Wednesday, March 31, 2010

TERBIAR

Ya Allah...hambaMu ini dlm keadaan yang sangat tenat,kritikal dan azab. Tak mampu rasanya untuk meneruskan perjuagan hidup ini. Tak mampu rasanya nak memikul tanggungjawab sebagai Khalifah di mukabumiMu ini Ya Allah.

Rintihan, ratapan, lolongan dan rasa bersalah itu seperti sekongkol dengan perasan ini.

Cubalah anda semua lihat di dada akhbar, di TV, di radio dan kadang kadang di tepi longkang, dlm tong sampah, dlm surau ada jasad yg telah tak bernyawa atau yang tinggal nyawa ikan tergelitik tanpa "Ihsan."

Manusia memang kejam.

Wahai ibubapa, para pemimpin kota dan desa, para artis idola remaja, para bijak pandai, para ilmuan, para alim ulama dan semua masyarakat sejagat turunlah... jengoklah anak anak remaja kita yang sedang di belenggu dengan masalah sosial jahiliah, masalah ketandusan ilmu agama, tiada beradab, tiada segan dan malu lagi antara lawan jenis.

Mereka telah melalui zaman hidup yang tiada batasan, tiada larangan, tiada sempadan iaitu dunia jalur lebar, tiada peraturan.

Mereka berfikiran bebas iaitu bebas dlm ertikata sebenarnya didlm melakukan sesuatu dan ibubapa tak terlarang, kepercayaan ibubapa pada anak anak hari ini sungguh luarbiasa dan anak anak mengatur kebebesanya sungguh luarbiasa.

Jika hari ini kita gagal menangani masaalah gejala sosial, tunggu ye musibah akan melanda dan di saat itu barulah kita berpaling dan terasak mengenangkan " kenapalah musibah ini berlaku?"

Wahai ibubapa marilah kita jengok jengok anak kita dan kita halang aktiviti sosial mereka yang telah kita nampak sumbang di mata. Jangan takut dengan anak, kalau perlu kita pukul kita pukul kalau mereka tak mau dengar kata, ni ada saya dengar ibubapa kata " eee saya tak pernah jentik pun anak saya" anda tahu, anak ini kalau kita sayang mesti di tangankan, sebab kalau kita hanya cakap aje mereka tak mau dengar, kalau mau ajar anak iaitu pada ketika usianya 2 tahun lagi hinggalah pada usianya 10 tahun. Kalau usia 11 tahun baru anda mahu mendidiknya, tak mungkin akan mereka dengar dan anda pula akan di ajarnya." Anak adalah permata dan anak adalah racun buat kita, jika betul cara didikanya Insyallah doanya akan membuatkan kita aman di alam barzah.

Tuesday, March 30, 2010

BEBAS

Ini bukan saya nak cerita sangat tentang hal saya zaman anak dara dulu, tapi saya nak bandingkan zaman mak ayah saya mendidik saya adik beradik dengan zaman saya mendidik anak anak saya.

Ya Allah jauhnya beza, anak saya dengan anak orang lain sama aje. Kadangkala tu bila tegur suruh dia belajar, suruh dia buat baik, suruh dia uruskan dirinya dan suruh dia hormatkan orang tua. Dia pulak ajar kita, baru baru ni saya dengarlah satu perbualan antara seorang ibu dengan seorang anak gadisnya yang berusia 23 tahun, kata ibunya " jangan main fecebook aje, belajar masak, basuh pakaian tu, nanti kalau dah kawin suami tak mau makan facebook tu" apa anak tu jawab " ala ibu ni, orang lelaki zaman sekarang dah tau semua orang perempuan atau isterinya dok kat komputer aje, nanti kita suruhlah bibik masak dan basuh kain" aaah cubalah anda bayangkan anak gadis sekarang ni membayangkan bahawa mereka sekarang ni tak perlu pandai masak, tak payah nak basuh baju dan tak payah uruskan diri.

Saya rasa ibubapa kalau lalai mendidik anak perempuan sebagai seorang perempuan yg solehah maka akan tersungkurlah mereka di kaki suami sebab para lelaki sekarang ni mudah panas baran dan bila balik rumah tengok makanan tak masak, pakaian suami tak terurus, anak tak terjaga akhirnya isteri kena cekik, kena terajang, kena pelempang oleh suami yang terlalu banyak tekanan di luar dan isteri di rumah tidak meyenangkan pula.

Dalam suratkhabar sekarang ni cerita artis membelasah isteri dah macam satu tabiat pulak. Saumi belasah isteri kemudian suami lari dan isteri pula di tinggalkan begitu sahaja.

Sebenarnya dalam rumahtangga ini tak kira siapa suami anda seorang artis ke, seorang menteri ke, seorang penoreh getah ke, mereka ini adalah lelaki yg memerlukan sebuah kesempurnaan bila berumahtangga dan mereka mengharapkan bahawa pasangan yg diidamkan itu adalah pendamping yang melengkap kehidupan mereka.

Tapi hari ini anak gadis moden dah tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya. Gadis sekarang malas mengurus diri, malas belajar masak, malas membasuh pakaian yang mereka tau makanan segera, pakaian pula "pakai buang" dan yang paling bestnya kehidupan mereka di uruskan oleh orang lain.

Suami di uruskan oleh pembantu rumah, anak anak di uruskan oleh penjaga di rumah asuhan dan suami pula sibuk mencari sebanyak banyaknya duit untuk memenuhi tuntutan duniawi isteri. "rumahku syurgaku" akan jadi "rumahku nerakaku"

para gadis kalian belajar mengurus diri, cari ilmu memasak, belajar mengemas rumah, kalau tidak nanti anda lempar pinggan mangkuk, periuk belanga ke muka suami, suami pula sepak terajang dan tendang buat anda macam bola. Awas

Sunday, March 21, 2010

Jadilah seperti Abdul Rahman bin Auf



Sekarang musin PESTA BUKU KUALA LUMPUR, macam juga tahun tahun sebelum ini pengunjungnya asyik asyik orang yg minat membaca sahaja.

Orang tak minat membaca tak datang. Pesta Buku KL ini tidak banyak berubah, sebab apa saya kata begitu ialah kerana saya adalah pengunjung yg tidak pernah melupakan tarikhnya.

Saya ada juga kunjung pesta buku di Jakarta.Isssy jauh lah bedanya.. di negara seberang penulisnya agerasif, penjualnya brutal dan pengunjungnya semuanya gila membaca.

Jadi tak sia sia buat pesta buku dalam setahun tiga kali. Sekarang ni trend pengedar buku Malaysia angkut buku sana bawa sini, alih bahasa lagi dan ada tu cetak tanpa kebenaran. Dan begitu juga orang seberang ciplak buku Malaysia buat versi Indonesia, kalau dah bersaudara tiru meniru tak jadi halangan .
Tapi walau apa pun yg mereka buat mereka ingin memberi kepuasan pada pembaca.

Sekarang ini di Malaysia sudak banyak lambakan buku buku agama. motivasi, resepi, buku kekeluargaan, pendidikan dan berbagai lah. Tapi penerbit ini sebenarnya mau kaut keuntungan yang lumayan dari penjualan bukunya.

Semalam saya jalan jalan sambil lalu kat beberapa gerai buku, ada yg meriah, ada yg suram, ada yang sepi sampai ngantuk ngantuk org tukang jaga gerai tu tunggu pelanggan , ada tu tukang jaga asyik borak aje sesama dia dan ada tu tukang jaga gerai menarik narik pelanggan untuk beli barangnya. Semuanya ada stertegi masing masing untuk melariskan buku di gerainya.

Saya bukanlah tukang sibuk hal orang tapi saya nak cerita sikit ni tentang kehebatan sahabat Nabi yang bernama Abdul Rahman bin Auf ni
iaitu orang paling kaya sekali di zaman Nabi tapi dia adalah orang paling pemurah sekali, bagaimanakah Abdul Rahman bin Auf terlalu maju sangat berniaga? sebenarnya nak berniaga ni otak kena bijak, bukan malas atau rasa diri cerdik, tapi sombong .

Kadang kala sijil, diploma dan ijazah perniagaan berjela jela tapi berniaga tak maju maju juga, sebab apa tu? sebab tak bijak memikir cuma pandai belajar aje.

Apakah yg di katakan bijak ? orang bijak ini adalah orang kreatif, bermotivasi, bersemangat dan bijak menawan hati pelanggan. Kalau berniaga asyik nak pikir untuk untung besar masuk dlm poket sendiri aje, tak lamalah nak terlingkuplah tu, berniaga ni kena pandai promosi. Jangan pikir nak laknat ke orang aje, jual barang buruk atau tindas orang dan berlagak sombong aaa tak lama lagi bungkus tikarlah.

Tapi Abdul bin Auf ini dia memiliki sikap atau peribadi yang sangat baik dan terpuji iaitu

1 Dalam hatinya hanya ada Allah dan Rasul sahaja dan dia menjauhi segala larangan yang berbentuk maksiat atau perkara yg tak baik

2 Dia mencari harta adalah untuk menegak Islam, bukan macam kita cari harta nak beli rumah besar, nak beli ferari nak atur kereta depan rumah, nak beli baju jenama, nak makan sedap. Tapi Abdul Rahman bin Auf ini dia mencari harta adalah untuk Islam contohnya masa Perang Tabuk beliau beliau telah menginfakan duit cashnya 40 ribu dinar,500 ekor unta dan 500 ekor kuda perang.
Haa tengok tu,
Tak macam kita ni berkira sangat , sampai saya lancarkan tabung untuk pulihkan akidah orang asli kat kg Merbau tu, masukan duit dalam tabung bantuan "pemulihan akidah " RM 1.00 tapi dalam dompet kita ada RM 100.Sebab tu sampai sekarang orang asli Kg Merbau tu masih murtad lagi.
3 Banyak berinfak/ sedekah tanpa di sebut sebut dan tanpa di beritahu pada orang ramai. Kita kalau nak beri orang RM 2000, ni panggil semua orang khabar dan orang TV. tulis besar besar nama.
4 Menjalankan perniagaan dengan betul dan aturanya iaitu tidak curi timbangan, tak jual barang buruk atau tak jual barang yang tak halal.

Hebat sungguh orang yg bernama Abdul Rahman bin Auf ni ye, hari ini orang Malaysia yang 40 teratas kaya di Malaysia pun tak niaga macam tu.

Ni saya nak ungkit sikit pasal orang naik tocang bila barangnya laku.
Bila barangnya sudah dapat pasaran sikit dia mulalah ligat otaknya ligat berputar nak belit orang untuk kaut untung lebih sebab apa? sebab barang laku, kalau barang laku orang akan cari walau berapa harga barang itu dan di mana juga barang itu berada.

Haaa masa inilah tauke yg punya barang ni mula tarik harga dan mula ligat pikir nak kaut untuk dapat lebih. Kalau macam ni berniaga tak lama lagi... tunggu ye, banyak terjadi sebab orang berniaga yang dah maju ni dia tak pikirlah lagi hal orang susah, yg di pikir halnya nak kaut untung .Kalau begini nanti di takdirkan dia bangkrap atau jatuh mau dia gantung diri.

Abdul rahman bin Auf ini walaupun dia kaya hingga Nabi bersabda " Abdul Rahman bin Auf adalah saudagar Tuhan" tapi dia tidak meletakan harta pada hatinya dan dia sangat bertakwa.


Pernah di satu ketika Abdul Rahman bin Auf memberi orang makan dan dia menangis tersedu sedu, lalu para sahabat tanya " kenapa kau menangis " Abdul Rahman bin Auf berkata 'Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum"

hebat ye Abdul Rahman bin Auf,

kita bagaimana pula ye dalam bab makan ni, mati kerana terlampau banyak makan dan makan macam macam.

Friday, March 19, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA....


Geli pulak hati bila baca curahan hati dari gadis yang bernama Solehah.
Apa mau mu wahai Solehah?

Sekarang ni kat Malaysia mak andam, katering, tok imam tak menang tangan dan termasuklah juru gambar . Bekejar kejar menghambat pengantin agar diambilnya untuk memeriahkan majlis perkhawinan.

Minggu lepas saya ke Majlis perkhawinan anak saudara saya yg cantik, tinggilampai dan manis tu Zamila dengan pasanganya di Maran, meriah! tapi dia buat majlis tu hari malam, jamuanya besar jugalah dan hantaranya RM 3000 aje.

Siapakata tak ade yang sederhana hantaranya? majlisnya saya tengok macam RM 5000. kan bagus gitukan ala kadarlah.

Dan ada satu lagi majlis khawin anak saudara saya yang kat Batang kali, ini yang lelaki orangnya tinggi melampai, kulit hitam manis dan hensenlah juga sebab itu nurse mau katnya, dengar dengar kat cuping telinga RM 10,000, kata Solehah ini hantaran biasa buat hari ini.

Anda jangan terkejut ye anak Tok guru Nik Aziz, kalau sesiapa nak kawin dengan anak gadisnya hantaranya dia dah cakap RM 1000 (Ringgit Malaysia : Seribu aje) haa ini anak tok guru lagi, mek kelate lagi comel sungguh.

Sebenarnya kadar hantaran itu bukanlah kerana rupa cantik macam ratu ke, pandai masak macam cheff ke atau rajin atau malasnya seseorang itu. Hantaran itu ikut kehendak makbapaklah yg menetapkanya.

Dulu ada seorang penyanyi khawin dengan kerabat di raja Berunai hantaranya satu juta. Tak terbelalak ke biji mata, dan baru baru ini ada artis kawin hantaranya sebuah kereta mercedes.

Saya dengar kalau zaman ayah dan mak saya khawin dulu hantaran RM 200 aje, tapi kekal hingga akhir hayat. Cerita hantaran ini terpulanglah pada diri masing masing. Kalau wanita manja mengoda, dengar pula bakal menantu kerja besar maka kalau pergi meminang tu siap siap dengar hantaran yg di pinta oleh bakal pak mentua.

Saya pula kalau ada orang mau pinang anak saya senang aje...maskhawin begini "Aku Nikah Akan Di Kau Ummu...... dengan maskhawinya (hafal surah al Baqarah) dan akadnikahnya nunnn di depan Kaabah. Hantaran ..... belum boleh beritahu.

Eeeh kenapa buat macam tu? iyelah orang kata CINTA tak bermata. Itu hanya sebuah guruan, tapi boleh jadi kenyataan.
Saya doakan semua buat pengantin yang telah melangsung perkhawinanya semoga Allah merahmati jodoh anda semua dan cepat cepatlah dapat anak supaya meriah rumatangga dengan gelak tawa dan tangisan anak anak.

Thursday, March 18, 2010

Sejarawan Hebat


Mengkaji orang orang yang menempa hidup dengan nama seperti sejarawan,sasterawan,cendikiawan adalah sesuatu yang bagus dan baik.

Tapi anda jangan suka atau berminat dengan politakawan atau bisneswan. Dua dua jawatan penting yg jadi rebutan dari dunia ini terjadi hinggalah keakhir nanti akan berkocak dengan peristiwa yang menghiris imam dan meruntuhkan agama.

Kerana politik orang sanggup lakukan apa sahaja, berbunuh, bermusuh dan membuang darah daging seperti saudara mara, anak dan hilang kehormatan.

Manakala bisnes ni sangat bagus kerana 99 dari rezeki yang Allah anugerahkan melalui perniagaan, tapi hari ini orang yang memulakan perniagaan tak kiralah goreng pisang tepi jalan, nasi lemak di gerai , jutawan internet atau orang yang kaya seperti Moktar Al Bukhari,Robert Kuok atau Ananda Krisnan.

Jangan jadi kaki tindas orang sudahlah atau menjalankan perniagaan haram, kadang kala berniaganya barang halal tapi timbanganya menipu. Banyak sekarang ni terjadi.

Saya ada pergi pasaraya jualan beg tangan jenama bonia dan harga sebelum promosi RM 420 tapi di buat potongan 70% maka harganya RM 156 saja

jadi nampak oooo murahnya beg tu.

Sebenarnya di sini telah berlaku satu penipuan dalam perniagaan. Beg tangan tu barang dah lama, warna dah kusam dan harganya memang begitu. Tapi bila buat "Sale" kenapa pula di tulis RM 420, kadang kala tu kita ni gila gila membeli, maka belilah barang itu dan jajalah cerita satu kampung kat pasaraya ni ada jual barang promosi dan berduyun duyunlah mak kiah,cik bedah naik bas pergi shopping dan bergandung gandung bawa barang murah balik, tapi sebenarnya mereka semuanya ni dah kena tipu. Hati hati tu ye!

Ni saya nak cerita tentang seorang sejarawan terunggul dalam Ikhwanul Muslimin, nama yang tak asing lagi di kalangan orang orang yang menegakan agama di muka bumi ini .

Namanya Hasan al Banna. Malam tadi teringin sangat nak kaji siapalah orang yang tersohor ini hinggakan musuhnya sanggup bergadai nyawa untuk menghapusnya di muka Allah ini.

Semasa usianya4 tahun dia telah mula menghafal al Quran, bukan belajar iqra tau. Kalau anak orang melayu di Malaysia ni
umur 6 tahun baru belajar alif, ba, ta dan iqra umur 10 tahun.

Bila usia Hasan al Banna 14 tahun dia telah menghafal al Quran. Beliau adalah remaja yang berdisplin, beliau telah membahagi masa kehidupanya dalam sehari kepada 4 bahagian iaitu sebelum subuh dia menghafal al Quran,
Selepas itu beliau akan kesekolah dan bila balik dari sekolah dia membantu ayahnya bekerja merepair jam. Bila malam dia mengulangkaji pelajaranya dan bila tengahmalam dia beribadat & menghafal al Quran.

Hasan al Banna telah menjadi mahasiswa pada usia 16 tahun dan telah tamat belajar di universiti pada usia 21 tahun di Darul Ulum. Hasan al Banna adalah seorang penulis, pemidato yang hebat dan dia kuat bekerja menyara kehidupan keluarganya serta sentiasa mengadakan usrah tanpa mengira waktu demi agama Islam yang mulia ini. Beliau sangat kuat menentang kemungkaran.

Beliau juga adalah ahli fiqih dan hadis. Dan gerakan ikwanul Muslimin di bawah pimpinanya telah mengegar dunia pada tahun 40 an. Kehebatan Hasan al Banna ialah dia mampu menarik serta menerangkan tentang Islam di mana sahaja termasuklah di kedai kopi, di disko atau di mana mana sahaja. - Ini kisah Hasan al Banna dari kecil, remaja dan tamatnya kehidupan di dunia ini tiada langsung hidup dalam keadaan yang laro atau hidup dalam keadaan yang menghiburkan . Beliau sentiasa hidup dengan belajar, berjuang dan bekerja keras.

Tapi hari ini anak muda kita belum mampu lagi bergiat seperti Hasan al Banna. Hari ini anak anak dari usia muda lagi telah di asuh dengan pendidikan mudah ,makan mesti kenyang, tidur mesti cukup, kerja jangan kuat dan hiburan mesti lebih.Hari ini Islam sangat jauh dari anak anak.

Ada anak anak yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Siapa yang mahu di persalahan. Anak anak sekarang telah jauh tersasar.

Hari ini kegilaan anak anak dengan internet telah naik secara mendadak. Hidangan dari kaum yahudi adalah permaianan atau "Games". Mereka mampu untuk memesong kan masa belajar, masa beribadat, masa untuk bersama dengan keluarga dgn ciptaan games games baru dan canggih

Apakah para ibubapa tidak mahu memiliki anak seperti i Hasan al Banna ? atau apakah ibubapa mahu jadi anak seperti penyanyi hebat, atau jadi seperti pelawak terkenal atau pelakun tersohor.

Nak jadi Hasan al Banna kena kuat, tabah.kuat semangat dan mampu berdakwah sekalipun nyawa jadi taruhanya


Wednesday, March 17, 2010

WALI BAND


Perjalanan dari Damansara ke Kajang memakan masa 1 jam 20 minit atau kurang sikit kalau tak jem 1 jam. Saya suka beberapa siaran radio yg mengeluarkan lagu lagu cinta atau lagu lama dan boleh juga lagu lagu baru.

Kadang kala tu saya rasa sangat boring setiap hari laluan sama pergi dan balik, mau rasanya saya beli satu perahu untuk menongkah arus sungai Gombak tu, tapi malulah buat kerja pelik gitu, tapi boleh juga jika impian saya ni memiliki sebuah helikopter macam Oprah.

Semuanya serba mungkin ye. Dalam perjalanan tu kadang kadang kalau saya seorang saya pasang radio tu kuat sikit biar saya boleh menyanyi sekali, kalau ada teman anak bujang dan anak gadis saya maka saya suka berleter.

Kata orang kalau nak beri nasihat kat anak anak biar dlm kereta sebab dia tak boleh lari, tapi saya ni jarang juga berleter panjang panjang, letih! selalunya saya tanya pandangan atau pendapat kat diorang ni.

Saya jarang mengantuk waktu memandu sebabnya saya akan akan kunyah gula gula kalau terasa mengantuk.Saya lakukan ini demi "bangsa, masyarakat dan agama". Kalau saya mahu duduk rumah boleh aje , tapi saya dah berjanji pada diri saya sendiri dan saya mencabar diri saya sendiri"

Dalam perjalanan saya jauh ni saya akan mencari siaran yang menyiarkan seperti lagu "Yang" iaitu penyanyinya Wali Band, satu lagi lagunya " cari Jodoh". Kedua dua lagunya sedap di dengar , sebab nya mungkinlah liriknya,penyanyinya dan muziknya, semuanya main peranan hinggakan lagu ini memposanakan saya.

Senikata lagu "Yang"
Yang.. coba kau jujur padaku
Yang...foto siapa di dompetmu
Yang... Kot kamu diam begitu
Sayang,jawablah atau aku pergi sayang
Aku Tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu,siapa dirinya
Jangan hubungi ku lagu

Dan saya pun tidak hafal semuanya....
Manakala lagu cari jodoh pula

Apa salahku apa salah ibuku
Hidup di rundung pilu
Tak ada yang mau,tak ada menginginku
Ku cari pengubat rindu
Ku cari penawar
Ku cari kekasihku

Timur kebarat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian ke musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
ooo Tuhan inikah cobaan
Ibu ibu bapak bapak
Siapa yang punya anak

isssh saya pun tak hafal juga semunya. Tapi lagunya bestlah juga,

Tapi ada lagu orang putih yang sedap di dengar dan senikatanya halus dan menusuk kalbu
Tajuknya "My Way" oleh Elvis
antara senikatanya
And Now
The end is near
The final Curtain
My friend make it clear
i'll state my case
of which I m certain

dan ada senikata yang paling menusuk sekali bila tiba pada rangkap ini
I loved ,laughed, and cried

Kalau nak cerita pasal lagu ni macam macam lagu yang keluar kat radio,TV dan ada buat konsert. Tapi tak boleh lawanlah lagu P.Ramlee dan lagu Sudirman. Tapi walau apapun saya adalah minat semua lagu lagu yang berkumandang di corong radio dan termasuklah lagu tamil.

Lagu lagu ini boleh mengkhayalkan ,boleh menghiburkan dan boleh juga melembutkan jiwa yang keras. Teringat saya zaman anak dara dulu, ada seorang tu selalu nyanyikan saya lagu "musliha" iaitu lagu yg dinyanyikan oleh Othman Hamzah dan lagu ini banyak menyimpan kenangan indah buat saya kerana lagu ini seorang beragama buddha berbangsa china itu mahu masuk Islam dan hingga kini dia masih solo lagi munkin usianya sudah 6o tahun.

Tapi walau apa pun saya nak ucapkan terima kasih pada WALI BAND yg boleh menembusi pasaran Malaysia ini dengan lagu lagunya hinggakan saya pun ingin sekali bertemu dengan penyanyinya yang katanya belajar di Pondok Pasentren La Tahzan Sukabumi dan ada lagi lagunya yg best " ingat Sholawat" . Tahniah wali band.

Tuesday, March 16, 2010

KACANG LUPAKAN KULIT





Kacang yang paling sedap di makan waktu santai santai ialah kacang " cap tangan" iaitu kacang tanah yg merupakan makanan kudap kudapan tradisi zaman berzaman.

Kalau ngantuk pun kita makan kacang ni juga. Tapi kalau makan kacang banyak boleh buat jerawat tumbuh meliar di muka. Tapi tak ape makan sedap muka tumbuh jerawat pun tidak ape.

Ni lah sebut pasal kacang ni saya teringat satu simpulan bahasa " ibarat kacang lupakan kulit" maknanya kalau di saat dia memerlukan kita untuk membantu kita bantu sehinggalah dia berjaya atau istilahnya senanglah, bila dia mula berjawatan besar, ada kereta, ada rumah,ada duit lebih maka kita ni (orang yg menolongnya sewaktu susah dulu) di buatnya "seteru atau musuh" itulah perkataan mudah yg hendak saya sebutkan.

Inilah ada kawan saya bela 2 orang anak angkat. Di belanya semenjak umur budak 4 tahun kakaknya 3 tahun adiknya.Ibu budak itu meyerahkan pada kawan saya dengan alasan dia tak mampu nak menyara anak anak yg sebelas orang itu.Kawan saya ini sangat iklas menjaga,meyekolahkanya dan memberi kasih sayang pada budak itu.

Tahun demi tahun budak itu membesar dan pandai pula berlajar.Akhirnya bila keputusan SPM keluar si kakak dapat 5A dan adiknya PMR dpt 8A. Maka tanpa di duga oleh ibu angkat ni datanglah kedua ibubapa kandung budak ini untuk mengambil anaknya kembali kepangkuanya.Ibubapa angkat ini sangat sedih, tapi dia tidak boleh berbuat apa apa, akhirnya di akur dgn kehendak ibubapa kandung budak itu.

Maka baliklah kedua orang budak itu kerumah ibubapa kandungnya.

Mahu di pendek kan cerita,
kedua orang budak itu cemerlang dlm pelajaran dan masuk universiti serta mendapat jawatan yg tinggi.Satu hari ibu angkat yg pernah menjaga dan memberi pendidikan pada kedua orang budak ini telah membuat temu janji untuk berjumpa dengan anakangkatnya, tapi budak ini telah menghamun ibubapa angkatnya dengan kata kata yg tidak sepatutnya di lemparkan untuk seorang Ibubapa angkat yg menyekolah dan mendidiknya dulu. Jangankan anak angkatnya membalas budi ibubapa angkatnya tapi maki seranah pula di hadiahkan pada ibubapa angkatnya.

Inilah rupanya orang "kurang akal" maksudnya cerdik tapi tak berakal, hinanya orang kurang akal sangat menjijikan kerana dia tidak mahu mengunaka anugerah nikmat "akal" yg Allah beri padanya untuk membina "ukwah "pada orang yg berjasa padanya.

Tapi kawan saya ini tidak sedih, kerana dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai INSAN.

Monday, March 15, 2010

Tempat Anak Derhaka


Foto : Ibu dan anak

Foto Anak anak.

Kalaulah hendak di bincangkan pasal anak anak ini tak habis, selagi dunia ni tak kiamat maka kisah antara ibubapa dan anak anak ini ibaratnya seperti irama dan lagu "tak dapat di pisahkan" cerita anak anak derhaka ini telah banyak di paparkan TV,radio,kisah di zaman Nabi dulu pun ada juga iaitu seorang sahabat Nabi sendiri derhaka pada Ibunya walaupun dia sangat kuat beribadat, tapi bila dah nak mati itu ibu tak ampunkan dosa itu, nak gucap tak dapat.

Redha Ibubapa Redha Allah.

Kenapa ye redha Ibubapa ni redha Allah. Oooo senang aje wahai anak anak yg di luar sana. Kalau dari mula lagi ibu di dapat hamil tu, haaa bermulalah wajah baru dalam kehidupan seorang Ibu,sembilan bulan sepuloh hari membawa bebenan kemana sahaja.

Dan kalau dah tiba masa nak melahirkan itu, cuba anak anak tengok kat hospital bersalin tu, menjerit,melolong dan ada tu yg minta mahu mati sahaja. Punyalah sakitnya kalau yg jenis anak derhaka pula nak bersalin, selagi maknya tak ampun maka dia rasa pula bagaimana azabnya utk melahirkan.

Saya pernah lihat ada ibu yg sangat sakit mahu melahirkan anak dari 6 pagi sampai 12 tgh malam belum beranak lagi.

Ni kalau orang lelaki nak tahu macamana ye, setiap kali "gesa" iaitu sakit yg datang ( buka ruang untuk mengeluarkan kepala bayi itu)mula mula sejam sekali,pas tu setengah jam dan bila sampai pada yg 5 minit sekali itu biru, hijau muka si ibu.

Kalau dapat bidan yg suruh lahir secara normal itu tanpa bantuan apa apa maka di saat itulah mahu sahaja si ibu menukarkan nyawanya dengan kelahiran anaknya.Kalau orang bukan Islam tu akan keluarlah perkataan menyumpah meyeranah suaminya tapi kalau orang Islam mana yg ada pegangan agama itu boleh di bawa mengucap dan berzikir. Kadangkala anak keluar tu terkeluar sekali najis si ibu dan kalau selepas bersalin tu badan tak boleh bangun kerana kesakitan dan kelemahan mengeluarkan seluruh tenaga utk seorang manusia.

Begitulah wahai anak anak, nyawa ibu adalah tukaranya untuk melahirkan seorang anak dimuka bumi ini.

Tapi bila anak sudah membesar maka anak anak ini lupa pada siapa orang yg melahirkanya kedunia dulu dengan nyawa sebagai pengalang.

Bila anak anak tu dah pandai berkata kata dan dia ingat dia dah pandai jaga diri, dah sekolah tinggi sikit, dah rasa bertamaddun sikit maka "IBU adalah SETERU".

Kenapa ibu jadi seteru, sebabnya ibu sering beri nasihat, dia tak suka dengar, ibu selalu mahu dia jadi orang baik baik dia tidak mahu, dia mahu ikut hala yahudi dan syaitan yg menghasut.

Dan kalau si ibu ajak anaknya tu menolong si ibu maka banyaklah helah si anak.

Kalaulah anak itu dah bekerja mulalah dia rasa kedekut dengan si ibunya dan rasa sayang duit untuk beri pada ayah dan ibunya kerana katanya " aaah aku pun tak cukup, mana lagi nak bayar kereta, mana lagi bayar rumah besar yg isteri idamkan, mana lagi membeli perabut, mana lagi bini nak shopping bulanan dan mana lagi nak beli alat teknologi yg canggih.

Wahai anak anak yang di luar sana, Ibu anda adalah nyawa anda. Jika ibu anda tidak redha dengan kehidupan anda jangan anda mimpi untuk mendapat keberkatan dlm hidup ini.

Ibu anda melakukan satu pertarungan yang mempertaruhkan "NYAWA" untuk anda. Dan anda tidak rugi jika anda jadi orang baik baik.

Apakah ciri ciri anak yag baik
1 Taat kepada Ibubapa kecuali perkara maksiat yg menyekutukan Allah
2 Beradab bila bertutur dgn keduanya jangan asyik nak merengus dan marah sahaja
3 Selalu kucup pipi dan dahi keduanya
4 Memuliakanya, jangan bila di minta baru nak beri
5 Tolong bantulah kerja kerja tanpa di suruh arah
6 Sentiasa menjaga kehurmatanya dan juga harta bendanya
7 Kalau di panggil jangan buat pekak. Kalau ibu anda terasa di hatinya, anda boleh boleh jadi tuli kalau Allah tarik pendengaran anda
8 Jangan meninggikan suara, kalau suara ibu anda tinggi pada anda maka anda diam sahaja
9 Kalau dia sedang bercakap jangan potong percakapanya
10 Jangan keluar rumah tanpa izin keduanya.
11 Jangan mecacatkan hati dan perasanya dgn perbuatan yg dia tidak suka

Kalaulah anda memulikan ibubapa maka kehidupan anda sangat aman dan umur anda di berkati dan anda jangan lupa anak yg soleh itu di jamin SYURGA. Kalau anda membuat hati Ibubapa anda gundah gulana atas dunia lagi seluruh kehidupan anda tidak di berkati dan amalan anda tiada maknanya.

Sunday, March 14, 2010

Budaya Gotong Royong



Foto Baihaqi dan pasanganya,sama cantik sama pandan.Pandai banglong cari pasangan.Kalau dah jodoh tak kemana.


Foto : Ini pasangan yang sangat secocok, dulu,hari ini dan selama lamanya. Keluarga bahagia.En Idrus dan Norzaini.
Foto : Antara sepupunya yang datang meraikan majlis Baihaqi, tapi ada juga sepupunya yg tak datang busy atau lupa.

Foto : Ini Pak Tam dan anak buahnya serta sebelah tu Mak Lang dan Pak Lang, tak tau apa ceritanya gelak besar aje Pak Tam.

Foto : Budaya yang kian pupus, aturcaranya sangat tersusun, untuk basuh pinggan dan periuk belanga aje satu khemah.

Foto : Dalam banyak makanan yg istimewa dan inilah yg paling istimewa. Namanya kerabu mangga. Memang sedap dan sungguh sedap.
Foto puashatilah makan, ada kerabu mangga, ayam goreng berempah, daging masak cili api, sambal belacan, ikan masin, ulam ulaman dan buah tembikai serta air pepsi.

Foto : Gotong royong, masakan sentiasa berasap asap. Kalau di bayar pun tidak terbayar.

Foto : Ada majlis khatam quran, meriah...

Saya sangat tertarik dengan walimah anak saudara saya itu Baihaqi anak sulong kepada pasangan Idrus Jamhari dan Norzaini Zakaria.

Hari ini dunia semakin canggih dan dunia juga semakin hilang budaya melayu seperti mengadakan majlis walimah untuk anak anak dengan cara gotong royong. Kepupusan budaya yg indah begini tidak boleh di biar begitu sahaja.

Nanti orang yg membuat hotel akan mengaut keutungan yg lumayan sempena musiam cuti sebab ramai orang akan menguna hotel untuk majlis perkawinan.

Walau di hotel serba serbi lengakap dan canggih, tapi tidak secanggih majlis yg saya hadiri ini. Baihaqi telah melangsung akad nikah di Pulau Pinang seminggu yg lalu,meriah.

Manakala majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki iaitu hari semalam 14hb Mach .

Mula mula sekali mufakat dan setelah itu kata kata di ikat dan seterusnya pada hari yang di nanti nantikan orang yang diamanahkan untuk menjalankan tugas semuanya menjalankan tugas mereka dengan penuh bersemangat dan serba bertanggung jawab.

Baguslah, saya pun tidak sangka masih ada lagi budaya yg indah ini mewarna suasana kehidupan pada hari ini. Iyelah bak pepatah melayu "bulat air kerana pemetungnya"


Thursday, March 11, 2010

Jatuh Terlentang atau Terduduk

Foto : Nik Nurmadihah pelajar cemerlang tahun 2008 20A.


Hari ini keputusan SPM keluar, tadi si bongsu call dari sekolahnya tanyakan khabar abangnya. Saya jawab OK secara tawar sahaja. Tapi hati kembali girang bila keputusan di sekolah Men Agama Bt 10 Hulu Langat mendapat keputusan yg sangat cemerlang. 4 oransg 12 A,kalau 11A ,10A,9A,8A, atau yg paling koman pun 7 A,

Gitu ye kalau belajar betul betul. Dan saya ucapkan taniah buat sekolah yg pelajarnya cemerlang. Sejuk hati pengetua dapat lahirkan insan yg bijak pandai dan orang yang berilmu. Kepada yg gagal atau kurang cemerlang tu, masih adakah esok untuk anda? Bak kata pepatah china "Peluang hanya datang sekali" anda punya pisau anda punya timun. Hirislah ikut suka hati.

Kalau gagal bukan bermakna Cikgu tak mengajar. anda main main.tak ambil perhatian, tidur waktu cikgu mengajar,malas,merokok dan suka melawan. Ini ciri insan yg bernasib malang. Sebenarnya untuk berjaya itu terbentang luas, tapi nafsu dan kegagalan anda menguruskan diri anda sehingga menjerumus anda kedalam kancah "malu pd diri sendiri" -Sendiri mau pikir ye -Pepatah Nabil

Tuesday, March 9, 2010

TIADA BEZA

Hari ini saya mengadakan satu mesyuarat untuk perlancaran Taman Bimbingan Kanak Kanak Kaum Peribumi di Kg Merbau,Maran Phg.Mesyuarat Jam 2.00 ptg, tapi jam 12.00 tgh hari saya dah sampai balairaya dengan Ummu Sakinah.Saya sebagai tuan rumah dlm mesyuarat ini agak rasa sangat letih sekali
1 Membersihkan balairaya yg sangat kotor
2 Cuaca panas
3 Tiada sokongan dari masyarakat Jiran iaitu dari penduduk kampung berhampiran iaitu kedua duanya orang Melayu dan Islam

Setelah membersihankan balairaya itu kami di kunjugi oleh kanak kanak dan ibu ibu kaum peribumi, dia ingatkan kami nak buka kelas, jadi dia orang ini datang nak belajar, jadi saya ajak sembang sembang dan bertanya khabar mereka.

Tak sangka saya bila di beri peluang mereka ini meluahkan isi hati mereka bermacam macam masalah yg mereka bangkitkan. Ingatkan orang asli tidak pandai cakap, rupanya kalah menteri.

Mereka membentang perkara tentang bagaimana peyaluran bantuan dari pihak tertentu untuk orang asli. Rumah kos rendah yang bernilai RM 20,000 itu di buat seperti harga RM 8,000 sahaja. Belum masuk untuk tinggal dah pecah,retak dan batu batanya mudah tercabut. Bilikair nya teruk dengan sistem air bertakung. Agaknya orang tukang buat ini tidak guna minda agaknya, kalaulah buat bilik mandi itu mestilah ada lubang yang agak besar sikit supaya air mandian itu keluar kelongkang.

Pintunya di buat dari papan playwood yg paling murah, sekarang dah reput sebab kena hujan dan panas. Piawaian letrik sangat teruk. Alangkah hinaya orang yang bernama kaum peribumi ini. Apalah guna menunjuk nunjukan bantuan di beri tapi seperti hampas.

Tak ape itu bab rumah, ini saya tak sentuh lagi duit tanam semula kelapa sawit.

Kali ini saya nak sentuh sikit bab pendidikan untuk kanak kanak orang asli yg berada di Jajahan Maran iaitu sebanyak 9 penempatan termasuklah Kg Merbau yg di kendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Orang Daerah Maran. Saya dah mengadap orang orang yg berkenaan di Jabatan Hal Ehwal Orang Negeri Pahang ni dah 3 kali supaya ada pihak yang berwajib masuk campur untuk pihak kami mengadakan Kelas Kanak Kanak. Saya bukan minta RM 5000 sebulan untuk membiayai sebuah kelas pendidikan untuk kanak kanak orang asli, saya minta RM 1200 dan minta mereka campurtangan dalam usaha yg murni ini iaitu untuk elaun 2 orang guru dan beri makan kanak kanak orang asli tersebut.

Tapi apa kata pegawai berkenaan. "Kat Kg Merbau tu mana kanak kanak lagi" ewaah cakap perkara yg dia tidak tahu. Kalau nak kiralah saya datang ke Kg Merbau itu untuk adakan program dgn orang asli dengan dia ambil kisah penempatan orang asli di bawah naungan dia boleh jadi 10 kali lebih banyak saya datang.

Ni saya nak beritahu bahawa ibu ibu muda kaum peribumi itu setiap tahun beranak sehinggalah misi di kelinik kesihatan kata "stop" dan di ikat peranakanya barulah dia tidak beranak, cuba kira satu keluarga ada 10 orang anak, kalau 26 keluarga jadi jumlahnya ramai. Kalaulah dikatakan tiada kanak kanak nak sekolah di tadika yang mahu saya buat ini itu bohong besar.

Saya tahu bahawa kami NGO tidak ada duit untuk melobi atau beri duit kopi, tapi saya minta tolong ambil perhatian kepada permasalahan yg orang hadapi dan jangan sekat kalau ada NGO atau lain badan bukan kerajaan untuk membantu. Saya harap kepada yg terlibat faham kedudukan yg sebenar.