Sebuah lagi buku MOTIVASI terbitan telaga biru yg sedang mewarnai persada khazanah ilmu iaitu KELUARKAN SINGA DARI DIRI ANDA. Kenapa buku di beri tajuk yg sangat garang? ya aku kira penulisnya (Hj Muhammad Zakaria) ingin membakar semangat pembaca dengan karyanya yg terkini iaitu dengan tajuk keluarkan singa dari diri anda iaitu cetusan idea untuk membakar dan menaikan semangat bagi tujuan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan yang mungkin terpedam atau tidak tercapai terutama yg masih belum mengeluarkan SINGA samada dlm kerjaya atau kehidupan mahu dalam pelajaran.
Buku ini sangat bagus isinya terutama yang mahu semangatnya membara pada tahun 2009. Tidak rugi anda memilikilah naskah terbitan telaga biru ini yg susun aturnya sangat menarik, menawan dan kemas serta terkini dan saya ucapkan syabas kepada Puan Yosh yg sentiasa memikirkan sesuatu yg menaikan nilai tambah dalam pembikinan buku.
Dan saya juga harap buku yg sebegini haruslah di banyakan. Dan penerbit juga haruslah memikirkan bagaimana untuk menulis buku atau kitab kitab yg lebih hebat lagi iaitu "tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" seperti kitab karang Imam Ghazali iaitu "Ihya Ullumuddin" Di manakah kekuatan MOTIVASI dalam kitab tersebut? kitab pembakar semangat yg unggul ini belum ada tandinganya lagi oleh penulis penulis atau ilmuan sekarang. Kerana apa ya! mungkin kebuntuan ilmu, atau kesuntukan masa atau belum dapat dihasilkan di ketika ini,saya harap satu hari nanti akan muncul kitab yg hebat lagi muktabar di tulis ilmuan moden dan beriman dan bertakwa dan nanti lagi sebuah buku yang evergreen HADIS 40.
No comments:
Post a Comment