Saturday, January 31, 2009

MISI KEMANUSIAAN DI ACHEH DARUL SALAM

Syaidina Ali bin Abi Talib berkata;

"Sifat kikir adalah aib,sifat takut adalah kekurangan,sifat kefakiran menjadikan orang cerdik membisu daripada mengemukakan hujahnya,orang miskin terasing di negaranya, sifat lemah adalah peyakit,sifat sabar adalah keberanian,sifat zuhud adalah kekayaan dan sifat warak adalah benteng"


Anak muda atau remaja adalah satu generasi yang mesti di ketengahkan sifat kepimpinanya dan mereka adalah merupa pewaris kepada bangsa, agama dan tunggak utama kemakmuran negara, jika pada hari ini anak muda remaja gagal untuk memterjemahkan kehebatan mereka, maka akan hilanglah taring "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara" dan ini saya temui bila saya banyak mencampuri berbagai aktiviti bersama anak anak muda atau remaja.

Dan saya rasa semangat anak muda pada hari ini adalah sifat yang banyak sambil "lewa", iaitu kurang memikirkan kesusahan orang, hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan mengharapkan agar mereka di beri layanan yang lebih dari apa yang mereka mahu.

Cuba kita renungkan nasihat Syaidina Ali Karamullah;
"Aib yang besar ialah kedekut iaitu apabila kamu tidak mahu memberi,tapi kamu tahu hajatnya. Mereka ini hanya memikirkan hal kehidupanya nya sahaja, mereka melihat org miskin tapi tidak memperdulikanya. Jauhilah dari sifat kedekut ini dan ini adalah sifat yang sangat hina serta menurunkan martabat anda"

Sifat yang kedua pula ialah sifat penakut. Ini adalah satu sifat kekurangan dan kehinaan serta kelemahan. Maksud takut disini ialah adalah sifat yang tidak mahu maju iaitu ketika di tuntut berbuat demikian untuk kepentingan negara yang menjagamu, memeliharamu dan tempatmu mencari mencari rezeki dan maksudnya lagi iaitu tidak berani meyatakan yang benar dan meyembunyikan didalam hati sahaja, sifat penakut ini termasuk juga sifat yang suka lepas tangan dan kata Syaidina Ali lagi;
"pahlawan yang berani itu akan di ingati sepanjang zaman dan tetap dihati manusia sebagai cahaya penerang dan menjadi orang yg di kenang"

Ini adalah mukadimah saya dlm menerangkan selama perjalanan ke Acheh membawa anak anak muda dan remaja di dalam misi baktisiswa mereka. Saya sangat rasa teruja dengan sikap mereka yang berani melangkah keluar dari kepompong keselesaan di negaranya iaitu Malaysia untuk menacari secebis pengalaman.

Kegigihan, keberanian dan kesanggupan mereka meredah segala macam cabaran dapat di tempuhinya dengan senang dan mudah sahaja.

Ketika hari pertama lagi mereka menjejaki kaki di Bandar Acheh mereka telah dapat meyesesuaikan diri dengan orang yang seagama, sebangsa dan sebudaya dengan mereka
pada hari kedua pula mereka di bawa melawati ketempat yang dilandaTsunami dan pada sebelah petangnya mereka telah meyempurnakan tugasan mereka sebagai sukarelawan di Yayasan Anak Yatim Sri al Ain Acheh. Manakala sebelah malam mereka telah mengadakan kelas tiusyen bahasa inggeris dengan bahanya telah mereka sediakan dari Malaysia lagi.

Pada Hari ketiga;
Mereka telah bersaliratulrahim dengan Mahasisawa Universtas Syiah Kuala dengan mengadakan diskusi dalam membincangakan "ekonomi Global" di sinilah saya lihat bahawa anak muda ini mempunyai memikiran yang sangat kreatif, bernas dan cerdas dan berbincangan mereka sangat lancar.

Manakala di sebelah tengahari pula kami telah melawat sebuah tempat penerbitan & peyiaran yang terkenal di Acheh iaitu yang bernama "Serambi" sambutan yg di berikan sangat memuaskan dan kami dilayan dengan baik sekali dan penerangan dari mereka telah menjalinkan satu ikatan kekeluargaan buat kami dan saya ucapkan ribuan terima kasih buat semua bapak bapak dan Ibu Ibu di kantor "serambi"dan manakala di sebelah petang pula satu program rehlah telah diadakan bersama dengan anak yatim Yayasan darul tahfiz Sri al Ain Acheh, dan ini adalah satu program yang saya kira sangat penat kerana semunya naik lori dalam perjalanan selama dua jam pergi dan dua jam balik manakala berkelahnya setengah jam, tapi seronoknya...

Dan malamanya pula kami semua makan di kedai nasi padang, sedap dan pada sebelah malamnya semua anak remaja ini di hidangakan dengan pengajian yang jarang orang lakukan iaitu MENGHAFAL AL QURAN SURAH AR RAHMAN yg di pimpin oleh Ustaz Abdullah Abdul Wahab al Hafiz. Tujuan saya adakan program ini ialah bagi mengimbangi program rohani dan jasmani supaya anak remaja ada pendedahan tentang ilmu yang utama mesti dituntut di dunia ini ialah mempelajari AL QURAN.

Dan esok saya sambung lagi lapuran MISI KEMANUSIAAN ini.

Thursday, January 22, 2009

Gandhi Seorang Pejuang

GANDHI Bahana Kesetiaan Teruji iaitu sebuah buku yang di terbitkan pada tahun 1925 oleh Asyram Sabarmati dan di alih bahasa oleh Prof.Dr G Soosai iaitu pada tahun 1984 dan saya membelinya pada tahun 1998 dan oleh sebab kesibukan dengan berbagai urusan yang saya pun tidak tahu bila akan habis,maka saya kuat juga hati untuk menghabiskan juga buku ini yang setebal 667 halaman.

Bila saya terus menerus membacanya saya tidak mahu tahu siapa "Gandhi" yang sebenarnya,tapi saya kagum dengan"kehebatanya"sebagai manusia.Gandhi adalah seorang penulis yang gigih dan tidak pernah jemu di samping itu beliau sangat rajin menuntut ilmu,beliau sentiasa mencatit pengalaman,pemikiran,rancangan dan tindakanya walaupun disaat beliau sibuk.

Gandhi pada usia mudanya telah menerbitkan majjalah mingguan
"india Opinion"iaitu kisah pendapat india di Afrika selatan.
Dalam usia lanjut beliau telah menulis dengan mengunakan nama ganti. Dan beliau juga pengarang otobiografi iaitu beliau menulis perkara yang benar dan betul sahaja.Selain dari itu beliau menulis riwayat hidupnya,termasuklah ucapanya,syarahanya,suratnya,majjalah dan buku malah kekal hingga kehari ini.Dan disini ingin saya mengulas sikit tentang manusia yang bernama Gandhi ini.

Beliau pembela kepada kebuluran,kejahilan,ketidakadilan,pemerasan.Dan beliau sangat mengidamkan masyarakat yang tidak berkasta dan berkaum.Dan dalam bab 13 buku ini Gandhi menulis tentang sifatnya yang malu bergaul dengan orang ramai,malu untuk bercakap dalam bahasa inggeris kerana kelemahanya berbahasa inggeris,dan beliau juga menulis tentang bagaimana beliau tidak tahu mengunakan sudu dan garfu untuk makan iaitu semasa perlayarannya untuk meyambung pelajaran ke London.

Dan pada ketika itu beliau sentiasa meyembunyikan dirinya dari bergaul dengan orang kerana kelemahanya dan kekurangan di atas sebab beliau adalah dari golongan miskin yang tidak terdedah dengan kehidupan mewah.Dan kisah dalam buku ini sungguh menakjubkan saya dan telah memotivasi semangat yang kian lumpuh.

Gandhi mencari "universiti kehidupanya" dengan dirinya,pengalaman dan kekuatannya.Dan saya harap saya akan terus mencari buku buku yang berkaitan dengan Gandhi ini.

Tuesday, January 20, 2009

BUSH SUDAH BERAKHIR, MEMBAWA KEHANCURAN

George W Bush adalah Presiden Amerika Syarikat ke-43 yang berakhir tugasnya semalam telah dirundung dengan berbagai pergolakan yang belum selesai seperti di Iraq dan Palestin, kejatuhan kemelut ekonomi AS

Dalam kejadian yang mencemarkan kedudukanya sebagai peminpin ialah bila seorang wartawan telah melempar kasut kearahnya dan beliau adalah merupakan seorang Presiden paling teruk dan meletakkannya sebaris dengan Herbert Hoover,Warren Harding dan James Buchanan.

Bush telah menamatkan pentadbirannya selama lapan tahun dengan krisis kewangan paling dahsyat dalam tempoh 80 tahun,

Bush cuba mencari popurlarity dengan serangan 11 September 2001 kemudian peperangan di Iraq di samping kegagalanya menangani kejadian Taufan Katrina dan kecairan di Wall Street.

Bush bersara dengan tumpahan darah di bumi Palestin dan sekarang apakah Obama mampu menghentikannya apabila mengambil alih taktha 20 Januari ini?

Sunday, January 18, 2009

Cemas......cemas........cemas!!!!!!

Korban di Palestin sangat mencemaskan dan sudah tidak boleh di bendung lagi kegilaan Zionis laknatullah ini akan kejahatan yang sangat melampau

  • Hari ini korban jumlah korban telah meningkat 1310 orang
  • Penemuaan mayat sekitar 100 orang
  • Kanak kanak 417 orang
  • Wanita 108 orang
  • Orang tua 120 orang
  • Cedera Parah 5450 orang
Dan pada hari ini mereka telah merancang untuk memusnahkan bangunan bangunan yang masih belum mereka musnahkan termasuklah sekolah sekolah.

Kebanyakan mayat mayat yang di temui telah busuk iaitu mayat kanak kanak dan wanita iatu ketika rumah mereka di bom

TABUNG BersamaPalestin
Nama Akaun PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
Bank Agro Bank
No Akaun 2-00-5561-00001319-0

Kegunaan:

  • Membeli Ambulan
  • Makanan
  • Obat obatan

MISI KAMI UNTUK KEMANUSIAAN : 20 Febauri - 27 Febauri 09 (8 hari)

ANAK ANAKU

Semalam aku mengunjugi lagi keluarga kaum orang Asli di Kg Merbau, sudah menjadi satu rutin bagi aku dan suamiku minat kepada kerja yang orang fikir membuang masa, tenaga dan duit. Tapi sebenarnya rutin yg aku jalankan ini adalah satu misi kemanusiaan yang sering di pandang sepi oleh ramai orang. Semenjak 2 tahun yg lalu iaitu ketika aku telah menjadikan perkampungan orang Asli ini sebagai kampung angkat Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) aku sudah rasa sangat seronok, kerana seluruh kampung itu akan rasa seronok bila aku hadir dan mereka sangat senang dengan aku dan suamiku

Iye memanglah terlalu sukar untuk menawan hati manusia untuk suka, minat kepada kita? apa tidaknya berbagai dugaan yang kecil dan sehinggalah dugaan yg besar dtg ibarat badai. Tanpa jemu dia meyapu pasir, begitu juga aku. Tapi bak kata org tua "jangan berumah di tepi pantai kalau takut di lambung ombak" atau yg lebih meyegat lagi tugas aku ini ialah "kalau meyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"

Setiap kali kunjugan aku ke Kg Merbau ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kemanusiaan kalau boleh biar erat dan biar mereka suka pada kita. Dan dalam misi ini aku telah pun "megakui" dan mengambil beberapa org anak orang asli ini sebagai anak angkat aku
Pada tahun 2005 aku telah mengambil seorang anak angkat dari keluarga Hamidah iaitu anaknya yang kelima bernama Khairul Naim iaitu ketika dia masih dalam pantang lagi dan semenjak dari itu bila aku berkunjung aku akan pastikan tugas aku sebagai "Ibu" iaitu baik dari segi keperluaanya dan juga kasih sayang.

Pada tahun 2006 aku sekali lagi telah berbesar hati untuk mengambil seorang anak angkat perempuan yang pada ketika itu dia masih lagi di tingkatan satu (13 tahun) yang bernama Juliza a/p Jamal, dan bila bilangan bertambah maka tugas sebagai ibupun bertambah dan aku akan pastikan keperluaan pembelajaranya mesti cukup dan memberinya belanja sekolah dan asramanya cukup. Ini di beri pada setiap kali aku datang dan aku harap dia akan rasa seronok dan di hargai . Dan aku bangga dia boleh dikata baik dlm keputusan PMRnya boleh...lah, dan apabila aku berkunjung dia akan membekalkan aku pucuk ubi kayu dan cili api dan orangnya cantik, berbudi bahasa dan wataknya adalah "peyabar" kerana dia mempunyai bilangan adik beradik yang ramai iaitu 9 org di bawahnya.

Pada tahun 2007 sekali lagi aku telah berkenan untuk mengambil seorang lagi anak angkat di kalangan orang asli kg Merbau ini iaitu namanya sungguh sedap iaitu 'Syakirah"dan aku telah memohon kepada ibunya Rozita untuk mengambil anaknya untuk jadi anak angkat ketika dia masih dalam kandungan lagi iatu 5 bulan. Dan ibunya suka dan setuju, dan rasa keibuaan aku terus membara di dalam jiwa dan sungguh seronok, bila antara mereka ini panggil aku "Mak"dan hari ini bila aku mengunjung aku akan pastikan semua anak anak aku ini aku beri perhatian, sokongan dan kalau boleh aku ingin mereka ini berjaya didalam bidangnya dan dapat menaganut agama Islam.

Dan anak aku yang bernama Solehah (anak sendiri) bertanya kepada adiknya Jannah "mak nak berapa ramai anak ?" bila aku beritahu padanya bahawa aku ada membela anak angkat dari Kemboja yang bernama Syukri, sekarang sedang belajar agama di salahsatu Madarasah di Hulu Langat. Maka aku pun beritahulah pada adiknya, aku akan ambil anak angkat ini selagi aku masih bernafas, waras dan di beri oleh Allah kekuatan serta selagi orang sudi untuk memanggil aku "Mak,Ummi,Ibu dan Bonda" ramai lagi anak angkat yang tidak aku paparkan dan Insyallah akan aku buat satu hari iaitu HARI KELUARGA Hj Muhammad & Rusnah. Yang akan menghimpunkan semua anak anak angkat aku samada di dalam Malaysia dan juga diluar Negara.Insyallah!!!

Bom Pemusnah

Gaza: Memasuki hari ke-22 kekejaman tentera zionis Israel di terus memuncak Dan angka korban telah mencecah 1200 orang lebih separuh darinya adalah kanak kanak

Korban 1200 orang
Kanak Kanak 410 kanak
Wanita 108
Orang tua 118
Luka Parah 5300 orang
Kritikal 400 orang

Dan kejadian yang terbaru tentera Israel telah menggunakan senjata pemusnah untuk pertama kalinya dalam serangan yang makin agerasif di Gaza iaitu bom pemusnah ini akan membuat tubuh manusia meleleh dan hanya tinggal kerangka tulang.”

Didapati 3 orang korban yang dagingnya melebur, daging habis tidak tersisa pada tubuhnya kecuali tulang belulang. Ini menunjukan bahawa bom yang digunakan oleh tentera Israel ini sangat-sangat membahaya 

Di daerah Tel Islam (Tel Hawa), tempat yang terkena ledakan bom ini adalah mangsa dalam keadaan yang sangat meyedihkan. bahan yang menyerupai serbuk yang boleh membawa kepada sampingan iaitu mati. Dengan beberapa kejadian seperti tidak boleh bernafas atau tidak mampu bernafas badan akan jadi panas yang mendadak dan yang paling meyedihkan daging daging di badan akan meleleh.Dan kanak kanak yang terkena boleh membutakan mata serta kulit akan jadi hitam.

Bahan ini pernah di gunakan oleh pasukan Amerika di Iraq, pada Juni 2003. Di mana pasukan Amerika mengempur Iraq dengan senjata yang sama di gunakan oleh pihak Israel pada hari ini untuk memusnah etnik Palestin di Gaza 

Bom yang bahaya ini dilontarkan ke tempat yang di sasarkan dan dia akan mengeluarkan cahaya yang bersinar merah menyala Dan bila terkena sahaja ke tubuh mangsa maka Mengakibatkan kulit mengelupas dan daging akan meleleh dan yang tinggal hanya tulang dan telah di hadapi oleh tentera iraq

Friday, January 16, 2009

Biadap..

Sungguh biadab yang dilakukan tentara zionis Israel, laknatullah, setelah mereka membunuh orang-orang yang tidak berdosa, mereka melemparkan tubuh-tubuh tersebut ke arah anjing-anjing yang tengah kelaparan.

Seorang kanak kanak perempuan yang berusia 4 tahun Shahd. Tubuh anak kecil telah terkorban oleh bedialn peluru Zionis di belakang rumahnya di perkhemahan Jabaliya sebelah Utara Gaza..waktu di tembak Shahd Saat tengah bermain. 
Ibubapanya Shahd mencoba untuk menyelamatkan anaknya yang telah kaku dan tidak bernyawa itu,tapi pasukan Israel telah menghujaninya dengan tembakan dari jauh.

Selama lima hari jasad Shahad telah di gadis dikoyak-koyak dirobek oleh anjing yang dilepaskan oleh tentara Israel. “Tapi anjing anjing itu tidak berminat untuk memakan jasab gadis itu “kata Abu Aukal. 

Melihat jenazah adik perempuannya yang masih kecil yang di hurungi oleh anjing anjing itu saudara lelakinya Matar dan sepupunya Muhammad telah nekad untuk mengambil jasad Shahd. Tapi malangnya mereka berduanya pun dihujani peluru Israel sebelum keduanya dapat mencapai tubuh Shahd. Dan akhirnya Matar dan Muhammad pun menjadi menjadi korban juga 

Omran Zayda, seorang jiran kepada keluarga Shahd, mengatakan, orang Israel mengetahui apa yang mereka lakukan itu. Dan mereka memburu keluarga Shahd dan mencegahnya untuk mengambil jasad Shahad dan mereka tahu bahwa anjing-anjing itu akan memakannya,” kata Zayda. 

“Mereka tidak hanya membunuh anak-anak kami, mereka sengaja melakukannya dengan cara yang paling kejam dan biadab,”Zayda mengungkapkan perasaannya, bahkan kamera, tidak dapat menggambarkan pemandangan yang mengerikan itu.

Korban kank kanak meningkat

Gaza – : Hari ke-21 , jumlah yang terkorban telah meningkat menjadi

  • 1133 orang
  • 368 orang adalah anak-anak
  • 105orang wanita
  • 100 orang tua
  • 15 orang anggot kesihatan
  • 4 wartawan
  • 3 orang aktivis asing
  • Luka parah telah meningkat kepada 5130 
setengahnya adalah anak-anak & kaum wanita.
Akibat serangan udara Zionis Israel yang menyerang dekat pasar al najmah berhampiran perkhemahan Shabura di kota Rafah, wilayah selatan Gaza.

Thursday, January 15, 2009

Khianati Umat Islam adalah berdosa

Jaringan Bawah Tanah (terowong) di Semenanjung Gaz bukan Sahaja di gunakan untuk seludup makanan malah menjadi laluan lebih 20,000 pejuang Islam menentang Isreal.

Jedah-Lebih 100 para ulama dan pemikir Islam telah mengeluarkan kenyataan bersama. iaitu sebagaian besar negara Arab telah menutup laluan dari membuat terowong atau memusnahkan serta menghancurkan terowong (koridor Philadelphi). Padahal ia adalah pintu masuk untuk membawa obat-obatan dan makanan untuk mangsa keganasan Zionis di Gaza di samping itu terowong juga menjadi nadi kehidupan warga semenanjug Gaza

Dan ini dianggap sebagai kerjasama dengan musuh iaitu tentera Israel dalam pembunuhan rakyaat Palestina serta dianggap pengkhianatan paling besar di lakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Para ulama telah bersepakat bahwa menolong kaum kafir (musuh Allah) demi memusnahkan kaum muslimin sama saja dengan kekufuran ,iaitu satu kesalahan yang sangat besar.

Iaitu menjadi talibarut yahudi atau bersekutu dengan mereka bagi peyembelihan rakyaat Palestine di bumi Gaza

Di antara ulama yang menandatangani kenyataan ini adalah

  • Syaikh Abdullah bin Hamud Taujiri
  • Ali Qirdah Daghi
  • Wajid Gunaim
  • Jamal Marakibi
  • Muhammad Karem Rajih
  • Al-Amin Muhamma Ahmad dan lain-lain.

Dan tentera Israel telah memandang serius tentang keujudan terowong ini

  • Tentera udara Israel mengebom terowong-terowong di sepanjang Laluan Philadelphi dekat lintasan sempadan Israel-Mesir di Rafah.
  • Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan serangan udara itu dan berkata sebanyak 40 terowong dimusnahkan.
  • Israel mendakwa terowong-terowong tersebut digunakan untuk menyeludup senjata ke semenanjung Gaza.

Wednesday, January 14, 2009

Hari Yang Ke 20 Sangat tertekan

Hari ini adalah masuk hari yang ke 20 bumi Gaza dalam kegawatan
umat di seluruh di dunia sangat rasa tertekan ,baik dari tahap peminpim,rakyaat jelata dan alim ulama serta semua bangsa dan agama tidak dapat menahan kemarahan dan kebencian terhadap Zionis dan Israel.Dan ini dapat dilihat tunjuk perasaan dan lapuran berita di TV,akhbar dan internet dan apa jua media masa.Kebimbingan yang dihadapi oleh seluruh umat manusia di dunia seperti sudah tidak dapat di bendung lagi bila melihat mangsa yang menjadi korban tertinggi adalah kanak kanak dan wanita.
Hari ini yang ke 20

  * Telah terkorban 1033 orang
  * Kanak kanak 333 orang
  * Wanita 95 orang
  * Yang selebihnya orang awam

  * Luka Parah 5000 orang
  * 1500 kanak kanak
  * 700 orang
  * Yang selebihnya orang awam

Tentera Israel yang melancarkan keganasan 27 Desember 2008 tempohari adalah lebih memfokuskan sasaranya kepada anak-anak Palestina di bumi Gaza. Jumlah korban masuk hari yang ke 20 ini mangsa yang terbanyak adalah kanak kanak hampir setengah dari korban tersebut.

Bangsa Yahudi yang tidak punya rasa kemanusiaan dan kekejaman telah meletakan sasaranya ialah kepada kanak kanak yang tidak berdosa dan tidak tahu apa apa.Sebenarnya Zionis sangat takut kepada kekuatan kanak kanak yang telah dapat menguasi al Quran serta menghafalnya.Dan mereka terfikir jika kanak kanak yang hafal Quran pada hari ini bila mereka telah dewasa dalam masa 2o atau 30 tahun lagi apa akan terjadi?ramai kanak kanak yang hafal Quran telah syahid.

Hari yang ke 19 Perang di Palestin ,dan Ulang Tahun ke 23

Buat Insan Yang Bernama Solehah. Terima kasih Solehah masih taat pada ajaran Islam, masih mahu mendengar nasihat mak & abuya dan masih mahu jadi insan yang di harga. Dan sesungguhnya Solehah hanya satu anugerah hasil dari cinta yang murni, tapi Solehah bukan milik mak & abuya. Oleh itu Solehah mesti letakan diri Solehah didalam golongan orang yang beriman, beramal & bertakwa. Solehah tempatkan hidup Solehah sebagai insan berani dan Cintakan mati syahid

I love You, I Miss You.

Tuesday, January 13, 2009

BERSAMAPALESTINE.COM

asslamualikum buat teman dan pembaca blog iktibar
Saya akan mengalihkan tulisan saya,cadangan dari anda semua ke LAMAN BLOG bersamapalestin.com yg akan dilancar pada hari ke 20 Palestin berduka angkara tentera Zionis. Laman blog ini adalah untuk memaparkan semua tulisan oleh Ahli Persatuan Belia Sri al Ain(BERSAMA) dan saya akan melatih diri saya terutamanya tidak memandang sesuatu kejadian itu dengan ungkapan "kesian" atau "biarlah... itu dia,kita selamat di sini dan kita jaga keamanan kita dengan sebaik baiknya" dan kalaulah ada orang boleh berkata demikian maka butalah mata hati mereka.
Dan ibaratkan sahaja kita ini satu badan "cubit paha kanan,peha kiri terasa"kalau tidak terasa itu maknaya badan kita dah mati sebelah atau telah kebas.Dan saya ingin membawa anda semua merasai akan penderitaan saudara kita di Palestin terutamnya yg sedang bergelut dengan peluru,bom,keganasankesengsaraaan,kehilangan,kemusnahan dan kehancuran dengan apa jua perjuangan anda.Dan pihak kami akan mengadakan satu MISI KEMANUSIAAN ke palestin dalam rangka bantuan untuk rakyaat Palestin .Pastikan anda dapat menghantar info terkini untuk kita bersama meneraju perjuangan ini dan selamat bumi Ambia.
Dan dlm blog IKTIBAR ini saya akan isikan dengan tulisan yang meyantapkan selera anda dengan
MARI MASUK DAPOR!

Penderitaan

Korban di Gaza di hari ke-18 meningkat menjadi 975 gugur syahid dan 4300 luka akibat serangan dari tentera udara, darat Zionis dalam beberapa jam terakhir.

* 311 anak-anak,
* 95 wanita.
* Selebihnya orang awam .

Serangan Israel telah menuju ke rumah-rumah yang wilayahnya padat dengan penduduk

Jumlah korban luka parah telah mencapai 4300 orang, 375 di antaranya dalam keadaan yang sangat kritikal termasuk 1500 adalah anak-anak serta 690 dari kalangan wanita.

Dan banyak ambulan telah di musnahkan oleh tentera Isreal dan ini adalah keganasan yang tidak ada batasan lagi di bumi Palestine

Basyari Wahsyi

Baru kemarin, Bisyri Al-Wahsy mendapat penghargaan dari sekolah menengah Al-Zahra, karena kesungguhan dan ketekunan belajarnya. Hari berikutnya ia mendapatkan penghargaan dari langit dengan diangkat ruhnya menemui sang Khaliq Azizil Muqtadir. Maka ia telah pindah dari orang-orang yang unggul di dunia menuju orang-orang yang kekal di akhirat dalam rahmat.

Sekolah khusus perempuan Al-Zahra baru saja memberikan penghargaan pada siswi Basyari sebagai bintang pelajar di sekolahnya. Ia mendapatkan penghargaan sebagai siswi teladan pada pesta akhir tahun ajaran yang dipercepat karena Basyari bersama teman-teman yang lainya akan menghadapi ulangan umum. Maka diadakanlah pesta kenaikan kelas bagi murid-murid menengah umum yang dihadiri oleh murid-murid menengah umum.

Pada hari ini, mereka juga berkumpul di rumah Basyari, bukan untuk mengadakan pesta akhir tahun, namun untuk mengucapkan salam perpisahan bagi Basyari yang sebentar lagi akan menemui Khaliqnya. Perpisahan ini diirngi oleh isak tangis dan pandangan sedih para gurunya. Sebagaimana manusia biasa dan sebagai perempuan lain, guru-gurunya pun tak mampu menahan derasnya air mata yang jatuh mengiringi kepergian siswi teladan di sekolahnya. Hari ini, basyari menjadi pembicaraan orang banyak, hari ini, semua orang mengenangnya. Kepergian yang secara tiba-tiba tanpa peringatan sebelumnya.

Ibunda Basyari yang duduk di tengah puluhan ibu-ibu lainya, tak kuasa menahan kesediihan mengenang anaknya tercinta. Ia masih mengucapkan kata-kata terakhir yang dikatakan anaknya, ketika ia mendengar suara tembakan Israel. Ibunda Basyari melepas anaknya dengan guyuran air mata yang tak pernah kering sejak anaknya tertembak oleh peluru Israel.

Ketika serdadu Israel menyerang rumahnya, ia memaksa anaknya agar cepat-cepat keluar dari rumahnya. Ketika ia mendengar suara tembakan Israel ia berteriak pada anaknya agar menjauhi suara tembakan tersebut. Akan tetapi ia tidak menjawabnya. Tatkala serdadu Israel menyuruh ia keluar bersama anaknya yang kedua Sakinah ia mendapatkan Basyari telah keluar duluan dan terkapar berlumuran darah. Ia berusaha meminta serdadu Israel agar bisa mendekati anaknya. Akan tetapi serdadu tersebut menolaknya. Dan ketika ia pulang ke rumah ternyata ia anak tercintanya sudah meninggal.

Adapun sakinah adiknya masih memegang buku kakaknya yang masih berlumuran darah. Buku tersebut adalah yang dipegang kakaknya ketika ia melihat apa yang terjadi di luar dan tertembus peluru bersama tubuhnya yang suci.

Adapun Sakinah, adik Basyari setelah rasa sedihnya hilang dan begadang samalaman. Ia mulai bisa melupkan kesedihanya dan bisa bercakap-cakap dengan semua orang, menceritakan kejadian lengkapnya.

Sementara itu, rumah Naji Wahsyi, ayahanda Basyari dipenuhi siswi-siswi menangah dan ratusan ibu-ibu yang berkumpul sejak mendengar Basyari tertembak oleh pasukan Israel.

Hari ini, semua menangis, hari ini adalah hari wanita, hari kesedihan wanita, hari pengorbanan seorang wanita yang disaksikan oleh para wanita. Sepanjang pemandangan dipenuhi wanita. Semuanya mencucurkan air mata. Memang benar sejumlah ibu-ibu berusaha menenangkan dan menghibur ibunda Basyari agar tidak terus menerus menangis, namun mereka sendiri tak kuasa menahan genangan air mata yang terus menerus memaksa ingin keluar dari kelopok matanya masing-masing. Semuanya tak kuasa menahan tangis. Tetapi semuanya bero’a semoga Allah menerima arwah Basyari di sisiNya dan keluarga yang ditinggalkan mendapat kesabatan dan ketabahan, hasbunallah wani’mal wakil…… selamat jalan Basyari… (pic/asy)

Israel Bantai 28 Warga, Jumlah Gugur 919 Orang

Di harap berita ini dapat memberi perkembangan terkini yang berlaku di bumi Palestine
Hari ke-17

Gaza – : 28 warga Palestina kemarin Senin (12/1) gugur dalam serangan Israel ke bumi Gaza. Sehingga korban gugur sejak hari pertama mencapai 919 orang dan 4300 luka-luka.

Petang semalam rakyaat Palestine Ahmad Ibrahim Abu Jazr 19 tahun gugur syahid akibat terkena serangan udara Israel ke sekumpulan rakyaat Palestine dekat pasar Rafah selatan bumi Gaza. Sementara warga lainnya luka-luka dan dilarikan ke RS Abu Yusuf Najjar. Sejumlah pesawat Israel juga melepaskan roket-roket ke sempadan wilayah Mesir.

Di kota Gaza, pesawat Israel melepaskan empat roket ke bangunan Andalus di ujung jalan An-Nashr sehingga sejumlah warga luka-luka. Israel juga menyerang bangunan Maqosi di jalan An-nashr.

Disamping itu, kapal perang Israel juga menyerang rumah-rumah warga di permukiman Syati (pantai) dan di wilayah Syekh Ajalain dan wilayah Sudaniah serta wilayah perbatasan pantai barat Gaza.

Dr. Muawiyah Hasanain, ketua UGD di Depkes Palestina menegaskan kepada Infopalestina bahwa seorang dokter Isa Shalih meninggal dunia setelah Israel menyerang kereta ambulan yang dipandunya di sekitar bangunan di Jabalia. Ia menambahkan bahwa jumlah korban dari kumpulan medis adalah 13 orang, 32 luka-luka dan 15 kereta ambulan dihancurkan Israel.

Hasanain menegaskan bahwa di hari ke 17 serangan Israel ke kawasan Gaza berjumlah korban mencapai 28 di sejumlah wilayah kawasan Gaza akibat aksi pembersihan penduduk palestine oleh Israel yang hanya mampu menyerang kanak kanak dan orang lemah.

Dengan terkorbanya 28 orang ini maka jumlah keseluruhan terkorban hingga hari ini adalah 917 orang kebanyakan anak-anak, wanita, orang tua, dan 4300 luka-luka, 55 persen dari kalangan anak-anak dan wanita.

Monday, January 12, 2009

Syuhada Kebanyakan Anak-Anak dan Wanita Pada Serangan Roket Israel Terakhir.

Hari ini tiada apa yg boleh aku katakan lagi tentang peperangan yg berlarutan di Palestine, sudah hilang segala kekuatanku. Beginikah kekejaman manusia? apakah mataku sebagai insan seagama hanya mampu membaca akhbar, menonton TV dengan berita terkini atau melayari internet atau setakat menulis diatas kertas burok atau menulis blog? apakah aku manusia yg gagal untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan di himpit kesedihan? Dan kehancuran harta benda, agama mereka tergugat, negeri mereka dirampas dan yg paling malang ialah anak anak dan org yang tersayang telah diragut nyawanya oleh peluru yg tak bermata. Dan baca sahaja artikel ini. Selamat Berjuang!

Syuhada Kebanyakan Anak-Anak dan Wanita Pada Serangan Roket Israel Terakhir.

Gaza- :Lima warga Palestina yang kebanyakan anak-anak dan wanita meninggal syahid akibat serangan rudal tank Israel dalam pertempuranya dengan kelompok perlawanan.

Sementara itu, menurut saksi mata menyebutkan, sejumlah pesawat tempur Israel melessakan roket-roketnya ke arah jalan Jam’iyah di Bet Lahia, mengakibatkan salah seorang warga Palestina meninggal syahid, sementara ambulans tak dapat menjangkaunya.

Di tempat lain, dua wanita dan satu anaknya meninggal akibat gempuran roket di timur Syujaeya kotaGaza. Dan satu wanita terluka parah akibat tembakan mortir Israel di sebelah timur Khanyunis Jalur Gaza.

Dengan meninggalnya lima syuhada ini, maka jumlah syuhada yang gugur dalam serangan Israel sejak Sabtu 27 Desember 08 mencapai 910 syuhada, separohnya anak-anak dan wanita.

PAHLAWAN SOLO

Hari ini dlm akbar utusan Malaysia, aku terbaca sebuah berita luar negara, aku lihat ada satu gambar, satu kumpulan pemuda indonesia mungkinlah datangnya dari berbagai corok rantau daerah atau negeri agaknya. Sedang berlatih untuk menjadi mujahid atau mujahidah. Aku suka sekali tentang latihan begini jika diadakan di Malaysia bagi melatih sukarelawan sebagai persediaan untuk melawan musuh Allah di bumi Palestine.

Bagaimana ya kalau ada pemuda atau gadis yg sanggup untuk mengadaikan nyawa demi agama tercinta dan hentikan dari mengadaikan nyawa kerana rempit motor atau dadah. Dan pihak NGO harus membuka minda yg berani untuk melakukan sesuatu untuk membawa pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara ini mencontohi PAHLAWAN SOLO dan buat yang terlibat dalam latihan itu diharap anda dapat serahkan nyawa bukan setakat wang, harta benda atau masa sahaja demi agama kerana bentengnya ialah IMAM dan lihat sahaja bumi Palestine yang telah kian ranap dan musnah serta rakyaatnya sedang menunggu giliran untuk di korbankan.

Sunday, January 11, 2009

Seorang Pemuda dan Seorang kanak kanak

Berita terkini, paparan untuk tatapan umat dunia
Seorang pemuda jihad, syahid dalam semyuman
Dalam Kecintaanya yang maha mulia
Demi agama, tanahair dan bangsa
Sungguhnya Cinta yang satu
Sungguhnya Cinta jitu
Sungguhnya Cinta yang mulia
Sungguhnya Cinta yang syahdu
Sungguhnya Cinta menusuk ke kalbuku
Sungguh Cintanya untuk kekasihNya
Kelu lidahku
Pilu hatiku
Sebak perasaanku
Wajahnya tersemyum tapi telah kaku
Demi agamanya,dia menemui Cinta itu
Dia telah melafaz sudah kalimah suci itu
Buat di persembah pada yang satu
Wahai pemuda Palestine
Rohmu yang terbang bersama burung burung putih
Mengapai seluruh maya
Menjelajah seluruh pelusuh syurgawi
Semyumu di sambut seluruh bidadari

Duhai anak kecil Palestine
Nyawamu yang keberapa?
Diratah oleh zionis dengan peluru ganas dan bom yg baru
Gemercik darah darah merah bersih
Membasah bumi yg sedang hiba
oleh keganasan yang keterlaluan
Tiada sudah tangismu gelakmu
megeletek sukma bondamu
Telah kakumu dipangku
Indahnya wajahmu,bersihnya tubuhmu
Mana ayahmu !
Mana ibumu !
Mana saudaramu !
Wahai buahati,terlalu kecilmu
Untukmu berkata tentang PERJUANGAN
Menyahutmu seruan jihad itu
Mana duniamu?
Mana tanahairmu?
Mana..... mana......mana....
Terbangnya rohmu semerbak harum ditaman syurgawi
Duhai anak kecil
Betapa darahmu wangi dan mewangi
Ya Allah,ampuni kami
Jika ini adala ketentuan dari Mu
Alpakah kami ?
Mencari cintaMu seperti pemuda itu
atau
Malukah aku untuk meyahut seruan jihad tidak seperti anak kecil itu..

Saturday, January 10, 2009

Jihad

"Jihad" adalah satu istilah yang sangat digeruni oleh orang yang berhati "tikus". Kenapa saya kata begitu? Kerana di akhir zaman ini kalau disebut jihad akan terbayang pada minda mereka satu kerja yang memerlukan kewangan yang banyak, menghabiskan wang, tinggal keluarga, tidak selesa, kurang makan, banyak bersusah payah dan yang paling sukar ialah mahu meninggalkan apa yang menjadi mereka sudah selesa pada hari ini.

Dan jihad pula sangat diimpikan oleh orang yang berhati "singa" seperti Umar al-Khatab. Jihad adalah satu jalan keluar untuk menyelesaikan satu masaalah yang sangat rumit yang melibatkan agama, bangsa dan tanahair. Pada hari ini umat Islam di gerakkan untuk berjihad memerangi berbagai helah yg telah dirancang oleh musuh Allah. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 20, "Sesungguhynya orang yang berimam dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang memberi minum orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid) dan mereka itulah orang yang berjaya."

Hari ini umat Islam diminta untuk berjihad dalam berbagai perkara iaitu memerangi kejahatan dan kekejaman yg sedang dijalankan oleh musuh musuh Allah. Dan pada hari ini juga umat Isalm mesti membuka mata dan minda mereka untuk memerhatikan berbagai cara dan helah yang dilakukan oleh musuh Allah dan mereka tidak akan berdiam diri malah mereka sentiasa meyusun atur berbagai agenda untuk melumatkan umat Islam. Dan yg paling kejam ialah peristiwa yg meyayat hati umat Islam di seluruh dunia iaitu tentera zionis sedang memerangi rakyaat palestine bagi merebut bumi Palestine dan mereka berazam untuk menghapuskan rakyaat palestine dari buminya.

Formula untuk menang dalam peperangan ini adalah umat Islam mesti bersatu padu dan sanggup berkorban apa sahaja, niat mesti betul,serta bijak mengatur stertegi dan jangan lalai dengan kemewahan serta kenikmatan dunia yang sentiasa di sogok oleh musuh Allah dengan berbagai cara.

Dan hari ini angka korban 854 orang ya! Allah selamatkan Bumi Palestine
Ini adalah info dari Palestine terkini

Gaza –: Selama 16 hari perang brutal Israel ke Jalur Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara, dan laut belum membuahkan targetnya menghentikan serangan roket perlawanan Palestina yang menghantam Israel siang malam.

Bahkan untuk melampiaskan nafsu membunuhnya, Israel menggunakan senjata yang dilarang oleh kesepakatan internasional terhadap rakyat sipil. Namun serangan roket perlawanan Palestina ke Israel semakin hari semakin menunjukkan kehebatannya. Mereka sudah menggunakan roket baru yang sebelumnya belum digunakan. Jangkauannya pun mampu menembus wilayah strategis yang selama ini belum diperkirakan oleh Israel. Seperti pangkalan militer udara dan darat Israel.

Ini artinya, perluasan serangan roket perlawanan Palestina ini akan menjadikan 1 juta warga Israel hidup dalam “neraka” buatan roket perlawanan Palestina. Wilayah itu adalah Ovekum sebelah selatan, Asdod ke utara, dimana wilayah itu yang melindungi pelabuhan strategi di laut Palestina jajahan Israel tahun 1948. Sementara Asqela dan Sidrut sudah lama menjadi bulan-bulanan roket perlawanan Palestina.

Israel sendiri mengaku korban yang ditimbulkan oleh roket perlawanan Palestina mencapai empat orang dengan serangan 700 roket. Meski demikian Israel sering menutupi informasi soal korban roket perlawanan Palestina. Berdasarkan berita yang dilansir oleh media-media Israel edisi Ahad kemarin (11/1), jumlah roket Grad yang dilepaskan dari Jalur Gaza ke Israel mencapai 683 roket.

Di antara empat korban Israel itu ada satu orang tentera Israel. Disamping itu korban luka-luka akibat serangan ini mencapai 53 orang, enam di antaranya dalam keadaan parah.

Jelajah 50 km.

Sisi lain yang mengejutkan Israel adalah jarak jangkau roket perlawanan Palestina. Batalion Izzuddin Al-Qassam menyatakan kemarin Ahad (11/1) bahwa mereka berhasil menggempur pangkalan militer udara Makhayem Israel yang jauhnya 50 km dari Jalur Gaza dengan roket Grad. Menurut Al-Qassam, pangkalan militer Israel itu adalah gudang rudal Patriot dan Haits Israel. (bn-bsyr)

Thursday, January 8, 2009

Aku dulu dan anaku sekarang

Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman. Iaitu zaman sekolah ku yg penuh dengan dugaan dan cabaran yg sehingga kehari ini tidak dapatku lupakan iaitu waktu sekolah rendah. Aku masuk darjah satu pada bulan enam pd tahun 1968, aku ingat akulah org yg paling lambat masuk sekolah, rupanya ada dua org kawan aku masuk sekolah pd usia lapan tahun darjah 2, waktu itu lepas banjir besar dan aku masuk sekolah tanpa ada surat pengenalan semua harta benda dan rumah hanyut oleh banjir, tinggal hanya baju di badan sahaja (surat beranak, ayah ambil surat beranak bila aku dah masuk darjah 3).

Aku masih ingat guru kelas pd masa itu namanya Cikgu Khatijah, cantik tapi kurus dan garangnya bukanlah main, rotan sentiasa di tangan. Dia mengajar budak budak pada masa itu dengan penuh berhikmah,diajarnya A- Z selama dua bulan dan dia selalu jadikan alam sebagai alat bantuan mengajar, sebab itulah kanak kanak di masa itu jiwa mereka sangat lembut dan senang di bentuk oleh guru kerana guru selalu mengunakan kebesaran dan kehebatan Allah untuk memberi gambaran yg sebenar (Terima kasih Cikgu Khatijah).

Pada tahun berikutnya aku naik darjah 2, aku hanyalah murid biasa sahaja iaitu suka main main waktu belajar dan aku sangat simpati dengan diriku sendiri kerana walaupun waktu itu adalah zaman susah yg aku kira ayah cari rezeki "kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang"Ayah tetap tabah meyekolahkan kami adik beradik dan aku rasa anak anak aku tidak akan menikmati kesusahan itu.

Aku dari darjah 3 hinggalah darjah 5 aku hanya ada sepasang baju sekolah sahaja, nasib baiklah badan aku tidak besar cepat sebab makan kurang zat. Dan pernah satu ketika kasut sekolah yg aku pakai telah koyak dan aku telah buat helah tidak mahu kesekolah, ayah aku tahu helah itu, tapi akhirnya ayah pergi jual ayam dan beli kasut sekolah (kasut getah warna putih, org pakai pergi motong getah, harganya RM 1.9o sahaja sedangkan kasut sekolah bata RM 2.90) aku nangis tak mahu kasut itu, ayahku marah dan aku kena rotan, akhirnya aku kesekolah pakai selipar jepun,sampai sekolah cikgu rotan sebab pergi sekolah pakai selipar, aku redha dan esoknya aku pakai juga kasut getah itu dan aku pakai sampai kasut itu koyak.

Hari ini bila aku hantar anak nak pergi sekolah, aku akan pastikan duit untuk beli stokin, kopiah, kasut atau alat tulis mesti cukup dalam beg duit aku, kerana aku tidak mahu nasib anak aku sama dengan aku. Dan ingatan yg sangat manis ialah apabila balik dari sekolah ayahku akan asah pensil aku guna pisau belit sampai tajam iaitu dua batang (satu panjang sikit dan satu lagi yg dah kontot) dan di kepala pensil yg panjang itu dia lilitkan getah, katanya kalau pemadam hilang sapu aje guna getah ini.

Dan yg bestnya ayah ajar aku jadi manusia pemurah, setiap hari ayah akan beri 20 sen sahaja untuk belanja sekolah sehinggalah aku aku darjah 5 dan katanya 15 sen aku belanja dan 5 sen lagi beli gula gula dan beri pada kawan kawan dan sikap ini telah ayah tanam dlm diriku hinggalah aku sudah berusia begini aku akan pastikan rezekiku akan dikongsi dengan org lain dan aku tidak meyimpan harapan untuk menyimpan rezeki itu untuk hari esok.

Aku tawakal, bagus tau tawakal ni, rezeki itu datang tanpa diundang melimpah, rezeki datang tanpa di duga (terima kasih ayah), dan ayah tidak pernah berkata tentang "wang simpanan" jadi aku pun sampai kehari ini tidak ada meyimpan wang.

Kini aku sangat teruja dengan kegigihan org yg rajin menuntut ilmu tanpa jemu dan mengali pengetahuan tanpa penghujung,sebenarnya ilmu itu bukan di buku sahaja, tapi kita mesti belajar dari alam, dari kesusahan dan pengalaman itulah guru dan ilmu.

Al Fatihah buat ayah, lelaki di sebalik diriku dan bonda ku Ratu Hatiku Serta Guruku, lubuk ilmuku dan Syukurku di atas Nikmat, Rahmat dan RahmanMu.

Wednesday, January 7, 2009

Secangkir Kopi dan Seteguk Darah

Malam itu aku masih di kedai kopi
menghirup kopi dan melahap roti bakar
Bersama teman dan sabahat
Sambil duduk aku mengerling pada TV besar
lihat sebuah berita terkini

ooooo... lupa aku bahawa ada
Insan di bumi Palestine tengah meratap ratap pilu dan sedih
Seorang wanita mencari anak gadisnya yg hilang
Dalam timbunan bangunan runtuh
Dan Peluru bersimpang siur berdesir ditelinganya
Dia terus menjerit dan meraung meraung di atas kehilangan itu
Dan wanita itu berlari lari tanpa arah
Mencari anak lelakinya yg masih kecil
Telah terlepas dari pautan tanganya
Dan
Dilihatnya di celah gelimpangan mayat kanak itu ada seorang mayat kanak sambil tangan memegang senapang maian,itulah anaknya
Dan dia terus menangis serta menampar mukanya
Mencari suaminya dan di lantai di lihatnya tetesan darah
Syahid... syahid... syahid.... jeritnya
aku hirup lagi kopi yg tinggal setengah,panas
Dan aku kunyah roti bakar
Temanku sibuk megetip laptopnya
Dan Tv terus menyiarkan lagi
Setiausha agung Amerika berkata kata
Sedang mencari formula mahu untuk keamanan
aaah........berkata atas kuasa veto
Hanya sebuah lapuran
Tidak pernah ada satu pakatan
Hanya sekadar mahu buat ulasan
Biar dunia tahu bahawa tugasnya tidak berakhir
Obama akan meyambung................
Dan katanya setiap keputasan harus di patuhi
Dan lihat sahajalah......peperangan itu dan untuk siapa
Aku hirup lagi baki kopi
Nikmatnya...............rasa,tiada apa nak risaukan
TV itu terus menayangkan gambar
Seorang lelaki sedang mengusung mayat sahabatnya
Yang berlumuran darah
Kepalanya telah terkulai
Yang lain lain sedang menjerit jerit
Mencemuh dan memohon pertolongan
Dan manusia di bumi Palestine sangat gawat
Demtuman bom seperti membelah bumi
Peluru seperti angin membedil musuh dan lawan
Terdengar orang di sebelah meja aku berkata
Biasalah bila dalam peperangan
Mati,cedera dan gawat
Inilah kejadianya kalau rundingan tidak selesai
Yang lain lain sahabatnya tergelak dan semyum sinis
aku masih lagi melihat berita akhir
Ramainya anak anak palestine yg telah jadi mayat
Di aturnya berbaris.................
Sebak meyelinap di dadaku
Kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak kanak?
Kenapa zionis lakukan itu,untuk apa?
Bumi palestine jangan ada bangsa palestine
Bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan
Dan aku memandang sekeliling
Tiada siapa yg mahu ulasan berita itu
Itu di palestine,kita di sini di kedai kopi
Aman......
Dan tiba cawan aku terjatuh kelantai
Pecah,berderai serpihan kaca bertaburan
Ini hanya sebuah cawan kaca yg sgt murah harganya
Seperti nyawa anak palestine
Dan aku tinggalkan kaca itu
Di manakah aku sekarang ini....
Apakah aku mahu berkira kira
Bercerita perjanjian autonominya
PLO dengan sejarah Yasser Arafat
Atau
Hamas & al Fatah
Kini semuanya boleh berbicara
Tapi siapa yg pegang sejata dan siapa mati?
Siapa yang mara dan siapa yg kecundang
Korban tidak mengenal lawan dan kawan
Kanak,wanita dan org berdosa
Caturan dalam peperangan
Dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat saksi sebuah jihad
Dihati atau dimataku.

Tuesday, January 6, 2009

Selamatkan Anak Palestine

Berdetap jantung bila terlihat di dada akhbar hari ini, seorang anak gadis Palestine yang mana badanya tertanam. Betapa kekejaman Yahudi dan Israel ini sudah tidak dapat menilai lagi siapakah lawan dan siapakah korban. Pertumpahan darah di bumi Palestine bukan satu agenda baru bagi zionis, malah airmata orang Palestine sudah kering dan seluruh buminya telah dibasahi darah, siapakah dalang yang sangat kejam ini. Bolehkah Barak Obama berkata kata sesuatu? dan dimanakah sahabat dan jiran rakyaat Palestine ini?.

Dari tahun 1948 lagi rakyaat Palestine sudah mula di usir dari buminya dan mereka telah merasai bahamnya akan peristiwa getir ini akan berlarutan sehingga pada hari ini bila penindasan, ketakutan, penghinaan, pembunuhan mula melanda bumi mereka yg pada mulanya Israel menguasai Tebing Barat Sungai Jordan dan Semenanjung Gaza dan yang lebih malang lagi bila bangsa Palestine ini telah hidup dalam buangan di negara jiran mereka.

Kekejaman Israel ini mula mengundang petaka iaitu pada tahun 1967 apabila perdana menteri pada masa itu Menchem Begin mula memberi ruang kepada bangsanya yahudi laknatullah di Baitumaqdis Timur dan selepas pada itu Baitumaqdis Barat katanya untuk penambahan penduduknya dan akhirnya terus saja di isytiharkan bahawa Baitulmaqdis adalah "Ibu Negara Israel yang abadi" dan peristiwa ini berlaku pada tahun 1980.

Dunia Islam mula membantah, tapi tidak memberi kesan, Begini tetap dgn pendirianya dan dari peristiwa tersebut nyawa sudah tidak berguna lagi buat rakyaat Palestine demi mempertahanakan agama, bangsa dan tanahair mereka dan peristiwa yg memperlihatkan kekejaman zionis ini ialah apabila pada pada 31 ogos 1969 mereka telah membakar masjid al Aqsa dan melakukan beberapa kali di tahun yg berikutnya dan bagi zionis biar bangsa etnik Palestine ini tidak ujub dibuminya.

Dan pada hari ini korban sentiasa meningkat dan korban yg terbesar adalah kanak kanak serta org awam. Kekejaman ini bukan sahaja dilakukan oleh Israel, tapi sekutunya serta peyokongnya iaitu Amerika. Untuk meyelamatkan manusia yg tidak berdosa pada ketika ini anak anak Palestine adalah kanak kanak yg paling malang sekali nasib mereka, kerana mereka seperti menunggu giliran untuk menjadi KORBAN.

Beranikah umat Islam didunia ini mengheret mereka atau meyelamatkan dari panahan peluru dan bom. Nyawa mereka sudah tiada erti lagi buat jasadnya dan tangisan mereka telah berbaur dengan demtuman bedilan musuh. Kini untuk melunaskan sebuah tanggungjawab ini saya akan menubuhkan sebuah Kelab SELAMATKAN ANAK PALESTINE dan akan menlancarkan tabung misi kemanusiaan ini bagi meyelamatkan nyawa yg tidak berdosa ini dan segala bantuan ini akan disalurkan kepada mangsa mangsa terutama kanak kanak.

KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA

Sebuah lagi buku MOTIVASI terbitan telaga biru yg sedang mewarnai persada khazanah ilmu iaitu KELUARKAN SINGA DARI DIRI ANDA. Kenapa buku di beri tajuk yg sangat garang? ya aku kira penulisnya (Hj Muhammad Zakaria) ingin membakar semangat pembaca dengan karyanya yg terkini iaitu dengan tajuk keluarkan singa dari diri anda iaitu cetusan idea untuk membakar dan menaikan semangat bagi tujuan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan yang mungkin terpedam atau tidak tercapai terutama yg masih belum mengeluarkan SINGA samada dlm kerjaya atau kehidupan mahu dalam pelajaran.

Buku ini sangat bagus isinya terutama yang mahu semangatnya membara pada tahun 2009. Tidak rugi anda memilikilah naskah terbitan telaga biru ini yg susun aturnya sangat menarik, menawan dan kemas serta terkini dan saya ucapkan syabas kepada Puan Yosh yg sentiasa memikirkan sesuatu yg menaikan nilai tambah dalam pembikinan buku.

Dan saya juga harap buku yg sebegini haruslah di banyakan. Dan penerbit juga haruslah memikirkan bagaimana untuk menulis buku atau kitab kitab yg lebih hebat lagi iaitu "tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" seperti kitab karang Imam Ghazali iaitu "Ihya Ullumuddin" Di manakah kekuatan MOTIVASI dalam kitab tersebut? kitab pembakar semangat yg unggul ini belum ada tandinganya lagi oleh penulis penulis atau ilmuan sekarang. Kerana apa ya! mungkin kebuntuan ilmu, atau kesuntukan masa atau belum dapat dihasilkan di ketika ini,saya harap satu hari nanti akan muncul kitab yg hebat lagi muktabar di tulis ilmuan moden dan beriman dan bertakwa dan nanti lagi sebuah buku yang evergreen HADIS 40.

Monday, January 5, 2009

Mari Masuk Dapur

Sempena tahun baru 2009 ini, aku ingin membuka satu lagi LAMAN BLOG untuk tatapan semua yg sudi atau sedia membaca, memberi komen dan pendapat. Bagi aku dalam hidup ini tidak ada yang RAHSIA dan tidak ada yg menarik atau apa apa yang hendak di sembunyi dari org atau lain lain makluk.

Kenapa blog baru ini aku mahu adakan? kerana aku ada 3 org anak perempuan dan semuanya dari tingkatan satu lagi dah masuk asrama, bukan apa segaja nak suruh mereka ni berdikari atau belajar menguruskan dirinya sendiri atau perhatikan bagaimana org menguruskan kehidupan mereka tanpa bantuan ayah ibu atau pengasuh. Bila dah masuk asrama maka mereka ini tidak ada latihan jadi PAKAR MASAK (Cuma istilah aje) kalau goreng ayam, ayam jadi hangus, kalau siang ikan, isang tak buang, ekor tak potong dan kelar pun tidak, kalau di suruh buat teh tarik kegemaran aku, kalau tak pahit, manisnya masayalah.

Sebab apa jadi begitu? banyak faktor tau, malas pun ya, tak biasa pun ya, tak tahu buat pun ya, tak minat pun ya. Jadi sekarang ni aku nak latih anak anak gadisku yang tersayang dan seluruh anak gadis atau anak teruna yg sudi belajar, untuk belajar masak yg asas dan kenal bahan bahan atau rempah ratus untuk di masakan atau peralatan dapur serta cerita org tua dulu dulu bagaiman mereka sedap memasak dan berselera org makan di samping itu aku beri petua untuk masak dgn cepat,pantas dan ringkas OK bersama dengan MARI MASUK DAPOR BERSAMA MAK JANNAH, tunggu ya!

http://dapurusnah.blogspot.com