Tuesday, October 30, 2012

Roti... oh roti!

Kalau kita ke Timur Tengah, makananya yang plg popular ialah "roti"selama 10 hari saya di Mesir hanya 2 kali saje saya makan nasi.

Pagi lagi saya akan mencari roti, kedai roti dibuka seawal pagi dan orang yang datang membeli roti itu bukanlah orang arab saje, malah ramai pelajar pelajar, pelancong yang datang dari luar negara akan membeli roti.

Terpegun saya melihat mesin pembacuh, pembakar roti yang begitu besar serta dengan kauli yang diisi dengan penuh minyak untuk mengoreng berbagai jenis roti.

Anda mungkin tidak percaya kalau saya katakan bahawa di Mesir roti bukan sahaja dijadi bahan makan ruji, tapi adalah makanan yang dcampurkan bahan kimia untuk mematikan sperma lelaki iaitu dlm usaha kerajaanya untuk kontrol kelahiran.

Rakyaat Mesir yg berjumlah 90juta itu telah membuatkan pemerintahnya memikirkan apakah cara untuk mengawalnya pertambahan penduduk.Kalau di China sekatan kelahiran itu ialah dengan cara mendenda dan menyekat kemudahan jika ada pasangan yang beranak lebih dari satu

Manakala  di India sekatan kelahiran adalah dengan merancang keluarga,  di Singapore pula kerajaanya tidak mengalakan kelahiran yang lebih dari 2 org dan mereka awal awal lagi akan memotong peranakan atau pasangan itu berusaha supaya jangan beranak lebih

 di Malaysia belum ada tindakan keras jika rakyaatnya ingin memilik anak lebih, cuma yang saya dengar para doktor akan menasihati mereka yang beranak lebih dari 3 supaya merancang keluarga.


Tapi di Mesir cara pemerintahnya mengawal kelahiran dikalangan rakyaatnya yang rata rata miskin itu ialah dengan memberi subsidi roti.

Rotinya ini dibuat oleh pihak polis dibalainya dan roti ini akan dicampur dengan ubat "pemandulan". Orang ramai tahu tentang  roti mandul  ini, tapi mereka tidak ada pilihan untuk meneruskan kehidupan.

Roti ini  akan diberi secara percuma atau dijual dengan harga yg sgt murah iaitu yang mampu dimakan oleh org miskin.