Saturday, January 31, 2009

MISI KEMANUSIAAN DI ACHEH DARUL SALAM

Syaidina Ali bin Abi Talib berkata;

"Sifat kikir adalah aib,sifat takut adalah kekurangan,sifat kefakiran menjadikan orang cerdik membisu daripada mengemukakan hujahnya,orang miskin terasing di negaranya, sifat lemah adalah peyakit,sifat sabar adalah keberanian,sifat zuhud adalah kekayaan dan sifat warak adalah benteng"


Anak muda atau remaja adalah satu generasi yang mesti di ketengahkan sifat kepimpinanya dan mereka adalah merupa pewaris kepada bangsa, agama dan tunggak utama kemakmuran negara, jika pada hari ini anak muda remaja gagal untuk memterjemahkan kehebatan mereka, maka akan hilanglah taring "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara" dan ini saya temui bila saya banyak mencampuri berbagai aktiviti bersama anak anak muda atau remaja.

Dan saya rasa semangat anak muda pada hari ini adalah sifat yang banyak sambil "lewa", iaitu kurang memikirkan kesusahan orang, hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan mengharapkan agar mereka di beri layanan yang lebih dari apa yang mereka mahu.

Cuba kita renungkan nasihat Syaidina Ali Karamullah;
"Aib yang besar ialah kedekut iaitu apabila kamu tidak mahu memberi,tapi kamu tahu hajatnya. Mereka ini hanya memikirkan hal kehidupanya nya sahaja, mereka melihat org miskin tapi tidak memperdulikanya. Jauhilah dari sifat kedekut ini dan ini adalah sifat yang sangat hina serta menurunkan martabat anda"

Sifat yang kedua pula ialah sifat penakut. Ini adalah satu sifat kekurangan dan kehinaan serta kelemahan. Maksud takut disini ialah adalah sifat yang tidak mahu maju iaitu ketika di tuntut berbuat demikian untuk kepentingan negara yang menjagamu, memeliharamu dan tempatmu mencari mencari rezeki dan maksudnya lagi iaitu tidak berani meyatakan yang benar dan meyembunyikan didalam hati sahaja, sifat penakut ini termasuk juga sifat yang suka lepas tangan dan kata Syaidina Ali lagi;
"pahlawan yang berani itu akan di ingati sepanjang zaman dan tetap dihati manusia sebagai cahaya penerang dan menjadi orang yg di kenang"

Ini adalah mukadimah saya dlm menerangkan selama perjalanan ke Acheh membawa anak anak muda dan remaja di dalam misi baktisiswa mereka. Saya sangat rasa teruja dengan sikap mereka yang berani melangkah keluar dari kepompong keselesaan di negaranya iaitu Malaysia untuk menacari secebis pengalaman.

Kegigihan, keberanian dan kesanggupan mereka meredah segala macam cabaran dapat di tempuhinya dengan senang dan mudah sahaja.

Ketika hari pertama lagi mereka menjejaki kaki di Bandar Acheh mereka telah dapat meyesesuaikan diri dengan orang yang seagama, sebangsa dan sebudaya dengan mereka
pada hari kedua pula mereka di bawa melawati ketempat yang dilandaTsunami dan pada sebelah petangnya mereka telah meyempurnakan tugasan mereka sebagai sukarelawan di Yayasan Anak Yatim Sri al Ain Acheh. Manakala sebelah malam mereka telah mengadakan kelas tiusyen bahasa inggeris dengan bahanya telah mereka sediakan dari Malaysia lagi.

Pada Hari ketiga;
Mereka telah bersaliratulrahim dengan Mahasisawa Universtas Syiah Kuala dengan mengadakan diskusi dalam membincangakan "ekonomi Global" di sinilah saya lihat bahawa anak muda ini mempunyai memikiran yang sangat kreatif, bernas dan cerdas dan berbincangan mereka sangat lancar.

Manakala di sebelah tengahari pula kami telah melawat sebuah tempat penerbitan & peyiaran yang terkenal di Acheh iaitu yang bernama "Serambi" sambutan yg di berikan sangat memuaskan dan kami dilayan dengan baik sekali dan penerangan dari mereka telah menjalinkan satu ikatan kekeluargaan buat kami dan saya ucapkan ribuan terima kasih buat semua bapak bapak dan Ibu Ibu di kantor "serambi"dan manakala di sebelah petang pula satu program rehlah telah diadakan bersama dengan anak yatim Yayasan darul tahfiz Sri al Ain Acheh, dan ini adalah satu program yang saya kira sangat penat kerana semunya naik lori dalam perjalanan selama dua jam pergi dan dua jam balik manakala berkelahnya setengah jam, tapi seronoknya...

Dan malamanya pula kami semua makan di kedai nasi padang, sedap dan pada sebelah malamnya semua anak remaja ini di hidangakan dengan pengajian yang jarang orang lakukan iaitu MENGHAFAL AL QURAN SURAH AR RAHMAN yg di pimpin oleh Ustaz Abdullah Abdul Wahab al Hafiz. Tujuan saya adakan program ini ialah bagi mengimbangi program rohani dan jasmani supaya anak remaja ada pendedahan tentang ilmu yang utama mesti dituntut di dunia ini ialah mempelajari AL QURAN.

Dan esok saya sambung lagi lapuran MISI KEMANUSIAAN ini.

No comments:

Post a Comment