19 Februari 2009:
Sebuah akhbar menyiarkan sebuah berita bagaimana seorang pelajar telah membakar kereta baru cikgunya.
Oh... Betapa hinaya akhlak pelajar tersebut. Kenapa buat begitu kepada seorang guru? Bagaimanakah peribadi pelajar ini?
Pelajar-pelajar yang rosak peribadinya telah mempamirkan kejahatan mereka dengan menyembur cat, memancitkan tayar, mencalarkan kereta, memecahkan cermin kereta cikgu, menampar muka cikgu, membakar pusat sumber, merosak harta benda sekolah dan bermacam macam lagi kejahatan mereka.
Perbuatan pelajar sekolah yang kurang ajar ini adalah untuk menunjuk rasa tidak kepuasan hati mereka terhadap cikgu. Saya pernah pergi ke salah sebuah sekolah di Kajang, saya hendak membawa kereta masuk ke dalam kawasan sekolah kerana melihat banyak tempat parking kereta masih kosong. Saya pun berjumpalah dengan jaga yang menjaga sekolah untuk parking di dalam kawasan sekolah, tapi jaga tersebut memberitahu:
"Puan sekarang waktu rehat. Saya nasihatkan puan jangan bawa kereta masuk. Nanti budak-budak ingat kereta puan ini kereta gurunya dan mereka akan mencalarkanya."
Kenapalah perbuatan sebegini jadi budaya di sekolah? Kalau ada guru yg membawa motosikal pula maka pelapik tempat duduk akan di koyakkannya.
Hari ini keganasan dan sifat keterlaluan pelajar seperti sudah tidak ada kaedah lagi untuk memulihnya.Guru guru hari ini takut kepada anak murid,malah guru akan berfikir berkali kali untuk mendenda murid jika mereka melakukan kesalahan kerana takut diri mereka atau kenderaan akan jadi mangsa.
Tekanan guru yang mengajar di sekolah pada hari ini sangatlah berat. Bukan kerana untuk mengajar subjek dalam kelas tapi disiplin pelajar yang sangat buruk. Sebagai langkah pertama untuk membendung gejala kurang sihat di kalangan pelajar ini ialah mesti datang dari rumah iaitu kedua ibu bapa mereka yang mesti membentuk peribadi anak-anak. Pendidikan yang mesti diterapkan kepada anak-anak ialah CINTAKAN AGAMA.
Imam Ghazali r.a. berpesan:
1. Wajib di atas pelajar itu menghiasi dirinya dengan akhlak mulia dan menjauhi pekerti yang buruk seperti emosional, nafsu berahi, irihati, hasad dengki, sombong dan besar diri, semua pekerti ini akan menghalang dari ilmu masuk ke dalam hati.
2. Pelajar itu harus tekun dan rajin serta jangan banyak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3 Pelajar tidak boleh sombong dengan dirinya dan tidak boleh mencemuh, menghina atau melaknati pengajarnya (gurunya). Sesungguhnya seorang pelajar itu disarankan supaya merendahkan diri mereka serta menghormati guru, kerana ilmu tidak akan dapat begitu sahaja, kecuali dengan sikap merendah diri.
Ini adalah antara pesanan Imam al-Ghazali.
Kenapa pelajar jadi biadap pada hari ini? Persoalan begini tidak ada jawapannya kerana soal pokok iaitu pendidikan agama tidak dimasukan ke dalam jiwa anak-anak sedari kecil lagi. Mereka telah dipupuk dengan segala makanan yang haram atau subahat.
Siaran TV yang tidak menentu, permainan (games) dalam komputer yang telah merosakkan minda dan hati mereka, kemewahan yang berlebihan di samping ibu bapa sangat menitik berat memberi kemahiran yang bukan keutamaanya seperti kamahiran sukan, muzik dan lain-lain lagi.
Jika untuk belajar agama ibu bapa mula mengira-ngira dan timbul pula persoalan: "Kenapakah ajar agama mesti bayar? Akhirnya anak tidak belajar agama dan anak pun mulalah liar, rakus, ganas dan masuk ke dalam kumpulan yang jahat.
Bila mereka ke sekolah mereka akan membawa perangai jahat itu. Maka sifat ini telah menular dalam diri mereka, maka mereka akan melakukan sesuatu tidak lagi mengikut pertimbangan akal dan perasaan.
Kerana hati, minda dan tubuh mereka telah rosak oleh perkara seperti yang saya sebutkan tadi. Maka timbulah anak-anak yang ganas, tidak berakhlak. Maka tunggulah akan akibatnya jika ini tidak di benteras.
Nota gambar:
Di atas adalah gambar dua orang pelajar yang menghafal al-Quran di Madrasah Sheikh Mohd. Salehuddin al-Amin di Hulu Langat. Yang sebelah kiri ialah Muhammad Syukri dari Kemboja.
Dia sangat pintar di dalam kelasnya. Dia seorang anak yang sangat miskin. Ibu bapanya terpaksa menjual tanah untuk menghantarnya ke Malaysia untuk belajar agama.
Dia sangat tawaduk dan rajin membantu gurunya.
Manakala sebelah kanan ialah Muhammad Salman al- Farisi, meninggalkan aliran Sains
sekolah akademiknya di Jalan Bukit, Kajang untuk masuk ke madarash untuk menghafal al-Quran. Walau macamana pun sifat anak-anak mestilah diberi perhatian dan tanamkan
dalam diri mereka cintakan ilmu dan berakhlak mulia kepada guru.
Di atas adalah gambar dua orang pelajar yang menghafal al-Quran di Madrasah Sheikh Mohd. Salehuddin al-Amin di Hulu Langat. Yang sebelah kiri ialah Muhammad Syukri dari Kemboja.
Dia sangat pintar di dalam kelasnya. Dia seorang anak yang sangat miskin. Ibu bapanya terpaksa menjual tanah untuk menghantarnya ke Malaysia untuk belajar agama.
Dia sangat tawaduk dan rajin membantu gurunya.
Manakala sebelah kanan ialah Muhammad Salman al- Farisi, meninggalkan aliran Sains
sekolah akademiknya di Jalan Bukit, Kajang untuk masuk ke madarash untuk menghafal al-Quran. Walau macamana pun sifat anak-anak mestilah diberi perhatian dan tanamkan
dalam diri mereka cintakan ilmu dan berakhlak mulia kepada guru.
No comments:
Post a Comment