Wednesday, February 4, 2009

Tidur Pagi

Teringat saya pada usia remaja dan saya merupakan seorang gadis kampong yang serba kekurangan. Tinggal di daerah pendalaman dan kurang pergaulan serta tidak begitu suka bercampur gaul dengan sebarangan orang. Itu dulu zaman yang tiada teknologi tapi hari ini anak anak kita berada di lebuhraya tanpa penghujung, jika mahu pergi kemana sekali pun tidak perlu visa dan passport antrabangsa, semua hanya di hujung jari.

Istilah yang paling enak untuk saya beri kan ialah “kampong kabilah”. Hari ini tidak kira anak lelaki atau atau anak perempuan, kehidupan mereka sudah terlalu berteknologi hinggalah menimbulkan ideology yang pantas, ganas, bebas dan tiada batas. Dan jika ada ibubapa yang gagal mendidik anaknya menjadi “insan” maka itu bukan salah anak anak tapi itu juga salah ibubapa kerna memberi habuan kemudahan, kesenangan dan keseronokan.

Tanpa mengisi jiwa mereka dengan sikap kemanusiaan dan keinsanan. Teringat ketika saya remaja dulu sewaktu usia belasan tahun, ibu sentiasa melatih dengan kerja rumah dan menjaga binatang peliharaan serta berusaha untuk hidup serta mampu bertindak serta sentisa menghargai masa. Tapi di hari ini anak anak gadis tidak memperdulikan lagi pakaian mereka sendiri yang tidak berbasuh, makan pun mereka akan makan makanan rengan sahaja dan kalau tidak ada duit hanya beritahu ibubapa sahaja.

Untuk bangun pagi, mereka tidak tahu apa yang harus mereka lakukan, mereka hanya tahu untuk bangun solat subuh, kemudian tidur semula dan bangun semula pun dalam keadaan huyung hayang kerana di datangi mimpi ngeri di pagi hari. Kenapa tidak selepas solat subuh, buat sarapan, basuh baju dan bersihkan rumah? Itukan lebih baik dan lebih memberi kesan kepada peribadi?

Kedaan ini berlaku jika anak anak mula jauh dari ibubapa atau pun kalau di rumah ibubapa sibuk maka terjadilah anak gadis yang sangat lemah dalam kehidupanya dan anak remaja yang tidak tahu menguruskan kehidupan.

Oleh itu saya sangat berpesan kepada anak anak gadis dan anak bujang supaya menafaat masa kerana jika kalau kita tidur sepanjang pagi adalah sangat rugi. Dan seharusnya anak anak perlu ingat kita boleh mengadap kumputer sampai 4 -6 jam dalam satu satu masa sedangkan untuk melakukan keperluaan kehidupan kita dalam masa 1 jam pun kita tidak ada masa. Oleh itu anak anak semua harus menjalani kehidupan ini seperti manusia yang di berkati usia dan berbakti kepada diri, keluarga, bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment