Berkata benar akhlak mulia
Sifat terpuji semua orang suka
Berbohong menipu sifat tercela
Di dunia lagi terima balasan.
Saya tak tahu siapa nulisnya, yg saya tahu logo muka budak perempuan dlm huruf O tu adalah wajah Ummu Solehah di kartunkan. Waktu tu umurnya 4 tahun.
Semasa zaman saya di usia belasan tahun dulu saya sgt meminati bidang penulisan. Saya sering mengikut beberapa bengkel, ceramah, dan aktiviti penulisan.
Tapi di waktu tu kedudukan rumah saya jauh di luarbandar kegiatan dan aktiviti saya untuk mendalami ilmu penulisan sangat terhad. Kadang kadang orang tua saya tidak faham apakah yang di katakan berkarya itu. Maka minat ini saya tidak pupuk kerana kehidupan keluarga yg susah dan pergerakan sentiasa terbatas.
Walaupun apa saya tidaklah memadamkan hasrat untuk memterjemahkan apa yang saya fikirkan. Saya sering juga menghantar karya saya di majjlah, alhamdulillah ada yg di terima juga.
Saya masih ingat lagi arwah ayah saya menghadiahkan sebuah mesin taipwriter kepada saya kerana saya sering memintanya. Kalau hari ini anak saya minta komputer. Anak sulong saya di Jakarta tu saya telah belikan dia 1 buah komputer masa dia mula belajar dulu, dan hari ini saya dengar dia dah beli sebiji lagi hasil tugas kerja sampinganya yang berkaitan dengan penulisan juga.
Dan anak saya yang ketiga juga sudah ada komputer sendiri. Anak saya yang kedua dah memiliki tiga buah komputer yg pertama Laptop saya, sekarang telah karang di rumah sebab uzur, yg kedua kumputer saya yang beri padanya masa dia belajar dulu, tapi di jaganya , kini masih boleh guna lagilah. Hari ini dia dah beli lap top baru yg di kendungnya 24 jam katanya laptop serbaguna. Jauh pulak saya melalut ni...
Sekarang ni saya tengok industri buku dan majjalah macam goreng pisang panas, ada buku yang hebat hebat kelas pertama contohnya di terbitkan oleh telaga biru, ada buku yg sederhana contohnya buku terbitan hidayah dan ada buku yang kelas tiga yang penerbitan banyak bak kata orang sekarang ni "penerbitan nyamok" bukan surat khabar aje nyamok tau!
Saya pun tidak arif sangat tentang penerbitan ini.
Tapi yang paling saya kagum sekali ialah Karangkraf. Semunya dia buat, dari novel, majjalah, buku dan akhbar. Walau apa pun rupa bahan bahan bacaan yang hendak di keluarkan, perkara yang sangat terpenting adalah bahanya atau isi kandunganya.
Kalau nulis pakai hentam aje, orang baca pun meluat. Isinya pakai ambil dalam internet. Baru baru ni saya ada jumpa seorang penulis. Dia kata dah buat buku 50 tajuk, bagi saya hebatlah tu, tapi namanya tak tersenarai sebagai seorang penulis pun.
Rupanya dia copy bahan bahan orang dulu dulu dan di ubahnya cover dgn lebih menarik. Ada lagi dia kata dalam seminggu dia boleh buat 2 atau 3 tajuk yg top top, rupanya rupanya bahan dah siap dalam internet. Maka saya pun cari bahan yg hebat tu dlm internet, memang benarlah bahanya bagus dan menarik, orang nulis dlm internet kesian kat dia penat lelah buat kajian dan rujukan, maka kita malas dan nak cari makan ni "copy paste aje" pastu tulis nama besar besar kat cover. Malu gak rasanya mahu buat macam tu, memanglah ilmu tu Allah punya. Tapi kita ni buat kerja senang. Copy orang punya atau taip semula...hehehe...
Orang yang tulis bahan tulisan itu kebanyakan tidak izinkan bahanya untuk di copy, ada juga yg izinkan macam ustaz Zaharuddin sesiapa pun boleh copy bahanya. Orang yang tak izinkan tu dia tulis apa anda nak tahu? dia tulis " Jika anda ingin copy bahan ini, sila klipkan... dan tinggalan nama, email dan no talipon ini bukanlah untuk saya mendapat imbuhanya tapi saya hanya mahu tahu aje" aah baru saya tahu ada orang tak suka orang curi bahan tulisanya, kalau nak boleh, bertahu dan minta izin biar rasa halal sikit.Lebih baik lagi bagi sikit imbuhan padanya.
No comments:
Post a Comment