Foto : Ini pakaian anak remaja di Makassar, tidak sampai lima belas persen yg bertudung.
Semasa saya ke Makassar saya lihat ramai remaja wanita yg tidak bertudung, susah nak cari anak remaja Islam yg bertudung. Saya pun tidak tahu kenapa, apakah pesanan dakwah itu tidak sampai ke tanah tempat alim ulama itu? atau apakah budaya luar sudah melenyapkan kehidupan Islam yang sebenarnya.
Walau pun mereka ini tidak bertudung tapi mereka tidaklah seteruk remaja Malaysia yang sudah hilang aib,malu,kesopanan,kesantunan,budibahasa dan budaya yg sebenar. Di Malaysia ini anak remajanya boleh saya iktirafkan sama taraf dengan remaja di Singapore. Anak perempuan di usia dua belas tahun sudah mula berpakaian tidak senonoh,berkepit dengan mat balak kehulur kehilir naik motor,lepak kat pasar raya dan huni di rumah orang bujang.
Ada yg lebih aib lagi bunting dan buang anak. Kini remaja Malaysia sedang menuju ke kehancuran dan apa akan jadi pada negara Malaysia lima atau sepuloh tahun.Mana IKON remaja yang hebat boleh di ketengah untuk jadi ikutan remaja. Di TV pada hari ini ada satu pertandingan itu mencari BINTANG KECIL dengan latihan pakaian yang tidak munasabah di pakai oleh seorang kanak kanak. Anak anak ini di ajar berani untuk tampil menyanyi dengan gaya menurut IKON penghibur yang hebat hebat tanah air atau penghibur antara bangsa.
Bermula dari sini ibubapa mula mengarap peribadi anak anak dengan satu cadangan "kalau kamu mahu jadi bintang yg terkenal sebagai penghibur kamu mesti berani melalak,mesti berani pakaian yang mencuri hati penonoton iaitu pakaian yg menunjukan anda penghibur dan mesti pandai bergaul" iye perkataan pergaulan ini sangat luas.Kalau pertanding BINTANG KECIL di negara seberang lagi canggih dan hebat.
Inilah langkah langkah ibubapa menghantar anak anak mereka ke neraka dunia dan neraka akhirat. Kenapa perkara yang hina ini kita bekalkan pada zuriat yang pasti ini akan mengirim bekalan doa buat kita di alam barzah jika mereka di ajar dengan ilmu agama yg mantap. Kenapa kita hancurkan kesucian anak anak ini.
Oleh itu saya dan ahli sukarelawan BERSAMA akan membantu anak anak remaja Malaysia ini yang sudah tersasar atau yg sudah mula angau dengan berbagai peyakit sosial kearah pembentukan peribadi iaitu melalu laman HALAQAH REMAJA MASJID. Kita kongsi pendapat,idea dan ilmu untuk membangun remaja yang mungkin tidaklah sehebat Syaidina Ali, Zaid bin Harith atau Zubair bin Awwan. Kenalkan anak anak kita dengan IKON REMAJA ini?
No comments:
Post a Comment