Wednesday, September 30, 2009

TOLONG SEGERA

Foto : Gempabumi yang terbaru di Sumetera, berita pagi tadi 1000 orang terkorban


Foto: Gempabumi yang tidak berkesudahan dan bantuan sukar untuk di hantar.


Foto : Banjir di Vietanm membawa ke Kemboja


BANTUAN SEGERA UNTUK MISI KEMANUSIAAN


1 Banjir di Manila
2 Banjir di Vietnam

3 Gempabumi di Sumetera


Kami akan membuka kaunter BANTUNAN

di No 2 Seksyen 15 Jln Reko,
43000 Kajang.
Hubungi saya dengan segera 013-3596574

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Ulangtahun


Foto : Aksi lasak anak-anak kaum peribumi Kg. Merbau, Maran, Pahang. Antara mereka ialah Juliza.

JULIZA a/p Jamal adalah seorang anak gadis orang asli dari kaum Semab Beri. Dia adalah anak pertama dari 11 orang adik-beradik. Adiknya yang paling kecil berusia setahun setengah dan sekarang ibunya hamil 6 bulan.

Ayahnya seorang yang baik dan peramah serta bekerja mencari rotan dengan pendapatan RM 500 sebulan. Jamal juga pengidap penyakit kusta yang sangat kritikal 10 tahun dulu. Sehingga ke hari ini penyakitnya telah membuatnya cacat beberapa ulas jarinya.

Kami (Rusnah Abu Samah dan Haji Muhammad Zakaria) adalah ibu bapa angkat kepada Juliza semenjak 2 tahun dulu dan sehingga sekarang kami sangat rapat dengan Juliza. Sekarang dia belajar di SMK Maran Pahang dan tinggal di asrama.

Setiap hujung minggu dia akan balik untuk membantu ibunya menjaga adik-adiknya kerana ibu dan ayahnya akan masuk ke hutan selama 2 hari untuk cari rotan dan segala macam hasil hutan seperti akar tongkat ali untuk dijual dan buah-buahan hutan untuk dimakan.

Setiap bulan saya tidak pernah melupakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu bapanya dengan memberi belanja sekolah dan makanan. Dia adalah seorang anak kaum peribumi yang pintar serta mempunyai wajah yang cantik dan manis.

Setahun yang lepas Juliza ada bagi saya sekeping memo yang berbunyi: "29 hb Sept adalah ulangtahun saya. Jangan lupa datang dan saya mahu raikan bersama-sama dengan pak cik dan mak cik." Semalam bila buka balik senarai nama anak-anak angkat saya terlihat memo tersebut dan saya terus hubunginya tapi dia tidak ada di rumah.

Usikan Iman

"Anak itu dilahir suci dan bersih." Di sekolah Juliza dikelilingi oleh kawan-kawan yang beragama Islam dan di asrama pun sama. Maka kemungkinan satu hari nanti saya berdoa anak angkat saya di kalangan warga peribumi ini akan dapat memeluk agama Islam yang suci murni dan dapat menjadi wanita yang solehah.

Insya-Allah saya akan menziarahinya dan membawa sebuah kek hari jadinya sebagai lambang simbolik "terapkan iman" buat Juliza. Saya berdoa agar Allah berikan taufiq dan hidayah kepadanya.

Monday, September 28, 2009

MENGHAMBAKAN DIRI

Foto : Ini wajah-wajah sugul ibu yang dilanda musibah kebakaran di Kg. Pisangan, Ciputat, Jakarta.

Ibu Yani

Saya mengenali Ibu Yani 3 tahun yang lalu bila anakanda saya, Ummu Solehah telah memberitahu bahawa ada sebuah perkampungan orang miskin di Desa Pisangan, Ciputat, Jakarta. Perkampungan ini dihuni oleh 100% orang Islam yang berkerja sebagai pengutip sampah, pembuat bantal dan penjual soto. Tapi kebanyakannya ialah pengutip sampah yang dipanggil "pemulung."

Dari sumber yang Ummu Solehah beritahu, semua anak-anak di perkampungan ini tidak bersekolah dan turut serta dengan ibu bapanya mencari rezeki sebagai pengutip sampah. Maka Ummu Solehah telah menubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari teman-teman mahasiswanya di Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah untuk menjalankan tugas sukarelawan mendidik anak-anak di Desa Pisangan itu. Mereka telah menemui Ibu Yani. Permohonan mahasiswa untuk mengajar anak-anak di Kampung Pisangan telah disambut baik oleh Ibu Yani.

Pada peringkat awal Ummu Solehah telah menghantar proposal kepada saya untuk membiayai kelas tersebut dengan makanan tambahan dan elaun mengajar. Selama 6 bulan pihak kami membiayainya sekadar yang mampu dan akhirnya kami telah putus dana untuk membantu mereka secara terus menerus.

Sebuah Surau

Kami tidak dapat lagi menyumbang dan akhirnya Ummu Solehah dan teman-temannya telah membawa haluan masing-masing tapi saya telah berpesan pada Ummu Solehah walau apa yang terjadi Ummu mesti terus membantu Ibu Yani dan anak-anak di yayasan itu kerana bantuan itu bukan dengan wang ringgit saja.

Saya telah berjanji dengan Ibu Yani untuk membangunkan sebuah surau. Akhirnya dari sumbangan teman-teman di Malaysia saya telah dapat menghimpun dana sebanyak RM 15,000. Akhirnya tertegaklah sebuah surau yang sehingga ke hari ini surau ini tidak pernah putus-putus menjadi tempat orang mengerjakan solat dan tempat pengajian kaum ibu.

Saya berhasrat untuk membesarkan surau itu dengan kosnya sebanyak RM25,000. Ini adalah memandangkan surau yang ada sekarang ini terlalu sempit dengan bilangan penduduk dan ramainya orang yang solat berjemaah. Semoga usaha saya ini mendapat sokongan dari orang ramai.

Bencana Sebagai Ujian Allah

Pada bulan Ramadan baru-baru ini satu bencana kebakaran telah menimpa Desa Pisangan. Habis semuanya tanpa bersisa walau pun sedikit dan sekali lagi saya telah dihubungi oleh Ummu Solehah untuk memohon bantuan Ramadan untuk mereka yang berada dalam musibah. Kami telah membantu seadanya. Sebelum lebaran pula kami telah menyalurkan dana Aidil Fitri untuk mereka ini.

Di sini bukan saya ingin memberi pandangan buat para pimpinan dan juga individu yang mampu membantu. Kenapakah di Desa Pisangan yang di dalam kepungan orang yang mampu membantu hanya memekak telinga dan membutakan mata saja?

Dan kenapa Ibu Yani yang menebalkan mukanya untuk membantu mereka ini dengan meminta-minta untuk dibantu? Apakah hati-hati orang sekeliling sudah gelap untuk melihat satu kesusahan? Sepatutnya tugas membantu ini adalah tugas orang yang mampu dan berjawatan, bukan tugas Ibu Yani yang hanya seorang sukarelawan dan bukan seorang jutawan.

Harta Kita Itu Bukan Semestinya Hak Kita

Baru-baru ini bila saya dibawa oleh anak-anak saya pergi ke pusat membeli belah di Kota Jakarta dan bila melihat rumah-rumah yang tersergam indah maka terfikirlah di benak saya bahawa inilah insan yang hanyut oleh harta dunia dan tidak mampu untuk bertindak bila ada hak orang lain dalam hartanya. Maka tunggulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah dan melumat-lumatkan harta dan seisinya nanti.

Dalam rintihan Ibu Yani, "Ada pemimpin desa datang menjengok. Tapi tak dihulurnya walau 1000 rupiah pun. Mereka hanya berkata, bersabarlah, tunggulah nanti akan dibantu." Inilah ungkapan pemimpin yang mencari undi pada si miskin setelah dapat jawatan.

Buat Ibu Yani saya akan tetap berdiri di belakang Ibu untuk membantu anak bangsa Ibu Yani iaitu bangsa Indonesia. Walaupun kita berlainan negara tapi kita adalah insan yang sangat daif dan hina di sisi Allah. Manusia ini sama sahaja. Tiada kasta dan harta bukanlah darjat yang sebenarnya.

Saturday, September 26, 2009

NASI LEMAK NASI UDUK

Foto : Ratu hati Ummu Solehah telah meyapa kesepian dan kesedihanya di lebaran yang keempat.

Selama 4 hari 3 malam saya di bumi jiran yang bertuah iaitu Indonesia.Saya telah di layan seperti seorang "sahabat, kekasih,raja dan orang yang di rindui" saya rasa amat terharu bila mahu melangkah pulang ke Malaysia.


Saya membawa segunung harapan dari warga Dusun Cintaharja Desa Kertaharja Kecamantan,Cijeungjing Kabupaten Ciamas, Indonesia. Dapatkah saya melaksana harapan yang mengunung itu? di harap doa dari warga Desa Kertaharja akan membuah rahmat dari yang maha Esa. Saya mengucapakn jutaan terima kasih buat Erfan Soleh yang banyak membantu sepanjang eksepidisi ziarah di bumi yang di gegar dengan gempabumi . Mudah mudahan usaha anaknda Erfan Soleh akan terlaksana untuk membantu anak anak peribuminya
Foto : Bersama warga pimpinan Desa Kertaharja dan anaknda Erfan Soleh

Perjalanan yang mengambil masa selama 10 jam dari Ciamis ke kota Jakarta sangat memenatkan badan tapi amat mengembirakan hati saya. Laluan yang kami tempuhi banyak memberi pengajaran yang sungguh menarik iaitu pemandangan sawah padi yang terbentang Indah,penduduknya di Daerah Puncak yang wanitanya cantik cantik dan manis melayan pelanggan menjual ubi madu dan di sepanjang kemacetan jalan kerana warganya mahu dari ziarah keluarga di kampung sempena lebaran pada tahun. Satu pemandangan yang tidak dapat gambar dan masih membayangi saya ialah banyak sekali keluarga memboncengi motorsikal dengan membawa isteri dan dua atau tiga orang anaknya didalam sebuah motorsikal dengan perjalanan yang jauh. Kalau di Malaysia pemandangan seperti sudah tidak ada lagi, tapi di negara jiran ini menjadi satu pemandangan yang memenuhi jalanraya.

Di lebaran yang mulia ini kehadiran kami di sisi dua orang cewek manis dari Malaysia iaitu Ummu Solehah dan Ummu Sakinah serta seorang anaknda kesayangan saya iaitu Nukman Muqarrim telah meyegarkan tekanan rindu mereka terhadap orang amat mereka kasihi dan sayangi.

Di saat itu juga anaknda saya yang sentiasa menanti kedatangan saya iaitu Dewi Kartini yang telah melayan saya seperti seorang yang sangat di rindunya iaitu seperti Ibu dan Abuyanya. Terima kasih buat anaknda Dewi Kartini.Foto : Kehadiran kami di tatang seperti minyak yang penuh oleh anaknda kami dari kiri anaknda Ulfah,Dewi Kartini,saya (Ibu Rusnah)Ummu Solehah, Ummu Sakinah dan Aayhnda mereka.

Dan pada sesempatan yang terlalu singkat ini saya telah mengziarahi anak anak di Desa Pisangan di Ciputat yang telah mengalami musibah ramadan iaitu kebakaran yang memusnah seluruh persiapan lebaran dan harta bendanya yang tiada tersisa pun yang tertinggal hanya hati dan airmata. Semoga ketabahan hati mereka akan menjadikan mereka yang dapat menerima ujian ini sebagai satu hikmah.

Foto : Anak anak di Desa Pisangan, saya doakan semoga akan terus dapat mengapai impianya untuk mengubah nasib keluarga dari pengutip sampah kepada yang lebih baik.

Tuesday, September 22, 2009

PEMURAH

Foto : Insan ini cacat, tapi sangat suka membantu orang yang sempurna. Saya temuinya di pasar di Kota Padang Indonesia.

Pemurah adalah seperti "gula" kerana orang yang pemurah ini mudah di hurungi oleh berbagai jenis makluk. Indahnya kalau anda dilahirkan sebagai seorang pemurah, tapi kalau anda seorang yang kedekut pun ada baiknya juga sebab anda boleh mengumpul wang dan harta banyak banyka seperti Qorun,

Tapi kalau anda seorang pemurah anda adalah Rasulullah dan para sahabat, meninggalkan dunia tanpa sebarang harta,emas dan kekayaan untuk di warisi oleh ahli keluarganya.

Sebelum syawal saya telah telah menerima satu bantuan dari seorang yang anggap telah berjaya dalam empayarnya. Saya mengenalinya sebelum saya berumahtangga lagi dan kami sekeluarga memang bersahabat baik dari zaman susah dulu hinggalah kehari ini. Cuma kami tidak membina empayar peniagaan sepertinya.Kami telah membawa haluaan kami dengan mengisi usia kami dengan membantu sesiapa saja.

Dalam agenda kami banyak sekali kami mendapat bantuan darinya baik dari segi sokongan moral atau meterial. Untuk memudah ceritanya pada 27 Ramadan saya telah menerima satu panggilan talipon darinya dan pertama perkataan yang di beritahu pada saya "Rusnah saya telah halal semua hutang awak dengan saya sebanyak RM 8000" anda nak tahu RM8000 tu saya buat apa? Iya saya pinjam darinya untuk memberi makan anak anak yatim kami di Acheh 6 bulan dulu dan saya telah gunakan untuk membayar elaun guru yang mengajar di penempatan orang asli. Selepas itu dia berkata lagi "untuk kali ini saya nak beri awak sebanyak RM 3000 lagi untuk misi kemanusiaan awak di Indonesia" saya diam saja kerana pada setiap tahun dia tidak lupa untuk menyumbang duit dari perniagaanya untuk agenda misi kemanusiaan saya.Setahu saya orang ini dia sentiasa mencari orang susah untuk dibantu. Betapa indahnya budi insan ini dan saya harap adalah anak anak saya yang bersikap seperti insan ini.

Saya dapat bayangkan kalaulah ramai insan seperti orang ini pasti tidak ramai orang yang melarat dan miskin dan anak anak jalanan, tapi yang ramainya dia rasa rugi untuk mengeluarkan duit yang dapat untuk di sedekah pada orang.

Hari ini saya lihat perniagaanya sangat maju dan boleh kata hampir sejuta ringgit jualanya sebulan. Kalau begitu benarlah orang membantu orang yang susah itu Allah lipat gandakan rezekinya tanpa di duga.

Monday, September 21, 2009

TASIK MALAYA JAWA BARAT DAN BANDAR SRI DAMANSARA


Kemana saya mau pergi pada hari lebaran yg ketiga ini? tiket dah beli 3 minggu lalu, saya akan terbang ke Jakarta pada hariraya ketiga, pada hariraya keempat kami akan meyambut hari lebaran di Kg Pisangan, Ciputat tempat yang di timpa bencana Ramadan dengan kemusnahan 40 buah keluarga terbakar sebuah kampung orang yang sangat miskin di dalam kepungan jutawan dan ilmuan di Ciputat. InsyaAllah,Tiada apa yang mereka tinggal hanya sehelai sepinggang, dah miskin, rumah yang di buat kotak kotak terbakar pula. Ini ujian dari Allah.

Pada hariraya ke empat saya kan menaiki bas ke tempat yang berlainan pulau di Indonesia iaitu terjadinya bencana alam dengan gempa bumi sekuat 7.3 skela ricter iaitu di Jawa Barat. Perjalanan menaiki bas 15 jam dari Jakarta dan kami akan menyampaikan bantuan hariraya untuk mereka yang didalam kesusahan.Program Ziarah Lebaran Nusantara ini selama 2 hari saja.

Pada Sabtu saya akan balik semula ke tanah air untuk misi berikutnya iaitu mengemas kini program Tahfiz al Quran di Jln Reko, Kajang iaitu untuk anak anak terbiar atau pun anak anak jalanan seramai 20 orang untuk misi pertama. Mana kala di Kg Bak Bak kami meneruskan usaha untuk kelas tahfiz anak anak miskin dengan modul yang mantap.

Pada minggu tertiga syawal kami akan mengada rumah terbuka di penempatan orang Asli, Kg Merbau, Maran Pahang.

Saya kira usaha ini adalah untuk umat sejagat tanpa mengira tempat, bangsa dan siapa mereka. Kita semua sama saja. Ingat ye "MEMBERILAH SEBANYAK BANYAKNYA DAN JANGAN MEMINTA SEBANYAK BANYAKNYA"

Sunday, September 20, 2009

ANAK BANGSA ASING

Foto : Camera EOS 10 D






Foto : Hasil gambar dari kamera yang baru di beli dan no 2 dari kanan ialah Liam.






Sebuah kamera DSLR EOS 10D untuk seorang anak yang mahu belajar fotografi. Seorang anak China yang berusia 26 tahun, seorang desingner yang mempunyai syarikat sendiri. Memiliki berbagai jenis camera yang canggih. Beliau juga seorang jurufoto yang mengembara dari satu negara ke satu negara kerana minat dalam bidang fotografi. Saya sangat kagum dengan sikap anak muda bangsa asing ini dia memiliki berbagai jenis camera tapi dia sangat cermat menjaga barangnya. Bila dia menjual barang 2ndnya saya lihat camera langsung tidak ada calar dan masih di jaga baik. Saya harap camera yang di beli ini yang akan bertukar tangan dari seorang berbangsa China yang berjaya dalam bidang fotografi kepada seorang anak muda yang sedang belajar fotografi untuk menjadi desingner yang berjaya satu hari nanti.

TANGAN YG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGONCANGKAN DUNIA



Foto : Di hariraya

Siapakah seorang wanita? siapakah wanita solehah? siapakah wanita hebat? saya memperkata tentang kehebatan wanita bukanlah kerana saya wanita. Saya memperkatakan wanita kerana saya tidak boleh hidup tanpa seorang yang bernama lelaki. Lelaki adalah insan yang dijadikan oleh Allah dengan sembilan akal berbanding dengan wanita yang memiliki satu akal dan sembilan nafsu. Apakah nafsu yang sembilan dengan sembilan akal yang sembilan ini satu gadingan yang hebat? sudah tentu.

Teringat saya di pagi syawal yang mulia ini. Sebelum syawal wanita yang menpertaruhkan nafsunya yang sembilan itu dgn nafsu berpakaian, makanan,hiasan rumah, belanja raya dan semuanya bergantung pada wanita. Apakah lelaki seghairah itu memenuhi tuntutan nafsunya?lelaki memenenuhi tanggunjawabnya sebagai suami membahagiakan rumahtangganya mencari nafkah supaya cukup dan tidak berlaku pertelingkahan dengan kekurangan pada hari mulia ini.

Foto : Makan di rumah Pak Teh.



Foto : Di Pusaraya Ayahnda Abu Samah bin Yusof


Foto : Fotogenik Sayang Achik

Seorang lelaki sanggup lakukan apa saja asalakan tanggunjawabnya tidak di perlecehkan. Dan lelaki menganggap mencari nafkah buat keluarganya adalah satu perkara yang sangat kecil dengan menjaga "keegoaanya" yang di jatuhkan oleh wanita.

Manakala wanita adalah insan yang sanggup menghambakan dirinya demi lelaki, tapi wanita tidak sanggup kalau hati dan perasanya di guris oleh "lelaki"wanita adalah insan yang mendambkan emosinya untuk dirinya sendiri.

Wanita adalah insan yang sangat suka mengungkit perkara yang dah lepas walaupun perkara itu sudah tidak releven untuk di perkata dan wanita adalah manusia yang mudah cair dengan pujukan sebab itu wanita itu tidak layak untuk meminpim negara dan tidak layak jadi peminpim sesuatau yang besar.Tapi wanita layak untuk mendidik lelaki dengan sifat semulajadi iaitu "keibuan"

Apalah nilainya wang dengan sebuah kebahagian?bagi seorang lelaki mencari wang itu mudah dan sangat senang, tapi lelaki tidak mampu mengawal kewanganya, sebab itulah yang mengurus kewangan dlm sebuah keluarga ialah wanita. Lelaki dia tidak mahu memegang perkara yang seremeh itu.

Wang boleh cari, wang kita boleh dapat dengan berusaha, wang kita boleh dapat dengan mewarisi kekayaan keluarga, wang boleh dapat kalau mahu bekerja kuat.

Tapi bahagia di mana kita mahu cari? tidak mungkin bahagia itu pada wang dan tidak mungkin juga bahagia itu pada harta atau pada rupa paras kita. Tapi bahagia itu terletak pada" tolak ansur dan gerak hati serta pertimbangan akal kita yang waras serta tahu mengunakan kedudukan kita". Selalu terjadi "keberantakan" pada suami isteri, adik beradik, kaum keluarga, peminpim dan rakyaat" ialah tiadanya persefahaman yang telah saya sebutkan seperti di atas tadi.

Kalau wanita mahu mendidik seorang lelaki bukan pada "peras ugut" anda atau kata nista atau ungkit bangkit anda, rahsia mendidik seorang lelaki ialah"tolak ansur,timbang rasa, kasih sayang dan tidak memcemuh kelakianya" itulah lelaki dan itulah wanita yang boleh mengoncangkan ego lelaki. Tapi bagaimana jika lelaki ingin menunduk seorang wanita? mudah aje wanita ini emosinya terlalu tinggi, nafsunya terlalu banyak dan hatinya selalu tidak temteram maka untuk mengengkang kekuranganya perlukan "kebijakansana lelaki" orang lelaki panas baran tidak sesuai untuk mecipta sebuah rumahtangga yang kekal hingga akhir hayat, lelaki yang sombong tidak sesuai untuk meminpim sebuah masyarakat, lelaki yang jahat tidak boleh jadi seorang bapa,lelaki angkuh tidak boleh mendidik wanita solehah, lelaki kedekut tidak boleh jadi seorang suami yang membahagiakan rumahtangganya. Lelaki yang hebat itu adalah lelaki seperti Rasulullah iaitu baik,berhemah,pemurah,sayang menyayangi dan yang paling penting "mendidik" wanita, itulah lelaki yang boleh meminpim sebuah bahtera kebahagian samada di sebuah rumahtangga atau pun di sebuah negara.




Foto : Tema "Turqoise"idea si bongsu

Oleh itu buat kaum hawa anda adalah insan yang hebat Allah jadikan dengan nafsu yang sembilan itu dengan akal yang satu itu untuk mendidik lelaki menjadi"lelaki yang yang berjaya dan berpengaruh,yang soleh dan yang berwibawa serta yang boleh meminpim"

Friday, September 18, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Elakan.

Foto : Ini gambar saya dengan seorang khadam di rumah Allah iaitu di salah sebuah Masjid di Pekanbaru. Saya sangat teruja dengan orang ini, dia telah berkhidmat sebagai tukang cuci,tukang lipat telekong, sejadah, basuh pinggang dan serba serbi kerja di masjid dialah yang lakukan tanpa bayaran. Dia telah lakukan kerja ini semenjak lima belas tahun yang lalu. Bila saya tanya di mana rumahnya, dia kata di masjid dan saya tanya raya ni balik kampong ke? dia jawap raya di masjid aje. Inilah hebatnya jika hati sudah terpaut pada Allah. Semoga amal perbuatanya di nilai oleh Allah.


Kalau kita orang yang berduit, nak sambut raya tak jadi masalah. Baju kadang kala tu belum puasa lagi dah beli.Begitu juga dengan perabut rumah dah pilih pilih warna dan yang terkini. Begitu juga ubah suai rumah kalau boleh bilik selesa, bilik air selesa, dapor pun biar besar sikit senang kalau anak cucu dan saudara datang untuk masak dan makan makan , Begitu juga di ruang tamu dengan langsir baru, sofa baru , tukar perabut mana yang patut. Itu kalau orang berduit dan memanglah berbelanja untuk raya. Tapi bagaimana kalau orang tidak ada pendapatan? bagaimana mahu sambut raya? dan terjadi pada orang di timpa bencana alam, orang miskin, anak yatim, isteri yang tiada sumber pendapatan mengharap agihan dari suami? Susah juga ye kalau tidak ada duit mahu hidup seperti orang lain. Untuk menyambut raya bagi orang orang yang tidak ada pendapatan, atau miskin dan orang susah maka saya akan beri panduanya.

1 Jangan pergi shopping
2 Elakan dari bercakap tentang sambutan hariraya
3 Buat kuih bahan yang kita ada saja
4 Jangan balik kampung
5 Jangan banyak meminta nanti kita bertemu dengan "kehampaan"
6 Ziarah kerumah orang sama nasib dengan kita saja.
7 Elakan dari bercuti panjang.
8 Pakailah baju yang paling cantik ada simpanan kita
9 Lakukan aktiviti rumah saja

Saya juga terfikir tentang kegembiraan orang berduit meyambut hariraya ini.

1 Suami dan isteri yang bekerja mereka berpakat mengeluarkan belanja demi untuk kegembiraan di hariraya.
2 Suami yang ada pendapatan lebih akan sentiasa memberi keutamaan untuk ahli keluarganya.
3 Anak anak yang besar besar dan bekerja akan balik kerumah orang tuanya membawa berbagai buah tangan
4 Keseronokan hari raya ini akan lebih meriah jika orang yang tersayang sentiasa di sisi dan menyambutnya dengan meriah dengan ahli keluarga.

Hariraya amat indah jika anda orang yang ada duit, apa yang mahu boleh beli dan raya akan akan suram dan muram jika anda orang susah dan miskin ataupun anda orang bernasib malang.

Tuesday, September 15, 2009

PEDIH HATINYA

Foto : Sayangilah Ibubapa dan orang tua. InsyaAllah hidup kita akan di berkati

Tadi saya ke bank di Sg Buloh, dlm masa menunggu giliran untuk urusan di kaunter maka saya duduklah di sebelah seorang wanita yang berusia awal enam puluhan. Wajahnya sugul aje, tapi ditangan ada memegang buku bank.Dia menegur saya " nak masukan duit ke?" dia bertanya sambil menepuk bahu saya " iye, nak hantar kat anak" jawab saya memandang wajahnya" "berapa orang anak" dia bertanya seperti mahu tahu latarbelakang saya pula " tujuh, tiga perempuan dan empat lelaki"dia diam dan pandang saya dari bawah ke atas " anak dah ada yg kerja ke?" dia menyoal dengan penuh mesra " ada seorang anak no 2 " jawab saya dengan rengkas aje "yang lain tu sekolah lagi" saya menyambung agar dia tidak menanya lagi " bertuah kau ye"tiba tiba aje perkataan itu terpacul kat mulutnya, berkata seperti mengenali saya dah lama " kenapa" tanya saya kerana saya tak faham kenapa dia kata saya bertuah " iyalah kau ada tujuh anak, kalau ada seorang atau berdua tak pedulikan kau nanti, ada lagi yang lain ambil kisah hal kau" dia mula meluahkan isi hatinya " aku ni ada 2 anak seorang lelaki seorang perempuan, dua dua kerja besar dan duduk di bandar besar" saya mula ambil perhatian pada ceritanya " semalam aku talipon anak lelaki aku yang kerja kat bangunan KLCC tu, tanya dia bila nak balik berbuka puasa dengan emak, tapi anak aku kata dia sibuk dengan kerjanya, aku kata kat dia kalau tak dapat berbuka, baliklah untuk bersahur, bukan jauh aku duduk kat Sg Buloh dia duduk di Kg Baru" mata mak cik itu mula di genangi air, saya diam aje sambil berkata dalam hati, apakah nasib saya pun sama juga dengan mak cik ini?. Mak cik tu kata lagi "Dulu masa dia kecil kecil waktu berbuka dia mesti nak makan dengan aku, kalau bersahur dia mesti nak makan makanan yang aku masak, tapi hari ini bila aku dah tua seperti ini aku ajak balik sekali saja dalam bulan ramadan nak berbuka dengan aku dia kata sibuk" air mata makcik mula menitik dan saya pula jadi sebak." aku ni dah tua bila bila akan mati , kalau anak aku tak pedulikan aku siapa yang nak uruskan mayat aku nanti, ni hah aku nak ambil duit pencen nak buat belanja raya, anak anak aku jarang bagi duit walau pun gajinya besar, tapi aku tak kisah duit, aku mau dia jengok aku sekali sekala" sambung mak cik tu lagi, saya dah tak mau dengar lagi kesedihan mak cik ini, saya takut takut sejarah mak cik ini akan menjadi sejarah saya pula. Dapatkah anak anak saya mengingati saya pada tika saya dah tua dan uzur nanti, entahlah....jawapanya ada pada mereka.

Monday, September 14, 2009

PEMBIAYAAN BANGUNAN PERSATUAN

Foto : Ini antara sukarelawan yang sering membantu tanpa mengira masa,tenaga dan wang ringgit. Mudah mudahan usaha mereka ini di akan di beri ganjaran berlipat ganda oleh Allah.

Alamat markas saya di No 2 Seksyen 15 Jln Reko, Kajang Selangor D.Ehsan adalah sebuah tempat yang telah kami sewa semenjak 10 tahun yang lalu. Di sinilah pejabat saya, disinilah markas tempat perjumpaan ahli persatuaan, di sinilah tempat pengumpulan barang barang seperti kain baju, telekong, Quran dan berbagai lagi sumbangan orang ramai untuk di hantar kemana mana saja jika berlaku bencana alam. Tempat ini amat besar jasanya pada orang ramai. Dan disini jugalah tempat musafir singgah untuk bermalam dan berteduh. Di sini jugalah tempat saya mengadakan kelas al Quran untuk kanak kanak, dewasa dan untuk muaalaf. Maknanya di markas ini adalah tempat yang serbguna.

Tempat ini adalah sebuah rumah lama iaitu semi- D dua tingkat. Pada asalanya saya menyewa tempat ini dengan kadar RM 800 sebulan, bila kami ada menghadapi masalah untuk membayar sewa maka tuan yang punya rumah ini telah menurunkan harga sewaanya menjadi RM 600 sebulan. Mengikut harga pasaran sewaanya RM 1000.

Foto : Tugas yang tidak mengenal letih dan penat demi membantu kepada sesiapa yang memerlukan. InsyaAllah setiap yang baik akan di balas oleh Allah dengan kebaikan juga.

Setelah sekian lama kami menyewa maka saya berhasrat untuk membeli bangunan ini untuk di jadikan markas pendidikan agama, tempat persinggahan musafir yang terkandas, tempat pengumpulan barang barang untuk misi kemanusiaan dan tempat pertemuaan ahli persatuan.

Saya berharap hasrat murni untuk memiliki bangunan yang sangat besar faedah ini akan menjadi satu kenyataan. Bangunan ini memang mahu di jual kepada Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) untuk tujuan "wakaf" bagi di jadikan bangunan serbaguna. Bangunan ini masih lagi berharga RM 360,000, walaupun di pasaran harganya RM 450,000. Tuan punya bangunan telah berhasrat untuk menjualnya pada pihak kami walaupun sudah ada pembeli yang sanggup beli dengan harga pasaran. Ini adalah kerana beliau mahu bangunan ini di gunakan atas tujuan agama. Saya berharap pada anda semua dapat menyokong saya untuk membeli bangunan "wakaf" ini sebagai amal jariah anda.

Hubungi lah saya

Rusnah Abu Samah

Tel : 013-3596574.
Foto : Bersama dengan relawan Indonesia dalam MISI KEMANUSIAAN mengumpulkan mayat mayat mangsa tsunami di Acheh.

Sunday, September 13, 2009

TIDAK PERNAH CUKUP

Foto : Sering mengadakan aktiviti dengan kanak kanak. Mengadakan permaianan dgn kanak kanak mangsa tsunami di Acheh.

Teringat saya pada usia 10 tahun, di tika itu keluarga kami tinggal di sebuah kampung yang jauh dari bandar. Kehidupan pada masa itu bolehlah di katakan susah, arwah ayah pada tika itu di timpa sakit yang membuat tidak boleh bangun hampir setahun. Manakala arwah mak pula hanya bergantung usaha pada menoreh getah dan menanam padi . Kami adik beradaik seramai 5 orang pada tika itu sering saja kekurangan makanan.Pakaian pula jarang berganti.

Foto : Kanak kanak di Kota Dumai, di depan Masjid Muslimin.

Dalam tempoh itu maka tibalah ramadan, ayah masih lagi sakit dan emak pula paginya menoreh getah dan pada sebelah petang pula pergi ke sawah. Kami adik beradik semuanya ,mesti membantu emak di kebun getah untuk mengangkat susu getah atau membuat getah buku dan bila petang mencabut benih padi dan membawanya ke sawah.Keletihan berpuasa dengan kesusahan hidup pada masa itu tidak terasa sangat oleh kami adik beradik sebab kami masih kanak kanak lagi, tapi sangat di rasai oleh ayah yang sering melelehkan airmata bila melihat kami hanya berbuka dengan ikan masin dan pucuk ubi kayu pada setiap kali berbuka puasa.Tiada kuih,tiada sirap, tiada susu. Yang ada hanya air gula saja.

Bagi kami makanan bukan matlamat utama berpuasa, sebab kami adalah kanak kanak yang belum mengerti erti susah dan penderitaan ibu ayah.

Pada tika mahu berhariraya kami adik beradik sangat gembira walaupun baju baru belum ada tapi telah di janjikan oleh emak akan membelinya bila ada duit dan suasana di rumah kami tidak sesibuk seperti di rumah jiran yang membuat persiapan raya. Bila tiba hari raya ayah dan arwah mak tidak tidur malam itu mereka asyik bercakap saja yang kami pun tidak faham apa yang mereka bincangkan. Agaknya mereka ingin melepaskan tekanan perasaan mereka yang tidak berduit dan tiada membuat persiapan raya. Maka bila tiba takbir raya di radio ayah cepat cepat tutup radio.Saya agak ayah sangat sedih dengan takbir raya.

Foto : Kanak kanak sangat suka bermain. Di Pekan Baru, Indonesia.

Pada pagi raya kami berlumba lumba ke perigi mahu mandi dan bersiap untuk beraya, ayah yang sakit diam saja memerhatikan kami adik beradik yang gembira itu. Dan bila mahu pakai baju saya tanya pada mak "mak kita pakai baju raya tahun lepas ye" sambil tangan menarik baju raya tahun lepas dari almari kain, mak lari kebawah rumah tanpa menjawab sepatah kata. Saya tidak tahu pun emak sedih.

Bila kami dah bersiap semua dengan pakaian raya tahun lepas maka kami pun bersiap siap masuk kedapur untuk makan. Bila di buka tudung saji mak hanya goreng ikan sadin dan sedikit nasi pulut. Kami makan dengan gembiranya. Bagi kami adik beradik bukan baju raya atau makanan yang menjadikan hari raya itu gembira tapi mahu berjalan jalan kerumah jiran itu yang pentingya sebagai menadakan hari itu hariraya.

Maka selepas makan kami minta izin pada mak mahu pergi jiran, mak melarang sambil menangis, "jangan pergi mana mana duduk rumah aje" kata mak dengan sedih. Pada hariraya itu kami main dengan adik beradik kami duduk di rumah saja, bila ada kawan kawan datang rumah kami menyorok dalam semak.

Selepas tiga hariraya ayah dapat duit, mak pergi kedai kain dan buatkan kami baju raya dan mak pergi pasar beli daging untuk masak. Tapi kami dah tidak berminat mahu pakai baju raya lagi. Mak sedih lagi, bagi kami kanak kanak, baju baru, makanan sedap atau rumah cantik tidak jadi tajuk utama pada hari raya, yang penting kami bertukar baju saja pada pagi raya dan dapat jalan jalan kerumah jiran untuk makan kuih raya dan kutip duit raya. Pada tika itu duit raya 10 sen atau 20 sen setiap kali berkunjung kerumah jiran. Kadang kala tu berjalan dari pagi hingga petang dapat 90 sen atau RM 1. Bagi kami itu nikmatnya hariraya.

Peristiwa manis ini sangat indah dalam hidup saya dan mungkin anak anak saya tidak merasainya. Hari ini telah menjadi adat, baju raya dua atau tiga pasang seorang, kasut boleh pilih yang macamana, songkok bertukar setiap tahun. Kuih dan makanan raya sampai penuh meja makan dan tak tau mahu makan apa. Raya pula 30 hari dengan majlis rumah terbuka. Inilah hari lembaran yang sangat mewah.Hari ini kalau dalam sampulraya untuk kanak kanak RM 1 sudah tidak ada, paling kurang RM 5 .Dan jangan anda tak tau RM 50 adalah biasa aje.
Inilah hariraya pada hari ini.

Saturday, September 12, 2009

PENERBANGAN TAMBANG MURAH AIRASIA

Foto : Setiap petang di bulan Ramadan ini di Malaysia meriah dengan pasar ramadan yang menjual berbagai jenis makanan. Kadang kala itu terlebih beli maka makanan itu jadi penghuni tong sampah. Mewahnya hidup kita di bumi yg aman ini. Anda boleh jadi orang pemurah kalau anda mahu.


Kalau saya cerita tentang rumah anak yatim di Acheh saya rasa masih ada orang mahu mendengar dan membacanya. Bagi saya memberitahu itu adalah kewajipan saya dan mendengar serta membacanya terpulang pada anda semua. Di tika bulan yang mulia saya rasa sungguh bertuah dapat meyedut udara di bumi yang aman damai dan tiada tertelingkahan serta kaya hasil mahsyuknya. Kalau ada kekuranganya itu adatlah, tapi yang paling saya teruja ialah tentang prihatinya rakyaat Malaysia ini kepada orang miskin, anak yatim dan orang kurang upaya.


Foto : Semua pesta ada di Malaysia.

Saya rasa sikap ini adalah kerana hati dan budi orang melayu memang begitu. Berbanding dengan anak anak yatim yang kami jaga di Acheh sana. Satu taman itu tahu bahawa di kawasan perumahan mereka ada sebuah rumah anak yatim yang di taja oleh orang Malaysia dan di jaga oleh orang Acheh. 100 peatus rumah di kawasan taman itu adalah rumah orang kaya kaya dan memilik kereta lebih dari dua buah sebuah rumah. Mereka in bangkit dari kehancuran tsunami yang meragut nyawa dan harta benda mereka, tapi kekayaan mereka ini adalah kekayaan yang saya tidak tahu dari mana. Mungkin mereka telah menyimpan duit di bank luar negara agaknya. Pada bulan ramadan ini anak anak di rumah anak yatim ini adalah dalam situasi yang kurang serba serbi, persalinan raya belum ada lagi dan kuih muih pun tidak terfikir lagi mahu di buat sebab saluran kewangan sangat tipis sekali.


Foto : Anak anak yatim di bawah kelolaan kami. Selamat datang anda semua dan ziarahlah mereka.

Walau pun kami menjadi penghuni di kawasan perumahan orang kaya kaya, tapi kami tetap miskin dan serba kekurangan, makan dengan lauk yang sama di waktu berbuka dan sahur. Iaitu satu lauk saja ikan tongkol rebus.Belum ada orang mahu mengundang anak anak yatim ini untuk majlis berbuka puasa.

Manakala perkhidmatan anak yatim ini sangat di perlukan oleh kariah di kawasan itu untuk mengimarahkan masjid dengan tadarus. Selepas tadarus anak anak ini tekaknya kekeringan dan bila balik kerumah anak yatim hanya menegok air kosong saja sebelum melelapkan mata.

Kepada petugas yang sangat saya terhutang budi seperti Ustaz Abdullah, Mutia, Nyak, Ustazah Rosnawati dan seorang ustaz lagi itu di ibarat seperti pramugari/a syarikat penerbangan murah iaitu airasia, merekalah penjual tiket, merekalah penjual makanan dalam pesawat dan mereka pembantu kepada orang orang yang perlukan bantuan. Maknya kami di rumah anak yatim sri Al Ain Acheh ini ialah kami pencari dana untuk menyara anak yatim, kamilah pengasuh, kamilah tukang masak/ cuci , kamilah driver dan kamilah peyambut tetamu. Semuanya kerja kami bebani sendiri. Orang yang simpati ramai, orang yang memerhati pun ramai dan orang berhati belum ramai lagi. Maka tugasan ini adalah satu kerja yang menjadi amanah kepada kami demi agama, bangsa dan negara.

Oleh itu anda jangan jadi pemerhati saja. Bantulah kami, anda akan rasa nikmat di atas usaha ini jika anak anak membesar sebagai orang baik baik dan beriman. Inilah amal jariah anda.


Foto : Sikap "tidak peduli" ini adalah satu keangkuhan, anak anak ini sudah kehilangan semuanya, tapi anda ada semuanya.

Friday, September 11, 2009

Tiada Alasan

Foto : Kami melatih anak anak supaya simpati dengan orang yang susah.Bantulah mereka dan jangan tunggu anda jadi jutawan baru mahu membantu. Ingatlah apa yang kita miliki bukan milik kita.

Semenjak penglibatan saya dalam dunia sukarelawan pada tika usia 13 tahun lagi hinggalah pada usia saya sebegini belum ada lagi kepuasan yang saya kecapi dalam erti kata "membantu" kadang kadang saya berusaha untuk membantu orang memerlukan bantuan dan pertolongan tapi dalam pada ketika itu jugalah datang cemuhan dan cacian serta kata kata menghina dan mengejek.

Foto : Kejadian ini adalah ujian dari Allah buat hambanya.

Bila berdepan dengan situasi begini rasa diri ini seperti orang yang yang tidak berguna. Usaha yang di buat tidak di nilai oleh orang atau tidak di hargai.

Saya dan rakan sukarelawan sering membuka kaunter mencari bantuan seperti ubat ubatan, pakaian, selimut dan kewangan. Ada orang terus saja menghulur bantuan dengan tidak banyak kerenah, ada mengatakan simpati, ada yang memberi sokongan moral dan ada membancuh saya dengan kata kata pedas dan pedih bila di dengar. Dan last sekali barulah dia memberi. Pengalaman ini saya sering lalui.


Foto : Ini saya saksikan sendiri, betapa dahsyatnya ujian dari dari Allah. Kita ini adalah insan yang sangat lemah. Janganlah kita angkuh, sombong dan takabur. Balasan Allah itu tidak mengira apakah kedudukan kita, darjat kita atau kehebatan kita. Muhasabahlah diri anda.

Ini asam garam orang seperti saya ini. Ada lagi pengalaman yang sangat memuakkan saya ialah bila kaunter kutipan barangan ini di buka. Maka kaunter kami akan jadi seperti tempat pembuangan sampah dan datanglah berkotak kotak baju koyak rabak, pakaian dalam yang sangat memalukan, tuala yang layak jadi pengesat kaki depan tandas, kasut sekolah yang dah buruk,telekung yang berubah warna, seluar jeans yang dah carik carik dan macam macam lagi.

Tapi jangan anda tak tau ada juga yang memberi telekung yang belum di buka lagi bungkusan dan masih terlekat lagi harganya RM 80 dan t-Shirt yang baru dan kain batik sekudi. Ha ini telatah orang oarang yang ingin menyumbang. Walau apa pun keadaan saya tetap menadah tangan untuk membantu orang orang yang sangat memerlukan bantuan ini. Malam tadi Khamis malam jumaat saya telah membuka kaunter kutipan di Surau an Nur Bandar Baru Bangi untuk Misi Kemanusiaan Gempa bumi di Jawa Barat. Terkejut juga saya dengan limpahan pakaian hinggakan saya terpaksa meyewa lori untuk membawa barang balik kemarkas saya di Jalan Reko.

Foto : Mayat terapung apung dalam sungai. Insaflah.

Dan hebahan bantuan kewangan pun mendapat sambutan yang baik juga dengan kutipan sebanyak RM 1570, saya mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Tuan Hj Ghazali yang sentiasa menyokong saya semenjak bertahun tahun dulu lagi hinggalah kehari ini dan seluruh dermawan yang baik hati. Sasaran saya ialah RM 10,000 untuk mengadakan majlis hariraya di tempat kejadian gempa bumi di Tasik Malaya dan majlis hariraya untuk Kg Pisangan, di Ciputat Jakarta yang terbakar baru baru ini. Saya harap sasaran saya ini menjadi kenyataan sebelum saya bertolak pada 3 hariraya ini.

Saya harap anda semua sudi menyumbang untuk keperluaan mereka yang begitu mendesak terutama di Jawa Barat itu yang mana rumah mereka ranap semuanya dan saya harap mereka turut bergembira dengan menerima sumbangan pakaian raya dan duit raya dari anda semua.

Saluran mudah anda

No Akaun : 2-00-5561-00001319-0
Nama Akaun : Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA)
Bank : Agro Bank

Atau
No Akaun : 164025021721
Nama Akaun : Rusnah Abu Samah
Bank : Maybank

Atau
No Akaun : 1207-0022907-72-9
Nama Akaun : Rusnah Abu Samah
Bank : Muamalat.
Terima kasih di atas sumbangan anda.

Wednesday, September 9, 2009

Pandang Pandang

Foto : Antara orang Malaysia dan orang Indonesia tiada bezanya, ibarat cubit peha kiri peha kanan terasa. Kami mengunjung saudara kami di Acheh bila bencana tsunami berlaku dan kami terus membantu hingga sampai bila bila selagi bantuan kami di perlukan

Semenjak akhir akhir ini becana alam kian rancak berlaku, banjir, gempa bumi, kebakaran, gunung berapi meletus dan berbagai lagi bencana alam. Tapi ada satu perkara yang sangat merisaukan ialah perselisihan faham antara dua negara bersaudara yang rapat iaitu Indonesia & Malaysia. Apakah ada sengketa yang tidak boleh di selesaikan? apakah ada cuitan rasa yang tidak boleh di maafkan dan apakah ada perasan dendam yang tidak boleh di lepaskan? betapa kami rakyaat Malaysia sangat menyanjungi kebaikan dan timbangrasa dari rakyat Indonesia.

Bagi saya rakyat Malaysia telah menjadikan orang oarang dari negara seberang sebagai saudara dan anak anak mereka adalah seperti anak anak juga. Malah saya sendiri yang telah membuka pusat pendidikan pengajian al Quran bertahun tahun lamanya telah mengunakan perkhidmatan pelajar dari Indonesia sebagai gurunya. Dan saya sendiri telah membuka sebuah rumah anak yatim di negara yang di landa tsunami 5 tahun lalu di Acheh Darul Salam Indonesia, malah anak anak di sana sentiasa menagih kasih sayang dan simpati dari kami di Malaysia ini sebagai Ibubapa mereka untuk mengantikan ibubapa kandung mereka yang menjadi korban tsunami.

Begitu juga bila berlaku bencana alam kami cepat cepat menghantar bantuan buat saudara kami Indonesia.

Foto : Kedatangan kami di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda acheh telah di beri sambutan kebudayaan. Begitu murni akhlak mereka dan sungguh menarik budayanya.

Malah saya sering saja menjejakan kaki ke Indonesia untuk merapatkan hubungan persaudaraan. Malah anak anak saya telah di hantar belajar ke Indonesia. Kami di Malaysia sentiasa mengalu alukan kehadiran saudara kami dari Indonesia untuk bekerja dan belajar. Bagi saya yang melibatkan kehidupan dengan saudara saudara kami di indonesia berasa sangat senang sekali dengan anda semua dan di harap kalau ada persengketaan janganlah kita membalasnya dengan kekerasan dan semua perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan cari jalan peyelesaian supaya saudara kami dari indonesia bekerja dan belajar di Malaysia rasa senang dan aman dan begitu juga supaya anak anak dan saudara anda yang datang dari Malaysia berasa selamat dan selesa berada di bumi Indonesia. Rapatkan hubungan kita semoga ini adalah merupakan satu rahmat dari Allah

Foto : Ibu Rusnah orang Malaysia, Sunti Anaknya orang Indonesia. Kami sangat akrab. Bagaimana dengan anda?

Tuesday, September 8, 2009

BERSEDIA

Foto : Baru baru ini saya telah pergi ke Kepulauan Riau Indonesia, tempat yang sempat saya singgah ialah di Pekan Baru dan ini adalah sebuah masjid yang tercantik di Pekan Baru, baru siap dengan kos binaanya 6 milliar.



Pada hari raya ke 3 kami akan ke Kota Metropolitan iaitu Jakarta bagi melunaskan misi misi kemanusiaan kami yang agak terlewat ini. Misi ini adalah untuk menjengok perkampungan miskin yang terbakar hangus di Kg Pisangan, Ciputat Jakarta iaitu yang tingggal hanya arang arang dan sampah yang sudah menjadi abu. Kejadian malang yang menimpa penduduk kampung ini pada 8 Ramadan lalu telah memberi satu kejutan pada saya yang sering ke kampung Pisangan itu bila saya ke Jakarta. Saya sedia membantu mereka ini dengan apa jua selagi ada kudrat dan ada kewangan. Walau apa pun anda semua harus jua dapat membantu mereka ini kerana 100 peratus penduduk di Kampung Pisangan itu adalah orang Islam.

Mereka ini adalah tergolong dalam orang yang sangat miskin daif dan saya tidak dapat gambar kemiskinan mereka ini. Antaranya
1 Rumah mereka di buat dari kotak kotak dan papan yang terbuang
2 Makanan mereka adalah sangat terhad
3 Anak anak mereka tidak pernah menjejakan kaki kesekolah
4 Pakaian mereka hanya pakaian yang telah di buang oleh orang dan mereka kutip sarung pula ke badan mereka.
Bila musibah kebakaran ini melanda perkampungan mereka maka ibaratnya sudah jatuh di timpa tangga. Dan yang paling meyayat hati ialah ada di antara keluarga yang telah mengumpul wang semenjak awal tahun lagi untuk perbelanjaan hari lebaran ini. Duit itu mereka simpan di celah atap dan di bawah bantal. Bila kebakaran berlaku dengan pantasnya maka wang yang mereka simpan sekian lama dengan peluh yang menitis kebumi hasil dari mengutip sampah akhirnya terbakar. Yang paling sedihnya bila mereka mengais gais untuk mencari barang yang boleh mereka guna lagi tiba tiba mereka terkais satu gumpalan wang kertas yang masih terikat dengan getah tapi di sekeliling duit itu telah hangus dan yang tinggal hanyalah pada ikatan getah itu saja. Mereka mengambil duit tersebut dengan lolongan yang meyayat hati. Kini mereka sudah tidak ada apa lagi yang tinggal, hinggakan makan pun hasil dari belas ikhsan dari orang dan persatuan yang simpati.

Banyak juga pakaian yang mereka terima, tapi kalau dah namanya orang miskin, maka orang memberi pakaian pada mereka adalah pakaian yang sudah tidak boleh di pakai lagi oleh pemberi. Kaum wanita pula ketandusan pakaian dalam.Betapa sedihnya bila orang miskin di tmpa bencana. Kini mereka hanya menumpang di madarasah saja dengan bersesak sesak. Bagaimanakah perasan anda bila ini tertimpa pada diri anda dan keluarga anda? saya kira kita adalah insan yg sangat beruntung, masih boleh tersenyum gembira pada waktu berbuka dan sahur dengan juadah tidak terhabis mahu di makan dan riang gembira membuat persiapan syawal iaiatu baju raya yang banyak dan silih berganti.

Bagi mereka di sana tidak ada apa yang ada, makan pada sahur pun nasi berlaukan air garam dan sedikit ikan masin, baju raya mereka tidak pernah terfikir lagi. Perkampungan miskin ini adalah sebuah kampung angkat Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) kami ingin mengajak anda semua agar dapat bermurah hati untuk meyalurkan kewangan anda untuk mereka menikmati makanan waktu berbuka dan sahur dengan selesa.

Monday, September 7, 2009

SESAK SESAT

Teringat pepatah arwah ayah saya iaitu "hidup ini jangan sesak sangat,nanti akan sesat" maksud sesak di sini ialah kesusahan yang tidak ada penghujungnya serta tidak tahu apa puncanya samada hidup tidak di berkati oleh Allah atau pun hidup tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah, maka Allah turunkan ujian kemiskinan.

Berlainan pula dengan istilah " zuhud" ini adalah hidup yang tidak menjadikan "dunia" matlamatnya dan orang zuhud ini adalah hidup dengan apa yang ada saja dan jika mereka ini orang yang kaya raya atau berharta pun hidupnya tetap biasa aje dan sederhana. Orang hidup zuhud ini adalah para Rasul, Nabi nabi, wali Allah, orang soleh. Mereka tidak meletakan kemewahan hidup ini sasaran utamanya.

Tapi buat manusia biasa yang iman di peringkat iman biasa aje atau yg tidak beriman ini sasaran sudah jauh terpesong, kalau ada duit sikit mulalah lupa diri atau kalau tak berduit atau kurang berusaha untuk menambah pendapatan mulalah mencari "along" untuk meminjam duit supaya jadi orang yang berduit.

Tapi bagaimana kalau kita ni miskin dan melarat di atas beberapa sebab seperti kurang berilmu, kurang berpelung untuk mendapat rezeki lebih atau mungkin keturunan miskin dan mewarisi kemiskinan itu. Bila ini melanda diri maka hidup akan terus menerus miskin dan jalan untuk jadi senang atau ada duit itu sukar dan mulalah jadi manusia yang susah dan sesak, bila sudah susah dan sesak maka nak cari jalan untuk senang dan mudah itu "mustahil" kecuali ada kuasa seperti "durian runtuh" atau "rezeki bergolak". Maka dapatlah menikmati hidup yang lebih baik.

Baru baru ini saya telah ke negara jiran kita iaitu Indonesia, kami menaiki kapal dari Pelabuhan Kelang. Dalam proses untuk pelepasan di imegresian kami masih lagi dalam dalam senarai rakyak Malaysia yg tidak di benarkan ke luar negara di atas alasan yang tidak tahu apa? kami di soalsiasat oleh pihak polis dan semua keterangan diri dan latarbelakang hidup semuanya kena report. Polis kata OK, tapi pihak imegresian pula tunjuk kuasa, "tak boleh", tapi yang menariknya taukeh kapal ( berbangsa China) tu tunggu juga kami walaupun kapal tu kena berangkat jam 10.30 pagi, kerana kes kami ini akhirnya pihak imegretian benarkan juga pada 11.45 pagi. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam itu sungguh memeranjatkan. Iaitu dalam kapal itu 95 % adalah orang Islam dan pihak kapal itu telah mengedarkan nasi dan air sebagai pakaej dalam harga RM 125. Saya ingat bila di beri nasi dan air orang tidak ambil sebab bulan Ramadan iaitu bulan umat Islam berpuasa, tapi semunya ambil dan 85% makan nasi dan minun air pada waktu tengahari . Ini lah umat Islam di akhir zaman yang sungguh menyedihkan. Tepat jam 3 petang waktu tempatan kami tiba di Pelabuhan Dumai dan sekali lagi kejutan budaya yang saya lihat. Saya rasa mereka ini bukan seperti di bulan yang mulia iaitu bulan yang di wajibkan umat Islam untuk berpuasa. Gerai sate padang buka, gerai air dan rokok buka dan semuanya buka. Di sini saya lihat bahawa yang menaiki kapal dan juga orang bekerja di pengkalan ini adalah golongan orang bawahan yang masih susah dan mereka ini sentiasa berkerja kuat untuk mengais rezeki. Bila ini berlaku maka mereka ini sudah melupai apakah mereka ini beragama Islam atau mereka ini adakah menjadi hamba yang beriman atau sebaliknya dan apakah mereka menuju kesesatan sebab memainkan perintah Allah yang diwajibkan seperti berpuasa di bulan ramadan.

Wednesday, September 2, 2009

BANTU APA YANG PATUT

Tepat jam 3.15 petang pada 2hb Sept 09, Bumi Indonesia bergegar lagi, bergoncang lagi,bertempiaran lari semuanya mencari perlindungan nyawa. Apakah simpang siurnya mencari perlindungan itu akan menemui jalan selamat? mungkin selamat, mungkin tidak. Lolongan, tangisan dan jeritan bergempita...Ya Allah Selamatlah kami. Pada kekuatan 7.3 skela ricter boleh membuatkan nyawa manusia tidak selamat,harta benda musnah dan kuasa Allah ini tiada siapa dapat menduganya.

Siapa yang mahu membantu?
Kami akan menyusul bantuan buat anda semua pada 9 - 12 hb Sept ini. Kami rakan rakan di Malaysia akan menghantar pakaian,makanan dan khemah sementara.

Kenapa lambat bantuan ini?
Kami mohon maaf, kerana kami perlu mengumpul dana untuk kesana. Bantuan segera akan kami usahakan.

Kami turut simpati dan bersedih dengan tregedi ini dan kami harap bersaudaraan antara dua negara akan merengankan bebanan anda.

Ayuh teman teman sukarelawan yg berminat, bantu mereka! siapalah kita berkira kira dan mencongak congkak untuk kepentingan diri. Hari ini hari mereka, belum tentu kita pada zon yang selamat pada setiap masa. Bumi ini Allah yang punya dan kita milikNya.

Untuk anda yang ingin menyumbang, kami menadah sepuloh jari dan bantulah mereka.

Tuesday, September 1, 2009

ORANG MISKIN MENGURUSKAN ORANG MISKIN

Foto : Rakyaat Acheh tidak pernah bermimpi untuk dapat satu pembangunan yg semewah ini. Setiap kejadian (tsunami) yang Allah jadikan itu ada hikmahnya

28 - 30 hb Ogos 09 kami telah keAcheh di atas urusan mengziarahi anak anak di rumah anak darul tahfiz Sri al Ain Acheh. Misi kali 15 ini adalah seperti biasa,kami tidak lama di sana selama 3 hari saja. Tapi itu sudah mencukupi bagi mereka melepaskan rindunya pada kami dan bagi kami melepaskan sedikit rasa tanggungjawab. Apa lagi yang mahu saya beritahu pada anda semua,rintihan dari mereka tak pernah sudah.

Foto : Anak anak yatim Sri al Ain Acheh, mereka tekun belajar walaupun mereka dalam keadaan susah.

Saya tidak bawa banyak bantuan. Bantuan yang terima sebelum bertolak ke Acheh telah saya selesaikan untuk yuran persekolahan mereka yang telah saya tangguhkan bayaranya. Walau apa pun saya ucapkan terima kasih kepada yang sangat gigih membantu saya di dalam urusan MISI KEMANUSIAN ini. Iaitu sahabat handai, kenalan baru dan lama, sekali lagi saya ucapkan ribuaan terima kasih, semoga pintu rezeki anda terbentang luas.

Saya bersyukur kerana walaupun kami adalah orang susah tapi kami tetap juga menguruskan orang susah, Istilah yang di labelkan oleh Ustaz Abdullah " Orang Susah Membantu Orang Susah" Kami bukan jutawan, kami bukan hartawan. Begitu jugalah dengan Ustaz Abdullah yang sentiasa berdiri gagah di belakang kami membantu di dalam urusan anak anak ini pada siang dan malam. Cuba anda bayangkan kalau anda mempunyai beberapa orang anak lelaki yang sedang meningkat naik usia, bagaimana peningnya kepala untuk menguruskan mereka dari seawal subuh hinggalah mereka kembali tidur pada waktu malam. Makan minum, persekolahan, peraturan kehidupan mereka semunya terletak di bahu Ustaz Abdullah, Mutia, Nyak, Ibu guru Rosnawati dan seorang ustaz lagi sebagi pembantu.

Foto : Ini adalah sebahagian dari anak anak yatim Sri al Ain Acheh. Mereka telah menghafal 4 juzuk al Quran.

Bagi saya tiada balasan untuk di imbalkan sebagai tanda penghargaan saya pada mereka semua. Itulah orang orang yang Allah turunkan untuk membantu anak yatim yang kehilangan Ibubapa ini. Saya rasa sebak bila saya tidak dapat membayar gaji Mutia selama 8 bulan walaupun gajinya hanya RM420 saja sebulan. Walaupun bagaimana Mutia tidak pernah sekalipun bersuara ingin meninggalkan anak anak yatim itu. Saya bercadang sebelum lebaran ini saya ingin membayar gajinya walau setakat 2 bulan dulu. Saya harap anda sudi membantu saya didalam urusan yang sangat baik ini. Untuk bantuan Ramadan dan Syawal saya belum lagi menerima sumbangan, mungkin belum ada rezeki mereka lagi.



Foto : Hujan sepanjang hari, saya tetap juga ke pasar Acheh untuk cari keperluan anak anak yatim. Bulan Ogos hingga December adalah musim tengkujuh di Acheh.

Kalau anda menjengah di sana pasti anda akan terharu, mereka berbuka dengan ikan tongkol masak asam dan sedikit sayur, tanpa air sirap, tanpa kuih dan kurma kadang kadang ada, kadang tiadak ada. Bila sahur pula mereka hanya bersahurkan kuah ikan tongkol saja dengan teh O. Ini makanan mereka pada setiap hari sepanjang ramadan ini. Bagaimana juadah anda berbuka dan makan sahur?

Terperanjat.

Penempatan Orang Miskin (Pengulung) Kg Pisangan, Ciputat Jakarta adalah Kg angkat PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)

Pada hari Isnin saya terima meseg dari Ummu Solehah di Jakarta,"mak kampong pengulung di Kg Pisangan terbakar" terperanjat saya.

Orang miskin hina di dalam musibah.

Kenapa saya guna nama mereka miskin hina? Setahu saya di sekeliling Kg Pisangan itu telah berdiri gagah beberapa pusat pendidikan yang terbesar di Kota Jakarta dengan Universiti yang hebat seperti UIAN dan lain lain komplek pendidikan yang hebat di sampingan rumah orang kaya kaya mengepung sebuah kampung pengutip sampah yang merempat dengan guni dan pengcakar sampah dari generasi ke generasi. Tapi hari bila satu musibah datang di tika umat Islam sedang berpuasa dengan litar pintas yang "shot" saja maka hangus sebuah kampung, "seperti padang jarak padang terkukur " tiada apa yang tinggal "sudah jatuh di timpa tangga" dan dari berita yang Solehah beritahu bahawa keajaibanya ialah api yang menyambar rumah rumah yang dibuat dari papan dan kotak kotak itu hangus tanpa bersisa lagi , yang tinggal hanya madarasah Sri al Ain dan rumah Ibu Yani saja.

Sebanyak 150 keluarga telah berkeliaran mencari penginapan. Syukurlah ada insan yang berhati mulia seperti Ibu Yani telah berlapang dada memberi mereka ini tinggal di rumah mereka dan madarasah Sri al Ain telah jadi tempat menginapan sementara. Mana jutawan Indonesia? mana insan yang berkata tentang sedekah dan amal jariah?

tiada....

kenapa jadi begitu?

Solehah telah memberitahu saya bahawa perlukan bantuan segera dan saya telah mengirim wang dari Malaysia untuk selesaikan makan untuk tiga hari dulu dan saya berjanji dengan Solehah saya akan terus membantu dan saya harap Solehah dan rakan rakanya akan gigih membantu mereka. Syabas! insyaAllah tenaga Solehah dan teman temanya sumbangkan itu akan di nilai oleh Allah.

Untuk anda mengetahuai bagaimana miskin penduduk di Kg Pisangan ini, ceritanya ada di dalam majjalah Solusi Bil.5 2008.

Pada bulan yang berakat ini saya minta anda untuk menyumbang ke arah jalan kebaikan iaitu memberi orang dalam musibah untuk berbuka dan sahur.

Bantulah mereka di dalam kesusahan,kedaifan ini. Siapa lagi yang mahu anda tolong dan kemana harta yang anda cari untuk di salurkan?

Pihak kami menerima sebarang sumbangan dan zakat dari anda.

Untuk Saluran mudah

Nama Akaun : PERSATUAN BELIA SRI AL AIN
No Akaun : 2-00-5561-00001310
Bank : Agro Bank

Atau
Maybank : 164025021721
Nama Akaun : Rusnah Abu Samah