Friday, July 24, 2009

TAK GUNA

Foto : Ini gambar anak orang Asli di Kg Merbau, anda tahu mereka ni tak ada surat beranak, sebab mak bapaknya ambil tak kisah hal anaknya. Mereka ni baju jarang berbasuh, bukan sebab tak ade sabun, tapi ambil tak kisah dgn kebersihan dirinya. Yang mereka tahu siang bermain dgn kawan kawan, malam pun gitu juga. Akhirnya membesarlah mereka dgn warisan keaslianya.

Semasa saya berusia 9 - 12 thn setiap hujung minggu saya akan tinggal di rumah pak saudara saya di Bandar Maran. Kerana nak tolong dia berniaga di kedai runcitnya. Pak saudara saya ni org Siam (Thailand) kerana bapaknya org sana berkhawin dgn arwah tok perempuan saya, maka dapatlah pak saudara saya ni anak tunggal dari pasangan tersebut.Di tika dia berusia 4 thn ayahnya bawa balik dia ke Siam dan akhirnya dia membesar di sana. Di tika usianya 15 thn dia datang mencari ibunya iaitu arwah tok saya. Pak saudara saya ni tak pernah menjejak kakinya kesekolah, tak tau membaca dan menulis, kalau ada apa apa yg berkaitan dgn tandatangan dia hanya pakai cap jari aje. Dia tahu cakap siam, Inggeris dan melayu.Tapi pak saudara saya ini adalah seorang yg sangat kuat semangat. Di tika dia berusia 20 thn dia balik semula ke Siam dan khawin dgn gadis sana, dapatlah anak 10 orang, di samping tu dia ada juga khawin dgn beberapa org lagi termasuklah , org Trengganu, orang Kelantan ( saya ingat 3 atau 4 isterinya) dia sentiasa ulang alik dari Siam ke Pahang ni.Dia memiliki kebun getah yg luas, dia adalah seorang tauke balak yg berjaya. Dia seorang bapak yg berjaya membentuk peribadi anak anaknya dengan jawatan yang tinggi dan berjaya dalam bidang masing masing.Sekarang pak saudara saya tu berusia 98 thn, tetap gagah, kuat dan mampu berulang alik dari Thailand ke Trengganu dan ke Pahang lagi.

Ok tu serba sedikit kisah pak saudara saya.

Yg saya nak beritahu ni ialah tentang MOTIVASI nya. Semasa saya tinggal di rumahnya, arwah tok saya pun ada juga. Latihan pertama seawal pagi ialah mesti masak air, kalau terlupa masak air dia akan membebel sampai naik pekak telinga kita, anda tahu dia kata apa? "Jangan jadi orang tak guna" pas tu kena buka tingkap kedainya, kalau lupa apa dia kata " jangan jadi orang tak guna" pas tu sapu sampah, kalau lupa apa dia kata benda yang sama juga, pas tu buat sarapan, dan kerja rutin yg mesti buat ialah mesti cuci baju, kalau tak buat satu hari apa dia kata " jangan jadi orang tak guna" betapalah hinaya bila kita selalu di kata begitu. Saya pernah merajuk sekali sebab dia kata macam tu, tapi lepas pada tu saya ambil pengajaran darinya.

Betul!

latihan pak saudara tu rupanya.

Sebab apa?

1 Dia melatih kita jadi orang sentiasa prihatin dgn dunia keliling
2 Dia mengajar kita jadi orang jaga kebersihan
3 Dia mendidik kita jadi orang rajin berusaha
4 Dia membawa kita kearah kebaikan untuk masa depan kita
5 Dia tidak mahu kita musnah masa depan kerana kita tak tau buat kerja
6 Dia mengajar kita jadi pemimpin pada diri kita sendiri sebelum kita memimpin orang lain.
7 Dia memperingatkan jangan lalai dengan perkara yang mustahak atau perkara yang memungkinkan kita akan meyesal jika kita tak ambil perhatian.


Betul pak saudara saya tu kata "jangan jadi orang tak guna" kalau kita tak ambil kisah tentang diri kita, tentang kehidupan kita, tentang perkara yang berkait dengan hidup atau mati kita maka apa guna kita memperkatakan tentang perjuangan kita untuk memimpin orang, sedang hidup kita jadi caci maki, di hina dan juihkan orang bibir sahaja bila orang sebut nama kita. Kita bukan jadi glemer sebab kita bijak mengurus, tapi kita jadi glemer sebab kita gagal membetulkan diri kita sendiri. Kita selalu berharap agar ada orang yg sentiasa membantu atau menolong kita untuk selesaikan kehidupan kita. Tak guna kalau belajar pandai pandai tapi minda, hati, jiwa dan kalbu kita zero. Sila anda baca buku
KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA m/s
96-97.

Ingat kata kata pak saudara saya tu "jangan jadi orang tak guna"

No comments:

Post a Comment