Foto : Ini Cinta, anak yg sangat sayang pada Ibunya Milla, Garang tau, tak taulah baka apa ni, jangan dekat dia marah,
Foto : Ini Stecy anak Milla, baka campuran.Sudah mati gigit dik semut
Di rumah saya ada beberapa ekor kucing dan kami anak beranak adalah keluarga yg bahagia dengan kucing. Bilangan kucing di rumah tidak boleh kurang dari 5 ekor , kalau kurang mesti cari di pasar atau kalau nampak kucing merayau rayau maka kami akan kutip. Saya ada seekor kucing betina yg di panggil Milla, cantik matanya hijau, saya belanya sudah 5 tahun dulu iaitu semasa dia masih baby lagi.
Milla telah melahirkan anak sebanyak 2 kali sahaja. Kali pertama anaknya berbagai ada yg bulu lebat dan ada yang bulunya macam kucing kampung. Selepas itu Milla melahirkan lagi anaknya sebanyak 4 ekor, tapi malangnya 3 mati dan tinggalah seekor yg di beri nama CINTA.
Kini Milla hanya tinggal nafas terakhir sebagai Ibu, dia sakit sudah hampir sebulan, badanya sangat kurus dan dia tidak mahu menjamah makanan, milla hanya sekali sekala sahaja minum. Milla tidur sahaja di satu sudut di rumah kami. Kalau anak anak mencium dia akan sepak dan kalau kami usik dia akan marah.
Kami tidak tahu apakah peyakit Milla. Saya sangat kesian padanya. Milla sudah tidak selincah sewaktu dia muda muda dulu. Iaiatu Milla adalah Ibu yang sering jadi Ibu susu kepada beberapa ekor kucing pungut.Kami tidak paksa, tapi Milla sedia berkhidmat untuk kelebihan yg dia ada.
Milla adalah kucing yg sangat prihatin kepada lain lain kucing yang menjadi tetamu tidak di undang kerumah kami. Kini Milla sering sendirian. Dia tidak mahu anak anaknya datang dekat padanya mungkin dia tidak mahu anak anak simpati dengan peyakitnya.
Sekarang anak anaknya memandang saja dari jauh cuma ada seekor anaknya yg bernama Cinta sahaja yg menjilat jilat muka Milla walaupun kadang kala Milla marah.Tapi Cinta tetap dekat dengan Milla dan Kalau Cinta menjilat mukanya milla akan duduk sekejap kemudian lari.
Cinta selalu juga teman milla tidur. Nampaanya sayang Cinta pada Milla ini sungguh luarbiasa, satu hari saya lihat cinta tidak ada tidur di tempat biasa, maka kami pun carilah sebab nak bagi dia makan, panggil punya panggil tidak keluar. Bila kami mahu keluar dan nak kunci pintu tiba tiba Milla datang menjenguk dari bilik dan di belakangnya ada Cinta. Milla kelaur di iringi Cinta.
Saya syahadu melihat Ibu tua di saat nyawanya mahu berpisah dengan jasabnya dan saya pilu melihat kesetiaan Cinta iaitu anaknya terhadap ibu tua yg sedang sakit. Dimanakah berahkirnya kisah Milla bersama Cinta?
Esok saya ada cerita CASH DARI ALLAH dan ini kisah benar.
No comments:
Post a Comment