Foto : Baru baru ini saya telah pergi ke Kepulauan Riau Indonesia, tempat yang sempat saya singgah ialah di Pekan Baru dan ini adalah sebuah masjid yang tercantik di Pekan Baru, baru siap dengan kos binaanya 6 milliar.
Pada hari raya ke 3 kami akan ke Kota Metropolitan iaitu Jakarta bagi melunaskan misi misi kemanusiaan kami yang agak terlewat ini. Misi ini adalah untuk menjengok perkampungan miskin yang terbakar hangus di Kg Pisangan, Ciputat Jakarta iaitu yang tingggal hanya arang arang dan sampah yang sudah menjadi abu. Kejadian malang yang menimpa penduduk kampung ini pada 8 Ramadan lalu telah memberi satu kejutan pada saya yang sering ke kampung Pisangan itu bila saya ke Jakarta. Saya sedia membantu mereka ini dengan apa jua selagi ada kudrat dan ada kewangan. Walau apa pun anda semua harus jua dapat membantu mereka ini kerana 100 peratus penduduk di Kampung Pisangan itu adalah orang Islam.
Mereka ini adalah tergolong dalam orang yang sangat miskin daif dan saya tidak dapat gambar kemiskinan mereka ini. Antaranya
1 Rumah mereka di buat dari kotak kotak dan papan yang terbuang
2 Makanan mereka adalah sangat terhad
3 Anak anak mereka tidak pernah menjejakan kaki kesekolah
4 Pakaian mereka hanya pakaian yang telah di buang oleh orang dan mereka kutip sarung pula ke badan mereka.
Bila musibah kebakaran ini melanda perkampungan mereka maka ibaratnya sudah jatuh di timpa tangga. Dan yang paling meyayat hati ialah ada di antara keluarga yang telah mengumpul wang semenjak awal tahun lagi untuk perbelanjaan hari lebaran ini. Duit itu mereka simpan di celah atap dan di bawah bantal. Bila kebakaran berlaku dengan pantasnya maka wang yang mereka simpan sekian lama dengan peluh yang menitis kebumi hasil dari mengutip sampah akhirnya terbakar. Yang paling sedihnya bila mereka mengais gais untuk mencari barang yang boleh mereka guna lagi tiba tiba mereka terkais satu gumpalan wang kertas yang masih terikat dengan getah tapi di sekeliling duit itu telah hangus dan yang tinggal hanyalah pada ikatan getah itu saja. Mereka mengambil duit tersebut dengan lolongan yang meyayat hati. Kini mereka sudah tidak ada apa lagi yang tinggal, hinggakan makan pun hasil dari belas ikhsan dari orang dan persatuan yang simpati.
Banyak juga pakaian yang mereka terima, tapi kalau dah namanya orang miskin, maka orang memberi pakaian pada mereka adalah pakaian yang sudah tidak boleh di pakai lagi oleh pemberi. Kaum wanita pula ketandusan pakaian dalam.Betapa sedihnya bila orang miskin di tmpa bencana. Kini mereka hanya menumpang di madarasah saja dengan bersesak sesak. Bagaimanakah perasan anda bila ini tertimpa pada diri anda dan keluarga anda? saya kira kita adalah insan yg sangat beruntung, masih boleh tersenyum gembira pada waktu berbuka dan sahur dengan juadah tidak terhabis mahu di makan dan riang gembira membuat persiapan syawal iaiatu baju raya yang banyak dan silih berganti.
Bagi mereka di sana tidak ada apa yang ada, makan pada sahur pun nasi berlaukan air garam dan sedikit ikan masin, baju raya mereka tidak pernah terfikir lagi. Perkampungan miskin ini adalah sebuah kampung angkat Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) kami ingin mengajak anda semua agar dapat bermurah hati untuk meyalurkan kewangan anda untuk mereka menikmati makanan waktu berbuka dan sahur dengan selesa.
No comments:
Post a Comment