagal dlm rumah tangga bukan pada usia di awal perkhawinan,tapi yg sudah beranak pinak.Kaum wanita selalunya akan rasa sangat menderita kalau orang lekaki itu kaki pukul.Kesian tubuh badan jadi bola sepak terajang bila suami dlm keadaan marah.Lelaki pula akan menderita kalau isterinya tidak mahu berkongsi kesusahan dgnya kerana lelaki ini memiliki 1 nafsu 9 akal jadi untuk mengcukupkan qota akalnya jadi 10 iaitu kerjasama dan timbangrasa atau tolong bantunya.

Maka rumahtangga akan bahagialah.Oleh itu khawin itu tidak perlu di buru buru. Malu kerana murahnya perempuan itu bila mepamirkan apa yg tersirat di hatinya dan malunya lelaki itu bila tidak gentleman malu meluahkan rasa dan hasrat.

Foto : Hanya hiasan sahaja .Dari mata turun kehati

No comments:

Post a Comment