Wednesday, July 8, 2009

HABAT

Foto : Kalau kehidupan seharian kita habat, maka kita ini termasuk dlm golongan orang yang tidak masuk dalam kehidupan yang bertamadun. Oleh itu hidupnya insan di dunia ini perlu banyak kemahiran, jangan masak pun tak reti.

"Habat" lawanya "Hebat". Kalau anda orang Pahang anda tahu apa makna "habat" iaitu perkataan ini di gunakan untuk seseorang yang membuat pekerjaan dengan tidak bersungguh sungguh dan tidak elok. Contohnya, kalau dia mandi ,tak pakai sabun pun tak ape, kalau dia basuh baju pakai celup aje dgn air dan perah pun kira kira air tak tos aje, kalau org pompuan pula kadang itu pakai kain warna biru, baju warna kuning dan tudung hijau, Dan kalau dia masak tu kira kira setengah masak aje sudah masak, kalau dia siang ikan tu isang tak buang, sisik tak buang. Dia kira apa yang di buat tu kira jadi ajelah, kerja tak sungguh sungguh. Maka di sini nak saya ceritakan satu al kisah saudara mara saya. Dia ini seorang pompuan yg cantik dan menarik, pada satu hari di pinanglah oleh orang kenaman. Masa meminang tu orang tak checklah sangat tentang latar belakangnya, kira sedap mata memandang ok lah tu. Maka tibalah hari penikahan. Acaranya besar dan gilang gemilang. Maka tersenyum bonda dan ayahnya dapat anak cantik bermenantukan orang kenamaan pulak. Minggu pertama hidup berumahtangga memanglah manis, semua yang dibuat indah belaka. Bila masuk minggu kedua sisuami nak rasa masakan isterinya walau ada orang gaji. Maka si isteri pun memasaklah.Si suami pula kaki makan, maka semua makanan dia tahu rasa sedap dan tak sedapnya, Si isteri tidak dapat membendung kehabatannya, masakanya tak menjadi, nasi mentah, sayur tak masak, gulai ikan lemaknya jadi kepala santan, buat sambal macam burung berak lada. Maka suami pun diam aje, suami pujuk si isteri " belajar masak ye sayang" isteri marah. Akhirnya isteri mogok dan suami pula setiap hari makan luar,Bila balik rumah tengok isteri terbungkam aje tidur..maka bulan masuk ketahun dan akhirnya si suami pun terpaksalah cari jalan untuk membaiki kehabatan si isterinya.




Foto : Hidangan setengah habat, campur aje ikan dan telur. Pernah suatu ketika saya di hidang oleh anak buah saya nasi, campur kuih manis, campur gulai ayam dan campur mee hoon. Saya tanya nak beri makan siapa ni? dia kata " puan lah" maka saya kata kat dia ni makan kucing

Bila isteri sedar bahawa suaminya sudah hilang selera untuk makan dirumah maka si isteri mengamok sakan dan meyalahkan sisuami kenapa membuatkanya seperti orang yang tidak berguna membiarkan dia dan tidak melatih dirinya supaya jadi "hebat" si suami pun berkatalah "ayang buat kerja habat sangat, maka abang tidak sesuai dan ayang tidak mahu belajar jadi orang hebat, tapi walaupun ayang habat, abang tetap sayang iaitu sayang secara habat dan bukan sayang secara hebat"

Bagaimana wahai puteri yang masih belum mahu mempersiapkan diri untuk jadi wanita hebat.

Kaum wanita ini walaupun jawatan setinggi pokok kelapa, tapi kalau gagal mengurus seorang lelaki maka dia bukanlah wanita yang hebat, tapi "wanita habat".Saya nulis untuk membaiki generasi anak anak saya dan anak anak angkat saya. Salam hebat dari Ibu Rusnah

No comments:

Post a Comment