Friday, March 5, 2010

AZABNYA BELAJAR


Madarasah al Muhajirin di Kg Shoun Kemboja.di bina di atas keringat seorang yang bernama Ustaz Zainal. Kesusahan yg macamana? kalau saya cerita pd anda mungkin hati anda akan tersentuh dan rasanya mahu bertemu dgn orang yg hebat ini. Madarasah al Muhajirin yg tersergam gagah pada hari ini adalah lambang kekuatan hati seorang yg bernama INSAN yang CINTAKAN ILMU.

Ketika mula mula beliau meneroka tempat yg terletaknya Madarasah al Muhajirin tu iaitu kira kira 6 tahun dulu ustaz Zainal telah meyampaikan hasrat murninya kepada pemimpin kampung di Kg Shoun tersebut untuk membuka sebuah pusat pengajian bila beliau mendapati keseluruhan anak orang Islam di kampung itu tidak bersekolah.

Ketua kampung itu dengan lapang dada telah menunjukan kepada Ustaz Zainal sebuah surau yg sudah lama tidak di guna oleh orang kerana jauh dan sebab keduanya surau terletak di dalam semak samun dan keadaan surau itu sudah hampir mahu meyembah bumi. Surau yg terletak di dalam semak samun itu tidak ada apa apa kemudahan letrik atau sumber air.

Dengan semangat yg gigih seorang ilmuan ini ustaz Zainal telah meneroka surau itu dan membersihkannya beberapa hari. Selepas itu dia berjumpa sekali lagi dgn ketua kampung untuk mencari anak anak yg ingin belajarnya di Surau itu.

Dua minggu selepas itu datang 5 orang kanak kanak lelaki yang berusia 13 - 15 tahun untuk belajar. Ustaz Zainal meletakan syarat bahawa anak anak yg belajar itu tidak boleh pulang pergi dan mesti duduk di surau itu. Ibubapa meraka akur,

Dalam keadaan yg tiada berletrik hanya guna pelita sahaja, tiada air dan Ustaz Zainal mengajak pelajarnya mengali perigi dan kalau mereka mahu membuang air kena gali lubang dulu sebelum buang air. Manakala di sekitarnya semak samun masih menebal dan binatang buas masih berkeliaran.

Ustaz Zainal mula mengajar menulis dan membaca serta ajar Quran pada pelajarnya seramai 5 orang itu bermula sebelum subuh, Selepas subuh pelajarnya di ajak membersihkan kawasan sekitar, Manakala untuk makan Ustaz Zainal ada membawa sedikit bekalan beras dari kampungnya dan ikan masin, itu saja stok makanan yg dia ada untuk bertahan. Untuk sarapan pelajarnya ustaz Zainal merebus beras untuk buat nasi rebus bagi menjimatkan beras.

Bila menjelang tengahari Ustaz Zainal mengajar lagi muridnya sehingga Zohor.Makanan tengahari Ustaz Zainal masak nasi dan bakar ikan masin, manakala pucuk kayu di rebus sahaja. Ustaz Zainal mengunakan dapur kayu untuk memasak.

Lepas solat Zohor Ustaz mengadakan kelas lagi untuk murid muridnya dan selepas solat asar Ustaz Zainal mengajak muridnya keluar ke kampung untuk bertemu dengan penduduk Kampung untuk dia mengajar ilmu agama.

Sebelum magrib mereka balik dan sekali lagi ustaz Zainal memasak untuk murid muridnya. Selepas Solat Isyak Ustaz Zainal mengajar muridnya mengunakan pelita sehinggalaj jam 10 malam.

Jam 4.30 pagi ustaz Zainal sudah mengerak kan murid muridnya untuk bangun solat hajat dan belajar mengaji.

Ini rutin yg Ustaz Zainal tempuh sehinggalah setahun, dan untuk tahun kedua Ustaz Zainal nekad datang Ke Malaysia cari dana dan dia telah membesarkan surau itu dan telah membina 2 buah pondok untuk menempatkan 15 orang pelajar.

Ustaz Zainal bukan sahaja pengusaha yg sangat gigih untuk mendirikan sebuah madarasah untuk pengajian anak bangsanya, dia guru yg hebat, dia tukang masak yg mulia memasak makanan utk beri makan muridnya dan dia juga adalah pencari sumber kewangan untuk menampung keseluruhan makanan minum dan kitab anak muridnya.

Kini murid Ustaz Zainal bertebaran di Malaysia, Indonesia dan Thailand, Tapi anak muridnya tidak sehebat Ustaz Zainal.

Ini cerita ustaz Zainal dan banyak lagi cerita yg lebih menarik lagi tentang Ustaz Zainal ini yang akan biografikan dalam MADARASAHKU.

Di sini juga buat anakndaku yang berada di Indonesia iaitu Ummu Solehah dan Nukman, Serta Syafiq yg berada di Kanada, anda adalah insan yg sangat bertuah dan mengelumangi nikmati belajar yg tiada taranya. Anda tidak bergelap, anda tidak berlapar dan tubuh anda tidak di gigit unggas dan anda tidak didalam ketakutan bila malam malam menjelma mengenangkan binatang buas megelilingi temapt pengajian anda.

Jika berlaku sedikit masalah ketika anda belajar itu adalah seperti gigitan semut. Kalau anda tidak merasa kesusahanya belajar maka anda tidak akan menikmati kelebihan ilmu yg anda ada dan kemampuan anda sebagai orang berilmu, beramal dan beriman.

Sekarang Madarasah Ustaz Zainal adalah madarasah yg kedua terbesar di Kemboja. Saya sangat kagum dgn kegigihan insan ini.

No comments:

Post a Comment