Tuesday, July 5, 2011

COKLAT DARI LANGKAWI

Aku ni peminat kepada makanan yg tak begitu baik untuk tubuh kalau di makan melebihi had...iaitu coklat.Aku tahu benda tu tak baik kalau di makan dgn banyak...tp aku boleh habis kalau org hidangkan coklat yg banyak berbanding dgn makanan lain, satu lagi makanan yg aku suka aiskrim...wajib setiap hari..tak dpt yg mahal yg 50 sen pun tak ape...inilah keburukan pael manusia.
Barubaru ini si bungsu bawak segendung coklat dari langkawi...macam macam rasa, terima kasih bungsu

Itu cete makanan kegemaran, ni aku nak cete pasal ketidak telusan didlm pimpinan yg berlaku sekarang ini...ialah walau seburuk manapun pimpinan sekarang rakyaat tetap berlapang dada tak kira keadaanya.

Aku sedih dgn satu lagi projek mega kerajaan iaitu ingin memberi rakyaat rumah yg di istilahkan "rumah rakyaak" tp harganya untuk beri makan ahli koprat atau mengayakan kroni...ada ke patut rumah rakyaat harganya RM 160 000 hingga RM 300 000 ini org yg bergaji 4 angka bolehlah beli, tp kalau dah mak cik atau pak cik di kampung yg tiada bergaji macamana? jangan anda terkejut ye...ada org yg tak mampu nak sekolahkan anak kerana tak ade duit...ini bukan rekaan dan aku akan bukak sebuah sekolah untuk anak anak yg mak dan bapanya tak mampu

Sekolah yg aku bukak inilah tidak setaraf dengan sekolah permata negara, cukuplah sekadar membantu mereka yg kurang kemampuan oleh sebab ibubapanya tidak ada wang kerana tekanan ekonomi melampau pd masa ini.

Friday, July 1, 2011

JARI TELUNJUK

Foto : Jika kita didalam musibah "yg salah orang"kata kata orang yg dayus


Allah jadikan jari telunjuk untuk manusia ini bukanlah gunanya untuk menelunjuk kesalahan kita pada orang, tp Allah jadikan jari telunjuk kita ini adalah untuk melengkap atau mencantikan tangan kita dgn adanya jari kelingking,jari manis, jari hantu,ibu jari dan tambah cantik dgn jari telunjuk.

Tp dlm hidup ini manusia sering saja menyalahkan ketentuan yg telah Allah turunkan padanya seperti kenapa nasib aku ni malang sangat? kenapalah aku miskin, kenapalah aku lapar. kenapalah wajah aku buruk dan kenapa dan kenapa...dan bila soalan ini mengodam kepala kita maka kita akan menelunjuk pada orang bahawa kita ni jadi begini sebab org lain.

Apakah dlm kita menjalani hidup ini kita meguna akal atau sebaliknya ? akal anugerah Allah buat insan yg bernama manusia .


Hidup ini harus berfikir dan terus berfikir dan terus berfikir tanpa berhenti hinggalah cabut roh dicabut dari jasad kita.

cari jalan yg telah Allah tunjukan dengan "terang lagi bersuluh"...selain dari akal Allah telah jadikan RasulNya untuk kita jadikan ikutan dan ada lagi keistimewaan yg tiada tolok bandingnya Allah berikan pada hambanya iaitu Allah turunkan Al Quran sebagai panduan, tp manusia tetap manusia yg sering alpa dan menyalahkan takdir dlm hidupnya.

Sebagai manusia yg lemah dan daif kita mesti akur dgn ketentuan illahi.


Jika didlm hidup jika kita asyik menyalahkan orang contohnya ,jika kita di rundung malang...yg salah org, jika kita sakit yang salah org dan jika dah kawen tp tak dpt anak yg salah org lain juga sebab benih yg di tanam tu tak menjadi, jika kita tak makan yg salah org lain juga...pendekata dalam episod hidup kita ni orang lain yang memainkan peranan kita dan kita mau apa? jadi tunggul? jadi barang tak bernyawa ke atau kita hidup penuh rintihan.

Saya ada seorg kawan lama, saya berkawan dgn sejak darjah 2 lagi...hari ini dia menjanda dgn lapan anaknya...lakinya dah meninggal dunia tanpa meninggalkan sesen pun duit dan tanpa secebispun tanah utk di jadikan harta, dan rumah yg dia tinggal pun rumah sewa.

Bila lakinya meninggal dia asyik menyalahkan ibunya yg mengawenkanya dengan suaminya yang meninggalkanya dengan lapan org anak sehinggakan ibunya berkata " wahai bedah kenapa kau tak salahkan tuhan yg jadikan kau?"

Di sini dpt aku buat kesimpulan bahawa manusia yg suka menyalahkan org dlm hidup ini adalah manusia yg tak pernah bersyukur dgn rahmat dan nikmat allah, malah dia berharap agar hidupnya dapt hidanganan lazat dari Allah yg di jatuhkan dari langit untuknya .

Ini manusia apa ni?tanpa mengunakan fikiranya.

di harapkan bedah kawan ku itu tidak lagi meyalahkan ibunya

Selamat berusaha wahai sahabatku...Bedah

Bedah besarkan anak anak dgn apa cara sekalipun kerana anda seorg ibu insan yg Allah jadikan tabah,kuat dan gigih.

Anda menpunyai harta yg tak ternilai iaitu akal fikiran yg waras,badan yg sihat dan anak anak.