Semenjak akhir-akhir ini terlalu banyak kejadian yg tidak diingini berlaku di kalangan pelajar sekolah, malah dari sekolah rendah lagi hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Kejadian yg terbaru ialah kematian seorang pelajar sekolah tingkatan empat, Mohd Azlin Mohammad, 16 tahun yang koma beberapa hari di hospital setelah dibelasah oleh kawan-kawanya gara-gara merebut seorang "kekasih".
Kejadian yang menyedihkan ini seperti tidak pernah tamat dan undang-undang yang dijalankan tidak dapat menundukkan keganasan luar biasa anak-anak pada hari ini iaitu bila perasaan marah, terpengaruh, ejekan dan cabar mencabar seperti menyelar hati dan perasaan mereka. Sepatutnya tragedi seperti ini tidak berlaku lagi dan perebutan kekasih ini tidaklah sampai memukul sampai mati dengan bilangan penyerang yang ramai.
Kejadian membelasah, membuli, memukul, menghina, mengejek serta mencemuh ini adalah satu perkara yang sangat biasa di kalangan pelajar. Ini adalah satu budaya yg bermula dari rumah iaitu mungkin dengan keadaan keluarga yg sering berkelahi depan anak-anak, pengaruh iklan dan tayangan filem ganas dan lucah, sama ada di TV, video, internet serta bahan bacaan dan gambar-gambar yang tidak senonoh terlalu banyak di pasaran.
Di samping ketandusan pendidikan moral di sekolah yang mana tidak lagi menjadi mata pelajaran teras. Manakala permaianan "game" yg bermacam-macam serta ganas, lucah. Keadaan ini kadangkala menggugat agama serta akidah. Manakala kesenangan hidup serta kemudahan teknologi telah menguasai kehidupan anak-anak hari ini iaitu secara keseluruhan ibu bapa seperti "mati akal" untuk mengawalnya.
Maka dari sini lahirlah generasi yang tidak berperikemanusiaan. Maka berbagailah cara keganasan dan kejahatan menular di kalangan kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah lagi hinggalah ke peringkat menengah.
Para ibubapa mungkin tidak meyedari bahawa anaknya seorang pembuli atau suka meyakitkan orang atau sebaliknya.Kejadian ini pernah terjadi di sebuah sekolah di Jengka Pahang,seorang pelajar tingkatan satu telah di buli selama satu setengah oleh pelajar tingkatan empat dan lima tanpa mengira belas kasian.
Kejadian yg menimpa pelajar tingkatan satu ini tidak di sedari oleh guru kerena pandainya mereka meyimpan rahsia ini. Berbagai cara mereka bulian mereka pratikan semata mata untuk menunjukan mereka "hero" dan "sadis".
Mereka ini sangat bijak mengatur rancangan jahat ini seperti apabila ibubapa bawa makanan untuk anaknya di asrama ,maka pembuli ini akan memehati dari jauh,bila ibubapa mereka telah balik maka kesemua makanan tersebut mesti di serahkanya,begitu juga dengan duit belanja.Yg paling meyedihkan pembuli ini sanggup mengurung pelajar tersebut di dalam lokar selama beberapa jam tanpa di ketahui oleh sesiapa.
Pembuli ini menggunakan "hukum rimba" iaitu siapa kuat dia dapat, siapa lemah dia kecundang. Mereka ini melakukan sesuatu untuk memuaskan hatinya. Ada lagi contoh yang mungkin ibubapa tidak tahu. Pembuli ini akan memukul tapak kaki orang dibuli itu dengan lilin kerana apabila pukul di tapak kaki, tidak ada kesan dan sakitnya sungguh sakit hinggakan orang yg kena pukul akan rasa sakitnya berhari hari. Selepas itu mereka akan ketawa ramai ramai jika orang yang kena buli ini menitiskan air mata kesakitan. Pembuli ini juga akan mereka reka tugasan untuk orang yang mereka target untuk membuli.
Orang yg kena buli ini sering di beri amaran jika rahsia ini terbongkar maka mereka akan "di kerjakan" lebih teruk lagi dengan bilangan org yang memukul atau membuli ini dengan bilangan yg ramai.Perkara ini akan berterusan hinggalah kalau orang yg kena buli itu meyimpan dendam maka dia pun akan melakukan perkara yang sama kepada pelajar yg baru masuk keasrama pula.Keganasan ini adalah sesuatu yg sangat mengecewakan ramai pihak.
Bagaimana untuk membaiki agar keganasan dan kejahatan ini tidak jadi budaya dalam masyarakat kita.Sangat mudah,iaitu kembalikan pendidikan agama dan laksana pelajaran moral didalam kehidupan sehari harian,bukan hanya di sekolah,tapi di rumah dan juga dalam masyarakat.
Para guru haruslah mengunakan pendekatan ia1tu adakan program "Usrah" di sekolah sebagai cabang ko kurikulum,kerana banyak faedahnya jika pendidikan agama ini menjadi bahan pendidikan utama di sekolah,kerana manusia ini tidak boleh di kawal dengan undang undang dan peraturan,tapi di kawal serta di didik hatinya dengan kebaikan
No comments:
Post a Comment