Monday, March 19, 2012

3 ROZITA

Foto : yang Rozita Artis

Tulisan kali ini bukanlah nak suka kait kait nama org glemer, tapi saya nak buat tauladan dan sempadan aje...cete kali ini pasal 3 Rozita yang saya kenali, yg 2 tu saya tak pernah suamuka tapi dengar nama dan orgnya memang hebat yg pertama Rozita Che Wan, artis yang memang glemner dengan berbagai cereta panasnya,artislah katakan apa jua yg dibuat semuanya org tahu.

Satu lagi yang nama Rozita juga yang satu Malaysia org tahu siapa dia iaitu Rozita Ibrahim tauke Sendayu Tinggi yg kini dah pakai niqab, orgnya cantik,baik dan sentiasa merendah diri mungkinlah dia teringatkan zaman lampaunya yg sering dilanda derita.Kini dah bergelar jutawan maka dia tak lupa berpijak dibumi yg nyata.
Foto : Yang ini Rozita Ibrahim, Jutawan kosmetik

Ni satu lagi nama Rozita yg saya nak cetekan ...dah 4 thn saya kenal dia, ada anak 10 org keturunan Asli Semad Beri, dah 3 thun dia menjanda kerana suaminya pergi entah kemana, lepas tu dia berkhawin dengan pemuda yg berusia 26 thn walaupun umur Rozita 46 thn tp demi cintanya pada Rozita umur tak jadi halangan, kini setelah 2thn bergelar suami isteri mereka di kurniakan seorg cahaya mata perempuan yg comel iaitu anak yg kesepuloh buat Rozita dan anak yang pertama buat suaminya.

Saya nak cete kisahnya bukanlah apa sebab saya ni berkawan denganya, kalau masuk kg Merbau pasti singgah rumahnya dan orgnya yg sgt gigih, kerja harianya mencari rotan, kemudian meraup rotan tersebut dan menjemur lalu dipasarkan dgn harga yg sgt murah, dua hari dia blh buat 100 btg rotan...harga yg peraih ambil 7 sen shj...maknanya kerja 2 hari dpt RM 7 shj.Anaknya tak sekolah dan dia pengidap peyakit payu dara.Inilah Rozita sahabat saya
Foto : Yang berbaju T-Shirt tu Rozita, kawan saya org Asli keturunan Semad Beri, 10 thn dulu di Islamkan lepas tu dia murtad sebb org yg mengislamkanya tabur janji nak bagi itu nak bagi ini,tp apapun tak ade, sekarang kami sedang dakwahkanya supaya masuk Islam semula