Sunday, January 18, 2009

ANAK ANAKU

Semalam aku mengunjugi lagi keluarga kaum orang Asli di Kg Merbau, sudah menjadi satu rutin bagi aku dan suamiku minat kepada kerja yang orang fikir membuang masa, tenaga dan duit. Tapi sebenarnya rutin yg aku jalankan ini adalah satu misi kemanusiaan yang sering di pandang sepi oleh ramai orang. Semenjak 2 tahun yg lalu iaitu ketika aku telah menjadikan perkampungan orang Asli ini sebagai kampung angkat Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) aku sudah rasa sangat seronok, kerana seluruh kampung itu akan rasa seronok bila aku hadir dan mereka sangat senang dengan aku dan suamiku

Iye memanglah terlalu sukar untuk menawan hati manusia untuk suka, minat kepada kita? apa tidaknya berbagai dugaan yang kecil dan sehinggalah dugaan yg besar dtg ibarat badai. Tanpa jemu dia meyapu pasir, begitu juga aku. Tapi bak kata org tua "jangan berumah di tepi pantai kalau takut di lambung ombak" atau yg lebih meyegat lagi tugas aku ini ialah "kalau meyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"

Setiap kali kunjugan aku ke Kg Merbau ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kemanusiaan kalau boleh biar erat dan biar mereka suka pada kita. Dan dalam misi ini aku telah pun "megakui" dan mengambil beberapa org anak orang asli ini sebagai anak angkat aku
Pada tahun 2005 aku telah mengambil seorang anak angkat dari keluarga Hamidah iaitu anaknya yang kelima bernama Khairul Naim iaitu ketika dia masih dalam pantang lagi dan semenjak dari itu bila aku berkunjung aku akan pastikan tugas aku sebagai "Ibu" iaitu baik dari segi keperluaanya dan juga kasih sayang.

Pada tahun 2006 aku sekali lagi telah berbesar hati untuk mengambil seorang anak angkat perempuan yang pada ketika itu dia masih lagi di tingkatan satu (13 tahun) yang bernama Juliza a/p Jamal, dan bila bilangan bertambah maka tugas sebagai ibupun bertambah dan aku akan pastikan keperluaan pembelajaranya mesti cukup dan memberinya belanja sekolah dan asramanya cukup. Ini di beri pada setiap kali aku datang dan aku harap dia akan rasa seronok dan di hargai . Dan aku bangga dia boleh dikata baik dlm keputusan PMRnya boleh...lah, dan apabila aku berkunjung dia akan membekalkan aku pucuk ubi kayu dan cili api dan orangnya cantik, berbudi bahasa dan wataknya adalah "peyabar" kerana dia mempunyai bilangan adik beradik yang ramai iaitu 9 org di bawahnya.

Pada tahun 2007 sekali lagi aku telah berkenan untuk mengambil seorang lagi anak angkat di kalangan orang asli kg Merbau ini iaitu namanya sungguh sedap iaitu 'Syakirah"dan aku telah memohon kepada ibunya Rozita untuk mengambil anaknya untuk jadi anak angkat ketika dia masih dalam kandungan lagi iatu 5 bulan. Dan ibunya suka dan setuju, dan rasa keibuaan aku terus membara di dalam jiwa dan sungguh seronok, bila antara mereka ini panggil aku "Mak"dan hari ini bila aku mengunjung aku akan pastikan semua anak anak aku ini aku beri perhatian, sokongan dan kalau boleh aku ingin mereka ini berjaya didalam bidangnya dan dapat menaganut agama Islam.

Dan anak aku yang bernama Solehah (anak sendiri) bertanya kepada adiknya Jannah "mak nak berapa ramai anak ?" bila aku beritahu padanya bahawa aku ada membela anak angkat dari Kemboja yang bernama Syukri, sekarang sedang belajar agama di salahsatu Madarasah di Hulu Langat. Maka aku pun beritahulah pada adiknya, aku akan ambil anak angkat ini selagi aku masih bernafas, waras dan di beri oleh Allah kekuatan serta selagi orang sudi untuk memanggil aku "Mak,Ummi,Ibu dan Bonda" ramai lagi anak angkat yang tidak aku paparkan dan Insyallah akan aku buat satu hari iaitu HARI KELUARGA Hj Muhammad & Rusnah. Yang akan menghimpunkan semua anak anak angkat aku samada di dalam Malaysia dan juga diluar Negara.Insyallah!!!

No comments:

Post a Comment