Monday, March 1, 2010

MASIH ADA SINAR


Saya pun tidak tahu macamana nak beritahu rakyat Malaysia tentang gejala MURTAD yg sedang hangat menjalar ini. Kadangkala berita murtad ini di tutup oleh cerita perebutan kuasa antara orang politik yang beragama Islam,di tutup dengan cerita artis artis yang gila glemer dan di tutup dengan aktiviti sukan negara yang ingin menjadi juara dalam semua game.

Maka isu murtad ini hanya sebuah al kisah kecil sahaja. Ingat! wahai para pemimpin yang memimpin negara Islam.Tanggungjawab anda terlalu berat. Pemimpin hari ini adalah pemimpin yg gagal mentadbir rakyaat tapi bijak mengurus hartabenda rakyaat dan negara

pemimpin hari ini adalah pemimpin yang rakus,rengus dan pemimpin yang menjadikan jawatanya sebagai landasan untuk memenuhi tuntutan nafsunya.

Apakah mahu di nafikan perkara ini

apakah pemimpin hari ini takut di kritik?

Sebagai pemimpin tidak kiralah siapa anda,samada pemimpin dirumah,di Desa, di Kota atau di Negara maka tugas utama yang harus dilihat apakah perkara yg sedang berlaku di sekitar kita?

Hari ini murtad adalah satu tregedi yang sangat berat sedang melanda di negara kita. Kalau orang Asli murtad sebab kurangnya perhatian dari orang orang yang tertentu utk membantunya mendalami agama Islam apakah kita setuju? saya sendiri mengalami keadaan begini.Seorang pegawai Pejabat Agama Islam Daerah tidak tahu bahawa di kawasan ada orang telah di Islam dan telah murtad dan dia tidak pernah sekalipun menjejakan kakinya ke Kampung yang diberitahu ada orang yang telah murtad.

Kalau beginilah keadaanya maka siapakah nak salahkan. Kami sebagai sebuah NGO yg berhempas pulas untuk membantu orang yg berada di Daerah itu untuk mengadakan "pemulihan akidah", tapi mereka ini semuanya buat tidak kisah dan tidak ambil berat sahaja.

Katakanlah kakitangan tidak cukup sekurang kurangnya mereka bantulah dari segi mencari dana atau membantu makanan sukarelawan yg sanggup bertugas itu. Ini tidak semua aktiviti yang terbabit dengan agama pun pun perlukan "protokol" Kalaulah bab agama di perlekehkan macam ini seperti perlukan "protokol" maka tunggulah satu ketika ini nanti Malaysia akan jadi macam Padang, macam Filipina, macam Acheh dan berbagai lagi petunjuk Allah untuki umatnya angkuh, lalai dan mementing kehidupan sendiri. Saya berharap adalah insan yang mahu membantu NGO Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) ini untuk meneruskan misi yang berat ini iaitu "pemulihan akidah"

No comments:

Post a Comment