Friday, July 31, 2009

RAMADAN TIBA LAGI

Foto : RAMADAN TIBA LAGI ke tangan anda dengan wajah yg menarik dan isinya padat, penuh dengan panduan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Santapan untuk minda anda.
Marhaban ya Ramadan


Hari ini 10 Syaaban, bermakna 20 hari lagi RAMADAN TIBA LAGI. Betapa seronoknya menyambut puasa. Saya rasa hampir 80% umat Islam akan menunaikan ibadah puasa ini. Yg 20% tu tak puasa ke? yang 20 % adalah orang ingkar dgn perintah Allah, mereka ni tak larat nak puasa, memandang rengan dgn ibadah puasa, banyak gangguan (tidak tahan nafsu) dan tak tau yang puasa itu wajib. Pada bulan puasa tahun lepas saya balik kampung, ada tiga orang lelaki yang berusia antara 25 -30 thn mungkin juga jiran kami . Mereka datang kerumah kami di kampung.Dari jauh saya tengok dia menjinjing beg plastik warna merah, pas tu dia dia duduk kat pangkal pokok dan buka beg plastik, rupanya dia membuka bungkusan nasi goreng dan air teh O, mereka duduk mengadap gadap makan tiga orang untuk melahap makanan itu dengan rasa serba salah. Bila kami lalu dekat dia maka dia pun kata " maaf ye, kami ni tak larat nak puasa sebab dari tadi noreh getah, lapar dan malam tadi tak sempat nak sahur" Ini baru satu alasan yang kita dengar, ramai lagi tak mampu nak puasa. Kalau di kedai mamak tu, anda boleh lihat budak budak muda yang selamba aje makan. Entahlah apa nak jadi..

Untuk ramadan kali ini saya dengan daya usaha ingin mengemas kinikan puasa dan menjadikan puasa tahun ini adalah puasa yang terbaik. Bagaimana untuk menjadikan puasa tahun ini yang terbaik? Ye saya dan Ustaz Wan Noh Wan Hamat iaitu seorang penceramah yang berkelibar dan guru kemahiran Al Quran yang terkenal serta panel hakim dalam tilawah al Quran di peringkat negeri dan antarabangsa telah menulis buku yang sangat menarik dan hebat untuk panduan umat Islam di bulan Ramadan ini. Buku yang banyak mengandungi berbagai panduan, adat , adab serta amalan untuk orang orang yang berpuasa . Dengan lahirnya buku yang seperti ini adalah menjadi panduan untuk semua golongan.

Buku ini yang di terbitkan oleh Yamani Angel akan berada di pasaran tidak lama lagi.Antara tajuk yang menarik ialah bagaiamana untuk anda melaksana tadarus. Ustaz Wan Noh yang telah berkecimpung dlm bidang al Quran sebagai guru kemahiran telah mencurahkan ilmunya bagaimana beliau telah melaksana banyak tadarus dan menjadi pembimbing utama didalam majlis khtam al Quran pada setiap ramadan.

Begitu juga dengan tajuk Imarah dari masjid ke masjid iaitu bagaimana anda akan menjelajah di empat negara Islam iaitu Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia untuk melihat masjid masjid yang bersejarah.
Dan didalam Buku yang berbentuk majjalah ini terdapat 32 resepi untuk berbuka, moreh dan sahur.Buku ini adalah di dalam versi yang sangat indah, menarik serta berwarna warni . Semua orang mesti memiliki RAMADAN TIBA LAGI ini untuk melengkap juadah untuk minda mereka di bulan yang mulia ini.

Insya Allah

WABAK BAHAYA

Foto : Jannah dengan Abuyanya

Ummu Jannah demam, ambil dia kat sekolah pagi tadi , malam tadi dia dah demam, sakit dada dan batuk batuk serta badan panas, tapi dia tetap juga masuk kelas , pagi tadi kawanya talipon kata Jannah demam. Dlm kelas dia seramai 21 org pelajar demam dan sampai cikgu dah tak larat nak bawa anak muridnya pergi klinik. Ada beberapa orang pelajar positif demam H1N1. Saya harap Jaannah demam biasa ajelah.

Saya kasian kat Jannah kalau kena demam selesama babi. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Jannah ni kalau sakit tak pernah nak cakap yg dia sakit. Maka kalau dia sakit saya yang stress kerana dia kuat menahan sakit.

Masa usianya 2 thn dulu masuk hospital Sg Buloh kerana demam malaria 10 hari duduk kat hospital , kemudian hantar hospital besar KL 6 hari pula kat sana. Dia diam aje dan dia kan menangis kalau di ambil darah.

Masa usianya 10 thn sekali lagi demam panas dia di masuk ke hospital Kajang 7 hari. ,Jannah ini sakitnya tak mau beritahu sakit kat mana, kalau tanya pun dia kata "OK". Tapi tadi dia kata kepalanya panas sangat sampai dia mengigil. Dan saya tengok tanganya kejang sekejap.

Saya tahu Jannah memang menahan sakit. Saya tidak mahu tengok Jannah sakit kerana dia ada asma dari kecil dan saya tahu Jannah kuat menahanya. Yang tak kuat adalah saya menengoknya.

Semoga Jannah cepat sembuh dan boleh balik ke sekolah cepat.

Wednesday, July 29, 2009

Peyakit Anda

Foto : Orang miskin jarang menghadapi "stress" kerana mereka sering meluangkan minda mereka dgn aktiviti sosial

Hari ini setiap hari orang akan berkata tentang "stress" bahaya peyakit ni, lebih bahaya dari H1N1, mana tidaknya orang yg stress ni kadangkala boleh membawa kepada minda yang tak power. Asyik pikir diri sendiri, pikir hal orang dan pikir masaalah aje. Maka kalau anda dah berusia 40 thn maka dik sebabkan stress muka anda akan jadi 60 thn.

Ahh jangan buat main kalau orang stress ni. Satu lagi orang stress ni mudah sangat menangis, dan hati jadi tersentuh. Kalau menangis kenang dosa atau kurang ibadat tak ape, ni kenangkan diri rasa tak berguna. Selalu je ingat orang cakap pasal dia, padahal orang tak tau pun siapa dia dan dia jadi begini adalah kerana sebab sesuatu perkara.

Penyakit yang paling senang di hinggap oleh orang stress ini ialah strok. Ok cuba anda lihat pada diri anda ada ke perkara berikut

1 Kesedihan yg berterusan atau kemuraman yg lebih dari 2 minggu
2 Kehilangan minat dan keseronokan dalam aktiviti harian
3 Kurang motivasi dan susah mahu buat keputusan dlm sesuatu perkara
4 Keletihan yang amat sangat
5 Susah nak menumpukan perhatian pada sesuatu perkara
6 Gangguan daya ingatan
7 Kegelisahan dan keresahan
8 Kurang atau bertambah selera makan termasuklah berat badan
9 Suka tidur berlebihan
10 Kurang mesra
11 Tiada keyakinan diri
12 Rasa bersalah dan rasa diri tak berguna
13 Bila bangun pagi rasa malas dan lesu hinggakan nak solat subuh pun susah dan lewat
14Dan yg paling menakutkan ada perasaan ingin mati atau bunuh diri dan jika sampai peringkat ini anda perlu dibantu.


Foto : Stress tu bukanya penat badan cari makan, tapi penat minda memikir kekayaan, kemewahan,kesenangan dan memikirkan nak jatuhkan orang.

Dan anda kena tahu juga kenapa anda jadi begitu

1 Cuba tengok keturunan ada ke seperti perkara diatas
2 Ada peristiwa dlm hidup anda yg menekan perasaan
3 Kurang sokongan sosial (Bergaul)
4 Diri anda mungkin ada peyakit
5 Mungkin peribadi anda yang tidak sihat seperti ada sikap dendam atau marah pada seseorang yang tidak kesudahan
6 peyakit ini senang hinggap pada kebanyakan wanita dan kalau lelaki kena lagi parah.
7 Remaja juga menghadapinya bila mereka ada perubahan pada hormon badanya
8 Orang tua yg kena peyakit "stress" ini akan akan selalu dapat peyakit kronik seperti hilang ingatan, kurang mesra dgn keluarga, menjauhkan diri dari teman, dan strok.


Foto : Remaja sekarang jadi permainan dalam komputer dan handphone sebagai teman penghilang "Stress"

Jadi bagaimana nak hilang stress ni? Senang aje. Jangan hasad dengki kat orang,jangan ada dendam kesumat dan jangan bermuka muka. Ni ada cerita org suka bermuka muka. Orang yg begini lagi cepat kena "stress" sebab apa? kerana dia selalu tidak berani dgn apa yang hendak disampaikan dan dia cuba cari orang lain untuk nyampaikan hasratnya dan sehingga dia akan mendapat peyakit "stress". Kalau orang begini untuk dapat peyakit stress lagi cepat, kerana dia memendam satu masaalah besar dalm hatinya. Haa hati hati tau, anda jangan jadi seperti begini, luahkan dan cakap yg sebenarnya. Kerana hati kita milik kita dan kita bebas untuk berkata dan menyampaikan jangan sampai anda kena "strok"

Tuesday, July 28, 2009

Ya Allah Rahmati kami

Foto : Ini orang yang bernama Salman al Farisi.Meyapu sampah kat Surau orang Asli di Kg Merbau.

Tadi anak saya dari Kuantan call, dia suruh saya call balik,. saya kata "tunggu jap, mak ada hal", selepas habis urusan saya maka saya call dia, lama baru dia angkat dan saya tengok SMS darinya, tapi saya call juga, saya tanya dia " bang cik nak apa? nak duit ke?" " tak, kita nak minta mak doakan kita, sebab sekejap lagi kita ada ujian lisan BM, BI,BA,P.Q.S" "Ok sayang, mak doakan yang terbaik buat bang cik, tapi bang cik jawap betul betul ye" "OK, bye mak"

Maka dalam perjalanan balik ke pejabat saya di Jalan Reko saya singgah sebentar di Masjid Jamek Pekan Kajang dan saya solat Dhuha dan solat sunat untuk bang cik dan juga untuk putera puteri saya yang tersayang yang berada di mana jua.

Foto : Inilah rupanya budak budak yang baik, kadangkala tu boleh tahan juga perangai mereka nakalnya. Bertudung merah Ummu Sakinah kini berusia 21 thn,bertudung hitam Ummu Solehah berumur 23 thn, yang pakai kopiah tu Mohd Thoriq berusia 22 yang pakai T-Shirt putih tu Awang berusia 20 thn, yang berbaju biru Salman al Farisi berusia 18 thn dan budak perempuan yg tak bertudung tu Ummu Jannah berusia 14 thn (Tiada dalam gambar ni Ammar yang berusia 15 thn)

Maka dalam hal begini saya kadang kadang terfikir juga, bahawa anak yang sedikit degil dan tak tau duduk diam seperti Salman ni dia mempunyai minda yang sangat kretif dan berdaya fikir yang tinggi dan ingatan yang smart. Seingat saya setiap kali dia nak pekse dia akan SMS dan call saya untuk minta doakanya. Dan setiap kali dia minta doa saya tak akan hampkanya dan saya usahakan untuk cari surau, masjid atau di rumah sekalipun saya akan solat sunat 2 rakaat untuknya dan saya sebut namanya dan saya minta pada Allah agar setiap apa yang Salman lakukan akan di rahmati dan di berkati oleh Allah.

Sebenarnya ikatan "doa" antara insan yang mempunyai pertalian darah yang kukuh itu adalah satu perkara yang tidak boleh di sangkal oleh sesiapa pun, terutama insan yg bergelar "IBU". Jika seorang ibu mahukan anaknya jadi soleh dan solehah apalah salahnya kita doakanya dan sebut namanya dan bila bertemu denganya kita belai kepalanya dan cium ubun ubun dan tepok bahunya dan pandang wajahnya.

Seorang insan yang bernama IBU jangan sekali kali menampakan satu keperibadian yang jelek di depan anak anak seperti memaki hamun orang, mencemuh orang dan menghalau orang. Saya teringat sebuah kisah bagaimana seorang bapa telah menghalau seorang pekerjanya yang salah membuat kerja di depan anak anaknya, bila anaknya besar akhirnya sikap bapa itu telah di warisi oleh anaknya itu dengan menghalau orang gajinya dari rumah dengan caci maki.

Seorang ibu mestilah memiliki keperibadian yang indah dan jangan suka bermuka muka. Kalau Ibunya hebat dan tabah anak anak akan sering memperkata tentang ibunya dan dia meletakan ibunya sebagai ratu di hatinya, baginya ibu adalah pelengkap kehidupan dan penguat semangat dalam hidupnya.

Oleh itu orang yang bernama ibu mesti bersifat "hebat" seperti Ibu saya Midah bte Awang dan Temah binti Melah. Inilah insan yang paling hebat yang pernah saya temui. Tiada gusar di hatinya dan tiada resah di wajahnya di dalam mendidik anak anaknya.

Doaku buat Salman Al Farisi, Jadilah orang beriman, bertakwa dan beramal. Jadilah insan yang berilmu dan matang dalam menempuh sebuah kehidupan. Selamat maju jaya!

Monday, July 27, 2009

ORANG YG DI LAKNAT

Foto : Rukun Islam yang ke 5, mengerja Haji

Saya selalu berangan angan kalau ada rezeki nak bina masjid dulu sebelum buat rumah. Dan kalau ada rezeki juga kalau buat rumah biarlah bersebelah dengan masjid. Tak kiralah besar mana pun asalkan dapat nama masjid. Mungkin kah itu berlaku? tak tau lah rezeki tu Allah yg beri.

Walau apa pun saya banyak meninjau tentang perkembangan masjid yang berselerak di bumi Allah ini. Tadi saya solat zohor di sebuah masjid yg besar, tak sampai satu saf, ya Allah manalah perginya umat Islam di waktu begini, bekerja kah? tidurkah? lepak kah? atau tak ingat nak sembahyang.

Kalau mengikut kiraan yang saya buat di Indonesia ada 750,000 buah majid (Tujuh Ratus Lima Puloh Ribu buah masjid) masyaAllah banyaknya. Manakala di Malaysia pula ada 5000 buah (Lima Ribu buah masjid), di Singapore pula ada 64 buah (Enam Puloh Empat buah) masjid, di Brunei pula ada 112 buah masjid (Seratus dua belas buah )masjid . Itu belum masuk surau atau madrasah lagi. Kalau nak ikutkan banyaknya masjid ni, kenapalah orang Islam takut sangat nak jejak kaki kat masjid untuk solat atau untuk beritikaf.

Saya pernah ke Pahang dan singgah satu masjid di tepi jalan waktu zohor juga, yg solatnya hanya 3 orang sahaja.



Ini kisah di Acheh pula,saya sering beberapa kali solat di Masjid Baiturahman di Acheh. Saya rasa sangat teruja dengan penekanan solat dari usia muda ini. Bila azan sahaja org yg berniaga di pasar, org sedang berjalan semuanya akan berhenti sebentar untuk menunaikan solat. Kanak kanak yg mengikut ibubapa atau kanak kanak yang bekeliaran di sekitar masjid itu di panggil solat oleh seorang AJK masjid itu. AJK tu dia memegang rotan.


Foto : Ini Surau di Brunei.

Maka kanak kanak yg di panggil tu berlarianlah masuk ke saf untuk solat di tempat yg di tetapkan.Lalu di barisnya kanak kanak yg berusia 12 tahun kebawah itu dengan sebaiknya dan bila takbir sahaja di latihnya anak anak itu mengikut imam. Kalau ada yang main main akan di rotanya punggung budak tersebut dan dia membetulkan setiap pergerakan solat kanak kanak itu. Bila habis sahaja solat anak anak tu tak berani nak bangun sebab takut di lepok dgn rotan. Bila habis solat semua anak anak itu di ajarnya bersalaman sesama teman teman. Ya Allah betapa indahnya ajaran Islam ini jika di pratikan sedari kecil. Maka bila sudah besar mereka senang sekali untuk mengerjakan solat.

Ini pula kisah saya di kariah saya. Saya pernah ajak seorang peserta kem saya solat, dia mengelak gelak. Saya tahu dia bukan uzur, tapi dia tak mau solat walaupun umurnya dah 16 thn. Akhirnya satu hari saya dah hilang sabar saya ajak dia masuk bilik air dan nak pastikan bahawa dia tak solat tu bukan sebab uzur atau mungkin ada sebab lain. Rupanya dia buat pengakuan bahawa selama usianya dia tak pernah solat kerana kedua ibubapanya pun tak solat dan dia tak tau bagaimana nak berwudhu, dan bila di tanya lagi dia tak pernah mandi hadas besar.

Sekarang ni anda cuba tanya berapa ramai mak bapak yg ajar anak mereka mandi hadas besar? dan berapa ramai mak bapak yg ajar anak mereka solat? Mak bapak hari ini sangat takut kalau anaknya tak pas pekse, Mereka sanggup berhabis duit hantar anak tiusyen siang malam, tapi bila bab solat mereka akan abaikan dan bila anak dah besar maka jangan salahkan anak jika mereka jadi penderhaka, atau perasuah atau tahi judi atau tahi arak. Kerana mak bapak hari ini adalah mak bapak yang tidak peka dengan tuntutan agama.

Maka pada hari ini mari kita ramai ramai benteras gejala remaja yg tak solat ni, jangan anda tindak melulu sahaja.


Foto : Ini masjid di Sri Lanka


Tanya dulu kalau dia tak solat dan pihak masjid kena sedia pakar kaunseling dikalangan mahasiswa yg berjiwa Islam ini untuk melatih para remaja ni solat.

Yg dah pandai solat malas solat lagilah ramai, orang macam ni tak payah ajar lagi, kalau ada senapang pakat tembak sahaja orang macam ni atau lontar aje dengan batu biar pecah berdarah kepala dan mukanya. Kerana orang seperti ini kalau dia tak makan dia akan sibuk kata lapar, tapi kalau dia tak solat dia tak rasa bersalah orang macam ni di dunia lagi dah dilaknat oleh Allah. Ingat ye kita manusia ni hidup biarlah dalam rahmat Allah. Dan mohon minta Allah kurniakan rahmatnya buat kita dengan kita buat ibadah dan bersyukur diatas segala pemberianya. Kalau kita banyak duit pun kalau tak rasa rahmat Allah itu namanya kita di laknat oleh Allah. Oleh itu kalau tak tau solat mari kita belajar solat, belajar asas asas agama.

Sunday, July 26, 2009

PESTA MAKAN

Foto : Inilah para alim ulama di Kemboja yang merayakan aidil adha ala kadar sahaja

Kalau tidak ada apa apa peralihan pada kelender maka pada 20hb Ogos 09 kita akan meyambut satu bulan yang membawa berkat, rahmat dan nikmat iaitu bulan yang paling mulia antara seribu bulan. Bulan ini yang sangat di nanti nantikan oleh para peniaga pasar ramadan, pembuat bubur lambuk Kg Baru,tukang jahit dah tutup pengambilan tempahanya kerana tak cukup kakitangan nak buat tempahan pakaian raya dan yang paling berbahagia ialah orang yang layak jadi "imam terawih" siapakah yang layak jadi imam terawih? penghafal al quran, anak muda yang berwibawa, orang baik budi akhlaknya, berpakaian sopan dan kemas, mukanya bersih sahaja.

Saya pernah sekali singgah di sebuah masjid sewaktu itu orang baru nak mula solat terawih, maka datanglah pak cik dan mak cik yang tua dan yg kurang sihat dan budak budak pun datang juga sambil main basikal pusing pusing kat keliling masjid.Imamnya adalah imam masjid tu jugak, dia pun mula solat rakaat pertama baca al falak, rakaat kedua baca al ikhlas rakaat ketiga an naas begitulah seterusnya di ulang ulangnya surah itu hinggalah dua puloh rakaat. Lepas sembahyang dia solat witir dan pas tu dia pun beritahulah makmum bahawa tadi mereka buat solat terawih 20 rakaat dan semua jemaah rasa lega kerana telah menunaikan satu ibadah yang panjang iaitu solat terawih 20 rakaat.

Bila dah habis solat, maka berdoalah. Pas tu mereka pun turunlah ketempat hidangan, bila buka sahaja tudung saji semua pinggan kuih dah kosong, maka imam pun menyumpahkan budak budak yang makan kuih.Imam tu kata " ponat se jadi imam terawih 20 rakaat, kuih abis menterkedarah dik budak budak ni" semua jemaah saling berpandangan. Maka datanglah tok siak menenagkan imam " esok se simpan kuih untuk imam, kesian se tengok imam lotih".Yg paling tak bersyukur ialah makcik makcik yg jadi makmum solat terawih dia kata" imam apo, baca 3 surah tu je, cucu se pun pandai baca, ponet se datang haa, pakai lak baju melayu lamo"haaa ni zaman dah berubah, maka solat terawih pun kenalah canggih juga. Oleh tu trend orang zaman ini adalah mencari sponsor untuk cari imam solat terawih yang bacaanya sedap, betul dan meyeronokan orang yang nak sembahyang. Kalau imam yg giginya rongak lebih baiklah di rehatkan selama sebulan kerana di bulan yang mulia ini orang mahu menikmati bacaan dari imam yang muda dan bergaya serta berketrampilan.

Oleh itu pihak masjid kena siap siapkan duit untuk cari imam terawih yg kadarnya antara RM1500 - RM 2500 selama sebulan mereka bertugas. Dan AJK kena ingat jugak masa mereka nak meninggalkan masjid tu di hari akhir kena bawa mereka shopping beli baju dan kain raya, bila mereka balik kampung maka mereka ceritalah bahawa mereka ni jadi imam terawih yg ada harga.

Iklas tu dalam hati.
Foto : Promosi kerepek dah bermula

Satu lagi kalau dah tiba ramadan ni satu pesta di seluruh negara serta negara negara Islam ialah "Pesta Makan" anda sebut aje nak makan apa, kuih apa, air apa, lauk apa dan bila 2 minggu lagi nak syawal maka pesta kuih raya pulak dan pesta kerepek, kalau di pejabat pulak semua perbincangan hangat adalah tentang "Pesta Raya" dan dua hari lepas raya pulak ada lagi "Pesta Rumah Terbuka" nantilah saya ceritakan nanti satu persatu tentang pesta pesta di Malaysia ni

Friday, July 24, 2009

BANTUAN MESRA

Foto : Persatuanya bawa lori untuk ambil barang yang terpakai dari rumah kerumah. Sebab orang di Damansara ini ni malas nak hantar barang yg tak di pakainya keluar rumah sebab sibuk kerja siang malam.

Tadi pagi saya di rumah. Meyiapkan beberapa kertaskerja untuk program hujung tahun. Kem Motivasi Solat dan beberapa program MISI KEMANUSIAAN.Pada tahun ini saya bercadang untuk merayakan aidil adha di Bangladesh atau Sri Lanka dan Aidil Fitri di Jakarta. Dalam pada itu saya akan membantu Yamani Angel untuk membuat bukunya yang akan meletop di pasaran Pesta Buku 2010 iaitu BILA BEDUK BERBUNYI DI NUSANTARA (Ini masih dlm perancangan).

Walau apa pun pada pagi tadi saya di datang oleh seorang anakmuda berbangsa China dia tanya saya "Antie! saya dari Persatuan Orang Kurang Upaya dan bantuan Kemanusian. Saya mohon pada antie kalau ada barang barang yg antie tak guna beri pada kami, sebab kami mahu bikin duit. Kami mahu tolong orang sakit dan budak belajar yg tak ade duit"

Maka saya pun hulurlah beberapa barang barang yang belum saya gunakan lagi untuk di berikan padanya " apasal ni barang baru beri pada kami" maka saya kata "ini barang kalau jual laku, kalau barang buruk jual susah nak laku, tak ape lu mahu bikin orang sakit jadi baik dan budak belajar jadi pandai, ini barang sikit punyal hal" dia pun ambil barang dan ucapkan berkali kali terima kasih. Bulan depan saya suruh dia datang lagi dan saya bercadang nak tolong dia buat kerja tu.

Kesimpulanya

Ialah apakah anak China yang ayahnya ada kilang cetak buku. Ibunya ada Saloon . Dia baru balik dari UK untuk cuti, tapi dia sanggup buat kerja seperti itu semata mata nak tolong orang. Apakah anak muda orang melayu khususnya, belum bersedia untuk membantu orang yg susah dan kenapa anak orang melayu suka susah Ibubapa dan masyarakat sekeliling dengan sikap malas, suka main komputer layar internet siang malam, tengok filem sampai 2 atau 3 filem semalaman, suka berkawan kawan, suka menghabiskan masa tak tentu arah, tak ada tujuan hidup.

Sangat malanglah hidup orang muda yang membazirkan masa. Anda tahu orang yahudi sedang memerangi anak muda orang Islam dengan internet dan khayalkan hidup orang Islam dengan hiburan dan juga dengan berbagai permianan serta filem filem. Anda adalah insan yang rugi dan malang

TAK GUNA

Foto : Ini gambar anak orang Asli di Kg Merbau, anda tahu mereka ni tak ada surat beranak, sebab mak bapaknya ambil tak kisah hal anaknya. Mereka ni baju jarang berbasuh, bukan sebab tak ade sabun, tapi ambil tak kisah dgn kebersihan dirinya. Yang mereka tahu siang bermain dgn kawan kawan, malam pun gitu juga. Akhirnya membesarlah mereka dgn warisan keaslianya.

Semasa saya berusia 9 - 12 thn setiap hujung minggu saya akan tinggal di rumah pak saudara saya di Bandar Maran. Kerana nak tolong dia berniaga di kedai runcitnya. Pak saudara saya ni org Siam (Thailand) kerana bapaknya org sana berkhawin dgn arwah tok perempuan saya, maka dapatlah pak saudara saya ni anak tunggal dari pasangan tersebut.Di tika dia berusia 4 thn ayahnya bawa balik dia ke Siam dan akhirnya dia membesar di sana. Di tika usianya 15 thn dia datang mencari ibunya iaitu arwah tok saya. Pak saudara saya ni tak pernah menjejak kakinya kesekolah, tak tau membaca dan menulis, kalau ada apa apa yg berkaitan dgn tandatangan dia hanya pakai cap jari aje. Dia tahu cakap siam, Inggeris dan melayu.Tapi pak saudara saya ini adalah seorang yg sangat kuat semangat. Di tika dia berusia 20 thn dia balik semula ke Siam dan khawin dgn gadis sana, dapatlah anak 10 orang, di samping tu dia ada juga khawin dgn beberapa org lagi termasuklah , org Trengganu, orang Kelantan ( saya ingat 3 atau 4 isterinya) dia sentiasa ulang alik dari Siam ke Pahang ni.Dia memiliki kebun getah yg luas, dia adalah seorang tauke balak yg berjaya. Dia seorang bapak yg berjaya membentuk peribadi anak anaknya dengan jawatan yang tinggi dan berjaya dalam bidang masing masing.Sekarang pak saudara saya tu berusia 98 thn, tetap gagah, kuat dan mampu berulang alik dari Thailand ke Trengganu dan ke Pahang lagi.

Ok tu serba sedikit kisah pak saudara saya.

Yg saya nak beritahu ni ialah tentang MOTIVASI nya. Semasa saya tinggal di rumahnya, arwah tok saya pun ada juga. Latihan pertama seawal pagi ialah mesti masak air, kalau terlupa masak air dia akan membebel sampai naik pekak telinga kita, anda tahu dia kata apa? "Jangan jadi orang tak guna" pas tu kena buka tingkap kedainya, kalau lupa apa dia kata " jangan jadi orang tak guna" pas tu sapu sampah, kalau lupa apa dia kata benda yang sama juga, pas tu buat sarapan, dan kerja rutin yg mesti buat ialah mesti cuci baju, kalau tak buat satu hari apa dia kata " jangan jadi orang tak guna" betapalah hinaya bila kita selalu di kata begitu. Saya pernah merajuk sekali sebab dia kata macam tu, tapi lepas pada tu saya ambil pengajaran darinya.

Betul!

latihan pak saudara tu rupanya.

Sebab apa?

1 Dia melatih kita jadi orang sentiasa prihatin dgn dunia keliling
2 Dia mengajar kita jadi orang jaga kebersihan
3 Dia mendidik kita jadi orang rajin berusaha
4 Dia membawa kita kearah kebaikan untuk masa depan kita
5 Dia tidak mahu kita musnah masa depan kerana kita tak tau buat kerja
6 Dia mengajar kita jadi pemimpin pada diri kita sendiri sebelum kita memimpin orang lain.
7 Dia memperingatkan jangan lalai dengan perkara yang mustahak atau perkara yang memungkinkan kita akan meyesal jika kita tak ambil perhatian.


Betul pak saudara saya tu kata "jangan jadi orang tak guna" kalau kita tak ambil kisah tentang diri kita, tentang kehidupan kita, tentang perkara yang berkait dengan hidup atau mati kita maka apa guna kita memperkatakan tentang perjuangan kita untuk memimpin orang, sedang hidup kita jadi caci maki, di hina dan juihkan orang bibir sahaja bila orang sebut nama kita. Kita bukan jadi glemer sebab kita bijak mengurus, tapi kita jadi glemer sebab kita gagal membetulkan diri kita sendiri. Kita selalu berharap agar ada orang yg sentiasa membantu atau menolong kita untuk selesaikan kehidupan kita. Tak guna kalau belajar pandai pandai tapi minda, hati, jiwa dan kalbu kita zero. Sila anda baca buku
KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA m/s
96-97.

Ingat kata kata pak saudara saya tu "jangan jadi orang tak guna"

Thursday, July 23, 2009

MEMOHON JADI KAYA




Foto : Indahnya bulan ini di sebalik bulan sabit.

Assalamulaikum buat semua muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah.

Hari ini 2 Syaaban 1430 dan maka hari ini kita hanya tinggal 28 hari lagi untuk mengadakan satu pesta rahmat dari Allah iaitu "Pesta Ramadan" apakah perancangan awal kita sebelum pesta Ramadan ini?

Anak bongsu saya kata kawanya kat sekolah ada yang dah siap baju raya, ada mak mereka dah siap menu untuk kuih raya dan ada yang menyimpan duit untuk perbaharui perabut rumah. Inilah satu "pesta sebelum Syawal"

Bagaimana kalau sudah syawal datang lagilah meriahnya usah nak cakaplah, makan 30 hari tanpa henti , siang makan lain, malam makan lain, bak kata orang putih sebutan makanan tu kena betul dgn makananya.

kata anak saya di Jakarta kalau makan makan bersama teman teman ni di katanya "jamuan" saya ingatkan jamuan itu makan kenduri kendara macam kat Malaysia ni, rupanya jamuan di Indonesia ni ialah makan besar bersama teman teman di tempat yg ada jenama. Bila saya ingatkan pasal makan ni saya teringat anak orang miskin di Kemboja.

Saya sering berulang ke bumi Kemboja pada setiap hari raya korban. Kalau hari pertama kita berhariraya, tak kiralah raya haji atau raya fitri. Kita menyaji dan di saji dengan makanan yang melimpahruah sampai kita dah tak larat nak meyuap ke mulut, perut dah tak terima lagi. Kadang kadang itu mata terbelalak memandang makanan depan mata sambil hati berkata " eeei sedapnya panggang kambing ni, ai sedapnya udang galah ni, eee meyeleranya sambal ikan bilis ni" tapi apakan daya perut adalah satu wadah yang kecil sahaja Allah jadikan, maka tunggu seroh dulu baru boleh isi.
Foto : Ini anak saya (Anak orang asli di Kg Merbau, saya sering makan bersamanya) sedang goreng keropok sayur. Ayahnya sakit kusta, ibunya beranak setiap tahun. Inilah kehidupan orang asli

Eh lupa pulak saya pasal anak Kemboja ni, saya ada ziarah satu kampung namanya kg Channag. ni hari raya pertama, saya selalunya datang 2 hari awal. Saya bawa 2 kotak pakaian yg terpakai dan sedikit roti dan kuih raya dari Malaysia. Bila sampai sahaja saya di bawa kerumah Tok Ketua, kami di hidangkan dgn sup ayam kampung yang rencahnya hanya garam sahaja, air kelapa muda dan emping padi. Bila sudah makan saya mengangkat pinggan hantar kedapur. Alangkah terkejutnya saya bila melihat 8 orang anak anak tok ketua yang sedang berebut makan nasi sesuku pinggan seorang dgn ikan rebus 2 ekor yang tak sampai dua jari berebut rebut makan termasuklah dgn ibu mereka. Mereka malu bila saya terlihat lauknya dan saya alihkan pandang kelain. Bila sudah siap makan mereka turun ke bawah rumah dengan pakaian yang compang camping, ada seluar baju tak ade, ada baju seluar tak ade dan yang perempuanya tutup kepala dgn kain batik sahaja dgn t-shit lusuh dan skirt yang sudah pudar.Saya tanya dia " kalau hari raya ni buat kuih apa? mereka kata dalam sejarah kehidupan mereka tak ada sambutan hariraya, yg mereka tahu bila ada orang hantar daging korban itulah hariraya korban dan setiap rumah dapat daging korban tak sampai 300 grm dan tidak ada istilah ganti baju baru.

Foto : Ini gambar orang Islam di Xinjiang, sekarang sedang dalam krisis. Bantulah mereka dan bantulah Islam

Kemiskinan ini sangat menyentuh kalbu kita dgn kemewahan yang sedang kita hadapi sekarang ini.Dan pagi tadi sedang saya sarapan dengan suami di kedai mamak saya teringat ada seorang Dato' yg telah pencen, tapi sekarang ini sedang menghadapi 2 malaikat "malaikat mikail" yg menabur rezeki untuknya dan "malaikat izrail" yg memcabut nyawanya kerana sakit sebab makan berlebihan. Dato ni makan apa ye? Iya Dato ni kalau makan anda nak tahu, dia hidangkan tetamu cukup tertib hanya 5 lauk sahaja dan 2 jenis air. Tapi kalau hidangan di atas meja makanya yg khusus untuk dia iaitu lauk sahaja 20 jenis dan 4 jenis air .Anda tahu apa makananya, nasi mesti panas panas kata orang kampung nasi angkat dari dapor, budu,cencalok,tempoyak, sambal belacan, asam pedas, gulai lemak cili api, ikan masin masak nenas, jering masak lemak,sayur bayam masak air, goreng telur,ulam ulaman,sup kaki lembu,ayam goreng berempah, gulai ikan sembilang, kari kambing. air pulak, teh o panas, sirap, cendol dan air limau suam. Aaah macam mana dengan anda pulak?

maka sang Dato ni terlentanglah di katil hospital dari satu hospital ke satu hospital untuk mencari dan mengkaji saluran penafasan dan saluran makanan yang kian kecil lubangnya macam singki dapur yang tersumbat sebab "lemak" dan bayanganya sang dato kini sedang di acah acah oleh dua malaikat ini iaitu mikail dan izrail.

Foto : Rawatan untuk orang sakit, tak kiralah sakit jantung ke, sakit kencing manis atau darah tinggi. Tapi ini gambar orang di dalam luka parah sedang mempertahan agamanya di Xianjinag China

Oleh itu untunglah kalau kita jadi orang miskin, biar duit mencatu makanan kita dan biar kemisinan jadi rakan karib kita. Lagi bagus jadi orang miskin yang pemurah lagi hebat seperti Rasulullah. Baginda sering mengikat perutnya dgn batu untuk menahan lapar. Dan saya rasa bersyukur di jadi insan yg "seadanya" sahaja. Dalam hidup saya belum ada sedikit rasapun untuk memiliki harta, wang dan kemewahan.Kalau di takdirkan ada saya akan infakan semuanya sebelum saya pergi menemuiNya. Saya tidak mahu ada anak saya mewaris sebarang harta dari saya. Cukuplah ilmu yg di beri.

Hari ini cuba anda lihat anak anak muda yg berusia 20 an pun perut pun dah kian borai, sebab apa? sebab makan mewah. Yang untung syarikat Gim, lepas makan, bersenam pulak sebab nak kuruskan badan dan nak bina body biar cantik. Inilah kalau hidup dah senang lenang.Akhirnya hidup akan terlentang sahaja menunggu rawatan untuk sembuh dari peyakit makan berlebihan.

Ini Puisi Jumaat saya. Creditkan buat penulisnya Abdi 89

GUNUNG DOSA DAN LANGIT RAHMAT

Dosa ku mengunung tinggi
Tapi rahmat Mu melangit luas
Selaut syukurku melimpah di hati
Hanya titisan nikmat Mu jatuh kebumi

Ku langkah juga berbekal harap
Selangkah aku dekat
Seribu langkah Engkau rapat
Seribu taubatku mungkir
menanti pengampunan Mu
yang tidak bertepi.

Salam jumaat buat semua buahati ku yang tersayang
  • di Jakarta
  • Acheh Darulsalam
  • Kemboja
  • di Pantai Dalam
  • di Kg Bak Bak Maran Phg
  • di Kuantan
  • di Kanada Buat Syafiq
  • di Penang buat Suhail
  • Buat Syukri Ibrahim
  • dan yg sangat teristimewa buat Mak di Lubuk China
  • Al Fatihah buat Emak, Ayahku dan Abah di Alam Barzah semoga rohmu di cucuri rahmatNya
  • Suami yang tercinta
  • Dan yang lain lain tidak dapat ku sebut.
Anda adalah diri anda

Wednesday, July 22, 2009

PILIH PILIH DI PILIH

Foto : Ini adalah wanita pilihan semua lelaki di dunia ini "intan terpilih"

Semalam saya berbincang dgn seorang adik perempuan saya tentang jodohnya belum tiba lagi. Saya cadangkan padanya agar cepat khawin, jangan pilih pilih org sebab "kita ni bukanlah intan terpilih" anda tahu intan terpilih apa dia? Intan terpilih tu ialah permata yang sangat cantik, menyinar dan kalau orang padang rasa nak miliki, itulah intan terpilih.Ibaratnya wanita cantik melencun, manis, putih gebu, hidung macung bak serudang, pipi bak pauh di layang, betis bunting padi dan serba serbilah cantik.

Tapi adik saya ni cantiklah juga, boleh tahan, manis ada.Umur adik ni dah lanjut iaitu melebih dari 36 tahun keatas.

Bila kami bincang kenapa dia khawin lambat dia kata jodoh belum sampai, saya katalah kat dia pergi "mandi bunga" dia kata dah berpuloh baldi air bunga dia mandi. Maka saya tanya dia kalau dah mandi bunga tentulah hijab jodoh tu dah terbuka,

dia kata belum lagi.

Bila di soalsiasat rupanya betul jodohnya belum sampai kerana beberapa perkara yang antaranya dia mahu cari orang miliki kereta yg lebih besar darinya ,
sekarang dia ada kereta hyundai Jazz,

mesti ada rumah (tak mau sewa sewa),sekarang dia dah ada dua biji rumah sendiri.

Pendapatan mesti sedikit lumayan. Kalau mengikut kiraan saya dia ni bisneswoman pendapatanya RM 5000- 10000 sebulan, kalau sedikit lumayan tu berapa ye? dan orangnya mestilah baik, solat dan boleh bertolak ansur.




Foto : Ini wanita pilihan lelaki di dunia ini untuk di bawa ke akhirat "bakal isteri yg solehah"

Ini pakej adik saya tu. Maka saya pun katalah kat dia kalau gitulah dia meletakan pakejnya, maka dia bukalah rumah anak yatim sementara menunggu jodohnya datang. sebab dalam masa menunggu pakej yg menarik itu tiba mungkin ada anak yatim yg di jaga tu akan boleh menjaganya sewaktu dia dah tua. taklah dia jadi penghuni rumah orang tua tua.Sekarang ni dia menumpahkan kasihnya pada anak buahnya dan cucu saudaranya. Saya berdoa agar pakej adik saya di segerakan oleh Allah.

Tuesday, July 21, 2009

IBARAT ANGIN

Kadangkala tu apa yg kita mahu tak dapat, apa yg kita tak mahu dia datang. Begitu jugalah dgn kejadian manusia di muka bumi ini. Allah telah jadikan Nabi Adam berpasangan dgn Hawa di tempatkan dlm syurga yg sangat nikmat, rahmat dan lazat.Tiada di bayangkan oleh fikiran manusia dan tiada termampu untuk manusia mengambarkan keindahanya.

Tapi Allah telah menjadikan juga makluk lain untuk mempengaruhi kedua makluk yang bernama manusia atas dasar rasa cemburu, irihati dan marah kerana manusia di jadikan Allah dgn sebaik baik kejadian, sedang Jin, Syaitan di jadikan oleh Allah dari api.

Bila Nabi Adam dan Hawa berjaya di pengaruhi maka kemenangan telah berpihak padanya. Nabi Adam dan Hawa, Allah telah turunkan mereka ke bumi maka dari situ membiaklah segala keturunan manusia dgn berbagai ragam.

Maka bermulalah episodnya segala kejahatan seperti pembunuhan, hasad dengki dan khianat. Hanya makluk yg bertakwa sahaja selamat .

Saya tidak mahu bercerita kisah ini kerana saya bukan orang yang arif dgn kisah sirrah ini. Tapi saya mengaitkan bahawa manusia yg Allah jadikan ini adalah makluk hebat dan bijak.

Kadang kala itu makluk halus ini boleh mempengaruhi kita pada masa kita dalam kesakitan atau pada masa nyawa mahu berpisah dari jasad.Saya menempuh peristiwa "berteman" dgn makluk ini hanya sekadar teman "mengubat" peyakit. Kadang kala itu orang yang paling rapat dengan kita pun tidak rasai apa yang sedang kita deritai, bila di beritahu kita sakit ada yang kata "sabar dulu, rehatlah, makanlah, tunggulah dan mengucap banyak banyak" inilah bila kita di landa sakit dan kita beritahu orang. Paling tidak pun orang akan bawa kita ke Kilinik atau hospital.

Tapi di situ bukanlah ubat kepada peyakit. Sebenarnya bila kita sakit yang paling di ganggu ialah mental kita, badan hanya penanggung kepada kesakitan.Bila sakit mental kita sangat mudah terpengaruh, sebabnya kita mahu sihat cepat sembuh dan mahu cepat bekerja.

Bagaimana anda mahu tahu bila anda mula akan di pengaruhi?

1 Sehari sebelum anda di pengaruhi, dahi anda berpeluh selalu
2 Hati dalam keadaan yg tidak menentu
3. Selera makan kurang
4 Suka dengar dendangan burung burung, pokok pokok kayu dan kadang suka pada desiran angin
5 Suka bersendirian kadang kadang sampai terlena
6 Badan rasa tidak selesa
7. Bila anda mula nak kena, otak anda seperti di sentap beberapa saat dan anda mula berubah pandang kepada bukan lagi di alam anda tadi, mula bertukar secara tiba tiba.
8 Pandangan anda akan bertukar secara otomatik . Orang yg di keliling anda adalah org cantik menawan dan tampan,
9. Kalau anda di dalam hutan maka suasana akan bertukar kepada suasana yg sangat menarik dgn air terjun, burung burung beterbangan, makanan tersedia dan orang orang baik baik semunaya
10. Perasaan anda mula berubah jadi kosong dan tenang sahaja
10. Bunyi bunyian mula mengkhayalkan anda
11. Badan rasa melayang layang
12. Tekak tidak lagi haus dan perut tidak lagi lapar
13 Keadaan sekeliling semuanya indah dan unik
14 Anda tidak akan rasa letih dan penat.

Ingat! suasana ini adalah sekejap bagi orang yg mengalaminya dan lama bagi orang yg sedang mencari kita. Bila tersedar sahaja maka kita akan rasa seperti terlalu sukar untuk menyesesuaikan diri. Kita akan rasa hilang semua yang indah dan menarik tadi. Dan pada masa itu kita mula rasa tercenggang cenggang dan rasa bahawa dunia yang nyata ini adalah dunia yang menakutkan. Sudah hilang keindahan, ketenteraman dan kemanisan yg di nikmati sebentar tadi. Kita mula rasa lapar dan letih serta sakit badan.

Kalau ini berlaku pada anda bagaimana? Inilah dunia jin yang penuh dengan keindahan. Orang kata orang berteman dgn jin ini hidup di lingkari dengan 3 perkara

1 Tak akan jadi orang kaya raya (Hidup hanya sekadar sahaja)
2 Orangnya mestilah lurus bendul (Tidak menipu)
3 Jangan mungkir janji.(tepat janji)

Orang yang seperti saya, anda dan kita semua ini yg memburu dunia ini sukar untuk bersahabat dgn makluk ini, tapi ada kemungkinan juga dia akan kasian pada kita bila tengok kita sakit kuat, maka dia tolong ubatilah kita. Kalau utk jadi sahabatnya tak mungkin kerana kita masih lagi di peringkat "tamak dunia"

Monday, July 20, 2009

BERIKAN AKU KEKUATAN

Sakit yang datang berulang ulang telah membuatkan saya rasa sangat cemas dan rasa tergugat. Bukan saya memperkata tentang ketentuan yang Allah berikan, tapi saya mula mecari di mana punca peyakit ini .

1 Demam yang kuat
2 sakit kepala yang tinggi
3 batuk yang beterusan
4 sakit dada yang teramat sangat dan
5 kesayuan hati.

Walau apa pun keadaan ini adalah sedikit dari ujian yang Allah berikan untuk hambanya.Saya sangat jarang sakit yang kuat, kalau adapun setakat demam sikit sikit dan batuk batuk biasa serta selesema biasa sahaja. Bagi saya itu adalah sakit main main. Tapi kali ini adalah sakit keseluruhan tubuh badan, minda saya sangat lambat pemulihanya dan kesakitan dalam dada yang beterusan.

Saya teringat bagaimana kisah arwah ayah saya telah mendapat sakit yang sangat tenat. Ayah telah meneroka satu bidang tanah di gigi kolam ( tanah itu masih ada lagi)di kawasan Gambang. Tanah itu sangat cantik kedudukanya dan menarik. Tanah itu tidaklah seluas mana berbanding dengan tanah yang ayah teroka sebelum pada ini luasnya kadang kadang sampai ratusan ekar.Kalau mahu di kirakan tak samapi sesuku ekar luasnya Ayah telah membina sebuah rumah persinggahan di atas tanah tersebut, kami sering singgah tidur baring dan makan minum di rumah itu. Kami pernah bermalam. Saya pun tidak tahu kenapa ayah terlalu suka dengan tanah itu.

Pada suatu hari ayah kurang sihat tapi dia tetap mahu pergi ke rumah itu, arwah mak menegahnya tapi dia tetap pergi juga, akhirnya dia pergi seorang diri dan dia sampai ke rumahnya itu jam 6 petang. Dia tidur seorang. Pagi esoknya ada orang datang kerumah kami di kampong Bak Bak dan memberitahu bahawa ayah sakit kuat dan ada di kedainya di Gambang, kami pergi mengambil ayah dan kami telah pergi ke ruamahnya dan saya lihat di dalam rumahnya bersepah sepah dengan barang barangnya seperti ada sesuatu kejadian yang luarbiasa berlaku pada malam tadi dan dalam pertemuan dgn ayah dia sudah tidak boleh bercakap tapi boleh berjalan.

Ayah termenung. Dia beberapa kali menunjukan kearah rumahnya dan kami membawa kerumahnya. Dan dia menunjukkan kearah air tasik yang tenang itu, kami tak faham sebab ayah sudah tidak boleh bercakap lagi. Akhirnya kami kami kemas semua barangnya dan bawa ayah balik kerumah.

Bila sampai rumah ayah demam kuat dan beberapa minggu akhirnya ayah beransur sihat. Ayah beritahu kenapa dia suka sangat duduk dirumah itu. Bahawa dia akan melihat setiap malam sekumpulan orang yg berjubah dan berserban akan beratib ramai ramai di atas air kolam itu sehinggalah menjelang subuh.

Siingat saya ayah mula mengerjakan solat ketika dia berusia 56 tahun dan berakhirnya solat ayah hinggalah dia meninggal pada usia 73 tahun dia tak pernah sekalipun meninggalkan solatnya walau di mana dia berada samada di hutan. Setiap kali solat ayah akan mengenakan jubah dan kopiah . Dia akan solat walaupun dalam keadaan sesusah mana sekalipun. Ayah mengidap sakit strok selama beberap bulan, tapi badanya sangat kuat dia akan berginsut ginsut dan selalu minta untuk di mandikan serta diambilkan air sembahyang.

Satu tregedi yang tidak dapat saya lupakan mengenai kematian ayah ialah dia hanya sakit untuk keluarkan rohnya tak sampai 2 minit. Dan di saat mengapankan dan sembahyangnya adalah waktu yang sangat pantas dan jenazah ayah di kunjungi oleh ramai orang yang tidak pernah kami jumpa dan kenali. Semua orang datang itu tidak bercakap. Kami hanya memandang sahaja.Itulah ayah saya.

Siapa saya semalam
Semalam saya sakit dada, batuk batuk, sakitnya seperti mengurut tangkai jantung saya. Bila kesakitan itu meyerang saya terpaksa merehat tubuh dengan meminum air kosong sebanyaknya dan memuntahkan kembali, dgn cara ini saya akan letih dan mata akan tertidur. tiga kali saya lakukan ini, kerana di rumah tak ade orang.

Setelah tertidur saya bangun semula waktu tengahari kerana Nukman ajak makan nasi, dia beli sebungkus sahaja. Saya dengan dia berkongsi nasi , lauk ikan sahaja. Saya tak selera . Saya makan 3 suap saja, tapi nukman makan habis, lepas makan saya tidur, bila bangun saya tengok nukman tak ada.

Bila petang sakit dada saya datang lagi, telalu sakit, tapi saya solat asar jam 5.30 petang, lepas solat asar saya tertidur lagi sebab batuk kuat dan akhirnya saya pergi ikut orang pergi tahlil di Masjid di KL.Saya kira kira 5.45 saya dah berada di Masjid, saya pun tak faham kenapa di waktu itu keadaan saya terelalu pantas dan cepat. Saya menunggu solat magrib terlalu lama. Bila habis magrib saya tengok kawan kawan saya mula beredar dan saya tinggal dengan orang tak di kenali di dalam masjid itu. Saya takut dan saya menangis, maka datang seorang tua dia pegang pegang kepala saya dan dia beri saya roti, dia tanya kenapa? saya kata kenapa saya datang kesini. Dia diam dan di tanya saya mahu apa? saya kata saya tak bawa duit dan saya nak talipon rumah, dia beri saya duit 70 sen dan saya call. Di saat itu baru saya tersedar dari sebuah keadaan yang tidak normal. Tapi di saat itu dada saya dah tak sakit lagi, Saya sangat berharap sakit saya ini tidak berulang lagi.Bila di fikirkan bagaimana nanti jika saya pergi kesatu dunia yang jauh. Apakah otak kita boleh membawa tubuh kita ini kemana sahaja? Saya bermohon pada Allah agar sakit saya ini di sembuhkan pada keseluruhanya.

Friday, July 17, 2009

DI REHAT

Foto : Ini wajah Ibu Rusnah yg sedang sihat.

Walaupun jasad di serang dgn sakit yg kuat, tapi minda saya masih kuat untuk bekerja. Bila badan terlalu sakit maka di waktu itulah minda makin hebat bekerja, tidur malam tu kadang kadang dari pukul 8 mlm hingga pukul 8.30 ( setengah jam sahaja) tapi saya rasakan macam sudah tidur 3 hari . Dalam setengah jam tu saya telah di datangi mimpi yg hebat hebat.Dan bila saya terbangun sahaja airmata saya meleleh ingatkan bahawa saya memang di tempat yg terasing, tapi rupanya masih lagi di atas katil di rumah.

Pada satu masa lain pula bila deman saya terlampau panas saya sudah tidak mampu lagi nak panggil org tolong picitkan badan, akhirnya saya curuhkan setengah botol minyak kayu putih dari atas kepala, akhirnya saya rasa kepala saya sangat dingin.

Ada satu kali bila saya mual dan nak muntah saya masuk bilik air dan muntah sampai dah tak apa nak muntah, akhirnya saya tersandar di dinding bilik air dan panggil org tolong bukakan pintu bilik air tapi tiada siapa yg dtg, org tak dengar panggilan saya. Bila saya rasa sangat letih saya tidur dlm bilik air dgn air yg melimpah limpah dlm baldi. Bila rasa sejuk barulah saya tersedar dan akhirnya saya mampu berdiri.

Yang paling menyentuh hati saya ialah bila saya tiba tiba terbangun tak tengok jam,(tapi sebenarnya jam 3 pagi), saya sudah rasa saya sudah terlewat untuk solat subuh, akhirnya saya solat subuh, 10 minit pas tu saya sembahyang zohor pulak, 10 minit pas tu saya sembahyang asar setengah jam pas tu saya sembahyang asar pulak dan 10 pas tu pulak saya sembahyang magrib. Pas tu saya duduk kat birai katil dari jam 4 pg hinggalah saya terdengar azan dan saya jadi terkejut, maka saya gerakan org yg tengah tidur, rupanya tadi saya telah menyinggah di alam yg lain, bukan alam nyata.

Benarlah kalau org demam panas, maka mestilah kita merawatnya dgn baik.


Foto : Ini wajah Ibu Rusnah yg sedang sakit.
Kerana kalau di biarkan maka jadilah macam saya ni, minda ini terlalu aktif dan terlalu mahu melakukan sesuatu yg tak termampu di lakukan oleh jasad yg sakit.

Kalau badan sakit pada zahirnya memanglah jasad kita di atas tilam seperti berehat, cuba anda lihat anak mata org sakit, gerakanya lebih pantas dari mata org sihat. Sekarang saya sudah beransur pulih dan sihat .Saya minta pada Allah jangan anak anak kecil, org tua atau org yg ada sakit 3 serangkai mengena sakit ini, berat org memandang, berat lagi bahu memikulnya. Doktor yg merawat pesakit selesema babi ini akan pakai pakaian khas macam org nak kebulan, pas tu mereka akan mandi dgn ubat pembunuh kuman, itulah bahayanya peyakit ini.

Oleh itu marilah kita beramai ramai solat hajat di Masjid di seluruh Malaysia minta Allah jangan perpanjangkan wabak peyakit ini. Org yg tak kena mungkin akan tersenyum bila dengar dengar nama peyakit ini.Tapi org yg telah kena, macam saya ni amat merasainya akan kesakitanya dan pemulihanya yg seperti semut iaitu terlalu perlahan.

Buat pemimpin jangan tunggu ada seorang yg meninggal kerana selesema babi ini baru nak pikir tindakanya, itu tindakan yg paling tak wajar, cari formulanya sekarang dan minta pada Allah dengan doa agar rakyaat ini selamat dari wabak ini.

REMAJA IJTIMAK

Foto : Tatak dan Awang telah berangkat ke Jakarta untuk jadi tentera Allah. Saya masih kurang sihat.

Semalam saya meyusuri jalan Masjid India.Walaupun kesihatan saya sangat lemah tapi saya tetap juga menenami Ummu Solehah membuat sesi fotografi untuk bukunya "Wadah Cinta Solehah" Mata saya kejap berpinar, kejap cerah, kejap kelabu. badan pulak huyu hayang macam mahu jogek lambak. Inilah akibat deman selesma babi. Sungguh menyakitkan dan melemahkan.

Yang paling parah ialah minda saya yg masih lagi pulih sepenuhnya.Kalau pasal selera tak taulah nak makan apa, kalau deman biasa tu selera hilang 3 hari aje. Ini saya mampu bertahan tak makan nasi 6 hari. Kini saya dalam sesi pemulihan minda. Ini yg terutama. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat anak anak saya yg sangat banyak membantu saya di tika saya tenat iaitu Awang yg mengurut di seluruh badan saya, macam bomoh pulak awang ni, sekarang dia ni kat Jakarta, saya nak latih dia jadi tentera Allah,

Ummu Solehah pembawa peyakit yg memberi sokongan moral supaya saya kuat dan bersemangat, dia dah balik ke Jakarta walaupun pun hatinya berat nak balik, tapi saya paksa juga sebab saya mahu dia habiskan belajarnya cepat cepat.

Abot yg sakit juga,

Salman yg sempat menyinggah semalaman menemani saya sakit di waktu sedar dan tak sedar,

Ummu Sakinah yg sering talipon tanya khabar

dan si bongsu yg sering talipon

TQ semua Mak dah sihat.

Dan dalam barisan anak anak kandung ini ada anak angkat saya yg sangat perihatin dgn saya, iaitu Syukri Ibrahim anak miskin dari Kemboja yang belajar di Malaysia. Saya teruja dgn SMSnya "Mak apakhabar?, mak sakit lagi? saya doakan mak sihat cepat. Saya mahu keluar 40 hari untuk dakwah. Kalau mak sakit talipon saya" dan banyak terima SMSnya menanyakan khabar saya, tapi saya tak dapat jawab SMSnya dan saya cuma dapat call sekali sahaja. Terima kasih anda semua, semoga anda semua dalam rahmatNya.Foto : Selain berjuang Tatak minat nak buka Butik dan jadi Model sampingan, fotografer Nizam sedang mencari sudut yg paling baik untuk hasilkan gambar yg bermutu.

Kini saya mahu membuka selingkar kisah untuk pemuda ijtima, saya tak kenal ramai anak muda yg minat pada aktiviti sebegini ini, al maklumlah ijtima ini adalah satu agenda dakwah peringkat orang yang berumur, kalau ada anak anak muda minat pada agenda ini maka ini lah rupanya pemuda di zaman Nabi dulu iaitu seperti syaidina Ali. Berapa ramaikah pemuda seperti syaidina Ali di akhir zaman ini?.

ooo susah nak jumpa. kalau ada pun satu dalam puluhan ribu, Siapa ye? belum ada lagi. Tapi walaupun apa pun saya ingin ucapkan syabas para 4 org syabab ni iaitu Salman Al Farisi berusia 18 thn, Rosdi 22 tahun dari Kemboja, Syukri 21 thn dari Kemboja dan Ansar Agis dari Sabah kerana anda adalah antara pemuda di Ijtimak. Sebenarnya ramai lagi saya lihat, tapi saya tak kenal, bukanya apa ini contoh yg hampir dgn saya. Saya tengok mereka ini berhati cekal, bersemangat kuat dan tahan lasak.

Masa saya meyusuri jalan di Masjid India semalam
Masih ramai lagi rakan yg dtg sewaktu ijtima belum pulang lagi kenegara masing masing, mereka masih berjalan jalan di sekitar masjid india, makan makan, beli buah tangan dan melihat kemakmuran Malaysia. Saya sangat bangga kerana pada tahun ini Malaysia telah di pilih untuk jadi tuan rumah dalam perhimpunan raksasa yg saya kira lebih dari 200,000 org dari dari 44 buah negara di dunia.

26 tahun dulu Malaysia pernah menjadi tuan Ijtima seperti ini. Dan saya harap 26 thn akan dtg biarlah perhimpunan raksasa ini di adakan lagi. Kemungkinan pada tahun depan di Indonesia, Insyallah kita datang ramai ramai ke Indonesia iaitu negara jiran kita.Saya harap 4 org syabab ni akan terus berjuang, berjihad dan beramal demi agama, kerana tidak ramai pemuda di akhir zaman ini yg mampu buat apa yg anda buat kerana kerja berjihad ni adalah tugas yg perlukan "kesabaran" semuga Allah campakan taufiq dan hidayah buat anda.

Foto : Antara ratusan ribu manusia di ijtimak ini, maka berpuluh ribu juga syabab yg hebat, gagah dan berwibawa berada di sini.

Thursday, July 16, 2009

KEMARUK

Foto : Usia 60 an kalau boleh nak jadi macam budak ini.
Macam mana buat? Boleh....Makan makanan berzat, pakai luabiasa, mekaup, dan bermotivasi tinggi.


2 Minggu lepas saya ada jumpa kawan yg belajar satu jemaah, montel badanya tak macan dulu masa belum khawin, kurus cantik dan manis. Sekarang pun ok juga, tapi saya jadi hairan dengan dgn penampilanya yg sangat luarbiasa macam badut pulak saya tengok atau macam bintang filem china klasik.

Dalam pertemuaan selama 1 jam itu banyak perkara yg kami bualkan dan saya pula rasa meloya pula bila mendengar ceritanya yang makin lama makin ngarut tu. anda nak tahu? ni saya nak kongsi dgn anda ni. Kawan saya nama "hani" dia ni orgnya pandailah juga, belajarpun sampai U dpt 2 ijazah dan 1 dip, tapi dia minat pada agama, akhirnya masuk jemaah.

Berhenti belajar dan di khawinkan oleh pihak jemaah saya agak pilihan jemaahlah tu. Suaminya muda darinya 5 tahun dan tidak adalah ijazah macam dia, tapi orgnya kacak juga. Mereka di kurniakan 5 org anak.


Foto : Kalau dah sayang, tak kiralah kita ni dah tua ke, dah sakit ke, sayang tetap sayang. Manusia ni di pandang pada hati yg mulia dan baik, bukan "bermuka muka"

Dalam pd itu jemaah telah memberi seorang lagi isteri kepada suaminya iaitu janda beranak 3. Hani reda mereka baik macam adik beradik, tapi janda ni pulak cemburu pulak kat hani ni. Akhirnya jemaah beri petua kalau mahu baikan isteri isteri iaitu tambah seorang lagi. Bagi kehidupan dlm jemaah kawin banyak ni tak banyak masaalah sebab makan minum jemaah tanggung, sebab nak ahlinya banyak anak, akhirnya khawinlah suami hani ni dgn seorang gadis muda pulak yg mudanya 12 tahun dari usia hani.

Haa pada masa ni hani pulak naik "hantu". Bila suaminya balik aje rumah "tummmm" hani menghempas pintu rumah, pakaian suaminya di campak ikut tingkap, barang barang suaminya di lempar ke tanah. Hani putuskan hubungan baiknya dgn keluarga suaminya dan juga dgn madunya yg kedua pun dia marah gile sebab dia ingat madunya tolong suaminya carikan gadis itu untuk suamniya. Kata jiran hani siang malam mereka "perang". Hani kunci seluruh pintu dan tingkap rumah, suaminya selalu umpil pintu rumah, akhirnya dapat masuk juga dalam rumah. Lepas perang besar, pas tu senyap aje.. tengok muka suaminya bertampal dgn koyok, dia beritahu kawan sakit gigi, rupanya hani gigit muka suaminya dan cakar cakar. Lamanya adegan merusuh ini iaitu makan masa beberapa tahun. Tapi sisuami tu menteng aje beristeri 3.

Akhirnya hani dapat kerja kat seremban dan pindahlah kesana, maka tinggalah suaminya dgn 2 org isternya yg di gilirkan secara tetap ( ini tidak ada masaalah, sebab mereka tidak mahu ambil tahu hal madunya) Hani di ulang oleh suami pd setiap hujung minggu. Bila berjauhan hani mula berubah cara untuk memikat suaminya itu supaya cinta suaminya lebih padanya.Bak kata org "dekat bau najis, jauh bau bunga" hani mula "kemaruk".

Hani tak malu pada anak anaknya, bila hari suaminya mahu balik dia akan mengenakan pakaian yg seksi, dia masak makanan yg selama ni suaminya tak pernah jumpa, dia akan gosok dan lipat baju suaminya dgn rapi dan yg paling dijaga ialah bila suaminya balik dia kan beri suaminya makan bitamin banyak banyak. Anda tahu bitamin apa? Susu penuh krim, madu lebah no 1,buah kurma, jamu dan berbagai ubat herba, hani kata nak bagai badan suaminya sihat. Dan bila suami berada bersamanya semua aktivitinya dibatalkan diakan beri 100 tumpuan pada suaminya dan dia mula menulis SMS pada suaminya dlm satu hari sampai 10 SMS berbentuk kata kata hikmah, hadis, peringatan, rengetan, kata berbunga cinta dan ada juga kata SMS yg di hantar pd suaminya yang suaminya tak faham. Kesian hani "kemaruk"nya makin kuat.

Suaminya dah lupa tentang zaman "perang" dulu, kini suaminya di ulit orang lama dalam versi baru, kadang kadang anak menantu mereka jadi pelek dgn "kemaruk" hani dan mereka kata ibu mereka adalah lambang wanita yg mempunyai daya nafsu yang "berdos tinggi" dan suaminya pun kagum juga dgn perubahan hani itu. Kini hani yg berusia hampir awal 60an tapi berjiwa seperti anak muda belasan tahun "kemaruk" cintanya pada suaminya.Kini mereka asyik berbalas SMS macam budak budak pulak, dan masa saya berjumpa dgn hani baru baru ini saya tengok handphonenya kan mainlah canggihnya,lengkap! dan dia asyik senyum saja sambil mengetip handphone, saya tanya dia kenapa antie tak fokus bila bercakap dgn ana?

dia senyum aje,

dia tunjukan gambar dlm handphonenya gambar suaminya dan SMS baru beberapa saat suaminya hantar.Kata hani, dulu masa ana mula khawin suami ana panggil ana hani, sekarang dia panggil ana " darling". Saya dah tak mau layan lagi dah kalau orang dah macam ni.

OK inilah cerita benar dari kawan baik saya.

Di sini saya mahu membuat kesimpulan terutama buat kaum sejenis saya. Janganlah kita ini mengangkat minda ini keparas "gila, meroyan atau luarbatasan" kerana seharusnya kita ini dapat mengawal emosi kita ini di saat kita marah dan saat kita gembira, jadilah wanita yg baik baik yg waras seperti Syaiditina Khadijah (Isteri Nabi) bijak pada semua masa dan matang pada setiap ketika, emosi itu adalah mainan syaitan.Saya nasihatkan pada hani bahawa kegilaanya itu bagus juga selagi suaminya suka dan tidak membosankan fikiranya, kadangkala tu org lelaki ni tension juga kalau perangai isterinya menganggu kerjanya dan suaminya memang sayang padanya, kalau tak sayang dah lama bercerai berai, buat apalah sampai jadi "kemaruk" gitu dan yg paling memalukan hani telah bertukar menjadi "remaja berusia 60an"dan istilah kemaruk ni sama juga dgn istilah "gila talak" kalau dah bercerai, atau istilah "sudah ludah jilat balik". Dan hani ada beritahu saya yg dia mahu "berbulan madu" dgn suaminya sepanjang masa. Saya diam aje, kerana saya tak ade idea untuk hani, biarlah dia, cuma saya mahu ingat " kalau bencikan seseorang itu jangan terlampau membenci sampai meyumpah menyeranah, membaling dan berbagai lagi, kalau suka jangan terlampau meyukai, sehinggalah macam hani ni lah" maaf ye hani..Insyallah kita tetap sahabat.

Tuesday, July 14, 2009

DIRI KITA BUKAN MILIK KITA


Foto : Kalau kita sihat jangan lupa bahawa kita juga akan sakit. Apatah lagi makluk yang bernyawa semuanya akan pulang kepada Maha Penciptanya. Tidak kira muda dan tua, bersedia sahaja. Mati itu ibarat tunangan kita.

Sekarang dunia sedang dilanda satu wabak yang sangat ganas dan menakut semua orang iaitu N1H1.Peyakit ini akan mengena tidak kira siapa samada kanak kanak,remaja atau orang tua, orang kaya atau miskin, orang sombong atau orang baik. Walaupun peyakit ini tidak membahaya bagi rakyaat Malaysia. Tapi di negara yang membawa punca utama peyakit ini seperti di mexico telahpun meragut banyak nyawa.

Retetan
6hb Julai 09 Ummu Solehah balik dari Jakarta, Deman dari Jakarta sudah 2 minggu, tapi dia tetap mahu pulang ke Malaysia. Rupanya Solehah pembawa deman.(Tak tahu lagi deman apa)

7hb Julai 09 Solehah deman sikit sahaja ,tapi cerit berit

8 hb Julai 09 Solehah mula demanya panasnya tinggi dan dia antara sedar dan tidak sedar. Hantar ke Hospital. Arahan nya dapatkan rawatan dari Pusat rawatan kecil.Katanya Solehah deman biasa, walaupun Solehah beritahu bahawa dia sangat sakit. Itulah bebanan tugas doktor. Tak tahu orang sakit dan orang sihat. Solehah menangis sepanjang hari dan malam. Solehah di beri ubat penahan sakit, ubat batuk, ubat selesma

9hb Julai 09 Hari ini hantar Solehah ke salah sebuah klinik swasta di Sg Buloh. Kami hanya jumpa dengan nurse walaupun doktor ada di dalam.. Dan doktor hanya bercakap dari sebalik pintu sahaja.Tanya macam macam nurse yg jadi jurucakapnya, agaknya dia dah tahu. Akhirnya kami di arahkan ke hospital bahagaian kecemasan.

Bila sampai sahaja maka kerani bahagian pendaftaran pun mengarahkan kami sekali ke Klinik rawatan kecil. Maka ketika itu saya pun naik suaralah " Awak tahu tak, semalam saya pergi ke kelinik dan ini hasilnya. Saya nak buat pemeriksaan" Akhirnya Solehah di buat pemeriksaan selama setengah jam. Kata doktor keputusan 2 hari lagi, Solehah di bekalkan dengan ubat yg sama seperti semalam.

Kami balik kerumah.Solehah deman kuat dan sakit kepala yg amat sangat.





5.00 ptg Kami ke Istima di Majid Quaters KLIA lautan manusia membanjiri majlis agama itu. Solehah ikut juga dan sepanjang jalan dia menagis sakit badan dan kepala. Dia muntah beberapa kali di tapak gerai makan, kami balik segera.

Malam itu Solelah tidak tidur walaupun sekejap.

10 hb 09 Solehah deman panas yang sangat tinggi dan sakit badan serta pening kepala.
4.30 pagi , Abuya Solehah dan saya ke Kuantan kerana ada kursus dari 8.pagi - 2.petang.Solehah tinggal rumah dengan Awang dan Thoriq.

Awang rajin tolong urut badan Solehah dari malam tadi lagi, awang berjaga tunggu Solehah. Tangan awang berkesan Solehah rasa lega. Pada waktu itu badan saya pulak rasa sakit sangat dan kepala sakit sangat. Tapi gagah juga sebab mahu balik segera ke KL sebab Solehah deman.
4.00 petang Saya dapoat panggil dari pejabat kesihatan mengatakan Solehah positif N1H1.Kami bergegas balik walaupun dalam masa yang sama abuya Solehah dalam keadaan yg sangat letih dan sakit badan yang amat sangat. Saya pandu kereta dari Kuantan ke Damansara tanpa henti

9.30 malam kami ke hospital dan kami semua semua di nasihat untuk kurantin di rumah. Solehah di beri ubat penahan sakit, tahan muntah, ceret beret dan penahan sakit.
Akhir sekali sekali imbasan H1N1 solehah berjangkit kat saya. Kalau anda mahu tahu bagaimana sakitnya sakit ini.

1 Kalau sakit badan dan sendi sendi, maka kalau orang pukul dengan besi pun kita tak rasa sakit.

2 Sakit kepalanya berpanjangan dan dalam kepalanya rasanya macam ada berpuluh ekor lalat yang mengigit gigit otak kita

3 Hilang selera makan terus menerus.

4. Buang air besar tanpa henti, sampai sudah tidak ada benda mahu di keluarkan

5. Muntah sampai keluar warna hijau

6. Mata bila pandang orang, nampak kelam sahaja.Kadang kadang itu orang tu jadi samapi 3 atau 4

7.Kesejukan yang melampau, bila dia sejuk

8. Kepanasan yang melampau bila rasa panas

9. Kebas seluruh badan

10. Kalau sembahyang selalu baca silap atau bacaanya banyak lupa, cuma solat syarat sahaja.(Nanti saya ganti )

11. Sakit di bahagian pangkal hati yang teramat sangat bila batuk.

12. Pemulihan dalam masa tujuh hari.

Inilah yg saya alamai selama 4 hari. Dan saya telah beransur, Solehah masih belum pulih sepenuhnya.

Ini wabak yang melanda dunia sekarang.Saya harap anda tidak mendekat pesakit N1H1

Pemergian Yang Amam

Di sini saya sangat teruja satu "pemergiaan" yang sangat menyentuh hati.Saya ingin ucapkan takziah ke atas Kak Hasnah yang melepaskan anak bongsu kesayanganya yang berusia 16 tahun kerahmatulah pada 4hb Julai 09. Di kediamanya di Bandar Baru Bangi.
Allahyarham adik Azizul mengidap sakit barah yang sangat kronik. Dia telah merahsiakan peyakit dari ibunya dan akhirnya sakit dapat di kesan oleh saudaranya. Selama 2 minggu dia di tahan di wad ICU di hospital Ampang Puteri. Di saat akhir kematianya dia masih ingat lagi mampu dan ingat untuk menunaikan solat walaupun jasadnya sudah diambang nazab.Akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4hb Julai 09 jam 8.00.
Saya "puisikan" pemergianya yang sangat indah itu

Panggilan di Tika Qiam

Air mata ibu berguguran
titis..titis..titis
Pilu melihat azab anaknya
Di denyutan barah mengomol tubuhnya
Tubuh kerdil hanya urat dan kulit
Pucat, lesi, lesu
Mohon ibu
Halalkan susumu penyambung kasih kita
Redakan jasadku terpisah dari roh
Usaplah ubun ubun di jemarimu yang bak salju itu
Kucuplah dahiku yang dingin ini
Jangan ibu tumpahkan titisan mutiara itu
Izinku melangkah dari teratak kasihmu
Biarku menapak menjejaki ayah di pusaranya
Nazaku jangan di tangisi
Waktu waktuku bertemu pencipta adalah dalam qiamku
Saatku mengingati Nya dalam tafakur
Barah itu adalah ujian buatmu ibu
Tapi aku hadirkan mimpiku buatmu ibu dalam syurga Firdusi
Aku hadir di sisi Mu dalam qiamku.

Buat Allahyarham adik Azizol, semoga Allah merahmati rohmu

Thursday, July 9, 2009

PERTEMUAN DUNIA

Foto : Di Khemah Jemaah Burma


Hari ini sudah 17 Rejab 1430. Jumaat iaitu penghulu segala hari. Malam tadi saya ke Perhimpunan Istima'seluruh dunia di Masjid Quaters KLIA, masyaAllah ramainya umat Islam di dunia ini.

Tuan Haji Muhammad Zakaria kata, "pada tahun lepas perjumpaan istima' di Bangladesh ramainya 2 juta orang".Tahun ini istima di adakan di Malaysia saya belum dapat angka berapa, tunggu ye nanti saya lapurkan.

Saya memang terkejutlah dengan kehadiran lautan manusia. Betapa hebatnya Islam, semua jemaahnya datang dengan berbagai cara dari seluruh pelusuk dunia. Saya lihat di sini satu "peyatuan" hati umat Islam yang begitu gagah dan gah. Saya dapat rasakan bahawa umat Islam di dunia ini sangat kuat kalau di satukan seperti majlis yang sehebat ini, saya tengok berbagai bangsa, budaya dan bahasa.

Istima kali ini bermula semalam 9hb dan berakhir pada 12hb Julai. Kedatangan saya bersama dengan Ummu Solehah yang baru balik dari Jakarta, walau pun Solehah deman kuat,badanya panas dan kepalanya berpusing hinggakan dia muntah beberapa kali tapi dia tetap mahu mengikut juga. Dan malam tadi dia tak tidur langsung kerana menaggung kepanasan badanya. Saya tahu Solehah ini tubuhnya kuat, tapi perasaanya kurang kuat, dia menangis saja katanya badanya sakit seluruh badan. Tak pe saya harap Solehah kuat melawan sakitnya, sabar ye sayang.


Foto : Ummu Solehah menahan sakit
Saya bawa juga Mohd Thoriq. Kami kesana kerana mahu berjumpa dengan beberapa orang anak angkat dari Kemboja yang menjadi sukarelawan di program istima itu sebagai juruhidang dan anak saya iaitu Salman al Farisi agaknya tukang parking. Salman Ini adalah seorang anak yang aktivitinya tidak dapat saya kawal, macam macam agenda dia buat.Dia pernah kata kat saya dia nak pergi IPB (India, Pakistan dan Bangladesh) untuk tujuan dakwah, saya kata silakan dan saya ada seorang lagi anak yang minat juga dakwah ala Salman ni namanya Shafiq yang kini belajar di Kanada, dululah masa dia Sekolah Menengah saya dengar dia pun ada jemaah juga, tapi saya tak tahu sekarang samada dia masih aktif lagi dengan dakwah ini. Dalam jalan "Pencarian " tadi kami jumpa beberapa perkara

Foto : Mohd Salman al Farisi dan Syukri (Ini anak kami)

1 Orang yang sangat ramai dengan pakaian yang sangat sopan, berjubah, serban dan bertasbih

2 Penjualan barang barang yang berbagai bagai benda keperluan untuk istima di gerai gerai yang tidak terkira banyaknya iaitu seperti tikar, bantal angin, minyak atar, tasbih dll

3. Lorong dan gerai makanan yang sangat luarbiasa banyaknya dan berbagai jenis makanan dan saya malam tadi makan makanan Burma, nasi dengan daging pedas... sedapnya, ingat nak ulang lagi


Foto : Makan berjemaah satu pinggan kongsi berdua, nasi Burma, panas, pedas dan meyengat...sedap

4 Pesta pakaian jubah sampai rambang mata melihatnya

5 Pesta pemuda jihad, baru saya tahu bahawa ramai pemuda jihad di atas muka bumi ini yang mahu menginfakan hartanya, zaman remaja dan masa rehatnya... termasuklah anak saya Salman Al Farisi, Shafiq yang berada di Kanada tu (jangan lupa jihad) serta anak angkat saya yang ramai ramai tu syabas anda semua

6. Sure bayan, memanglah hebat ilmu yang di sampaikan oleh para ulama dari seluruh dunia, semua bahasa ada.

7. Khemah penginapan yang sangat banyak, macam di padang Arafah

8. Salman kata, "pengurusanya tip top"... syabas anda semua.


Foto : Sup Kambing tengahmalam

Saya harap istima ini akan di hadiri oleh kesemua anak saya yang lelaki itu iaitu Lukman, Suhail, Thoriq,Nukman, Shafiq,Uzair, Salman dan Ammar Yassar. Ini peluang anda untuk mencari jalan peyatuan umat Islam. Selamat berjuang




Foto : Panggang kambing (satu ekor) memang best..!