Tuesday, September 29, 2009

Selamat Ulangtahun


Foto : Aksi lasak anak-anak kaum peribumi Kg. Merbau, Maran, Pahang. Antara mereka ialah Juliza.

JULIZA a/p Jamal adalah seorang anak gadis orang asli dari kaum Semab Beri. Dia adalah anak pertama dari 11 orang adik-beradik. Adiknya yang paling kecil berusia setahun setengah dan sekarang ibunya hamil 6 bulan.

Ayahnya seorang yang baik dan peramah serta bekerja mencari rotan dengan pendapatan RM 500 sebulan. Jamal juga pengidap penyakit kusta yang sangat kritikal 10 tahun dulu. Sehingga ke hari ini penyakitnya telah membuatnya cacat beberapa ulas jarinya.

Kami (Rusnah Abu Samah dan Haji Muhammad Zakaria) adalah ibu bapa angkat kepada Juliza semenjak 2 tahun dulu dan sehingga sekarang kami sangat rapat dengan Juliza. Sekarang dia belajar di SMK Maran Pahang dan tinggal di asrama.

Setiap hujung minggu dia akan balik untuk membantu ibunya menjaga adik-adiknya kerana ibu dan ayahnya akan masuk ke hutan selama 2 hari untuk cari rotan dan segala macam hasil hutan seperti akar tongkat ali untuk dijual dan buah-buahan hutan untuk dimakan.

Setiap bulan saya tidak pernah melupakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu bapanya dengan memberi belanja sekolah dan makanan. Dia adalah seorang anak kaum peribumi yang pintar serta mempunyai wajah yang cantik dan manis.

Setahun yang lepas Juliza ada bagi saya sekeping memo yang berbunyi: "29 hb Sept adalah ulangtahun saya. Jangan lupa datang dan saya mahu raikan bersama-sama dengan pak cik dan mak cik." Semalam bila buka balik senarai nama anak-anak angkat saya terlihat memo tersebut dan saya terus hubunginya tapi dia tidak ada di rumah.

Usikan Iman

"Anak itu dilahir suci dan bersih." Di sekolah Juliza dikelilingi oleh kawan-kawan yang beragama Islam dan di asrama pun sama. Maka kemungkinan satu hari nanti saya berdoa anak angkat saya di kalangan warga peribumi ini akan dapat memeluk agama Islam yang suci murni dan dapat menjadi wanita yang solehah.

Insya-Allah saya akan menziarahinya dan membawa sebuah kek hari jadinya sebagai lambang simbolik "terapkan iman" buat Juliza. Saya berdoa agar Allah berikan taufiq dan hidayah kepadanya.

No comments:

Post a Comment