Thursday, July 29, 2010

BUAT MAJJALAH


Saya pernah di beri suntikan semangat oleh usahawan yang saya kira tawaduk, baik hati dan bersifat pemurah ialah Pengarah Urusan TB Hj Wahab.Katanya

" Buatlah majjalah tu, nanti anda akan tahu bagaimana susah payahnya nak buat sesuatu perkara itu sehingga dia berjaya dan akan lalui liku liku yang anda tidak pernah jumpa selama ini" itu katanya

Pagi tadi semasa saya dengan Hj Muhammad Minum pagi di Restoran as Safa, saya bincang lagi bagaimana nak buat majjalah fardhu ain, apa kata pembuat buku yang berlatih membuat buku semenjak dari usianya 8 tahun ini (baca dlm novel saya "layar" )

Beliau berkata" buat majjalah ni banyak kerjanya, kena hantar surat pada semua orang yang terlibat, kena tahu banyak kerjanya dan kena buat satu persatu, jangan tahu nak siap aje, dan semua orang yang terlibat tu kena beritahu dan kena buat kerja jangan jemu" ini katanya

Saya telah menanam semangat ini dalam hati dan perasaan saya dan saya ukir setiap suntikan semangat ini dengan satu niat iaitu mahu berdakwah melalui media.

Kini saya masih terlalu awal untuk meserasikan diri saya ini dengan hasrat saya dan saya perlu banyak belajar dan bertatih dan jangan terlalu berkira tentang masa.

Saya sekarang rasa tertekan juga bila memasuki alam menjadi pengurus untuk menerbitkan sebuah media Islam,ialah kena kaji bahan bahan nya supaya tidak bercanggah kena teliti mutu bahanya boleh di terima oleh masyarakat atau sebaliknya dan kena buat yang terbaik dan mungkin adalah saya insan yang tamak iaitu mahu yang terbaik antara yang terbaik.

Kadangkala saya kesian juga bila ada anak saya minta saya untuk masak makan malam, tapi saya kata "maaf ye, malam ni mak balik jam 1 pagi" dan dengan selamba bujangan saya yang keempat tu pasrah aje, dia ni sedikit manja dan sangat suka pada masakan saya dan kalau sekali sekala saya memasak dia akan memuji sampai berpinggan dia makan, tapi bila si ibu seperti saya ini tugasanya bukan satu atau dua tapi tak tahu nak cakap berapa .

Saya rasa bila kerja membuat majallah ini dengan menulis ini saya gabung dengan kerja NGO saya serta tugas sebagai isteri dan ibu kepada anak bujangan yang manja dan anak gadis yang minta perhatian saya rasa sama beratnya dan sama saja susahnya dan saya sangat happy berada di tahap sekarang dan semua ini membuatkan saya semakin kuat dan bertenaga ialah semuanya TANGGUNGJAWAB yang minta perhatian.

Wednesday, July 28, 2010

Menyunting Buku.



WADAH CINTA SOLEHAH. Nama buku ini adalah sebuah garapan karya seseorang anak gadis yg saya sendiri mengangkatnya beberapa entrynya untuk di jadikan bahan motivasi didalam penulisan saya untuk kesekian kalinya.

Dalam sebuah catatan motivasi ini saya gabungkan beberapa lagi bahan kajian saya dari rujukan beberapa bahan motivasi untuk remaja dan juga saya bawa lagi bahan tulisan dari blogger idola saya iaitu Hj Muhammad Zakaria iaitu sebanyak 5 entrynya saya muatkan.

WADAH CINTA SOLEHAH ini ibaratnya bulan di pagar bintang. Anda pernah lihat bulan sabit baru terbit? anda akan lihat sebutir bintang yg menemaninya hinggalah bulan tu menjadi penuh. Bagus ye kalau saya dapat menjadi bintang itu yg dapat meneman bulan yg indah itu? tapi sebenarnya seorang penulis itu akan menulis apa sahaja selagi dunia ini ada penghuninya dan jangan ada orang yg sosek sosek mengatakan ialah Solehah tu puterinya.

Memang secara kebetulan aje nama itu ada kaitan dengan pemunya blognya dan saya juga sedang mengarap sebuahlah lagi travelog remaja yang bernama cetusan minda seorang pemuda.

Dalam Wadah Cinta Solehah ini saya menyunting bukan setakat skripnya sahaja malah gambar gambarnya yang yg di muatkan dan ungkapan ungkapan sebagai penyedalnya serta ayatnya semua saya suntingkan supaya bila lahir Wadah Cinta Solehah ini akan saya sunting lagi wadah yg kedua pula yang akan saya tulis dengan penuh beremosi.

Dalam wadah Cinta Solehah ini anda akan berkenalan dengan Mat Jenin yg suka berangan angan kosong, anda juga akan berkenalan dengan Ibnu Batutha pelayar yang hebat, anda juga akan berkenalan dengan pembuat roti canai dan teh tarik yg sedap iaitu dlm entry maplai oooh maplai.

Buku ini saya muatkan kisah perjalanan hidup remaja yang sangat tabah, kuat semangatnya dan sabar serta tahan pada tekanan. Siapa dia, anda boleh bertemu dgnya dalam Wadah Cinta Solehah iaitu dalam bab Wanita Melayu Terakhir.

Kini editan saya untuk mempastikan buku ini akan bommmmmm meletup di pasaran dan menjadi bualan remaja. Kemungkinan Wadah Cinta Solehah yang kedua akan full colour. Sabar.....

Wadah Cinta Solehah akan menemui anda dan saya akan lancar 2 buah buku saya bersama Tok Guru Otai saya Ustaz Wan Noh Wan Hamat dengan Gadis Blogger di atas satu pentas tak lama lagi didalam majlis perlancaran. Tunggu.......

Tuesday, July 27, 2010

MACAM MANA NI

Berkali kali talipon saya berbunyi, nak angkat, nanti apa nak cakap, tak angkat rasa bersalah pulak, akhirnya saya tutup handphone dan relaxkan minda. Saya pun tak tahu bagaimana berita yg mengatakan saya banyak duit boleh bagi pada anak anak miskin, berita ni macam satu laporan pulak dan merebaknya begitu cepat.

Sekarang ni bukan setakat anak kemboja, anak vietnam pun sama dan anak indonesia pun begitu juga serta anak Malaysia pun ada juga yg katanya susauh. Entahlah saya pun tak tahu nak cakap apa, katanya kalau nak pergi belajar kat mesir atau nak beli kitab ke atau tak cukup duit belanja sekolah datang minta dan kalau rumah tak beras pun cari saya juga.

Sekarang ni ada juga yang ayahnya tenat sakit dan nak balik pun cari saya juga.Saya sering berdoa semoga saya ni murahkan rezeki dan saya minta pada Allah jangan ada dalam hati saya ni taksud pada dunia dan kedekut haloba.

Saya sering saja mencari sesuatu kerja yang boleh menjana kewangan dan yang boleh orang menyumbang untuk mereka yang memerlukan ini.

Sebenarnya kat Malaysia ni ramai orang yg banyak duit, tapi di bazirkan dengan rumah yg mewah, kereta tak cukup 3 buah dan pakaian yg hebat, makan yg mahal mahal. Tapi sebenarnya terlalu ramai yg hidup azab sengsara dan miskin daif. Saya pun tidak cukup duit untuk membiaya orang yang menagih gini, kadang kala tu saya nangis memikir kenapalah orang ni hidupnya terlalu sukar dan kenapa tiada hati hati belas dgn kesusahan begini? entahlah......

Wednesday, July 21, 2010

4900 Kaki, Tinggi Memuncak











Tak tau nak cakap macamana azabnya saya ketika mendaki gunung bunga buah ni,selepas solat subuh kami telah mengemas semua barang barang dan meletakanya dalam semak supaya orang yg melalui jalan itu tak nampak barang kami,

kata Hadi iaitu jurupandu kami bahawa di tempat itu ramai orang yg lalu lalang utk naik ke gunung bunga buah.

Selepas bersiap maka kami pun memulakan perjalanan. Waktyu masih pagi, kedinginan pagi yg menyegarkan tidak menjadi masalah pada kami. Kami mula mendaki banjaran yg pertama, eeh boleh tahan juga kami semua mengambil masa selama sejam dan turun pulak 40 minit.

Pas tu daki pulak banjaran yg kedua, masyallah yg ini bila pandang kepuncaknya rasa nak balik, tapi En Zakaria Mat Nor telah beri semangat dan dia bawa air 100 plus dan beri saya minum, yg lain semuanya dah kedepan. Saya pun daki jugalah selama sejam, bila turun masalah pulak curamnya sungguh mengerunkan dan terpaksa cari kayu untuk suport badan.

Kami duduk rehat sekejap bila tiba kebawah. Rasa nikmatnya bila dapat rehat, tapi tak boleh lama hanya 10 minit saja.

Kini kami daki lagi banjaran yang ketiga, lagi tinggi dan dakinya kena seorang seorang sebab tangganya muat seorang aje. Punyalah penatnya hanya Allah saja yg tahu dan daki jugalah iaitu mengambil masa selama sejam juga dan sekali lagi saya rasa dah tak mau daki lagi dan sekali lagi En Zakaria Mat Nor bagi buah tin kering kat saya katanya tambah tenaga,

Saya pun kuatkan hati daki juga, kali ini akar kayu bersilang silang sangat susah dan saya entah berapa kali jatuh tersungkur dan bila turun pula kan mainlah licinya jalan sebab tanah liat.

Pas tu lagi sekali kami kena daki lagi sekali banjaran yg keempat dan kali ini saya rasa tak boleh jalan lagi dan saya terbaring kepenatan yang luar biasa dan saya biar semua orang meneruskan misi dakinya dan tempat yang saya melepaskan lelal itu adalah puncak gunung bunga buah yg pemandangan cantik dan banyak bunga yg renik renik, banyak binatang yg luarbiasa saya jumpa seperti ular lidi yg merayap, katak puru, bunyi ayam hutan bersahut sahutan, serta bunyi ungka dan kera yang tidak pernah diam.

Di samping itu bunyi burung kelicap yang sungguh mendamaikan.Walaupun badan saya sangat letih tapi saya sangat gembira kerana misi daki gunung bunga buah kami berjaya sampai kepuncaknya iaitu setinggi 4900 kaki dan bila hala balik saya tak tahu nak cakap apa.

Jam 2 petang bertolak dari puncak gunung sampai ke tapak perkhemahan kami dengan di sirami hujan yang sangat lebat dan jam 6.00 ptg baru sampai. Kami yg jalan didepan telah sampai awal sedikit iaitu seramai 11 orang telah bermandi hujan serta tiupan angin yg sangat kuat manakala yg 4 orang lagi tinggal jauh

hampir 2 jam kami menunggu. oooh rupanya kaki mereka krem dan kejang, kami sudah mahu menaggil ambulan, tapi berkat doa ramai akhirnya mereka sampai dalam keadaan yg sangat letih.Kami semua pada hari itu semua tidak makan sebab bekalan dah habis cuma tinggal maggi saja, maka kami pun menadahlah air hujan dan masaklahlah mengunakan dapur gas kecil yg kami bawa.

Kami masakl maggi dgn air hujan dan makanlah ramai ramai.Selepas tu kami menunaikan solat jamak takhir zohor dan asar pada jam 7.00 mlm dgn wuduk air hujan aje.

Misi kami belum habis lagi kerana untuk sampai kekebun sayur tempat parking kereta kami perlu berjalan 1jam setengah lagi dengan keadaan yg sangat licin dan menuruni curaman bukitnya yg sangat mendebarkan.

Saya tersungkur sebanyak 6 kali dan pakaian kami lebih teruk dari dari orang balik dari sawah. Pengalaman daki gunung bunga buah ini sangat menguji ketahanan mental sebenarnya dan kekuatan fizikal. Kalau ada rasa tak mampu lakukan jangan lakukan.

Saya mengalamai kesakitan betis, peha rasanya bila nak berjalan tu seperti mengangkat 1 pikul batu bata.Tak terhayun kaki nak berjalan, kalau duduk tak boleh berdiri, kalau berdiri tak boleh duduk. Tapi saya tak serik lepas ni nak daki gunung Tampin pulak.

Sunday, July 18, 2010

MERENTAS 4 BANJARAN MENAWAN 1 GUNUNG



Masa ke Yorjakarta dulu iaitu waktu gempabumi yg mengorbankan 6000 orang, saya pernah ke kaki gunung merapi dan melihat laharnya yg meletus waktu itu dan bila waktu malam kelihatan apinya yg gemercikan.

Malam tadi balik dari daki gunung bunga buah, masyallahlah sakitnya seluruh anggota badan.Nak sujud pun tak boleh, nak tidur tak boleh dan nak duduk tak boleh, inilah akibatnya daki gunung dan semalam saya terkejut bila salin seluar tengok darah berjejeran kat seluar, ingatkan datang bulan rupanya 2 ekor pacat yg dah mati kekeyangan terlekat kat seluar, patutlah sepanjang perjalanan daki gunung gatal semacam je, nak garu malu, jadi tahan aje.Tapi sebelum nak daki gunung ni saya dah telan harbatulsauda dan 3 sudu madu lebah yg di beri oleh si manja solehah masa dia balik dulu.

Ni saya nak cete pasal gunung bunga buah ni,masa kecik kecik dulu kalau setakat berlari pangat bukit tu biasa aje sebab belakang umah ada bukit, kadang tu sampai 5 atau 6 kali sehari main lari lari naik bukit. Tapi ni daki gunung bunga bauh lain dari yang lain. Saya rasalah daki gunung kinabalu tak seteruk gunung bunga buah ini, mula sekali kami rancang nak daki jam 4 ptg, tapi punyalah susah nak kumpul orang dan tunggu orang yg lambat, akhirnya jam 5 daki gunung.

Lalu kebun sayur china pas tu mula mula sekali daki puncak yg tegaknya sungguh memeranjatkan saya, iaitu tegaknya 90 darjah dgn lekuk lekut tangganya muat muat satu kaki aje, cuba anda bayangkan dan saya kira kira 45 minit barulah kami sampai ke atas dan sampai pinggan rasa segal,saya rasa dah nak pusing balik, tapi bila tengok muka jantunghati saya si abot tu tak jadi nak pusing balik.

Dan jalan lagi lebih kurang 20 minit, ni ok lah sikit jalan tanah merah, pas tu masuk pulak semak samun yang jalanya lebih kurang sejam berjalan dan hari pun dah gelap nak masuk magrib, pas tu pasang khemah dan buat persiapan makan malam, tak banyak bekalan yg di bawa cuma bawa beras, ali caffe, maggi, roti dan biskut. Masaklah ala kadar aje dan air kena jimat jimat, beras pun tak basuh.

Malam tu kesejukan mula menyucuk yucuk dan ada yg pakai baju sampai 3 lapis ialah genting higlandlah katakan. Malam tu saya memang tak dapat tidur kerana kesejukan yg luar biasa dan kabus masuk ke khemah yg terbuka tu.

Kami daki gunung ni seramai 15 orang dan ada beberapa orang bawa khemah peribadi, tapi kami dengan beberapa orang tak ade khemah jadi tidur ajelah dalam khemah yang di beli oleh Abuya Salman sebelum mendaki iatu khemah tempat orang kawin masak dan alaslah pakai khemah.

Malam tu semua peserta lelaki bergilir gilir berjaga, iah takut juga sebab berkhemah atas gunung ni banyak bahayanya.Tapi walau bagaimanapun kami semua happy sebabnya sebelum subuh lagi kami dah bersiap siap nak daki gunung bunga buah.

Ok untuk hari ini saya tulis setakat ini dulu dan tunggu esok saya akan paparkan gambar gambat ekselusif dari gunung bunga buah dgn kegetiran kami mendaki gunung bunga buah ini.

Tuesday, July 13, 2010

KUAH AIR IKAN



Ni saya nak sambung cete anaknda Solehah yg bertajuk makan dalam talam. Saya dan bapa Solehah sering makan satu dulang,kadang makan nasi atau kadang makan kuih.Dan sentiasa makan dalam talam insyallah sampai bila bila, ini bagus.

Tapi saya jarang tengok anak saya makan dalam talam. Mungkin mereka ini rasa tak selesa dan pernah anak saya kata " mak kan pinggan rumah kita banyak, nape nak kongsi bekas" itu kata anak saya.

Pertama kali saya makan dalam talam masa tu saya ikut usrah gabungan di Sg Pencala, waktu usia saya 18 tahun. Masa pakai tu saya pakai tudung biasa sahaja dan bukan tudung labuh,belum serasi lagi pakai tudung.

Saya datang ke Sg Pencala ni bukanya nak masuk Arqam tapi nak belajar agama. Masa tu teruja saya tengok punyalah ramainya orang datang dan saya di sambut dgn mesra oleh anak anak gadis jemaah yg terkenal dgn budi bahasa yang baik serta melayan tetamu.

Masa saya sampai tu jam 12 tgh dan orang tengah sibut angkat dulang nak ambil nasi. Saya jadi terpinga pinga, tapi saya diam sahaja dan membiarkan suasana begitu.

Saya duduk di satu sudut sambil memerhatikan anak anak gadis menghantar dulang pada tetamu dan tiba tiba saya di kejutkan oleh seorang gadis " kak makan, ni ada nasi" sambil dia mengunjukan sedulang nasi dgn kuah yang berlandong dan seekor ikan selar kuning serta sejemput goreng sawi.Saya geleng kepala " tak ape dik, kak ada bawa makanan" tapi anak gadis tetap mendesak juga dan dia telah panggil tiga orang kawanya untuk meneman saya makan "kak kena makan juga, sebab nasi ni kami dah isi untuk kak,kalau kak tak makan membazir, dan membazir tu kerja syaitan" kata anak gadis tu sambil meletakan " ok terima kasih dik" dan saya makanlah sambil tangan kami berempat bercampur aduk dalam dulang mengaul nasi dgn kuah"dik maaf ye, kak ni sakit perut, lagi pun selera tak ada" saya berkata pada gadis yg meneman saya makan kerana saya rasa sedikit tidak selesa waktu untuk makan dalam talam sebab kuahnya banyak sangat dan nasi jadi tenggelam." Oklah kak, kami tak boleh paksa, tapi kalau kak rasa nak makan beritahu saya ye" kata gadis itu sambil meneruskan makan bersama rakan rakanya.

Sungguh tertib mereka makan dengan doanya, sambil duduk bersimpuh dan mereka makan sehingga tiada seulas nasipun yang bersisa dan sisa kuah itu mereka kaut dgn tangan dan hirup dan saya memerhatikanya.

Bila makan malam saya tak boleh mengelakan lagi dari untuk makan setalam, tapi boleh tahanlah sikit sebab goreng telur dan sayur togeh.

Saya pernah lihat ada seorang ustaz yg tinggal bersebelahan dgn asrama kami waktu itu, orang orang yg jadi pimpinan utama dalam jemaah ini makananya memang hebat dan luar biasa, saya lihat bagaimana seorang ustaz itu memecah telur tiga suku kedalam mangkuk sebanyak 5 biji dan sekali hirup sahaja dan lepas itu minum air milo dan sedawanya bunyi guruh. Masyallah.

Kami yg murid murid tinggal diasarama ni telur 2 biji di tambah dgn tepung dan di letak garam dan di goreng bagi lebar dan pastu di potong dua untuk 2 dulang, maknaya untuk 6 atau 8 orang makan dan ikan pula seekor selar kuning yg sebesar 2 jari tu di rebus dan satu dulang satu ekor.

Pernah seorang ustazah beritahu, jangan makan banyak banyak dan jangan makan yg sedap sedap, ini hak jemaah.Kami semua akur dgn keadaan begitu dan kami pula sentiasa di ingatkan jangan buat perkara berlebihan sebab hak jemaah.

Tapi kalau pimpinan utama boleh menguna apa sahaja dgn sepuasnya seperti makananan melimpah ruah di rumah, berjalan kemana sahaja dan memakai pakaian yang mahal mahal.

Apakah ini didikan atau kesempatan dan kami di minta untuk menginfakan seluruh harta benda demi jemaah dan siapakah jemaah sebenarnya?

Monday, July 12, 2010

Anak Singa atau Anak Tikus




Kata pakar motivasi, singa adalah binatang yang berani, kuat, ingin selalu kedepan, tidak pernah mundur, tidak takut dan sentiasa menjaga kelompoknya atau daerahnya.

Bapak singa sering membuka tempat atau daerah yg baru untuk menunjukan kekuasaanya. Kalau gitulah rupanya singa hebatlah ye, tapi di sini saya nak cete pasal anak singa.

Seekor singa betina boleh melahir seekor atau 2 ekor anak singa dan anak anak singa selepas saja di lahirkan si bapa atau si ibunya dah mula mendidiknya dengan berlari lari anak dan mencakar cakar serta melatihnya tidak tidur berterusan.

Sebelum matahari terbit lagi ibu singa akan mengerak anak anak kecilnya dengan menjilat jilat kepalanya dan mengucup muka anaknya serta membiarkan anak anaknya bermain main di badan ibunya.

Si bapa singa pula akan membawa habuan makanan untuk si ibu dan si anaknya dengan makanan yang segar hasil dari buruanya yg bersusah payah dan singa tidak makan bangkai yg busuk.

Bapa singa hanya memberi keluarganya makanan yang segar dengan jejehan darah dari binatang buruan masih panas lagi.Sewaktu anak singa melahap makanan bapa singa akan memandang dari jauh sambil berfikir " aku ingin jadikan anak aku lebih hebat dari aku dan aku mahu dia menguasai belantara ini" ini kisah singa.

Bagaimana pula dengan kisah tikus, binatang yang nama tikus ini adalah binatang yg bersaiz kecil sahaja, setiap kali beranak dia akan melahirkan lebih dari 3 ekor dan tempatnya yang paling di suka ialah tempat sejuk, lembap dan berbau.

Tikus akan membiarkan anaknya membesar dengan cara tidur dan tikus akan memcari makan untuk anaknya bila anaknya mengeliat kelaparan.

Makan yang di beri oleh ibu atau bapa tikus adalah dari serbuk kertas, makanan busuk dan cebis cebisan kain buruk.Tikus telah mendidik anaknya tidur siang dan berjaga waktu malam dan tikus hanya ajar anaknya merayap sahaja dan menyorok yorok.

Tikus suka tinggal dalam sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama selagi tempatnya tidak di ceroboh oleh manusia atau kucing.Bapa tikus selalu ingatkan anaknya " kalau org kejar lari dan jangan suka melawan, nantikena bunuh dan jangan suka merayap jauh jauh dan lepas makan tidur"

Ini cete saya kali ini.Dan saya pun tak taulah saya dlm golongan tikus atau singa.

PENEMUAN BARU



Semalam pegi buat pameran misi kemanusiaan di sekolah si bongsu, panas terik tak tau nak cakaplah, dari damansara bertolak jam 6.30 pg. Pergi seorang aje kerana abang si bongsu letih tengok bola dan abang yg seorang lagi tu janji naik bas dari kuantan sampai KL jam 4. 00 pagi, tapi sampai 2 tengahari. Inilah nasib si sukarelawan kerjalah seorang.

Ada call beberapa orang sukarelawan, jawab pun tak nak, mana orang mahu kerja hari ahad ni mana lagi nak layan isterilah, nak jumpa girlfriendlah, nak tidurlah, nak layan suamilah. Tapi tak ape saya dah set dalm minda saya bahawa walaupun saya tinggal seorang pun saya akan bgerjuang juga kerana tidak semua orang mahu tolong dan tidak semua orang mahu berkorban.

Sampai di sekolah si bongsu jam 7.15 pg, angkatlah barang seorang seorang, bila ada orang nampak dan tanya " mana sukarelawan yg lain" saya kata " orang sibuk dengan aktivitinya".

Saya syukur pada Allah kerana walaupun saya seorang aje mengangkat, memikul, memunggah dan membuat semuanya tapi sambutan yg di beri oleh orang ramai bolehlah tahan juga, yg ramainya murid dan cikgu dan mak bapak budak budak boleh bilang dengan jari.

Ini pun satu hal juga rakyaat Malaysia ini kalau kata ada orang nak didik anak, nak jaga anak mereka nak jengah anak pun susah, kalau sekolah buat program yang datang asyik mak bapak tu juga.Entahlah saya pun tak tau nak cakap.

Semalam saya punyalah sakit kepala berdenyut denyut agaknya letih dan memikirkan macam macam hal agaknya,sakit kepala saya sampai petang.Walaupun sakit kepala lepas buat pameran misi kemanusiaan saya ke Semenyih sebab ada urusan dan solat asar.Lepas tu saya lepak sekejap dalam setengah jam dan jam 6.30 ptg saya balik ke Damansara.

Saya rasa mahu saja parking kereta tepi jalan nak rehat aje, tapi kuatkan hati dan saya terus saya ke Masjid di Damansara Damai kerana nak solat magrid. Semasa ambil wuduk tu nak tunduk pun tak boleh punyalah sakitnya kepala dan saya teringat masa belajar dulu, kata seorang ustaz tu, kalau kepala kita tengah sakit ambil wuduk dan sedut air kedalam hidung dan hembus kuat sikit dan biar terasa hingga ke otak, insyalaah elok dan saya pratikan. Betulah ambil air wuduk ikut aturan yang betul ni ada fadilatnya dan sakit kepala saya pelahan lahan hilang dan 15 minit terus dah tak terasa, cubalah penemuan baru ini.Selawat dulu.Selamat memcuba.

Saturday, July 10, 2010

ADA INSAN YG DI RINDUI


Rindu....panjanglah cete bab rindu ini, tapi saya adalah seorang perindu kepada kedamaian. Tiga hari lepas saya ada orang ofer untuk di beri sebuah rumah pada kami, kami pun pergilah tengok rumah tu, banglo ada 4 bilek harganya kalau tak silap saya RM 298 000.

Kalau ikutkan saya mana ada duit, tapi kadangkala itu rezeki dtg bergolek. Maka kami punlah tengok dan kalau saya setuju aje terus ajelah, tapi saya tak mau... tempatnya bagus jauh dari bandar dan rumahnya tak banyak hanya ada 26 buah saja.

Inlah orang kata "hati ini raja" atau memang saya ni ada pendirian. Saya kira kira ni rumah yang keempat saya di ofer, semuanya bagus bagus.

Sebenarnya saya dah beritahu bahawa saya nak sebuah rumah yang laman rumah saya bersambung dengan laman Rumah Allah (Masjid) tapi belum jumpa lagi, dan ada seorang adik saya bagi tau "jadilah tok siak masjid boleh dapat kuaters di masjid" saya pikir " betul juga ye, kalau saya jadi tok siak boleh dapat kauters dan tinggal kawasan masjid.

Nantilah saya pikirkan tugas baru saya ni nak lamar juga jadi tok siak masjid.
Adik saya tanya "kenapalah nak rumah kat masjid, kalau jauh sikit kan boleh jalan kaki atau naik kereta kalau nak solat berjemaah" saya kata padanya dalam masjid itu ada insan insan yang saya rindui iaitu insan yang memanggilorang untuk solat, insan yang mengimamkan org solat dan org yg sering mengajak orang kearah kebaikan.

Satu lagi kalau rumah saya dekat dgn masjid bila saya tiada di dunia ini maka rumah ini akan saya wakafkan untuk buat kelas pengajian atau rumah untuk orang musafir bermalam dan rumah ini tiada dalam wasiat harta yang di wasiatkan. Maap ye anak semua.

Friday, July 9, 2010

TERIMA KASIH YA ALLAH


eeeh tak tau nak cakap apa, gembiranya aku bila sebuah buku yang terdampar di dalam komputer kat rumahku selama 3 tahun, kejap kejap suruh orang ni edit, kejap kejap suruh orang tu komen dan kejap aku ubah isinya biar isinya mantop.

Sekarang apa yang aku tunggu dah terdampar di depan mataku, kusemangat,macam tak percaya pula RAMADAN TIBA LAGI. Cantik, padat dan penuh beremformasi ialah secantik tajuknya glemer gitu...." Panduan Hidup Bersyariat Pada Bulan Puasa".

Mana ada buku yang padat macam buku yang di garap oleh Ustaz Wan Noh ini iaitu guru saya yang saya kenal 20 tahun lalu. Buku ini kalau anda baca dari bab ke bab memang penuh bermaklumat, ni ha saya kupas sikit tentang bab 1 iaitu tajuknya Marhaban Ya Ramadan di sini ada tip menyambut ketibaan Ramadan iaitu ada 10 perkara untuk menyambut ramadan.

Bab kedua pula Keistimewaan Bulan Ramadan dalam buku di kupas secara teliti apakah keistimewaan yg ada dlm bulan ramadan ini diantaranya di tulis iaitu syurga itu mempunyai banyak pintu dan salah satu pintu daripada pintu itu di sebut "al Rayyan" dan orang yg layak masuk ke syurga ini adalah orang benar benar berpuasa kerana Allah.

Ada lagi bab yang menarik harus para wanita tahu iaitu dalam bab 28 iaitu "Afdal Qada Puasa sebelum puasa enam syawal",

Dalam bab menu pula iaitu bab 31 iaitu Resepi Ramadan, di sini penulis telah membuat peyelidikan apakah makanan yang paling orang suka pada ramadan dan bagaimana untuk membuatnya.

Buku RAMADAN TIBA LAGI ini dalam bab 32 ada perkara yang harus anda ulang kembali pembetulan bacaanya iaitu "LAFAZ NIAT" jangan buat main kalau tak tau bagaimana nak baca niat puasa.

hhha anda beli buku ini cepat buat persiapan sebelum RAMADAN TIBA LAGI. Manakala dalam bab 33 pula tajuknya "Imarah Terawih Masjid ke Masjid, di sini penulis telah mejelajah ke 4 buah negara iaitu Singapore, Indonesia, Berunai Darulsalam dan Malaysia untuk melihat betapa meriahnya masjid masjid ini di bulan Ramadan.

Dan bab yang akhir sekali iaitu bab 35 iaitu "Bagaimana Melaksanakan Tadarus al Quran" ini penting buat guru guru sekolah, tok imam tok imam untuk mengetahui bagaimana utk melaksana tadarus ini dgn betul dan meriah pada bulan ramadan ini.

Di dalam kupasan ini saya sangat berterima kasih kepada ustaz Wan Noh Wan Hamat yang telah mendedahkan ilmu yang sangat hebat ini sehingga saya dapat menulis semuanya dalam buku RAMADAN TIBA LAGI ini yang sangat lengkap dalam manual Lengkap Seisi Keluarga dan buku ini sangat bagus di jadikan modul di pejabat, di sekolah, di universti dan dimana sahaja.

Saya juga ucap syukran pada model yang bermurahati untuk jadi model pada cover buku ini iaitu Pemuda Salman Al Farisi dan terima kasih banyak banyak saya kepada pihak Masjid Al Mukaramah di Bandar Sri Damnsara yang memberi kerjasasama dalam sesi fotografi dan juga terima kasih saya pada penerbit buku ini YAMANI ANGEL.

Buku ini sangat murah iaitu RM 28 sahaja dan sebahagian dari penjualanya akan saya masukan kedalam tabung amal Persatuan Belia Sri al Ain untuk anda yang ingin mendapat buku yang cantik ini iaitu penuh dgn warna warni ini terus hubungi pihak penerbit di talian 03-42709721 dan ini adalah hadiah dari kami untuk anda semua di bulan Ramadan ini.

Dapatkan segera sebelum kehabisan.

Cetakan terhad.

Tuesday, July 6, 2010

Pahala ooo Pahala



Pagi tadi minum kat kedai mamak, pagi lagi dah ada orang yang bertongkat,jalan terhencut hencut sambil bawa sebuah cawan plastik yg lusuh sambil berjalan dari meja kemeja minta cawan usangnya di isi.

Ini kerja rutin apek tua ini, tapi kadang kala tu geram juga, semalam bagi hari ini datang lagi, bagi lagi dan esok mungkin kalau umurnya panjang dia akan datang lagi.

Tapi yg saya kesianya cete apek tu pagi ini ialah, ada seorang tauke china yang tengah minum teh tarik, telur separuh masak dan rotin canai, apek tu datang ke mejanya sambil mengoncang goncang cawannya depan tauke itu, tauke tu buat tak tau aje dan terus memecahkan telur separuh masaknya kedalam piring. Tiba tiba tu tauke tu angkat muka " ooo lu buta ke, aku mau makan, jangan minta duit sama saya, lu pergi kuil minta duit sama tokong" terkejut saya bila tauke tu cakap macam tu " ayo tauke, itu tokong mana ada duit, saya sudah 2 hari tidak makan, tolonglah" kata apek tu lagi " ooo sudah tahu tu tokong tarak duit, lu pergi minta pada tuhanlah" kata tauke lagi " ayo tauke, saya belum masuk islam lagi" kata apek tu "tolonglah saya tauke, sikit saja kasi" dengan geramnya tauke itu bangun dengan keras dia berkata, lu sudah tahu tuhan bagi duit (rezeki) jangan minta sama akulah dan lu pegi sana kerja dan minta pada tuhan, saya bukan tuhan"

Bagi saya bahawa orang kafirpun mengakui bahawa Allah yang memberi rezeki itu dgn berusaha. Oleh itu buat anak muda yang malas dan suka melepak tu bangunlah berusaha untuk berjaya.

Sunday, July 4, 2010

Travelog Pagi

Pagi tadi hantar si bongsu ke sekolah dari Bandar Sri Damansara ke Batu 10 Hulu Langat, terkejut juga si bongsu sampai tepat pada waktunya, ialah gelap subuh mana ada kereta banyak, maka boleh pandu laju sikit. Selalunya Abuyanya hantar, tapi pagi tadi masuk TV 1, maka tugasan ini terpaksa saya yang buat.Tabiat pergi ke Sekolah pagi Isnin ini adalah semula jadi si bongsu, kadang kala tu mau juga naik angin, tapi sabor aje lah.

Selepas hantar si bongsu, jam 7.00 pg saya terus ke Madarsah di Semenyih,dan beli bekal sarapan pagi iaiatu nasi lemak kampung dgn kopi O sebagai pegalas perut untuk makan di Madarasah

Sampai saja ke Madarasah saya lihat beberapa orang bangladesh sedang bersiap siap untuk ketempat kerja,saya kagum dgn mereka ni rajin dan bekerja tepat pada waktunya serta tidak tidur selepas subuh. Begitulah kalau mau cari sesuap nasi buat diri sendiri dan keluarga yg jauh.

Saya memulakan tugasan saya iaitu mengasingkan kain sumbangan dari penderma dan penyumbang dari rakyaat Malaysia untuk rakyaat Kemboja, dari 30 kotak yang saya buka hanya 8 kotak sahaja yang boleh di pakai dan di beri pada orang. Yang lain tu apa nak jadi? apa lagi lagi, kain buruk koyak rabak, bra putus tali, seluar dalam suaminya yang koyak, baju sekolah agama anak yang sudah tak boleh pakai, kain batiknya yang lusuh, baju tidurnya yang sangat buruk, stokin yang tiada pasangan,sarung bantal yang hapak baunya dan tuala yang telah berkarat oleh daki si pemakai.

Adooi letihnya saya buat kerja yang tidak ada manafaat begini. Apakah penyumbang ini dia ingat saya ini orang tidak berguna yang bekerja menyimpan kain buruknya. Kalaulah begini sikap manusia alamkah hinaya manusia ini.Menilai manusia ini dengan barang yg layak untuk tempat bahan bakar di tempat pembuangan sampah.

Lepas dari tugas itu, saya membantu membuat kerja menyimenkan bilek air dan tandas madarasah kerana nak cepat siap, dalam masa membancuh simen maka datanglah seorang pekerja, "puan sekarang gas di dapur sudah habis, mau beli wang tak tak ade, boleh kasi pinjam duit"saya diam seketika "oooh mau masak sarapan ye" soal saya " iyelah mau kerja macam ini kena sarapan dulu" katanya sambil menunjuk perutnya yg lapar " ooo ye ke, nanti ye saya ambilkan nasi lemak dan kopi O" kata saya sambil mengambil menghulurkan nasi lemak dan kopi o " ini puan punya sarapan ke?" tak pe, nanti saya balik saya sarapan kat rumah saja, lagipun tadi pagi saya dah goreng mee hoon" sebenarnya saya tak ada duit untuk berinya beli gas, saya hanya RM 7 sahaja cukup tol untuk balik ke Damansara.

Dalam masa tengah bekerja datang lagi seorang, " Puan mau siap ini bilek air madarasah kita kekurangan 4 palet bata, harganya hampir RM 200" beritahu Mansur iaitu pemuda yang secara sukarela membuat bilek air dan tandas madarasah itu " Isssh banyak tu ye,mana ada duit" kata saya sambil terus menyapu simen kelantai " kalau tak ada bata ini bilek air dan tandas tak boleh siap" kata Mansur sambil memandang kearah saya " tak pe kejap lagi saya bagi duit RM 150" saya beri keyakinan pada Mansur.

Saya ke Maybank dan kebetulan baki simpanan saya ada RM 109.34 dan saya keluarkan seratus dan pagi tadi sebelum bertolak saya di bekalkan oleh Hj Muhammad sebanyak RM 50 untuk beli barang dapur, maka dengan ini saya minta maaf padanya kerana saya tak beli barang dapur dan duit itu saya belikan bata untuk madarasah.Saya serahkan RM 150 untuk beli bata pada Mansur.Dengan tergesa Mansur ke Kedai dan dgn senyum girang Mansur balik sambil memikul bata.

Saya harap Madarasah di Semenyih dapat di siapkan dgn cepat iaitu sebelum Ramadan kerana saya bercadang untuk mebukanya Sekolah Tahfiz untuk anak anak miskin dan yatim piatu dari negara ketiga iaitu seperti Thailand, Filipina, Kemboja dan Bangladesh.

Percuma aje dan saya akan cari biayanya selagi nyawa saya di kandung badan dan selagi Allah beri kekuatan minda untuk saya berfikir dan badan yang sihat untuk saya bekerja. Insyallah.