Wednesday, July 21, 2010
4900 Kaki, Tinggi Memuncak
Tak tau nak cakap macamana azabnya saya ketika mendaki gunung bunga buah ni,selepas solat subuh kami telah mengemas semua barang barang dan meletakanya dalam semak supaya orang yg melalui jalan itu tak nampak barang kami,
kata Hadi iaitu jurupandu kami bahawa di tempat itu ramai orang yg lalu lalang utk naik ke gunung bunga buah.
Selepas bersiap maka kami pun memulakan perjalanan. Waktyu masih pagi, kedinginan pagi yg menyegarkan tidak menjadi masalah pada kami. Kami mula mendaki banjaran yg pertama, eeh boleh tahan juga kami semua mengambil masa selama sejam dan turun pulak 40 minit.
Pas tu daki pulak banjaran yg kedua, masyallah yg ini bila pandang kepuncaknya rasa nak balik, tapi En Zakaria Mat Nor telah beri semangat dan dia bawa air 100 plus dan beri saya minum, yg lain semuanya dah kedepan. Saya pun daki jugalah selama sejam, bila turun masalah pulak curamnya sungguh mengerunkan dan terpaksa cari kayu untuk suport badan.
Kami duduk rehat sekejap bila tiba kebawah. Rasa nikmatnya bila dapat rehat, tapi tak boleh lama hanya 10 minit saja.
Kini kami daki lagi banjaran yang ketiga, lagi tinggi dan dakinya kena seorang seorang sebab tangganya muat seorang aje. Punyalah penatnya hanya Allah saja yg tahu dan daki jugalah iaitu mengambil masa selama sejam juga dan sekali lagi saya rasa dah tak mau daki lagi dan sekali lagi En Zakaria Mat Nor bagi buah tin kering kat saya katanya tambah tenaga,
Saya pun kuatkan hati daki juga, kali ini akar kayu bersilang silang sangat susah dan saya entah berapa kali jatuh tersungkur dan bila turun pula kan mainlah licinya jalan sebab tanah liat.
Pas tu lagi sekali kami kena daki lagi sekali banjaran yg keempat dan kali ini saya rasa tak boleh jalan lagi dan saya terbaring kepenatan yang luar biasa dan saya biar semua orang meneruskan misi dakinya dan tempat yang saya melepaskan lelal itu adalah puncak gunung bunga buah yg pemandangan cantik dan banyak bunga yg renik renik, banyak binatang yg luarbiasa saya jumpa seperti ular lidi yg merayap, katak puru, bunyi ayam hutan bersahut sahutan, serta bunyi ungka dan kera yang tidak pernah diam.
Di samping itu bunyi burung kelicap yang sungguh mendamaikan.Walaupun badan saya sangat letih tapi saya sangat gembira kerana misi daki gunung bunga buah kami berjaya sampai kepuncaknya iaitu setinggi 4900 kaki dan bila hala balik saya tak tahu nak cakap apa.
Jam 2 petang bertolak dari puncak gunung sampai ke tapak perkhemahan kami dengan di sirami hujan yang sangat lebat dan jam 6.00 ptg baru sampai. Kami yg jalan didepan telah sampai awal sedikit iaitu seramai 11 orang telah bermandi hujan serta tiupan angin yg sangat kuat manakala yg 4 orang lagi tinggal jauh
hampir 2 jam kami menunggu. oooh rupanya kaki mereka krem dan kejang, kami sudah mahu menaggil ambulan, tapi berkat doa ramai akhirnya mereka sampai dalam keadaan yg sangat letih.Kami semua pada hari itu semua tidak makan sebab bekalan dah habis cuma tinggal maggi saja, maka kami pun menadahlah air hujan dan masaklahlah mengunakan dapur gas kecil yg kami bawa.
Kami masakl maggi dgn air hujan dan makanlah ramai ramai.Selepas tu kami menunaikan solat jamak takhir zohor dan asar pada jam 7.00 mlm dgn wuduk air hujan aje.
Misi kami belum habis lagi kerana untuk sampai kekebun sayur tempat parking kereta kami perlu berjalan 1jam setengah lagi dengan keadaan yg sangat licin dan menuruni curaman bukitnya yg sangat mendebarkan.
Saya tersungkur sebanyak 6 kali dan pakaian kami lebih teruk dari dari orang balik dari sawah. Pengalaman daki gunung bunga buah ini sangat menguji ketahanan mental sebenarnya dan kekuatan fizikal. Kalau ada rasa tak mampu lakukan jangan lakukan.
Saya mengalamai kesakitan betis, peha rasanya bila nak berjalan tu seperti mengangkat 1 pikul batu bata.Tak terhayun kaki nak berjalan, kalau duduk tak boleh berdiri, kalau berdiri tak boleh duduk. Tapi saya tak serik lepas ni nak daki gunung Tampin pulak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment