Wednesday, March 25, 2009

Bapa Nik Nor Madihah

Foto : Madihah bersama dengan Ibunya Mariyani Omar,sumber inspirasi Madihah

Keputusan SPM tahun 2008 telah meyaksikan Adik Nik Nor Madihah Nik Mohd Kamal iaitu anak kepada seorang nelayan telah mendapat 20A . Saya telah menjengah seketika ke rumah Nik Mohd Kamal dan keluarga di Kg Parang Puting,Pengkalan Chepa Kelantan.Kebetulan pada masa ketibaan kami ayah Nik Nor Madihah keluar sebentar, kami di sambut oleh Ibunya Puan Mariyani Omar dgn mesra sekali.Kami berbual bermacam macam topik serta menyatakan hasrat bertemu dgn Madihah. Sesungguhnya pelajar yg cerdik ini adalah seorang anak yg sangat baik,berbudi bahasa dan bersopan santun.Madihah adalah seorang beryakin tinggi,malah dia mampu membuat keputusan dgn baik.Madihah tidak malu dengan kemiskinan keluarganya.Rumah yg di dudukinya boleh di katakan daif iaitu terletak di penempatan kampong nelayan.Tidaklah terlalu sukar untuk mencarinya rumahnya kerana bila di tanya di mana rumah Nik Nor Madihah pelajar yg cerdik, semua org kenal.Sejurus selepas kami bersembang sembang maka ayah Madihah pun sampai.Iaitu Nik Mohd kamal Husin yg berusia 41 tahun. adalah seorang bapa bertanggungjawab dan berhemah.Percakapanya banyak berfalsafah.Ini menunjukan bahawa sebahagian kepintaran Madihah adalah di waris juga dari bapanya. Di antara cita cita Nik Mohd Kamal untuk anak anaknya ialah menjadi orang "cerdik",beliau tidak mahu anak anaknya menanam cita cita terlalu awal iaitu seperti menjadi doktor, guru atau apalah sahaja. Dia memberi perangsang pada anak anaknya yang seramai
4 orang itu ialah mesti menjadi seorang cerdik. Kalau cerdik maka semua pekerjaan kita boleh buat. Itulah ayah Nik Nor Madihah iaitu bapa kepada
Foto : Nik Mohd Kamal ada persamaan dengan Nik Nor Madihah
  • Nik Nor Madihah 18 tahun
  • Nik Nur Muhamad Saifullah 16 thn yg berlajar di SMT Bachok Kelantan
  • Nik Mohd Fajarul Syawal 15 thn di SM Bandar Salak Tinggi,Selangor
  • Nik Nor ain Amirah 11 thn di SK Parang Puting.
Antara petua Nik Mohd Kamal didalam mendidik anak anaknya ialah memberi makanan yg halal iaitu dengan usaha dan titik peluhnya sendiri. Memanglah keluarganya sentiasa kekurangan makanan. Mereka tidak pernah makan secara berlebihan dan mewah kerana makan seperti itu bukan caranya kerana mereka adalah golongan orang miskin dan makan hanya sekadar sahaja. Malah Madihah sendiri sentiasa mengumpul wang belanja sekolahnya untuk membeli buku sekolah dan dia terpaksa mengikat perutnya demi untuk buku. Saya rasa terusik juga bila Madihah memberitahu dia sangat suka membaca buku, dia sentiasa meminjam buku kawan kawanya kerana dia tidak mampu untuk memilikinya.









Foto : Bersama dengan Nizam, Nik Mohd Kamal,Ibunya Puan Mariyani,Nik Nor Madihah dan saya

No comments:

Post a Comment