Saya panggil bapa saya "ayah" saya menikmati kehidupan bersama dengan ayah selama 34 tahun. Saya bersyukur kerana ayah saya ada di dunia ini dan masih meyedut udara Allah dengan rahmat dan nikmatNya.
Foto : Ayah adalah seorang peneroka, di kiri sekali namanya Mahatdir anak angkat ayah berasal dari Indonesia, yg ke 2 tu Pak Alang ayah jumpanya di tepi jalan dia tengah merayau nak kerja, tapi dah seminggu tak dapat kerja dan akhirnya ayah bawa dia balik rumah dan ayah beri dia kerja dan ayah beri dia tanah, hari ini pak lang dah berjaya dan menetap di kampung Bak Bak. Ayah no 3. Kawan sekelas saya Sabri No 4 ,pekerja ayah no 4 dan adik bongsu saya Nazri dan Azizi. Gambar di rakam di Hulu Tembeling, Sg Pahang, ayah meneroka tanah di sana 200 hektar.
Ayah adalah seorang yg sangat rajin bekerja. Paginya seawal 4.30 pagi dan malamnya berakhir 10. malam. Kehebatan ayah di dalam menangani kehidupanya tidak di warisi oleh anak anaknya. Laluan hidup ayah adalah sebagai orang yang sangat mencintai ilmu dan bekerja serta beragama. Ayah saya adalah seorang "peneroka" bukan peneroka felda, tapi peneroka kepada kawasan baru tanah tanah terbiar. Kampung saya di Bak Bak adalah hasil ayah penerokanya. Saya ingat lagi bagaimana ayah membawa kami adik beradik duduk di sebuah dangau ( iaitu rumah yg tiangnya 4 btg sahaja, beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh) didlm kawasan hutan belantara. Waktu itu di kampung itu tidak ada sebuah rumahpun kecuali dangau ayah.
Foto : Saya bersama ayah, kami sering keluar bersama untuk kegiatan meneroka tanah, ini di tepi Sg Pahang. Kami berkhemah selama 3 malam di tepi Sg Pahang. Alangkah indahnya kalau ayah masih ada....
Kami 2 beradik iaitu saya dan kakak no 2 tinggal di dangau itu. Masa itu saya darjah 2 dan 3. Emak saya tidak mahu ikut sebab tinggal dlm hutan, kami ada rumah yg selesa di Bandar Maran. Tapi ayah tidak impi hidup yg selesa. Ayah meneroka tanah tanah di Kg Bak Bak dan di pecah pecahkan lot serta di agih agihkan pada kawan kawanya. Ayah membawa orang masuk ke Kg Bak Bak dan buat satu perkampungan, hingga ke hari ini masih banyak tanah peninggalan ayah. Jasa ayah sangat besar untuk kami. Ayah juga adalah seorang yg tegas, saya adalah anaknya yg paling banyak kena rotan kerana kedegilan yg melampau. Masa kecil saya menangis kalau ayah rotan. Tapi bila saya sudah besar sikit ayah bagi amaran " jangan nangis, kalau nangis ayah tambah lagi" maka saya jadi manusia yg tahan dengan kesusahan dan keperitan. Arwah mak adalah Ibu yang sangat jarang merotan anak anak. Di dalam hidup ayah dia sangat memegang pada perinsip. Ayah adalah orang " kemanusiaan" dia banyak menjaga anak anak orang susah. Baginya orang susah adalah perlu dibantu dan di tolong. Ayah pernah meyerahkan duitnya yg ada dalam poketnya yang ada hanya RM 5 kepada seorang china yg meminta duit nak balik kampung. Ayah sangat kuat tawakalnya pada Allah.
Ini bidalan ayah, selalu di perdengarkan pada saya.
- Orang pekak pembakar mariam
- Orang buta meniup lesung
- Orang tepok menghalau ayam di jemuran
- Orang bijak di ajak berbincang
- Orang bodoh di suruh arah
- Tapi kalau orang malas ayah kata "tiada arah"
Anak saya yg ketiga adalah cucu emasnya serta buahati dan dia meyayangi cucunya itu melebihi dari anak anaknya sendiri.
Hari ini kalau saya susah saya tidak mahu keluarkan airmata lagi kerana apa yang ada pada kita "hanyalah rezeki dan bukan hak kita" itu wasiat ayah.
Lelaki yg kedua yang sangat bererti ialah" kekasih saya" Saya telah menemuai segala gala hidup bersamanya. Saya menemuai kesenangan, kesusahan dan ketabahan. Peringkat awal saya hidup bersamanya saya sering mencari keserasian, tapi susah untuk menemuainya.
Bagi saya dia adalah lelaki yg sangat "peyabar" dan kuat bekerja, ragam anak anaknya ditangani dengan sabar dan tenang sekali. Tapi ada satu yg saya tidak berapa nak faham iaitu.
Foto : Ini gambar "kekasih saya" yang berseluar merah dan rambutnya macam sarang tebuan.Katanya masa ni dia kat Australia (belajar), masa mudanya sangat kacak dan bergaya.
Bila waktu di marah dan bila waktu dia tak marah. Sewaktu baru hidup bersama dengannya saya sering menangis sebab dia sering bersuara "tinggi" saya ingat dia marah, rupanya suara dia memang begitu. Hari ini saya sudah tidak ambil kisah lagi kalau dia bersuara "tinggi".
Ada satu lagi sikap "kekasih" saya ni yag saya tak tahu ialah, bila dia ada duit dan bila dia tak berduit, setiap hari kami sarapan di kedai mamak, petang pun sama. Sekarang ni makan tengahari dan makan malam pun di kedai. Jadi dapur saya sudah tidak berasap.
Foto : Ini semasa dia menunaikan hajinya yang pertama
Kalau saya keluar kemana mana dia akan pastikan duit makan di bekalkan walaupun saya ada duit. Kalau orang dah bagi saya tibai ajelah... itulah keistimewaan kekasih saya ni.
"I Love You"
Ini kisah lelaki yg ketiga.
Orangnya sensitif, sangat baik, manja, romantik dan peyayang kepada haiwan. Tapi ada sikapnya yang membuatkan saya sering naik "darah panas" kalau masa dia tidur, tak kiralah waktu bila, kalau mahu di kejutkan di gerakan 30X pun dia tak akan bangun.
Semalam saya gerakan dia untuk solat subuh, satu jam saya gerakan dia, dia tak bergerak gerak badanya. Saya tutup kipas dia tak kisah, macam macam cara saya buat.
Akhir sekali saya simbah air setengah baldi keatas badanya.Basah kuyup....tapi tak juga bangun untuk solat subuh, agaknya ngantuklah tu. Saya tinggalkan dia sebab saya geram sangat. Setengah jam kemudian saya balik rumah dan saya tengok dia dah bangun dan mandi, dia kata kat saya " mak kita nak gi kerja, tolong antar". Saya pun hantarlah di kestesyen komunter kepong centrel. Masa saya menghantar dia dalam kereta tu saya menangis kerana hati saya terusik sebab simbah air kat dia kerana nak suruh bangun solat subuh. Dia diam aje, saya kata kat dia " awang, kenapa buat mak macam ni, awak dah umur 20 tahun, kita dah jadi kawan dan mak tak mahu simbah air lagi kat awak sebab nak kejutkan awak untuk solat subuh, tapi hari ni mak terpaksa buat macam tu. Mak malu buat awang macam ni dan mak harap mak tak akan buat lagi, terpulanglah pada awang" dia memalingkan mukanya keluar tingkap kereta.
Saya harap lepas ni saya tak mahu nangis lagi. Saya mahu dia faham bahawa hidupnya jangan bergantung pada orang tua sahaja.
Foto : Awang buahatiku
Biarlah dia selesaikan masaalah hidupnya. Kami dah beri yg terbaik untuknya. Semoga Allah jadikan Awang anak yang baik seperti namanya Nukman Muqarrim
No comments:
Post a Comment