Tuesday, July 13, 2010

KUAH AIR IKAN



Ni saya nak sambung cete anaknda Solehah yg bertajuk makan dalam talam. Saya dan bapa Solehah sering makan satu dulang,kadang makan nasi atau kadang makan kuih.Dan sentiasa makan dalam talam insyallah sampai bila bila, ini bagus.

Tapi saya jarang tengok anak saya makan dalam talam. Mungkin mereka ini rasa tak selesa dan pernah anak saya kata " mak kan pinggan rumah kita banyak, nape nak kongsi bekas" itu kata anak saya.

Pertama kali saya makan dalam talam masa tu saya ikut usrah gabungan di Sg Pencala, waktu usia saya 18 tahun. Masa pakai tu saya pakai tudung biasa sahaja dan bukan tudung labuh,belum serasi lagi pakai tudung.

Saya datang ke Sg Pencala ni bukanya nak masuk Arqam tapi nak belajar agama. Masa tu teruja saya tengok punyalah ramainya orang datang dan saya di sambut dgn mesra oleh anak anak gadis jemaah yg terkenal dgn budi bahasa yang baik serta melayan tetamu.

Masa saya sampai tu jam 12 tgh dan orang tengah sibut angkat dulang nak ambil nasi. Saya jadi terpinga pinga, tapi saya diam sahaja dan membiarkan suasana begitu.

Saya duduk di satu sudut sambil memerhatikan anak anak gadis menghantar dulang pada tetamu dan tiba tiba saya di kejutkan oleh seorang gadis " kak makan, ni ada nasi" sambil dia mengunjukan sedulang nasi dgn kuah yang berlandong dan seekor ikan selar kuning serta sejemput goreng sawi.Saya geleng kepala " tak ape dik, kak ada bawa makanan" tapi anak gadis tetap mendesak juga dan dia telah panggil tiga orang kawanya untuk meneman saya makan "kak kena makan juga, sebab nasi ni kami dah isi untuk kak,kalau kak tak makan membazir, dan membazir tu kerja syaitan" kata anak gadis tu sambil meletakan " ok terima kasih dik" dan saya makanlah sambil tangan kami berempat bercampur aduk dalam dulang mengaul nasi dgn kuah"dik maaf ye, kak ni sakit perut, lagi pun selera tak ada" saya berkata pada gadis yg meneman saya makan kerana saya rasa sedikit tidak selesa waktu untuk makan dalam talam sebab kuahnya banyak sangat dan nasi jadi tenggelam." Oklah kak, kami tak boleh paksa, tapi kalau kak rasa nak makan beritahu saya ye" kata gadis itu sambil meneruskan makan bersama rakan rakanya.

Sungguh tertib mereka makan dengan doanya, sambil duduk bersimpuh dan mereka makan sehingga tiada seulas nasipun yang bersisa dan sisa kuah itu mereka kaut dgn tangan dan hirup dan saya memerhatikanya.

Bila makan malam saya tak boleh mengelakan lagi dari untuk makan setalam, tapi boleh tahanlah sikit sebab goreng telur dan sayur togeh.

Saya pernah lihat ada seorang ustaz yg tinggal bersebelahan dgn asrama kami waktu itu, orang orang yg jadi pimpinan utama dalam jemaah ini makananya memang hebat dan luar biasa, saya lihat bagaimana seorang ustaz itu memecah telur tiga suku kedalam mangkuk sebanyak 5 biji dan sekali hirup sahaja dan lepas itu minum air milo dan sedawanya bunyi guruh. Masyallah.

Kami yg murid murid tinggal diasarama ni telur 2 biji di tambah dgn tepung dan di letak garam dan di goreng bagi lebar dan pastu di potong dua untuk 2 dulang, maknaya untuk 6 atau 8 orang makan dan ikan pula seekor selar kuning yg sebesar 2 jari tu di rebus dan satu dulang satu ekor.

Pernah seorang ustazah beritahu, jangan makan banyak banyak dan jangan makan yg sedap sedap, ini hak jemaah.Kami semua akur dgn keadaan begitu dan kami pula sentiasa di ingatkan jangan buat perkara berlebihan sebab hak jemaah.

Tapi kalau pimpinan utama boleh menguna apa sahaja dgn sepuasnya seperti makananan melimpah ruah di rumah, berjalan kemana sahaja dan memakai pakaian yang mahal mahal.

Apakah ini didikan atau kesempatan dan kami di minta untuk menginfakan seluruh harta benda demi jemaah dan siapakah jemaah sebenarnya?

1 comment:

  1. Salam ziarah.

    Salam kenal. teruskan menulis buat perkongsian insyaAllah...

    ReplyDelete