Tuesday, March 2, 2010

ANAK PEREMPUAN HISAP ROKOK



Hari ini kalau tengok pelajar sekolah rendah darjah 4,5,6 hisap rokok itu adalah perkara biasa dan kalau tengok pulak pelajar sekolah menengah bermula dari tingkatan satu hingga keatas hisap rokok itu adalah lumrah.

Tapi yg membinggungkan ialah anak perempuan yg sekolah menengah hisap rokok. Iye hisap rokok, ni mak bapak yg sibuk siang malam ni jangan ambil tidak tahu sahaja kegiatan anda di sekolah,atau di luar waktu sekolah. Anak harus di pantau dan di ikut kemana halanya bila dia mula membuat sibuk tidak tentu arah.

Semalam saya ke Kajang, di Pasaraya Metro di tangga bahagian belakang iaitu jalan kecemasan saya lihat 20 orang pelajar sekolah menengah yang berusia 13 - 15 tahun duduk melepak atas tangga dengan beberapa botol minuman arak dan menghisap rokok sambil bertepuk tampar dan gelak gelak kuat kuat. Apakah ini berlaku tidak di sedari oleh ibubapa.

Kalau ibubapa lihat anak itu sudah mula melawan, meliar sahaja dan degil maka emak bapak harus menerima padah apa yang saya lihat. Pelajar sekolah ini ponteng kelas, minum arak dan hisap rokok. Yang paling kesianya bila saya tegur apa dia kata " eh mak cik susah apa, ada anak mak cik ke di sini" ya Allah kenapa keadaan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan negara seperti ini lagaknya. Apakah akan jadi dengan negara kita jika di warisi oleh peminum arak, biadap dan hidup dlm sosial tidak sihat.

No comments:

Post a Comment