Sunday, September 13, 2009

TIDAK PERNAH CUKUP

Foto : Sering mengadakan aktiviti dengan kanak kanak. Mengadakan permaianan dgn kanak kanak mangsa tsunami di Acheh.

Teringat saya pada usia 10 tahun, di tika itu keluarga kami tinggal di sebuah kampung yang jauh dari bandar. Kehidupan pada masa itu bolehlah di katakan susah, arwah ayah pada tika itu di timpa sakit yang membuat tidak boleh bangun hampir setahun. Manakala arwah mak pula hanya bergantung usaha pada menoreh getah dan menanam padi . Kami adik beradaik seramai 5 orang pada tika itu sering saja kekurangan makanan.Pakaian pula jarang berganti.

Foto : Kanak kanak di Kota Dumai, di depan Masjid Muslimin.

Dalam tempoh itu maka tibalah ramadan, ayah masih lagi sakit dan emak pula paginya menoreh getah dan pada sebelah petang pula pergi ke sawah. Kami adik beradik semuanya ,mesti membantu emak di kebun getah untuk mengangkat susu getah atau membuat getah buku dan bila petang mencabut benih padi dan membawanya ke sawah.Keletihan berpuasa dengan kesusahan hidup pada masa itu tidak terasa sangat oleh kami adik beradik sebab kami masih kanak kanak lagi, tapi sangat di rasai oleh ayah yang sering melelehkan airmata bila melihat kami hanya berbuka dengan ikan masin dan pucuk ubi kayu pada setiap kali berbuka puasa.Tiada kuih,tiada sirap, tiada susu. Yang ada hanya air gula saja.

Bagi kami makanan bukan matlamat utama berpuasa, sebab kami adalah kanak kanak yang belum mengerti erti susah dan penderitaan ibu ayah.

Pada tika mahu berhariraya kami adik beradik sangat gembira walaupun baju baru belum ada tapi telah di janjikan oleh emak akan membelinya bila ada duit dan suasana di rumah kami tidak sesibuk seperti di rumah jiran yang membuat persiapan raya. Bila tiba hari raya ayah dan arwah mak tidak tidur malam itu mereka asyik bercakap saja yang kami pun tidak faham apa yang mereka bincangkan. Agaknya mereka ingin melepaskan tekanan perasaan mereka yang tidak berduit dan tiada membuat persiapan raya. Maka bila tiba takbir raya di radio ayah cepat cepat tutup radio.Saya agak ayah sangat sedih dengan takbir raya.

Foto : Kanak kanak sangat suka bermain. Di Pekan Baru, Indonesia.

Pada pagi raya kami berlumba lumba ke perigi mahu mandi dan bersiap untuk beraya, ayah yang sakit diam saja memerhatikan kami adik beradik yang gembira itu. Dan bila mahu pakai baju saya tanya pada mak "mak kita pakai baju raya tahun lepas ye" sambil tangan menarik baju raya tahun lepas dari almari kain, mak lari kebawah rumah tanpa menjawab sepatah kata. Saya tidak tahu pun emak sedih.

Bila kami dah bersiap semua dengan pakaian raya tahun lepas maka kami pun bersiap siap masuk kedapur untuk makan. Bila di buka tudung saji mak hanya goreng ikan sadin dan sedikit nasi pulut. Kami makan dengan gembiranya. Bagi kami adik beradik bukan baju raya atau makanan yang menjadikan hari raya itu gembira tapi mahu berjalan jalan kerumah jiran itu yang pentingya sebagai menadakan hari itu hariraya.

Maka selepas makan kami minta izin pada mak mahu pergi jiran, mak melarang sambil menangis, "jangan pergi mana mana duduk rumah aje" kata mak dengan sedih. Pada hariraya itu kami main dengan adik beradik kami duduk di rumah saja, bila ada kawan kawan datang rumah kami menyorok dalam semak.

Selepas tiga hariraya ayah dapat duit, mak pergi kedai kain dan buatkan kami baju raya dan mak pergi pasar beli daging untuk masak. Tapi kami dah tidak berminat mahu pakai baju raya lagi. Mak sedih lagi, bagi kami kanak kanak, baju baru, makanan sedap atau rumah cantik tidak jadi tajuk utama pada hari raya, yang penting kami bertukar baju saja pada pagi raya dan dapat jalan jalan kerumah jiran untuk makan kuih raya dan kutip duit raya. Pada tika itu duit raya 10 sen atau 20 sen setiap kali berkunjung kerumah jiran. Kadang kala tu berjalan dari pagi hingga petang dapat 90 sen atau RM 1. Bagi kami itu nikmatnya hariraya.

Peristiwa manis ini sangat indah dalam hidup saya dan mungkin anak anak saya tidak merasainya. Hari ini telah menjadi adat, baju raya dua atau tiga pasang seorang, kasut boleh pilih yang macamana, songkok bertukar setiap tahun. Kuih dan makanan raya sampai penuh meja makan dan tak tau mahu makan apa. Raya pula 30 hari dengan majlis rumah terbuka. Inilah hari lembaran yang sangat mewah.Hari ini kalau dalam sampulraya untuk kanak kanak RM 1 sudah tidak ada, paling kurang RM 5 .Dan jangan anda tak tau RM 50 adalah biasa aje.
Inilah hariraya pada hari ini.

No comments:

Post a Comment