Sunday, March 7, 2010

10 TANDA


Semalam gi kuliah mingguan wanita di Surau an-Nur,peceramahnya Ustaz Amir Muktakim Abdul Rahman. "Best giler" pinjam kata kata Salman.
Bestnya dia cerita pasal kenapa dia lewat. Sepatutnya kuliah jam 9.30 pg tapi Ustaz Amir sampai jam 10.00 pgi.

Kita orang dekat 300 orang wanita,ibu ibu, gadis setia menunggu penceramah ini . Katanya dia lewat sebab dia di jemput untuk uruskan mandi jenazah seorang lelaki yang berusia 30 an.

Lelaki ini ada sakit jantung. Sepatutnya dalam urusan mandi, kapan sehinggalah di sembahyangkan dia boleh siap 1jam 30 minit, tapi kali ini dia lambat sikit kerana ada masaalah dgn jenazah tu. Apa masalah tu? kata Ustaz Amir.

Lelaki ini ada menjaga ibunya yang berusia 65 tahun, ibu ini tinggal denganya sudah 2 tahun dan dia tidak ada orang gaji , jadi 100 urusan rumahtangganya terletak atas bahu ibu tua ini. Isterinya berjawatan besar dan dia lagilah besar, ada anak 2 orang. Rumah besar,kereta besar. Jadi untuk uruskan semuanya maka Ibu ini lah yang merangkap semua sekali.

Kadangkala itu kalau ibunya buat silap sikit di dalam menguruskan kebersihan rumah, pakai makan minum keluarga anaknya maka lelakinya ini akan memarahi, memaki,menghamun,mencela ibu tua ini tanpa rasa kesian pada ibunya.

Tapi ibunya sabar kerana dialah satu satu anak ibunya. Ibunya sangat sayang pada anaknya

Baru baru ini lelaki( anak ibu tu lah) sakit kuat kerana menghisap rokok dan barah paru paru, akhirnya dia menghembuskan nafas dalam keadaan yang sangat perit iaitu nyawa yg berada di kerongkongya nak keluar dari jasadnya memakan masa tiga hari.

Dah lah tu bila dah mati, maka Ustaz Amir di panggil untuk memandikan jenazah.Alangkah terkejutnya bila melihat tubuh orang lelaki ini di tumbuh macam sejenis peyakit seperti cacar iaitu yg mengandungi darah dan nanah di seluruh badan. Manakala lendirnya menyelaputi seluruh badanya dan berbau sangat hanyir. Ustaz Amir mengambil masa 2 jam untuk mandi sahaja.

Bila di tanya pada isterinya kenapa suaminya jadi begini, isterinya menjawab " suami sering marah dan tenking ibunya" Allah bayar cash di atas dunia lagi untuk anak yang derhaka"

aaah itu sebablah lambat datang kerana Ustaz Amir menguruskan jenazah anak derhaka. dahsyat ye !

Ini saya nak tulis sedikit info tanda tanda orang nak pergi, ini dlm kuliah Ustaz Amir

1 Tapak kaki lurus
2 Hidungnya tunduk/hidung tidak berpeluh
3 Sendi pergelangan tangan renggang
4 Lidah kelu atau tertutup selera/tertutup selera
5 Perubahan tabiat
6 Tidak kenal sahabat atau saudara mara atau juga orang terdekat.
7 Terlalu dahaga.
8 Meminta esuatu yg ganjil
9 Mata selalu memandang keatas/menunggu malakat maut
10 Tidak ada timbal balik pernafas


No comments:

Post a Comment