Sunday, February 28, 2010

PISAU CUKUR


Teringat saya satu peristiwa iaitu seorang teman zaman saya sekolah dulu. Sekarang dia telah menduda 2 kali kerana tidak serasi dengan bekas isterinya. Yg pertama isterinya menuntut cerai sebab keluarganya isterinya tidak suka padanya sebab pendapatanya ketika itu belum stabil dan selalu menghadapi masalah kewangan dan lagi pun bekas isterinya anak manja dan tidak mampu untuk berdikari.

Haa ini saya nak sampaikan ceritanya yg di luahkan pada saya sebulan yg lepas iaitu bekas isterinya yang kedua itu "kaki cukur" geli geleman bila di sebut kaki cukur ini. Makna "cukur" ini adalah "mengikis" atau mempergunakan seseorang atas niat yg tidak baik.

Zaman dulu kalau kaki cukur ini anak anak gadis dari keturunan orang yg tidak baik atau anak anak joget, tapi hari ini kaki cukur adalah dikalangan mahasiswi, isteri isteri yg tamak haloba atau wanita wanita yang ada kepentingan hidup mewah di zaman serba duit ini.

Kata kawan saya itu dia ini terpikat dgn seorang gadis, mula mula berkenalan memang nampak keiklasanya dan bila sudah lama lama berkawan, gadis itu dapat menghidu jawatanya, dan harta yang si lelaki ini ada. Maka si gadis itu mulalah merengek rengek. Kawan saya ini boleh di kata orang yg berjawatan juga iaitu sebagai pengurus sebuah kilang milik orang Korea dan gajinya lebih kurang lapan ribu sebulan , ada kereta sport dan kad kredit pun adalah dua keping.

Bila sudah mesra maka gadis pun mula naik tocangnya iaitu kalau makan tak mau kedai mamak, paling lakeh pun kat white coffe, beli baju, shopping.

Bila time orang lelaki ini dapat gaji aje yg si gadis ini datang dari utara sana nak bertemu dengan sang kekasihnya. Tapi org lelaki i ni tidak perasan lagi bahawa wanita sedang licik mengcukurnya.

Akhirnya pasangan ini telah mengambil keputusan untuk bertunang, maka bertunanglah selama 2 bulan. Dlm masa 2 bulan ini si lelaki ini boleh habis RM 14 ribu iaitu buat beli barang hantaran untuk si gadis ini dgn si gadis ini yg memilihnya dan boleh di katakan semua barang berjenama sehinggalah si gadis sanggup bermalam di kota raya untuk shopping kawin.

Bila dah kawain gila gilanya mencukurnya makin teruk, pakaian yg mewah, makan yg sedap dan kehidupan yg santai. akhirnya kawan saya terkulai kulai sebab dapat gaji asyik bayar kad kredikt sahaja.

Maka belum dapat anak lagi kawan saya ini terpaksa berpisah dgn isterinya yg sangat di sayanginya kerana si lelaki ini sudah angkat tangan tanda tidak sanggup lagi untuk di cukur bagi membiayai satu kehidupan yg sangat mahal.

Kata kawan saya ini kalau tidak di turutkan kehendak hatinya muka isteri ini akan mucung macam ikan todak. Kalau di ikutkan dia senyum macam ikan gelama. Haa begitulah nasib lelaki sekarang ini yg sering jadi janggut atau jadi misai yg sering kena cukur oleh pisau pisau yg tajam.


Friday, February 26, 2010

SUKARELAWAN

Segera Untuk Mengisi Jawatan Sukarelawan sebagai Pembimbing Kanak Kanak Kaum Peribumi

Kelas bermula 9hb Mac 2010

Tempat

Balairaya Kg Merbau, Maran Phg

Jumlah Murid : 20 Orang

Keadaan Semasa

Penempatan Orang Asli ini adalah sebuah perkampung di Pinggir Bandar Maran.

Sejarahnya Orang Asli yang seramai 240 ini pernah di Islamkan oleh pihak JAKIM, tapi usaha ini tidak berterusan maka orang asli ini kembali semula kepada agama asalnya secara beramai ramai dan kini semuanya kembali murtad.

Walauapa pun kita sebagai insan yang memperjuangan untuk menegakan Islam di bumi Allah ini bantulah saya untuk meneruskan usaha ini iaitu dalam misi 'PEMULIHAN AKIDAH" Ini perjuangan yang sebenarnya dan sekarang ini kristian sudah lama bermaharajalela di Kg Merbau ini. Dan aktiviti mereka sangat licik kerana mereka mampu melakukanya.

Untuk tugasan ini saya sangat memerlukan seorang atau dua orang sebagai Pembimbing kelas Kanak kanak Orang Asli Kg Merbau ini.
tenaga anda sangat di perlukan

email: asrusnah@gmail.com
Tel : 013- 3596574

TIADA STAMINA

Foto : Sedang menunaikan solat di puncak gunung Datok,Rembau NS


Foto : Aku berjaya juga akhirnya, syukur padaMu ya Allah. Jerit ayahchik

Foto : Kepulangan kumpulan pendaki Gunung Datuk di sambut dengan minum petang di kedai mamak.


Foto : Srikandi 22 Ummu Sakinah,jalan perlahan lahan,kesian ada orang mahu tolong bawakan beg sekolah Ummu Sakinah.
Foto : Antara pendaki yang kurang stamina.

Pada 21hb Febauri 2010 aktiviti memanjat gunung Datok di Rembau NS adalah satu peristiwa yg sangat ngeri buat seorang pemuda, kata orang kalau nak panjat gunung yg ketinggian mengapai awan ini kena jogging dulu sekurang kurang 5 kilo meter selama seminggu, kalau tidak tercabut kepala lutut. Tapi bagi orang aktif seperti En Nizam,En Salman al Farisi,En Zulatif, En Zairie tidak jadi masaalah kerana mereka ini orang yg sentiasa bergerak dan mempunyai daya stamina yang stabil.

Yang jadi sedihnya ialah Komando Aziz yg mengetuai misi panjat gunung Datok ni, dia tak panjat alasanya tunggu kat bawah sebab nak tunggu kalau kalau ada orang yang panjat tu terjadi sesuatu maka dia cepat cepat boleh bantu. Tapi itu sekadar alasan kerana kepala lututnya dah longgar, kalau panjat nanti aah masalah juga.

Manakala Perunding Mativasi Hj Muhammad pula telah meninggalkan aktiviti memanjat ini 40 tahun yg lalu dan dia pernah memanjat gunung Datok ini sebanyak 6 kali di waktu gunung Datok dalam keadaan semak samun lagi, tapi sekarang Tuan Haji dah tidak berapa larat lagi mendaki gunung Datok ni, beliau adalah orang kedua terakhir di belakang kumpulan ini.

Manakala pemuda yang bernama Hafifi ini selalu di tinggalkan oleh pendaki gunung Datok ini, dia ada alasan mantop, katanya malam tadi dia tak tidur kerana meyediakan makanan untuk pendaki Gunung Datok.

Dalam misi ini ada seorang serikandi yang ikut serta iaitu si manis 22 Ummu Sakinah, pelahan lahan mendaki kerana katanya kurang darah putih sebabnya kalau cepat cepat panjat dia akan pitam, tapi akhirnya sampai juga kepuncak dengan En Zairie yang bawa begnya, yg gelihatinya Ummu Sakinah bawa buku banyak naik gunung, bukan baca pun dia ingat daki gunung ni macam pergi tepi pantai agaknya.

Dan yang paling kritikal dalam pendakian kali ini ialah ayahcik atau Mohd Azizi ooooh kesianya dia sangat terkejut dengan ketinggian gunung dan kesukaran meredah denai dan memijak batu batu besar. Ayahchik betul betul pengsan beberapa kali dan bibirnya kebiru biruan dan matanya terjojol sebab keletihan. Orang biasa daki 2 jam dia daki 3 jam setengah dan saat yang paling indah bagi ayahchik ialah bila kaki kanannya meminjak kepuncak gunung Datok. Dia tidak dapat menahan perasan gembiranya yang teramat sangat dan dia melaung untuk di dengar oleh seisi belantara " AKU BERJAYA" oooh begitu rupanya bila nikmat itu di harga. Selamat berjaya buat anda semua.
Untuk cabaran berikut
TADABBUR ALAM ke GUNUNG BUNGA BUAH 27 - 28 hb Mac 2010, bermalam di puncak. Bayaran RM 15 dan semua peserta mesti bawa bekalan makanan sendiri. Ada aktiviti menarik di sediakan.

Wednesday, February 24, 2010

BAB TERTIDUR

Foto : Si bongsu, Salman al Farisi, Abot. Semunya kaki "tertidur"

Kalau org tertidur selalu di maaf kalau dia terlewat solat,terlewat dtg kelas atau terlewat makan. Tapi kalau alasan "tertidur" selalu sangat aah saya naik angin juga. Malam tadi anak saya no 5 iaitu Salman al Farisi dia ni suka sangat "tertidur" naik bas dari kuantan 10.30 mlm dan bas expressnya berhenti di Pudu raya sebentar kerana penumpang ramai turun di situ termasuklah Salman.

Jam 1.30 pg kami dah sampai nak sampai Pudu untuk ambilnya. Tapi Salman talipon katanya dia "tertidur" dia tidak sedar bas yg di naikinya menurunkan penumpang bas di pudu. Selepas semua penumpang turun , bas itu terus sahaja ke bengkelnya di seksyen 17 Shah Alam.

Tapi Salman ni tertidur nyenyak sungguh sehinggalah bas itu sampai ke Shah Alam. Maka malam tadi kami pergi jemputnya di Shah Alam dan sampai umah jam 3.00 pg. Ni Salman ni dia pernah naik bas dari KL -ke Kuantan, tapi bas yg Salman naik tu mahu pergi ke Kota Bharu, bas itu ambil juga penumpang yg mahu ke Kuantan ,maka bila tiba di Kuantan ramailah yg turun di Kuantan dan termasuklah Salman dan selepas itu bas itu akan meneruskan perjalananya ke Kota Bharu.

Tapi sebab "tertidur" Salman tidak sedar dan terus sahaja sampai ke Kota Bharu.

Kalau terlepas station bas ini adalah adat Salman, manakala adiknya pula Ammar Yassar "tertidur" dalam komuter, dari Kajang sepatutnya turun di Kepung Sentrel, tapi terus sahaja keRawang, bila pusing untuk balik, ingatkan boleh turun kat Kepung Sentrel tapi terus saja ke Seremban. Patut sampai rumah jam 7.00 mlm, tapi sampai rumah jam 11.00 mlm.

Enak tidur di dalam komuter dan bas ni nyaman. Inilah nasib penumpang pengangkutan awan selalu terlepas station kerana " tertidur"

JANJI TIADA YG MUNGKIR




"Tatak, ni Nukman,pesawat KLM dah tak boleh check in" kata Nukman sambil tersengih di depan ganggang talipon awam di airport Sukarno Hatta " aaah, kenapa? jerit Solehah dari dalam talian handphone buruknya " iyelah, tadi Nukman tunggu tatak balik shopping maka Nukman terlewat sampai setengah jam" Nukman tersengih lagi dan guraunya mengusik hati Solelah " Udah, tidur aje di surau sana jangan balik malam ni dan bayar denda tiket tu, balik pesawat esok" arah Solehah sambil menyembunyikan rasa marahnya pada adik kesayangan yang menjadi teman rapatnya semenjak Nukman datang ke Jakarta 5 bulan yang lalu kerana belajar.

"Nukman lapar ni, duit nak bayar denda lebih kurang US $ 20, tapi nukman ada duit rupiah dan duit Malaysia aje ni kalau dah bayar denda Nukman tidak cukup nak balik" Nukman cuba menyelinap perasan Solehah dengan kata kata manjanya " Ok sekarang ni bayar denda tu dulu, lepas tu talipon tatak balik" kata Solehah dengan harapan adalah lebihan duit untuk Nukman makan selepas bayar denda nanti.

Setengah jam talipon Solehah berbunyi dan kedengaran suara Nukman " tatak, Nukman ada baki Rp 16000 saja ni ( RM6) , nak naik damri Rp 20000, Nukman tak cukup duit ni"kata nukman " OK nukman pergi masjid dekat airport tu dan tidur di situ, esok tatak datang hantar duit, sekarang dah pukul 10 mlm, duit pada tatak tak ada ni" kata Solehah pada Nukman "tapi perut nukman ni lapar sebab dari tengahari tadi Nukman tak makan" rayu Nukman pada tatak "Ok Nukman pergi beli makan pakai duit tu, esok kita jumpa" arah Solehah " Ok, bye tatak" kata nukman dengan senyum sendirian.

Nukman melangkah kakinya ke masjid yang berhampiran di airport, perutnya berbunyi macam macam tapi dia tahan kerana dia mahu menunaikan solat jama'magrib dan Isyak dulu. Sebelum melangkah ke tempat wuduk Nukman duduk di birai tangga masjid sambil memandang orang lalu lalang.Tiba tiba sepasang suami isteri menhampiran Nukman " Nak! boleh tolong ibu?" sapa wanita yang berusia 60an itu pada Nukman "Bisa bu"kata Nukman dengan yakin "Bu mau nukaran wang kecil iaitu seribu seribu" kata Ibu itu sambil memandang kewajah Nukman "Sebentar ye bu" Nukman meyeluk poket seluarnya " berapa ibu mau" tanya nukman lagi " Ibu mau nukar Rp 20,0000 dengan wang kecil" kata ibu itu sambil mengeluar note Rp 20,0000 dan menghulurkan pada Nukman "oooop maaf ye bu, saya hanya ada Rp 16,000 aje, tak cukup lagi Rp 4000" nukman mengeluarkan wang yang terdapat dalam poket seluarnya "oooh bisa aje nak, bagi ibu wang itu"kata ibu itu dengan senyum, suaminya memandang kewajah isterinya "tapi bu, wang saya tidak cukup" Nukman senyum pada ibu itu " tak ape nak, beri aje wang itu, wang lebih anak simpan" kata ibu itu sambil tanganya menghulurkan wang nya ke Nukman
Nukman menghulur wang yang dalam genggamanya kepada ibu tersebut.

Maka dengan dengan rasa syukur Nukman menunaikan solat Jama' magrib dan isyak dan terus sahaja kembali ke station damri, lalu naiklah nukman untuk balik dulu ke Ciputat untuk menunggu penerbangan esok petang.
Damri yg di naiki Nukman itu berhenti stastion lebak Bulus dengan tambang
Rp 20,000.Bila sampai saja ke Lebak Bulus sekali lagi Nukman talipon Solehah dan dengan tergesa gesa Solehah naik angkut menjemput Nukman kat Lebak Bulus untuk mengambil adik kesayanganya dan sebelum balik Solehah dengan Nukman makan dengan sepuas puasnya kerana duit kiriman dari saya telah sampai ketangan Solehah.

Moralnya Nukman ini
1 Dia sangat sayang dengan binatang terutama kucing, dan tidak kira bagaimana keadaan kucing itu, kurap atau wangi dan dia selalu meyelamat anak anak kucing yg mengeow dalam longkang atau dlm tasik.

2 Nukman sering makan bersama sama dengan teman temannya walaupun sepinggan nasi berkongsi enam orang. Kerana Nukman bukan insan yg berdarjat.

3 Nukman suka berkawan dengan orang tua

4 Nukman suka senyum.

Ini bukan pujian untuk Nukman, tapi saya terpikir juga, disaat Nukman tiada cukup duit tambang Allah dtg 2 insan untuk mengcukupkan duit tambangnya.

Di saat Nukman lapar, rezekinya datang tanpa di duga. Kini saya mula mahu mengubah cara hidup iaitu "buatlah baik, Allah balas baik"

Aku bermohon pada Allah semoga akhlak baik Nukman itu tidak berubah.

Sunday, February 21, 2010

Rumah Kebajikan Kanak Kanak


Kadangkala tu berkhawin bertahun tahun tak dapat anak, kadangkala tu sampai sekat kelahiran kerana anak terlalu rapat sangat. Itu tak apelah orang yg dah berkhawin dan rezeki anak yg lahir itu Allah dah tetapkan dan kalau anak ramai tu maka jangan risau tentang makan, pakai dan urusan kehidupan.

Tapi hari ini di Malaysia kelahiran anak haram sangat membimbangkan ,kejadian seperti ini seperti sudah tiada kuasa untuk menyekat dan membasmikanya. Sebenarnya berbagai usaha juga yang di lakukan oleh berbagai pihak yang rasa bertanggungjawab dengan gejala sosial yg memalukan ini.

Ialah kalau mahu meyekat perkara yg sedang berlaku dan telah berlaku itu sangat sukar. Tapi yg sebaiknya CEGAH, beri PENDIDIKAN AGAMA secukupnya kepada anak anak dan semua orang mesti terlibat untuk menghindari dari berlakunya kejadian maksiat ini.

Maksiat yg di lakuan ini berlaku adalah diatas kelalaian ibubapa, hiburan,rokok, dadah, arak, rumah urut dan pergaulan bebas yg tiada di halang dan yg paling berat ialah ambil rengan tentang pendidikan agama dan menjauhkan diri kehidupan beragama.

Kini di Malaysia yg terkenal sebagai negara Islam adalah negara yang mencatat kelahiran anak
haram yang sangat buruk dan memalukan iaitu seramai 70430 org dan setiap hari bertambah tambah dan setiap masa perbuatan haram terus terus berlaku.

Sudahlah buat anak haram dan bila lahir di sepah sepahkan dan di bakar hidup hidup. Sifat binatang yang menjelma dalam diri manusia ini adalah dari beberapa perkara yg saya sebutkan tadi dan di dalam internet segalanya dihujung jari sahaja. Siapa mahu melarang dan siapa mahu meyekat, tiada siapa yg mampu melakukannya kecuali di dalam diri manusia itu ada iman dan takwa serta amalan.

Begitu juga hiburan melalui TV, media cetak dan berbagai lagi.
Saya ingin membawa anda semua untuk kita berkongsi idea, kewangan dan masa untuk menubuhkan sebuah rumah kebajikan kanak kanak ini dan kita didik anak ini sehingga mereka ini jadi orang yang takut untuk melakukan kejahatan walaupun ianya lahir dari perbuatan haram ibubapanya. Saya harap kita semua mampu melakukanya.

Friday, February 19, 2010

GUNUNG DATOK



Esok kami dari Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) iaitu dari kalangan pelajar, belia dan dewasa didalam kumpulan sukarelawan akan mengadakan aktiviti riadhah iaitu untuk belajar memanjat gunung.

Dalam rangka program eksepedisi gunung ni mengikut laporan komando kami iaitu En Aziz Jaman bahawa beliau akan membuat satu aktiviti dengan para belia dan remaja ini untuk memanjat 35 buah gunung gunung di Malaysia ini pada tahun ini.

Tapi sebelum itu latihanya mesti panjat 5 gunung utama dulu iaitu seperti Gunung Datok, Gunung Tampin, Gunung Bunga Buah,Gunung Nuang dan Gunung Jerai. Kalau lepes cabaran pertama ni maka komando Aziz akan membawa para sukarelawan ni mendaki gunung gunung yg lebih mencabar lagi.

Aktiviti memanjat gunung ini bukan setakat panjat saja tapi ada sesi taklimat khas fotografi,sesi motivasi dan sesi tadabbur (penghayaatan). Memang bestlah aktiviti panjat gunung ini.

Insyallah saya akan keluarkan kenyataan daki gunung ni dari masa ke semasa.

Untuk esok anda layak untuk sertai kami dan program ini juga adalah untuk mengutip dana bagi membiayai sewaan rumah anak yatim di Acheh. Doakan semoga semuanya selamat.

Thursday, February 18, 2010

TANGGUGJAWAB BERSAMA


Foto : Inilah rumah anak yatim yang saya sebutkan itu, silalah jengok mereka.

Foto : Sedang belajar

Penubuhan Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain (BERSAMA) adalah satu WADAH KEMANUSIAAN untuk kita sama sama bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ummah di muka bumi ini. Kami adalah sebagai pendiri atau sebagai pengusaha atau yang berusaha untuk membantu anak anak ini ingin memohon kepada orang ramai agar dapatlah melepaskan sedikit bebanan anak anak ini dari di halau keluar oleh tuan punya rumah ini kerana tarikh untuk melangsaikan sewaanya telah berlalu seminggu yang lalu.

Pagi tadi saya lihat dalam Maybank iaitu atas nama saya yang di khususkan untuk Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh ini baru ada RM 1820 sahaja dan saya terpaksa juga mengeluarkan seberapa yang ada kerana tarikhnya yang sepatut saya bayar telah berlalu.

Jumlah sewaan untuk 2 tahun ialah RM15000 (Ringgit Malaysia: Lima Belas Ribu Sahaja) maka saya masih kekurangan RM 13180 (RinggitMalaysia: Tiga Belas Ribu Satu Ratus Lapan Puloh Sahaja) . Bagi saya jika anda membantu mereka anda tidak akan rugi walau sesen walaupun pada zahirnya duit anda itu di hulurkan buat membiaya sewaan rumah anak yatim piatu itu. Kerana saya kata begitu? sebabnya anak anak yg menetap di rumah itu adalah anak anak yang miskin, daif dan yatim piatu serta tiada berayah dan beribu hanya kita semualah melindungi mereka dari hujan panas, dari kelaparan dan memberi pendidikan buat mereka.

Anda jangan ragu ragu tentang kegiatan harian di rumah anak yatim ini, kerana mereka belajar agama dan hafal quran sahaja 6 jam sehari di samping belajar di sekolah biasa dan mereka juga adalah anak orang baik baik dan telah di latih oleh beberapa guru serta pengasuh yang baik.

Duit yang anda beri itu tidak akan meluakkan rezeki anda malah Allah akan melipat gandakan dengan limpahan yang tidak anda duga.

Bagi diri saya walau apapun orang kata tentang kemampuan saya dan kekurangan yg saya miliki untuk menguruskan anak yatim ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk meneruskan usaha membantu mereka ini.

Kerana hari ini kita berlindung didalam rumah yg mewah, makan yg enak enak, pakaian yg baik baik dan cantik cantik , kereta yg besar, tapi ingat bila satu hari nanti di saat nyawa kita sukar mahu keluar dari jasad kita dan di rentap tanpa belas oleh malaikat maut maka kita akan perlukan doa doa orang baik baik untuk membantu kita dan doa doa anak anak soleh serta bacaan surah al Quran dari orang baik baik untuk membantu kita, di saat itu segala yg kita miliki sudah tidak dapat menaikan saham diri kita lagi . Segala kekuatan tubuh,kecantikan ruparas dan kekayaan kita sudah tidak berguna .

Hanya belas kasihan dan ampunan dari Allah sahaja yang kita harapkan.

Untuk mendapat ampunan serta belas kasihan dari Allah ini maka kita mesti ada rasa simpati dan murah hati pada orang susah dan orang yang terdesak.

Allah akan membalas kebaikan yg kita lakukan dengan kebaikan juga. Saya harap anda dapat menghulurkan walau sedikit bagi merengan bebanan mereka dan cuba anda bayangkan kemanakah mahu mereka pergi jika rumah yg mereka duduk itu di sita oleh tuan rumah kerana kami tiada duit untuk melangsaikan sewaan rumah yg di janjikan seminggu yang lalu.

Di sini saya serah nombor akaun Maybank ini kepada untuk anda masukan seberapa yang anda mampu untuk saya hantar segera ke Acheh Darul Salam

No Akaun 164025021721
Nama Rusnah Abu Samah

Semoga bantuan akan di berkati Allah.

Wednesday, February 17, 2010

HADIAH


Foto : Doa selamat buat pasangan yg akan menempuh gerbang perkhawinan.

Foto : Di sini bersemadinya CINTA SHAH JEHAN & MUNTAZ MAHAL.

Foto : Insyallah saya akan kesini satu hari nanti .

Hari ini posting saya menyimpang sikit dari yg dulu, hari ini nak cerita soal hati, perasan dan CINTA. Tapi saya bukanlah pakar dalam bidang ini, walau apa pun saya minat juga utk mengkajinya. Pada hujung minggu baru baru ini kami ke Muar Johor, bertolak jam 11 pagi sampai jam 3.00 ptg, bukanya apa tak tau arah nak di tuju kerana konvoi kami tak sama.

Bila sampai saja tempat yg di tuju aaah legaaaa. Tapi org utama dalam agenda ni lambat pulak setengah jam. Perut berbunyi dah macam konsert amy searh, tapi sabar kerana mendahului org utama dalam majlis tak bagus.

Akhirnya rombongan itu pun tiba iaitu dari kuantan, dua buah kereta dan sebuah van. Penatnya tak usah cakaplah, rombongan yg bertolak semenjak pagi lagi katanya jam 7.00 pagi. Tapi tak apa soal hati punya pasal penat tu pengorbanan.

Bila sampai aje kami orang pun makanlah tak noleh lagi sapa yg lalu lalang, lauknya semua sedap sedap rasanya, saya agaklah mestilah orang tuanya yang masak. Mana mungkin makan seenak itu anak remaja yg masak. Nanti kalau dah kawin pandailah jaga selera suami ye!.

Lepas makan majlis bermula, bagus saya lihat semuanya berjalan lancar dan semuanya teratur. Tapi saya nak beri sikit petualah, kalau rombongan datang meminang tu selalulah kalau orang zaman dulu org lelakinya tak payah datang, bukanya nak kawin lagi, baru nak bertunang. Kalau bolehlah orang lelaki tu kalau nak ikut sangat tingggalah kat masjid mana mana. Kerana kalau selalu jumpa nanti tak ada omm lagi lah , tapi anak anak sekarang ni lain sikit dia sendiri yg datang meminang ibubapa dan orang tua tua tu sebagai syarat aje.

Tapi tak ape asal syariat tetap terjaga.

Malam tadi saya bertanya kat seorang perunding motivasi tentang bagi hadiah, saya tanya "kenapa orang suka bagi hadiah?" jawabnya " Orang yg bagi hadiah kat orang sebab orang tu orang baik, kedua sebab dia sayang kat orang yag di bagi hadiah tu" saya tanya lagi " apa perlunya ucapkan selamat ulangtahun perkhawinan dan selamat harijadi?" dia jawab " Ialah kena ucap sebab kita menghargai seseorang dan kita sayang kat orang tu"

Moralnya ialah

Patutlah sebelum seseorang tu melangsung perkhawinan ada adat menghantar "hantaran" lima berbalas tujuh atau tujuh berbalas sembilan dan begitulah berikutnya iaitu untuk mengajar orang orang ini supaya memiliki perasan yang murni iaitu " menghadiah"iaitu tanda CINTA sudah berputik dan KASIH DAH BERSEMI.

Cuba anda lihat hantaran selalunya ada sombolik di sebaliknya seperti sireh junjung, sejadah,buah buahan, kuih, pakaian dan kalau orang berharta sikit set barang kemas. Cincin tu tandanya ikatan kukuh antara hati dua insan, sebab itu kalau orang putus tunang dia akan campak cincinya kelaut.

Beginilah dunia dalam percintaan iaitu merebut CINTA di hati manusia yang bernama ADAM & HAWA. Anda bagaimana apakah sering menerima ucapan dari orang yg tersayang? Kata perunding motivasi tu lagi, beri makan nasi hari hari tu hadiah juga, kelakarlah gitu, nasi tu hari hari makan kat kedai mamak makan roti canai dan teh tarik apakah kita jatuh cinta dan sayang kat mamak tu? mana mungkin jatuh CINTA kat mamak.

Sebenarnya ada benar juga kajian manusia ni "Kalau kita di alam CINTA maka kita sanggup berkorban demi cinta seperti terbinanya "Taj Mahal" iaitu lambang cinta abadi Putera Khurram Shah (Shah Jehan) terhadap isterinya Arjumad Banu Begum (Muntaz Mahal) maknanya WANITA TERPILIH , Muntaz meninggal dunia ketika melahirkan anaknya ke 14. Besar ye pengorbanan chinta.
Semoga anda di alam percintaan tu pandai pandai menghulur hadiah buat sang kekasih kerana hadiah tanda ingatan murni, hadiah tak payah mahal mahal macam Datok K buat CT, cukup sekadar sekeping kad yg bertulis kata kata bunga cinta , saya pernah terbaca sekeping layangan kad CINTA dari sang kekasih buat sang arjunanya, indahnya bunga bunga CINTAnya sehinggakan arjuna meletakan kad itu di hadapan papan skrin komputer kerjanya, ucap tak perlu hari hari, tapi pandang kad tu dah memandai untuk membuktikan kekukuhan CINTA, dan apalah agaknya sang arjuna hadiahkan buat sang kekasihnya sehinggakan KAD abadi di situ, itu CINTA sang arjuna, tapi kalau anda mahu memberi hadiah tak usah yg mahal mahal cukuplah sekadar sebentuk cincin logam pun cukuplah, teringat saya semasa pergi Padang dulu dengan seseoarng ustaz tu, dia telah membeli sebuah loket logam yg di ukir nama isterinya, saya tak tanya pun kenapa dia beli barang logam tu, tapi dia beritahu saya " di saat ini saya teringatkan pengorbanan isteri saya, tapi di saat ini saya ytidak ada duit, jadi saya jumpa orang ukir logam maka saya belilah yang ini yang bernilai Rp 6000 (RM2) bukan harga tu jadi ukuran, tapi ukiran CINTA tu lambang ketulusan CINTA nan Abadi,best lah kalau gitu.aah saya tulis aje petua dan panduanya semoga boleh di manafaatkan. SELAMAT MELAYARI DUNIA PERCINTAAN.


Tuesday, February 16, 2010

Salasilah

Foto: Gambar ini Hj Muhammad di Bumi para alaim ulama di Makassar,Indonesia.

Kalau kita ingin mengetahui siapakah keturunan kita dengan baik apakah kita mahu mengkajinya? susah kan. Mana muingkin dapat ingat siapa nama datuk nenek kita hingga tujuh keturunan, kalau setakat dua atau paling banyak ingat tiga haa itu bolehlah . Kalau kita tidak mahu mengkaji siapakah salasilah kita bermakna kita ini orang kurang hebatlah kerana kita ingin memupuskan nasab keturunan kita dari kamus keturunan.

Pentingkah kita mengetahui salasilah keturunan kita? mestilah penting kerana entah entah kita keturunan penyamun ke? keturunan raja raja? atau keturunan alim ulama.Dan minta di simpang kalau kita keturunan pemimpin yg makan duit rakyaat takut takut nanti keturunan kita nanti darah daging terjadi dari makanan duit sumpah seranah orang miskin dan sumpah seranah rakyat jelata. Ingat tu jangan rasuah, jangan makan duit orang, jangan makanan benda yg haram, jangan makan duit peras ugut dan jangan makan duit bunga atau duit kopi, takut nanti tujuh keturunan kita akan jadi jahat dan degil serta sombong bongkak.

OK lah saya ni tengah menamatkan sebuah cerita novel yg berunsurkan sejarah seorang alim ulama yg datang dari negara seberang merantau ke tanah melayu untuk meyebarkan agama Islam, yg menariknya dalam pembikinan novel ini orang alim yg ingin saya paparkan ini bernama LEBAI KASSIM, kenapalah saya minat sangat dengan lelaki alim yg bernama lebai Kassim ini? ada kisahnya yg membuatkan saya ingin mengali terus riwayat hidupnya sehinggalah saya akan bertemu dengan wataknya yang sebenar iaitu seorang alim mengajar orang di sekitar kampungnya, mendirikan madarash di tebing Sg Rembau di Pekan Lubuk China.

Episod layar yg akan persembahkan nanti ialah bagaiman orang alim ini boleh datang ke Tanah Melayu ini iaitu ke Rembau NS dan mengembangbiakan keturunan yg bertebar di seluruh NS dan nasabnya yang berakar umbi seperti berikut

Ummu Janah Bte Hi Muhammad
Muhammad bte Temah.
Temah binti Enon (anak lebai lebai Kassim)
Lebai kassim bin Lebai Arif
Lebai Arif bin Said
Said bin Jalil

Sunday, February 14, 2010

MAKAN BESAR

Foto : Majlis perkhawinan Nadirah Wahab di Dewan Komuniti,Manjalara KL.



Foto : Kawan kepada anaknda saya iaitu Musa'ab

Foto : Makan besar sempena tahun Singa. Chef Thoriq

Foto : Tetamu istimewa dari Jakarta

Hari ini 14hb Febauri 2010 (Ahad) iaitu tahun baru china, kalau mengikut kepercayaan orang china tahun ini tahun SINGA. Singa ni bagus bintang yang bercita cita besar mahu menawan hutan belantara dan mahu jadi raja di rimbaraya.

Kami pun menumpang gembira juga sebab jiran jiran yang meyambut tahun singa ni beri buah limau, TQ ye!

Malam tadi di dalam kebingaran dentuman mercun dan bunga api yang silau menyilau kami pun turut sama mengadakan "makan besar" juga iaitu BBQ ayam dan ikan, ada tetamu dari Jakarta datang, ada kawan kawan Nukman datang, ada kawan Salman datang untuk makan besar bersama kami, kebetulan pula hari ini "hari kekasih" tapi hari kekasih tenggelam oleh berita yg sangat memedihkan rakyaat Malaysia iaitu ada bayi yang di bakar hidup hidup dalam tong oleh pasangan manusia bersifat syaitan.

Peristiwa menarik ada juga hari ini iaitu Hj Wahab Yusof telah mengkhawinkan anaknya yg nombor 2 iaitu Nadirah dan anaknya nombor 3 iaitu Iqbal buat 2 pasang serentak.

Ramai tetamu yg datang dan kawan kawan seperjuanganya semasa dalam jemaah dulu turut sama meraikan majlis tersebut, itu Hj Wahab Yusof org baik selalu di hati teman temannya.

Dan ada lagi cerita menarik anak saya Nukman balik ke Jakarta semula untuk menyambung semula belajarnya, tapi saya tak sempat nak masak buat si kakak kesayangan Nukman yg rindukan masakan airtangan maknya, maka maknya minta maaf pada anaknda kesayanganya sebab program dua hari ini sedikit padat. Selamat meyambut tahun baru china.

Saturday, February 13, 2010

JANGAN TUNGGU

Foto : Anak anak miskin di Vietnam.Inilah baju raya mereka dan bagaimana baju raya anak anak kita di Malaysia?

Mahukah kita menadah tangan meminta sedikit sedekah dari orang yg lalu lalang di depan masjid ? di depan bank atau di depan pasar dan kita ganggu org yg tengah enak makan bersama keluarga di gerai dengan meminta sedikit duit?

berat rasanya untuk melakukan kerja ini kecualilah kalau kita dipaksa oleh orang lain iaitu untuk "mengamin" istilah Indonesia atau "peminta sedekah" istilah orang Malaysia,memang ramai juga yg di paksa untuk kerja begini oleh majikanya atau ibubapanya.

Tapi ramai juga yg betul betul dia perlukan sedikit duit untuk membantunya meyelesaikan urusan kehidupan harianya seperti makan minumnya dan tempat tinggal. Yg jadi masalah sekarang ini ramai yg mengunakan pelajar untuk mengutip sedekah untuk membikin kekayaan buat empayar yg di impinya. Di Malaysia ini banyak juga agenda kutip sedekah yg membuatkan ketua atasannya sampai boleh beli helikopter.

Walau apapun kita terpulanglah pada hati kecil kita untuk menghulurnya. Sebenarnya bersedekah ini bagus dan sangat bagus, iaitu orang suka memberi ini adalah orang yg mempunyai tangan keramat, sebab apa saya kata begitu? sebabnya dia mampu memberi di saat orang lain berkira kira untuk memberi dan dia menolak ajak syaitan untuk jadi bakhil.

Sedekah ini kalau kita memberi sahaja itu dah dapat pahala buat kita, apa lagi kalau dlm hati kita itu iklas dan memberi yg terbaik pada orang.

Untuk kita memberi ini ada beberapa sifat manusia yg susah kita cakap iaitu suka memberi barang yang dia dah tak pakai, barang yg rosak, barang buruk dan barang yg di sayang untuk jadikan sampah.

Di tempat saya di Jalan Reko,Kajang adalah gudang meyimpan pakai terpakai yg selayak di sebut sebagai pegesat di muka pintu tandas dan hinggalah pakaian baru yg masih bau butik lagi. Sebagai manusia biasa yg sering gagal menangani masalah "hati"untuk iklas ini maka jika ada orang minta beri sajalah jangan tunggu sampai kita jadi jutawan atau jangan sampai ada makanan atau barang buruk atau basi untuk kita memeberi. Insyallah Allah akan balas dengan lebih lagi.

Thursday, February 11, 2010

SIAPA OSAMA BIN LADEN

Foto : Benarkah berita ini?

Sekarang saya sedang memerhatikan seorang penulis sedang menyiapkan sebuah biografi orang yg paling terkenal di abad ini iaitu OSAMA BIN LADEN. Saya dengar banyak sekali perbincagan dan idea tentang orang yg sentiasa top kisahnya. Didalam biografi OSAMA bin laden ini di dedahkan dalam buku yang akan meletup seperti OSAMA BIN LADEN juga. Taniah pada penulis tersebut.

Tapi yg menjadi teka teki yg belum terjawab ialah siapakah TALIBAN dan Siapakah Osama bin Laden?

Taliban adalah merupakan ektnik majoriti Pushu dengan keupayaan mereka yg luarbiasa iaitu membenteraskan rasuah,mengembalikan keamanan yg di impikan oleh rakyat Afganistan dibawah pimpinan Mullah Omar iaitu di bantu oleh 10 orang yang kuat pegangan agamanya.Tempat operasi mereka iaitu diKandahar dan Sempadan Pakistan.

Kenalkah anda pada Mullah Omar? cerita peribadinya terlalu sedikit tidak seperti cerita OSAMA BIN LADEN, Mullah Omar adalah seorang lelaki yg tinggi lampai,berkulit cerah dan berjanggut tebal. Dia sangat jarang bertemu dengan orang yg bukan orang Afganistan.Mulah Omar sangat teguh berdirianya dengan aagama Islam dan dia merupakan seorang pemimpin yg berwibawa serta sering memberi kata putus urusan kehidupan rakyaat di bawah jajahanya di Afganistan.

Kejayaan Taliban pada tahun 1996 ialah mengusir Presiden Burhanuddin Rabbani dan menteri pertahananya Ahmed Shah Mashood dari Kabul

Taliban bercita cita besar iaitu ingin menwujudkan negara Islam dengan mengharam TV,muzik, filem,serta menegakan undang undang syariah Islam.Taliban menghapuskan jenayah , taliban juga mengharam wanita dari belajar dan bekerja dan ini tidak di suka oleh rakyaat Afganistan.

Taliban terlalu keras dan ramai rakyaat Afganistan lari mencari perlindungan di negara lain dan Taliban juga telah memusnah sebuah patung Buddha purba di Bambiyam walau rayuan di buat kerana Taliban berkata patung adalah haram di sisi Islam.

Taliban sekali berdepan dengan masalah bila OSAMA BIN LADEN dikata org yg di syaki dalam serangan pada 11 Sept dan OSAMA BIN LADEN juga di syaki dalam serangan bom keatas kedutaan diAS di Kenya dan Tahzania yg meragut 250 nyawa dan semua kejadian ini menjadiakn rakyat Afganistan dalam penderitaan.

Tapisemua peristiwa ini tidak menganggu gugat kekuatanTaliban.Afganistan sentiasa di dalam penderitaan. Mullah Omar berkata'JIHAD KAMI MENENTANG MEREKA YANG MEMBAWA PENDERITAAN KEPADA RAKYAT AFGANISTAN DAN YANG MELANGGAR AJARAN ISLAM, TALIBAN AKAN TERUS BERJUANG SEHINGGA TIADA LAGI DARAH MENITIS DI BUMI AFGANISTAN"

Saya sedang menunggu kelahiran OSAMA BIN LADEN yang akan di bidani oleh HAJI MUHAMMAD ZAKARIA dan ibaratnya tiada lagi titisan teka teka Siapakah TALIBAN dan siapa OSAMA BIN LADEN

Sunday, February 7, 2010

IKUT RASA & TIADA TIMBANG RASA


Foto: Ini di Kemboja, orang menjaja lemang untuk menais rezeki.Susah nak laku, sebab semua og susah dan tak berduit.

Semalam saya ke TESCO KAJANG, hari dah tengahari iaitu matahari dah tercacak atas kepala dan perutpun mula berirama minta di isi. Saya bersama dgn anak dara saya mencari tempat makan iaitu di bahagian bawah iaitu tempat jualan makan makanan seperti seafood, mee goreng dan nasi campur. Saya memilih makan nasi sebab selera org Malaysia.

ia kios jual nasi campur cuma ada satu saja kat situ. Gerai ini lauk di isi sendiri oleh pelanggan dan saya kira kira ada 20 jenis lauk.Meyeleralah juga sebab lapar, saya cuma pilih gulai nangka, sayur pucuk paku,sedikit sambal belacan dan harganya RM 4.80 OKlah tu, bagi saya boleh terima.

Lepas makan saya bungkus nasi utk si bungsu yg sedang menunggu di asrama untuk buahtangan kepadanya.

iaitu nasi separuh, sepotong kecil ikan tongkol goreng berlada dan sedikt goreng pucuk paku kerana si bungsu tak suka makan banyak lauk, aah ini dia harga RM 5.20. ni harga gila gila, bukanya ape saya nak komen ni ialah kalau di kira nasi RM 1, lauk RM 1.50 dan sedikit goreng pucuk paku RM 1 baru RM 3.50 tapi di letaknya RM 5.20.

Sebab tu lah kadang kadang saya lihat ada orang tertekak dengan orang yg mengira makanan ni dan di suruhnya kira satu persatu dan bila di kira lain harga di sebut lain harga yg sebenar. Oleh itu anda semua pastikan jangan terkena perkara orang mengambil kesempatan begini.

Sebab apa saya kata begitu adalah kerana orang sekarang ni suka ambil kesempatan di atas kelemahan kita.

Hari ni cerita dari blog si sulong memang best,antara kakak dan adiknya yg manja tu, untunglah sesiapa yg berkakak kan UMMU SOLEaiHAH, dia orangnya yg sangat tabah,bersemangat dan berdikari sebab itu kedua dua adik adiknya yg menumpang kasihnya di bumi negara seberang tidak pandai pandai nak hidup, tak pandai nak buat kitas, tak pandai nak buat akaun bank, tak pandai nak beli tiket balik, tak pandai nak masak waktu makan, tak pandai basuh baju dan tak pandai serba serbi. Yg pandainya si kakak tu sebab segala bebenan hidup kedua adik adiknya tertanggung diatas bahunya.Macam mak burung dan anak burung pulak, isi makanan dalam mulut anak. Sabarlah sayang. hanya Allah sahajalah yg membalas setiap kebaikan yg SOLEHAH lakukan.

Saturday, February 6, 2010

GAGAH

Dalam blog si sulong ada post terbaru utk "mak", kalaulah si sulong sudah nulis macam tu mesti ada perkara yg mau di sampaikan.Rengkas aje iaitu 'PEYAKIT"ini biasa bagi saya dengan si sulong dan biasa bagi saya kerana dlm darah si sulong ada darah saya dan dalam darah si sulong ada darah abuyanya.

Saya tidaklah kata tak penting tentang sakit sulong ni, tapi saya nak komen sikt dgn si sulong.UMMU SOLEHAH ini sikapnya lebih banyak mirip pada bapanya, dia membuat kerja tanpa"stop" kecuali kalau dia rasa badan sakit. Kalau dia dah mula sakit dia tidak mengaku bahawa sakit itu adalah dari "tekanan" yg di hadapi untuk menjayakan sesuatu dan saya tahu si sulong sekarang sedang menghadapi masalah utk menjadikannya MAHASISWA TAFSIR & HADIS yg mencapai tahap kelas wahid. Tapi dlm satu masa si sulongnya sedang bergelut dengan minat terhadap" bisnes" yg mahu masa 24 jam di agih agihkan ke dalam SOLEHAH 2 U

Dlm masa yg sama juga dia sekarang sedang melayari satu empayar perniagaan iaitu "USHAWAN JUTAWAN" seperti ABDUL RAHMAN BIN AUF iaitu di ketika ini dia berhadapan dgn wernetnya yg sedikit berkocak.

Manakala pula dalam sesuatu masa si sulong berdepan dengan anak muridnya mencuri waktu rehatnya untuk menyampai hajat utk melihat orang orang yg di ajarnya berjaya di dunia dan akhirat ibaratnya seperti Syaidina Ali Karamullah.

Saya tak upaya untuk melarang gelora anak sulong saya ini dan sentiasa berdoa agar segalnya dalam keberkatan Allah, ini adalah kerana dia dah melakukan sesuatu kemudian barulah dia beritahu dan baru baru ini dia balik ke tanah tempat tumpah darahnya, dia boleh ronda satu bandar Kajang dan bila balik dia beritahu " mak! tadi kita berbekam, harganya RM 35, mahalah kat sini " eh terkejut saya, saya ni dah beranak tujuh dan usia 47 tahun belum pernah lagi berbekam.Saya tanya nape berbekam? si sulong kata badanya banyak "angin". Inilah sisulong yg sering memaksa badan, minda dan perasaan utk jadi seperti Fatimah Az Zahra puteri Rasulullah yg menyediakan kehidupan dengan cara tersendiri walaupun dia adalah anak pemimpin agung. Sekarang kalau si sulong sakit saya pesan padanya
Jaga makan
Jaga kesihatan
Jaga hati
Jaga ibadah
Jaga hubungan dengan orang
Jaga akal
Jaga lidah
dan DOA
Serta rajin rajinlah jadi tangan yang diatas iaitu tangan POWER
I LOVE YOU, I miss you
Minun air kelapa dan rehatkan badan seketika

Thursday, February 4, 2010

SUDAH KETENTUAN


Semalam anakku di Jakarta talipon "mak, mak cik wan meninggal" saya terdiam sebentar,meninggal pada usia muda. Ini sudah ketentuan dari Allah.

Saya imbas kembali kenangan manis bersama dengan kenalan baik saya yg saya panggil " wan"ini. Sejarah hidupnya berliku liku iaitu dia berkawin pada usianya 28 tahun dan terus dpt anak pertama. Orangnya bekerjaya sebagai seorang setiausaha syarikat besar di ibukota, bila berkawin wan berhenti kerja dan tumpu sepenuh perhatian pada keluarga.

Bila dia mengandung anak kedua wan di serang peyakit darah tinggi yang kuat. Wan tidak sedar anaknya lahir dan akhirnya wan dia di uji dengan peyakit "strok" selama 6 bulan wan terlantar di hospital .

Wan berusaha berubat merata rata dan akhirnya baik, tapi tidaklah berapa sihat dan seterusnya dia melahirkan anak ketiga dan keeempat. Suaminya sering bekerja di luar luarnegara dan wan sering kali di tinggalkan. Tapi kehidupan boleh di kata senang kerana suami meyediakan semua kemudahan termasuklah dua orang gaji untuk membantu kerja rumahnya.

Kami berkawan rapat kerana dia mengenali saya kerana sering menghantar anaknya ke kem motivasi solat yang saya anjurkan dan dia sentiasa meluahkan perasanya pada saya bila ada masalah. Wan sering meminta pihak guru guru saya mengajarnya belajar agama dan termasuklah si sulong saya pernah kerumahnya mengajar dia mengaji.

Wan adalah sahabat saya yg tidak pernah melupakan saya dan dia akan menalipon saya setiap 2 minggu sekali untuk bertanya khbar saya dan saya jarang menaliponya. Wan juga sering masak makanan yg enak enak untuk di beri pada saya jika saya berada di Jln Reko di Kajang. Wan sering menderma untuk rumah anak yatim saya di Acheh dan sebulan yg lepas wan talipon saya ajak saya makan makan untuk sambut ulangtahun perkhawinanya, saya kata nanti dulu sebab saya sedikit sibuk dan saya beritahunya kalau saya kelapangan saya taliponya dan makan bersamanya untuk raikan hari berbahagianya kerana dia nak sambut bersama suaminya tapi suamnya tidak ada sebab kerja jauh.

Saya terima takdir yg telah di tentukan oleh yang maha mengetahui.
Allah telah menjemput pada usianya masih muda iaitu awal 40 an.Saya sebak bila si sulong beritahu bahawa mak cik wan sudah pergi selamanya tanpa saya memenuhi permintaanya dan berdoa pada Maha kaya iaitu Allah yang maha esa, tempatlah sahabat saya yang baik ini kedalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh dan masuklah dia kedalam syurga firdausi.AL FATIHAH