Wednesday, September 16, 2009

Elakan.

Foto : Ini gambar saya dengan seorang khadam di rumah Allah iaitu di salah sebuah Masjid di Pekanbaru. Saya sangat teruja dengan orang ini, dia telah berkhidmat sebagai tukang cuci,tukang lipat telekong, sejadah, basuh pinggang dan serba serbi kerja di masjid dialah yang lakukan tanpa bayaran. Dia telah lakukan kerja ini semenjak lima belas tahun yang lalu. Bila saya tanya di mana rumahnya, dia kata di masjid dan saya tanya raya ni balik kampong ke? dia jawap raya di masjid aje. Inilah hebatnya jika hati sudah terpaut pada Allah. Semoga amal perbuatanya di nilai oleh Allah.


Kalau kita orang yang berduit, nak sambut raya tak jadi masalah. Baju kadang kala tu belum puasa lagi dah beli.Begitu juga dengan perabut rumah dah pilih pilih warna dan yang terkini. Begitu juga ubah suai rumah kalau boleh bilik selesa, bilik air selesa, dapor pun biar besar sikit senang kalau anak cucu dan saudara datang untuk masak dan makan makan , Begitu juga di ruang tamu dengan langsir baru, sofa baru , tukar perabut mana yang patut. Itu kalau orang berduit dan memanglah berbelanja untuk raya. Tapi bagaimana kalau orang tidak ada pendapatan? bagaimana mahu sambut raya? dan terjadi pada orang di timpa bencana alam, orang miskin, anak yatim, isteri yang tiada sumber pendapatan mengharap agihan dari suami? Susah juga ye kalau tidak ada duit mahu hidup seperti orang lain. Untuk menyambut raya bagi orang orang yang tidak ada pendapatan, atau miskin dan orang susah maka saya akan beri panduanya.

1 Jangan pergi shopping
2 Elakan dari bercakap tentang sambutan hariraya
3 Buat kuih bahan yang kita ada saja
4 Jangan balik kampung
5 Jangan banyak meminta nanti kita bertemu dengan "kehampaan"
6 Ziarah kerumah orang sama nasib dengan kita saja.
7 Elakan dari bercuti panjang.
8 Pakailah baju yang paling cantik ada simpanan kita
9 Lakukan aktiviti rumah saja

Saya juga terfikir tentang kegembiraan orang berduit meyambut hariraya ini.

1 Suami dan isteri yang bekerja mereka berpakat mengeluarkan belanja demi untuk kegembiraan di hariraya.
2 Suami yang ada pendapatan lebih akan sentiasa memberi keutamaan untuk ahli keluarganya.
3 Anak anak yang besar besar dan bekerja akan balik kerumah orang tuanya membawa berbagai buah tangan
4 Keseronokan hari raya ini akan lebih meriah jika orang yang tersayang sentiasa di sisi dan menyambutnya dengan meriah dengan ahli keluarga.

Hariraya amat indah jika anda orang yang ada duit, apa yang mahu boleh beli dan raya akan akan suram dan muram jika anda orang susah dan miskin ataupun anda orang bernasib malang.

No comments:

Post a Comment