GANDHI Bahana Kesetiaan Teruji iaitu sebuah buku yang di terbitkan pada tahun 1925 oleh Asyram Sabarmati dan di alih bahasa oleh Prof.Dr G Soosai iaitu pada tahun 1984 dan saya membelinya pada tahun 1998 dan oleh sebab kesibukan dengan berbagai urusan yang saya pun tidak tahu bila akan habis,maka saya kuat juga hati untuk menghabiskan juga buku ini yang setebal 667 halaman.
Bila saya terus menerus membacanya saya tidak mahu tahu siapa "Gandhi" yang sebenarnya,tapi saya kagum dengan"kehebatanya"sebagai manusia.Gandhi adalah seorang penulis yang gigih dan tidak pernah jemu di samping itu beliau sangat rajin menuntut ilmu,beliau sentiasa mencatit pengalaman,pemikiran,rancangan dan tindakanya walaupun disaat beliau sibuk.
Gandhi pada usia mudanya telah menerbitkan majjalah mingguan
"india Opinion"iaitu kisah pendapat india di Afrika selatan.
Dalam usia lanjut beliau telah menulis dengan mengunakan nama ganti. Dan beliau juga pengarang otobiografi iaitu beliau menulis perkara yang benar dan betul sahaja.Selain dari itu beliau menulis riwayat hidupnya,termasuklah ucapanya,syarahanya,suratnya,majjalah dan buku malah kekal hingga kehari ini.Dan disini ingin saya mengulas sikit tentang manusia yang bernama Gandhi ini.
Beliau pembela kepada kebuluran,kejahilan,ketidakadilan,pemerasan.Dan beliau sangat mengidamkan masyarakat yang tidak berkasta dan berkaum.Dan dalam bab 13 buku ini Gandhi menulis tentang sifatnya yang malu bergaul dengan orang ramai,malu untuk bercakap dalam bahasa inggeris kerana kelemahanya berbahasa inggeris,dan beliau juga menulis tentang bagaimana beliau tidak tahu mengunakan sudu dan garfu untuk makan iaitu semasa perlayarannya untuk meyambung pelajaran ke London.
Dan pada ketika itu beliau sentiasa meyembunyikan dirinya dari bergaul dengan orang kerana kelemahanya dan kekurangan di atas sebab beliau adalah dari golongan miskin yang tidak terdedah dengan kehidupan mewah.Dan kisah dalam buku ini sungguh menakjubkan saya dan telah memotivasi semangat yang kian lumpuh.
Gandhi mencari "universiti kehidupanya" dengan dirinya,pengalaman dan kekuatannya.Dan saya harap saya akan terus mencari buku buku yang berkaitan dengan Gandhi ini.
No comments:
Post a Comment