Foto Baihaqi dan pasanganya,sama cantik sama pandan.Pandai banglong cari pasangan.Kalau dah jodoh tak kemana.
Foto : Ini pasangan yang sangat secocok, dulu,hari ini dan selama lamanya. Keluarga bahagia.En Idrus dan Norzaini.
Foto : Antara sepupunya yang datang meraikan majlis Baihaqi, tapi ada juga sepupunya yg tak datang busy atau lupa.
Foto : Ini Pak Tam dan anak buahnya serta sebelah tu Mak Lang dan Pak Lang, tak tau apa ceritanya gelak besar aje Pak Tam.
Foto : Budaya yang kian pupus, aturcaranya sangat tersusun, untuk basuh pinggan dan periuk belanga aje satu khemah.
Foto : Dalam banyak makanan yg istimewa dan inilah yg paling istimewa. Namanya kerabu mangga. Memang sedap dan sungguh sedap.
Foto puashatilah makan, ada kerabu mangga, ayam goreng berempah, daging masak cili api, sambal belacan, ikan masin, ulam ulaman dan buah tembikai serta air pepsi.Saya sangat tertarik dengan walimah anak saudara saya itu Baihaqi anak sulong kepada pasangan Idrus Jamhari dan Norzaini Zakaria.
Hari ini dunia semakin canggih dan dunia juga semakin hilang budaya melayu seperti mengadakan majlis walimah untuk anak anak dengan cara gotong royong. Kepupusan budaya yg indah begini tidak boleh di biar begitu sahaja.
Nanti orang yg membuat hotel akan mengaut keutungan yg lumayan sempena musiam cuti sebab ramai orang akan menguna hotel untuk majlis perkawinan.
Walau di hotel serba serbi lengakap dan canggih, tapi tidak secanggih majlis yg saya hadiri ini. Baihaqi telah melangsung akad nikah di Pulau Pinang seminggu yg lalu,meriah.
Manakala majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki iaitu hari semalam 14hb Mach .
Mula mula sekali mufakat dan setelah itu kata kata di ikat dan seterusnya pada hari yang di nanti nantikan orang yang diamanahkan untuk menjalankan tugas semuanya menjalankan tugas mereka dengan penuh bersemangat dan serba bertanggung jawab.
Baguslah, saya pun tidak sangka masih ada lagi budaya yg indah ini mewarna suasana kehidupan pada hari ini. Iyelah bak pepatah melayu "bulat air kerana pemetungnya"
No comments:
Post a Comment