Foto : Sayangilah Ibubapa dan orang tua. InsyaAllah hidup kita akan di berkati
Tadi saya ke bank di Sg Buloh, dlm masa menunggu giliran untuk urusan di kaunter maka saya duduklah di sebelah seorang wanita yang berusia awal enam puluhan. Wajahnya sugul aje, tapi ditangan ada memegang buku bank.Dia menegur saya " nak masukan duit ke?" dia bertanya sambil menepuk bahu saya " iye, nak hantar kat anak" jawab saya memandang wajahnya" "berapa orang anak" dia bertanya seperti mahu tahu latarbelakang saya pula " tujuh, tiga perempuan dan empat lelaki"dia diam dan pandang saya dari bawah ke atas " anak dah ada yg kerja ke?" dia menyoal dengan penuh mesra " ada seorang anak no 2 " jawab saya dengan rengkas aje "yang lain tu sekolah lagi" saya menyambung agar dia tidak menanya lagi " bertuah kau ye"tiba tiba aje perkataan itu terpacul kat mulutnya, berkata seperti mengenali saya dah lama " kenapa" tanya saya kerana saya tak faham kenapa dia kata saya bertuah " iyalah kau ada tujuh anak, kalau ada seorang atau berdua tak pedulikan kau nanti, ada lagi yang lain ambil kisah hal kau" dia mula meluahkan isi hatinya " aku ni ada 2 anak seorang lelaki seorang perempuan, dua dua kerja besar dan duduk di bandar besar" saya mula ambil perhatian pada ceritanya " semalam aku talipon anak lelaki aku yang kerja kat bangunan KLCC tu, tanya dia bila nak balik berbuka puasa dengan emak, tapi anak aku kata dia sibuk dengan kerjanya, aku kata kat dia kalau tak dapat berbuka, baliklah untuk bersahur, bukan jauh aku duduk kat Sg Buloh dia duduk di Kg Baru" mata mak cik itu mula di genangi air, saya diam aje sambil berkata dalam hati, apakah nasib saya pun sama juga dengan mak cik ini?. Mak cik tu kata lagi "Dulu masa dia kecil kecil waktu berbuka dia mesti nak makan dengan aku, kalau bersahur dia mesti nak makan makanan yang aku masak, tapi hari ini bila aku dah tua seperti ini aku ajak balik sekali saja dalam bulan ramadan nak berbuka dengan aku dia kata sibuk" air mata makcik mula menitik dan saya pula jadi sebak." aku ni dah tua bila bila akan mati , kalau anak aku tak pedulikan aku siapa yang nak uruskan mayat aku nanti, ni hah aku nak ambil duit pencen nak buat belanja raya, anak anak aku jarang bagi duit walau pun gajinya besar, tapi aku tak kisah duit, aku mau dia jengok aku sekali sekala" sambung mak cik tu lagi, saya dah tak mau dengar lagi kesedihan mak cik ini, saya takut takut sejarah mak cik ini akan menjadi sejarah saya pula. Dapatkah anak anak saya mengingati saya pada tika saya dah tua dan uzur nanti, entahlah....jawapanya ada pada mereka.
No comments:
Post a Comment