Saturday, February 7, 2009

Cari Perhatian

Dalam blog wadah cinta solehah saya terbaca sesuatu yg menarik perhatian saya iaitu cari perhatian. Menarik juga faktanya itu pandangan seorang gadis tentang bagaimana seseorang untuk menarik perhatian orang terhadapnya atau mungkin pengalamanya sendiri untuk menarik perhatian orang.

Tapi sebenarnya saya mempunyai pandangan yang berbeza dengan penulis blog tersebut. Saya sendiri mengariskan bahawa keutamaan manusia ini ada didalam surah Al Isra ayat:70;

Firman Allah "Dan sesungguhnya kami memuliakan keturunan Adam dan telah kami sediakan pula bagi mereka kenderaan di darat dan di laut, serta kami berikan kepada mereka rezeki yang baik baik dan kami berikan pula kepada mereka kelebihan yang lebih utama dari kebanyakan makluk yang utama dari kebanyakan makluk yang kami ciptakan"


Dan di sini betapa mulianya seseorang manusia itu di jadikan oleh Allah dengan segalanya dan manusia itu telah di bekalkan dengan sifat kemanusiaan yang sangat indah serta berharga iaitu "akal" dan Syaiditina Aisyah r.a berkata " akal itu ada sepuluh bahagian, lima bahagian nampak secara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak (secara batiniah) dan ada pun yang nampak itu adalah;
  1. Diam. Sabda nabi "Barangsiapa diam, maka selamatlah dia dan barang siapa yang banyak berbicara, maka akan banyak pula kesalahanya"
  2. Sabar
  3. Merendah diri (tawaduk)
  4. Berbuat baik serta di larang membuat yang mungkar
  5. Berbuat amal kebajikan
Ada pun yang tidak nampak;
  1. Berfikir
  2. Memberi contoh/pengajaran
  3. Menganggap dosa sebagai masaalah besar
  4. Takut kepada Allah
  5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkanya.
Dan maka terfikirlah aku bahawa untuk mencari perhatian orang adalah antara satu tugasan yang perlu kepada satu keperibadian yang bukan boleh di buat buat atau di tiru tiru, contoh kalau kita sering sahaja mencela orang, maka kalau jumpa dengan sesiapa sahaja kita akan tetap mencari kesilapan orang dan mungkin membuat sangkaan buruk pada orang dan begitulah sebaliknya. Dan cuba renungkan beberapa bahagian kebaikan yang telah di ciptakan oleh Allah
  1. Cantik
  2. Bercahaya
  3. Bersinar
  4. Bersih
  5. Halus
  6. Lembut
  7. Indah
Dan semua orang akan ketagihkan semua perkara yang tersebut diatas. Dan kalau mahu menarik perhatian orang anda semua mesti mempunyai kebaikan tersebut. Oleh itu marilah kita berbuat sesuatu supaya akhlak kita merupakan daya penarik untuk orang terus mahu bersahabat dengan kita dan jangan sekali kita mencari musuh dan sebelum kita berkata kata atau melakukan sesuatu gunakan "akal" yang telah Allah bekalkan dan binalah peribadi kita dengan semua kebaikan pada keperibadian kita.

No comments:

Post a Comment