Saturday, February 28, 2009

Betapa Seronoknya Hidup Di Kampung

(Foto: Ini pohon pinang. Anak-anak bandar tidak kenal ini pokok pinang.
Lebih-lebih lagi mereka tidak tahu yang upih pinang
boleh dibuat timba untuk mengambil air daripada perigi.
Buah pinang boleh dimakan bersama sirih dan kapur
untuk memberi tenaga tambahan.)


Melihat pokok pinang terkenang saya pada kampung laman. Saya bukanlah orang bandar, tapi saya berhijrah ke bandar untuk mencari kehidupan. Kehidupan di bandar adalah satu situasi yang menyesak fikiran dengan "kejaran".

Siang mengejar malam, malam mengejar siang, mencari kekayaan yang tidak pernah sudah kerana "tamak", mencari nama, pangkat, harta, mencari makan, hiburan, kuasa dan mencari segala-galanya.

Bila kehidupan yang sering mengejar ini, akhirnya usia berlalu tanpa di sedari. Saya tidak mahu perkara ini memboloti diri saya. Saya mahu mencari sebuah kedamaian di hati, di fikiran dan dalam sebuah kehidupan.

Betapa nikmatnya suasana di kampung...

Sebelum subuh, kedengaran kokokan ayam sahut bersahut. Fajar menyinsing di sebalik bukit mengintai sinarnya mengeringkan titisan embun pagi. Manusia pun betebaran mencari rezeki dengan tabah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara keluarga. Bila mentari mula menegak maka masa untuk merehatkan diri serta menunaikan ibadah Zohor berjemaah.

Waktu makan pula di rumah bersama anak dan isteri dengan hidangan yang di masak oleh isteri dan anak-anak. Bila waktu petang keluarga akan sama-sama turun ke laman rumah menyiram dan membelai bunga serta membakar unggun. Asap berkepul- kepul naik ke udara. Inilah senario kampung yang sangat dirindui.

Thursday, February 26, 2009

IKTIBAR DARI SOLAT DHUHA

(Foto: Muhammad Salman al-Farisi)


Dari Abu Hurairah,Sabda Nabi " Tidaklah menjaga solat dhuha kecuali awwab (orang yang taat dan dekat kepada Allah) Solat itu adalah solat orang orang awwabin"
Kilasan Pandangan buat Insan,
Lakukan Solat Dhuha kerana kita adalah Insan yang sangat memerlukan sesuatu yang baik dalam hidup ini. Ini adalah petikan dan pandang insan kreatif dalam mentafsirkan kehambaanya

Aku Meminta kekuatan,
Tuhan memberiku kesulitan
Untuk menjadikan aku kuat

Aku Meminta hikmah
Tuhan memberi aku massalah
Untuk aku selesaikan,

Aku meminta kekayaan
Tuhan memberi aku akal dan otot
Untuk aku bekerja

Aku meminta keberaniaan
Tuhan memberiku bahaya
Untuk aku hadapi

Aku meminta kasih dan sayang
Tuhan memberiku orang orang yang mempunyai masaalah
Untuk aku bantu

Aku meminta kehormatan
Tuhan memberi aku kesempatan,
Aku tidak menerima apa apa
dari yang aku inginkan
Aku menerima semua yang aku perlukan.

Allah maha tahu dan maha adil bilakah itu buat ku

BUSUK HATI


Hanya sekadar IKTIBAR buat semua anak-anakku, sahabat, teman & kenalan,

Berkata Wahab bin Munabbih r.a.:

"Hasad itu ada tiga, tandanya:
1 Di hadapan suka menjilat,
2 Di belakang suka mengumpat.
3 Dan gembira jika orang mendapat celaka."


Ingat!

Sesiapa mengasihi, dia akan dikasihi. Sesiapa diam dia akan selamat. Sesiapa memperbodohkan dirinya, dia akan kalah. Sesiapa terburu buru, itu salah. Sesiapa tamak kepada kejahatan dia tidak akan selamat dan sesiapa tidak meninggalkan riya, dia akan dimaki orang.

Marilah kita renung seketika, siapa kita?

Wednesday, February 25, 2009

PULIHKAN SIFAT KURANG AJAR PELAJAR


19 Februari 2009:

Sebuah akhbar menyiarkan sebuah berita bagaimana seorang pelajar telah membakar kereta baru cikgunya.

Oh... Betapa hinaya akhlak pelajar tersebut. Kenapa buat begitu kepada seorang guru? Bagaimanakah peribadi pelajar ini?

Pelajar-pelajar yang rosak peribadinya telah mempamirkan kejahatan mereka dengan menyembur cat, memancitkan tayar, mencalarkan kereta, memecahkan cermin kereta cikgu, menampar muka cikgu, membakar pusat sumber, merosak harta benda sekolah dan bermacam macam lagi kejahatan mereka.

Perbuatan pelajar sekolah yang kurang ajar ini adalah untuk menunjuk rasa tidak kepuasan hati mereka terhadap cikgu. Saya pernah pergi ke salah sebuah sekolah di Kajang, saya hendak membawa kereta masuk ke dalam kawasan sekolah kerana melihat banyak tempat parking kereta masih kosong. Saya pun berjumpalah dengan jaga yang menjaga sekolah untuk parking di dalam kawasan sekolah, tapi jaga tersebut memberitahu:

"Puan sekarang waktu rehat. Saya nasihatkan puan jangan bawa kereta masuk. Nanti budak-budak ingat kereta puan ini kereta gurunya dan mereka akan mencalarkanya."

Kenapalah perbuatan sebegini jadi budaya di sekolah? Kalau ada guru yg membawa motosikal pula maka pelapik tempat duduk akan di koyakkannya.

Hari ini keganasan dan sifat keterlaluan pelajar seperti sudah tidak ada kaedah lagi untuk memulihnya.Guru guru hari ini takut kepada anak murid,malah guru akan berfikir berkali kali untuk mendenda murid jika mereka melakukan kesalahan kerana takut diri mereka atau kenderaan akan jadi mangsa.

Tekanan guru yang mengajar di sekolah pada hari ini sangatlah berat. Bukan kerana untuk mengajar subjek dalam kelas tapi disiplin pelajar yang sangat buruk. Sebagai langkah pertama untuk membendung gejala kurang sihat di kalangan pelajar ini ialah mesti datang dari rumah iaitu kedua ibu bapa mereka yang mesti membentuk peribadi anak-anak. Pendidikan yang mesti diterapkan kepada anak-anak ialah CINTAKAN AGAMA.

Imam Ghazali r.a. berpesan:

1. Wajib di atas pelajar itu menghiasi dirinya dengan akhlak mulia dan menjauhi pekerti yang buruk seperti emosional, nafsu berahi, irihati, hasad dengki, sombong dan besar diri, semua pekerti ini akan menghalang dari ilmu masuk ke dalam hati.

2. Pelajar itu harus tekun dan rajin serta jangan banyak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3 Pelajar tidak boleh sombong dengan dirinya dan tidak boleh mencemuh, menghina atau melaknati pengajarnya (gurunya). Sesungguhnya seorang pelajar itu disarankan supaya merendahkan diri mereka serta menghormati guru, kerana ilmu tidak akan dapat begitu sahaja, kecuali dengan sikap merendah diri.

Ini adalah antara pesanan Imam al-Ghazali.

Kenapa pelajar jadi biadap pada hari ini? Persoalan begini tidak ada jawapannya kerana soal pokok iaitu pendidikan agama tidak dimasukan ke dalam jiwa anak-anak sedari kecil lagi. Mereka telah dipupuk dengan segala makanan yang haram atau subahat.

Siaran TV yang tidak menentu, permainan (games) dalam komputer yang telah merosakkan minda dan hati mereka, kemewahan yang berlebihan di samping ibu bapa sangat menitik berat memberi kemahiran yang bukan keutamaanya seperti kamahiran sukan, muzik dan lain-lain lagi.

Jika untuk belajar agama ibu bapa mula mengira-ngira dan timbul pula persoalan: "Kenapakah ajar agama mesti bayar? Akhirnya anak tidak belajar agama dan anak pun mulalah liar, rakus, ganas dan masuk ke dalam kumpulan yang jahat.

Bila mereka ke sekolah mereka akan membawa perangai jahat itu. Maka sifat ini telah menular dalam diri mereka, maka mereka akan melakukan sesuatu tidak lagi mengikut pertimbangan akal dan perasaan.

Kerana hati, minda dan tubuh mereka telah rosak oleh perkara seperti yang saya sebutkan tadi. Maka timbulah anak-anak yang ganas, tidak berakhlak. Maka tunggulah akan akibatnya jika ini tidak di benteras.

Nota gambar:

Di atas adalah gambar dua orang pelajar yang menghafal al-Quran di Madrasah Sheikh Mohd. Salehuddin al-Amin di Hulu Langat. Yang sebelah kiri ialah Muhammad Syukri dari Kemboja.
Dia sangat pintar di dalam kelasnya. Dia seorang anak yang sangat miskin. Ibu bapanya terpaksa menjual tanah untuk menghantarnya ke Malaysia untuk belajar agama.
Dia sangat tawaduk dan rajin membantu gurunya.


Manakala sebelah kanan ialah Muhammad Salman al- Farisi, meninggalkan aliran Sains
sekolah akademiknya di Jalan Bukit, Kajang untuk masuk ke madarash untuk menghafal al-Quran. Walau macamana pun sifat anak-anak mestilah diberi perhatian dan tanamkan
dalam diri mereka cintakan ilmu dan berakhlak mulia kepada guru.

Tuesday, February 24, 2009

Setiap yang hidup pasti mati

Semalam 24 Febauri maka sampailah ajal DINO di mulut seekor kucing jantan yang sentiasa mengintai gintai dino di celah pagar.Dino yang saya beli pada bulan Jun 08 dengan harga RM 14 adalah seekor hendster jantan baka syria,bulunya lebat warna keemas emasan,badanya besar sedikit.Kami anak beranak menjaga dino dengan penuh kasih sayang terutama Jannah anak bongsu saya yang rajin membersihkan bulu dino dengan mengunakan kapas dan bercakap cakap dengan dino .Dino sangat aktif di waktu malam,dia akan main roda dalam sangkarnya sehingga letih .Dino sangat suka mengutip kuaci yang di taburkan didalam sangkarnya dan meyimpanya di satu sudut yang lain dengan menyusunya.Bagi saya dino adalah binatang yang sangat baik,manja dan kreatif.Saya rasa sedih di atas kehilangan dino dan buat sementara waktu ini saya belum bersedia untuk mencari penganti dino kerana kenangan bersama dino sungguh mengusik hati.Terima kasih dino kerana sudi menjadi sahabat aku.

Komputer bagi Seorang Wanita

Dalam kehidupan tanpa sempadan pada hari ini,teknologi yg menguasai dunia banyak mengubah kehidupan manusia ialah internet "Dunia di hujung jari".Anak anak hari ini dari yang sekecil berusia empat tahun hinggalah kepada remaja/belia dan tidak ketinggalan orang tua yang telah di istilahkan dengan warga emas telah tahu untuk mengunakan kemudahan teknologi ini.Bagi kaum wanita pula ada beberapa sebab mengapa mesti tahu untuk mengunakan komputer serta tahu melayari internet antaranya
1 Membuat peyelidikan yg memerlukan maklumat untuk kerjaya , rumahtangga,anak anak dan untuk diri sendiri.
2 Mempelajari kemahiran baru seperti mencari resepi,menulis surat atau belajar bahasa
3 Menjual produk,kerana anda tidak perlu berjaja lagi untuk menjual sesuatu barangan yg baru dan menarik
4 Mencurah idea untuk di ketengahkan,kalau di hantar media massa cetak,mungkin bahan anda di tapis dan di kaji selidik,kalau di internet anda terus sahaja boleh membuatnya dan mesti juga ikut peraturan dan undang undang untuk menulisnya.jangan salah guna pula.
5 Mencari hadiah,banyak laman web yg meyediakan hadiah hadiah yang di sarankan kepada anda samada untuk kanak kanak,atau remaja dan juga orang dewasa.
6 Mencari maklumat perubatan untuk kesihatan.

Berbagai lagilah kemudahan jika wanita telah pandai mengunakan internet.Tidak susah,tapi anda harus juga ingat kalau anak anak remaja perempuan kita telah mengadap komputer mereka akan lupa untuk belajar memasak,meyulam,mengait dan lain lain kemahiran mengenai kewanitaan. Mereka akan terus mengunakan kumputer dengan ym,face book,blog,frienster dan berbagai lagi.Jika mereka mahu memasak pun ada "game" memasak atau menanam bunga dalam internet dan masa yang di habiskan untuk memasak atau menanam bunga didalam game ini sangatlah lama memakan masa berjam jam.Oleh itu ibubapa mestilah menghadkan pengunaan internet ini sebab lama kelamaan sifat kemanusiaan akan pupus dan manusia akan hidup seperti robot sebab semuanya ada di hujung jari.Bagi saya mengunakan internet ini perlu 1 jam pada sebelah pagi, 1 jam waktu tengahari dan 1 jam di waktu malam.Itu pun atas urusan untuk update laman web,blog/face book/friendster.

Sunday, February 22, 2009

Dibelasah Hingga Mati

Semenjak akhir-akhir ini terlalu banyak kejadian yg tidak diingini berlaku di kalangan pelajar sekolah, malah dari sekolah rendah lagi hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Kejadian yg terbaru ialah kematian seorang pelajar sekolah tingkatan empat, Mohd Azlin Mohammad, 16 tahun yang koma beberapa hari di hospital setelah dibelasah oleh kawan-kawanya gara-gara merebut seorang "kekasih".

Kejadian yang menyedihkan ini seperti tidak pernah tamat dan undang-undang yang dijalankan tidak dapat menundukkan keganasan luar biasa anak-anak pada hari ini iaitu bila perasaan marah, terpengaruh, ejekan dan cabar mencabar seperti menyelar hati dan perasaan mereka. Sepatutnya tragedi seperti ini tidak berlaku lagi dan perebutan kekasih ini tidaklah sampai memukul sampai mati dengan bilangan penyerang yang ramai.

Kejadian membelasah, membuli, memukul, menghina, mengejek serta mencemuh ini adalah satu perkara yang sangat biasa di kalangan pelajar. Ini adalah satu budaya yg bermula dari rumah iaitu mungkin dengan keadaan keluarga yg sering berkelahi depan anak-anak, pengaruh iklan dan tayangan filem ganas dan lucah, sama ada di TV, video, internet serta bahan bacaan dan gambar-gambar yang tidak senonoh terlalu banyak di pasaran.

Di samping ketandusan pendidikan moral di sekolah yang mana tidak lagi menjadi mata pelajaran teras. Manakala permaianan "game" yg bermacam-macam serta ganas, lucah. Keadaan ini kadangkala menggugat agama serta akidah. Manakala kesenangan hidup serta kemudahan teknologi telah menguasai kehidupan anak-anak hari ini iaitu secara keseluruhan ibu bapa seperti "mati akal" untuk mengawalnya.

Maka dari sini lahirlah generasi yang tidak berperikemanusiaan. Maka berbagailah cara keganasan dan kejahatan menular di kalangan kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah lagi hinggalah ke peringkat menengah.

Para ibubapa mungkin tidak meyedari bahawa anaknya seorang pembuli atau suka meyakitkan orang atau sebaliknya.Kejadian ini pernah terjadi di sebuah sekolah di Jengka Pahang,seorang pelajar tingkatan satu telah di buli selama satu setengah oleh pelajar tingkatan empat dan lima tanpa mengira belas kasian.

Kejadian yg menimpa pelajar tingkatan satu ini tidak di sedari oleh guru kerena pandainya mereka meyimpan rahsia ini. Berbagai cara mereka bulian mereka pratikan semata mata untuk menunjukan mereka "hero" dan "sadis".

Mereka ini sangat bijak mengatur rancangan jahat ini seperti apabila ibubapa bawa makanan untuk anaknya di asrama ,maka pembuli ini akan memehati dari jauh,bila ibubapa mereka telah balik maka kesemua makanan tersebut mesti di serahkanya,begitu juga dengan duit belanja.Yg paling meyedihkan pembuli ini sanggup mengurung pelajar tersebut di dalam lokar selama beberapa jam tanpa di ketahui oleh sesiapa.

Pembuli ini menggunakan "hukum rimba" iaitu siapa kuat dia dapat, siapa lemah dia kecundang. Mereka ini melakukan sesuatu untuk memuaskan hatinya. Ada lagi contoh yang mungkin ibubapa tidak tahu. Pembuli ini akan memukul tapak kaki orang dibuli itu dengan lilin kerana apabila pukul di tapak kaki, tidak ada kesan dan sakitnya sungguh sakit hinggakan orang yg kena pukul akan rasa sakitnya berhari hari. Selepas itu mereka akan ketawa ramai ramai jika orang yang kena buli ini menitiskan air mata kesakitan. Pembuli ini juga akan mereka reka tugasan untuk orang yang mereka target untuk membuli.

Orang yg kena buli ini sering di beri amaran jika rahsia ini terbongkar maka mereka akan "di kerjakan" lebih teruk lagi dengan bilangan org yang memukul atau membuli ini dengan bilangan yg ramai.Perkara ini akan berterusan hinggalah kalau orang yg kena buli itu meyimpan dendam maka dia pun akan melakukan perkara yang sama kepada pelajar yg baru masuk keasrama pula.Keganasan ini adalah sesuatu yg sangat mengecewakan ramai pihak.

Bagaimana untuk membaiki agar keganasan dan kejahatan ini tidak jadi budaya dalam masyarakat kita.Sangat mudah,iaitu kembalikan pendidikan agama dan laksana pelajaran moral didalam kehidupan sehari harian,bukan hanya di sekolah,tapi di rumah dan juga dalam masyarakat.

Para guru haruslah mengunakan pendekatan ia1tu adakan program "Usrah" di sekolah sebagai cabang ko kurikulum,kerana banyak faedahnya jika pendidikan agama ini menjadi bahan pendidikan utama di sekolah,kerana manusia ini tidak boleh di kawal dengan undang undang dan peraturan,tapi di kawal serta di didik hatinya dengan kebaikan

Layang Layang Terbang Melayang

Saya sudah pun memjadi setiausaha peribadi kepada seseorang "soulmate"istilah solehah.Kalau dia pergi kemana mana saya pasti akan mengikutnya samada secara rasmi atau tidak rasmi,bukanlah kerana untuk menguruskanya sangat,yg lebih saya suka berjalan jalan.Maka malam tadi saya pergi mengikutnya ke Pasir Gudang,Johor.Bertolak jam 12.45 mlm,mula tu oklah tidak mengantuk,bila sejam berlalu mata pun mula buat hal,mengantuk.Bila pasang radio kelasik,hanya lagu kerongcong sahaja,maka bertambahlah layunya mata.Apa lagi carilah minuman yg meyegarkan iaitu "ali cafe" habis minum tapi mengantuknya bertambah tambah.Maka berhentilah di satu perhentian dan tidur dalam kereta selama 1 jam,tengok jam sudah 3.40 pagi.Kami bangun dan teruskan perjalanan yg menariknya sepanjang perjalanan itu saya tertidur tapi pemandunya tidak tidur mungkinlah orang yg bermotivasi tinggi ini dia ada cara untuk mengawal sesuatu umpamanya seperti mengantuk,marah,suka dan sakit.Kami sampai tepat waktu subuh di Masjid Jamek Pasir Gudang,saf solat subuh yg lelaki ada satu saf setengah ,manakala yg wanita saya seorang sahaja,beginilah masjid sekarang,masjidnya banyak,jemaahnya kurang.
Selepas solat subuh kami terus saja ketapak festival layang layang untuk ke Selamat Pagi Malaysia TV 1,hari ini tajuknya masih lagi dari sambungan minggu lepas iaitu "kenapa mesti ikut budaya barat" setelah habis jam 8.00 pagi,kami tidak dapat tunggu lama di festival layang layang kerana mahu bergegas ke Masjid Jamek Semeyih untuk mengadakan program Halaqah Remaja Masjid pada jam 2.00 petang.Kali ini saya pula memandu iaitu dari Yong Peng hinggalah ke Kajang 4 jam,Walau pun kami mahu cepat balik,tapi saya tidak lupa untuk menbeli 4 keping layang layang sebagai buah tangan untuk anaknda Abot,Jejaka Macho Thoriq,Bujang tang tang Helmi & Nizam,lepas ni boleh main layang layang OK.Tahun depan insyallah saya akan bawa semua anak anak dan juga mempelawa sukarelawan yg setia dan baik hati iaitu Nizam & Helmi untuk sama sama kita main layang layang untuk kali yg ke 15 sambil menari poco poco, makan makan (sangat banyak gerai makan)di Pasir Gudang.

Saturday, February 21, 2009

Kucing Binatang Kesayangan


Kebanyakan rumah orang ada memelihara kucing, malah si comel tersebut merupakan binatang kesayangan yang sangat manja. Pada hari ini, banyak kucing tempatan telah di kacukkan dengan baka kucing negara lain untuk mendapatkan baka yang cantik dan menarik.

Contohnya kucing baka Malaysia tidaklah secantik kucing Siam atau Parsi. Kucing yg baka luar negara ini mempunyai nilai harga yg tinggi jika di jual. Malah kos untuk menjaganya boleh tahan juga, malah lebih mahal dari makanan orang.

Kebanyakan orang menjaga kucing jenis ini adalah orang yang berpendapatan lumayan kerana kucing baka ini perlukan rawatan kesihatanya, shampoo bulunya eksesorinya dan vitaminnya. Malah ada juga hinggakan akan mengupah orang untuk menjaga kucing peliharaanya yang manja dan cantik ini.

Dirumah saya tiga tahun dulu pernah memelihara sebanyak 16 ekor. Tapi hari ini saya ada memelihara 8 ekor kucing sahaja. Saya akan menamakan semua kucing saya ini dengan nama artis yg glamor di Malaysia. Warga di rumah saya semua meyayangi kucing dan memanjakan kucing.

Dua hari lepas saya pergi kepasar dan saya lihat ada seekor kucing jantan yg kurus kering dan telah kaku di tepi longkang dengan mulutnya berbuih. Bila saya tanya pada tuan gerai yg berhampiran dengan bangkai kucing itu, maka dia menjawab, kucing ini jahat selalu sahaja selongkar tong ikan bilisnya dan akhirnya di racunnya kucing itu.

Manakala anak saya yang balik dari Jakarta selalu cerita pasal kucing yg terdapat di penempatanya belajar, dia kata kebanyakan student dan orang ramai di tempatnya tidak berapa suka kepada kucing dan ada yg menjadikan kucing sebagai permaianan iaitu suka melihat tengok kucing mengelupor kesakitan bila di lastik dengan sekuat hati dan kucing itu akan terperanjat dan kesakitan terkena batu lastik, mereka akan ketawa beramai ramai bila melihat kucing kesakitan.

Ada cerita lagi yg di beritahu oleh Solehah iaitu dia pergi kesatu tempat penjualan binatang kucing yg baka cantik cantik. Di pamirkan di depan kedainya semua kucing yg baik baik dan bulunya yg kembang kembang, tapi di belakang kedainya kedengaran jeritan kucing dan anjing, bila di intai di belakang di lihatnya beberapa orang pekerja yg di tugas untuk membersihkan dan meyampookan kucing itu sedang meyemburkan pacutan air yg sangat kuat dengan kakitangan kucing di ikat dan kaedahnya bila bulu kucing disembur dengan pancutan air setelah di shampoo maka bulu kucing tersebut akan kembang dan cantik dan kucing itu akan rasa berpinar pinar bila keluar dari dalam sangkar setelah di sembur dengan air dan di keringkan dgn hairdry.

Friday, February 20, 2009

MESRA BERSAMA KAUM PERIBUMI

Program Mesra Bersama Kaum Peribumi adalah satu agenda yg di pelupori oleh Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) semenjak Jun 2007 lagi di dalam agenda pendidikan, kesihatan dan sosial orang asli. Tempat yg menjadi tapak pertama program tersebut di adakan ialah di Kg Merbau, Maran Pahang dengan bilangan seramai 165 orang ( 25 buah keluarga ).

Sejarahnya mereka ini pernah di Islam secara keseluruhan dan hari ini mereka telah kembali murtad, dalam erti kata lain mereka tidak ada orang yang mahu membimbing mereka di peringkat awal lagi.

Di dalam rentetan program yg di jalankan ini terlalu banyak perkara suka duka yg menjadi mainan dan hambatanya kepada pihak kami terutaman sekali dari segi sokongan moral dari pihak yg berwajib, kerjasama dari pihak pimpinan tempatan serta galakan dan kepedulian masyarakat setempat.

Saya yg melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat peribumi ini rasa sungguh simpati dengan mereka. Bukanlah kerana sebab mereka ini orang peribumi yang mundur atau kurang berpendidikan, tapi saya rasa bahawa nasib mereka ini ibarat seperti bola yg sering di sepak terajang oleh orang ingin mengambil kesempatan keatas mereka.

Oleh yg demikian saya ingin mengambil peluang ini untuk membawa kaum peribumi ini ke arah satu pendekatan yg mendedahkankan mereka dengan idea yg boleh mengubah nasib, pandangan, serta persepsi mereka agar taraf mereka ini seganding dengan kaum yg lain di Malaysia ini.

Untuk melanjutkan agenda MISI KEMANUSIAAN ini maka Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) akan menlancarkan Taman Bimbingan Kanak Kanak Kaum Peribumi Raihan untuk sesi 2009 ini pada 13hb Mac 09 di Balairaya Kg Merbau.

Antara agenda:
Hari Pertama
3.00 Bertolak dari Masjid Jamek Pekan Kajang
6.00 ptg :Berhenti Rehat & Minum Petang di Masjid Karak
8.00 ptg : Majlis Suai Kenal & Makan malam bersama kaum Peribumi di Dewan Orang Ramai Maran

Hari Kedua
8.00 pg : Senamrobik bersama kaum peribumi di laman Balairaya Kg Merbau
10.00 : Majlis Perlancaran Taman Bimbingan Oleh Kumpulan Raihan
12.00 : Makan tengahari bersama Kaum Peribumi
2.00 ptg : Bermulanya Program Mesra Bersama Kaum Peribumi oleh sukarelawan selama 10 hari yg bermula 15 - 24 hb Mac 09

Saya ingin menjemput orangramai untuk meyertai program ini bagi merelisasikan nawaitu kita untuk agama, bangsa dan negara. Dan pihak kami sangat mengalu alukan sebarang sumbangan untuk program ini iaitu seperti peralatan untuk kelas bimbingan kanak kanak ini seperti pakaian seragam untuk pelajar Taman Bimbingan Kanak Kanak Kaum Peribumi, beg sekolah, kasut, alat tulis untuk seramai 20 orang kanak kanak.

Pihak saya juga sangat berharap kepada dermawan untuk menghulurkan bantuan untuk kami menjalankan program pendidikan kepada kanak kanak kaum peribumi ini sebanyak RM 1200 sebulan (Termasuk elaun guru,alat bantuan mengajar,makan minum kanak kanak dan pengangkutan).

Di Kg Merbau adalah penempatan kaum peribumi yang berbangsa Semad Beri dan dari jumlah 165 orang penduduk hanya 2 org sahaja yg masih kekal dalam agama Islam. Yg lain itu telah sudah 10 tahun murtad.

Peringkat awal pihak kami meneroka Kg Merbau ini kami telah pun meletakan seorang pendakwah. Beliau hanya mampu bertahan selama 5 bulan sahaja. Kemudian pihak kami telah meleatakan pula 2 orang pemuda dari kaum peribumi mereka ini dapat meyumbang tenaga selama 3 bulan sahaja, kini mereka telah pun balik ke Kg asal mereka untuk berbakti serta mendakwah.

Pada hari ini pihak kami ingin menawarkan tugas kepada yg berminat untuk mendakwahkan mereka supaya dapat kembalikan mereka ke agama yg suci dan murni ini.

Untuk Keterangan Lanjut sila hubungi saya: Rusnah Abu Samah di Talian 013 -3596574

Thursday, February 19, 2009

Saudagar Buku vs Saudagar Minyak Atar

haji waharp: tiga dari kanan


Salah satu kegilaan atau kegemaran saya atau lebih sedap di sebut "minat" saya ialah mengumpul atau membeli minyak atar dan tasbih, dalam simpanan berbagai jenis tabih ada, kayu, plastik, kaca dan bermacam macam lagi dan tasbih yang paling cantik pernah saya terima ialah dari En Sani iaitu di hadiahkan kepada Hj Muhammad sempena dia balik dari umrah pada tahun 2008 .

Begitu juga dengan minyak atar dari botol kecil besar jari kelingking samapailah ke botol yg besar. Membeli minyak atar ini bukan kerana bentuk botolnya, tapi baunya. Kalau saya ke pasaraya mydin saya akan beli sekurang kurangnya 5 jenis bauan yg berlaian seperti malaikat subuh, Hasanah Bolkiah, Osama, Mawar, Kasturi dan bunga tanjung.

Kalau hari jumaat pula pergi ke masjid sebelum waktu jumaat saya akan pergi juga ke masjid semata mata nak beli minyak atar yang original, ramai org berniaga di pintu masuk pagar masjid dan gerai yg jadi kesukaan saya ialah gerai minyak atar dan kata penjual minyak atar yg di jualnya adalah asli. Dan saya juga suka beri minyak atar kepada sesiapa saja terutama kalau di pagi raya saya akan sediakan 2 atau 3 dozen minyak atar yg kecil kecil dan beri pada anak dan anak buah.

Pada tahun 2007 saya telah menerima sebotol minyak atar yg asli dari Hj Muhammad yg di terima dari bossnya di telaga Biru iaitu Hj Wahab dan bauanya ialah "kelambu Kaabah" dan sampai ke hari ini minyak atar tersebut tidak surut surut walau di pakai setiap hari dan harumanya kalau pakai di waktu pagi boleh sampai ke petang.

Salah seorang anak saya telah memakainya dan terjatuhlah dia punya pencalitnya lalu patah dan sampai kehari ini anak yg mematah pencalit minyak atar tersebut sudah tidak berani memakainya lagi, tak tahu kenapa. agaknya rasa bersalahlah tu. tapi saya tidak marah pun. Saya harap anak saya minat minyak atar itu akan jadi saudagar minyak atar, boleh kan Abot.

Haji Wahab yg baik hati ini adalah seorang pemurah, suka sedekah, bekerja keras dan amalan harianya ialah solat dhuha dan beliau sudah pun jadi saudagar buku.

Tuesday, February 17, 2009

Susu Getah

Zaman dulu dulu kebanyakan orang pandai menoreh getah, yg mana merupakan pendapatan utama hasil dari menjual getah, samada getah keping atau pun getah sekerap. Dan saya pun pernah melihat bagaimana ayah dan emak saya menoreh getah.

Pada hari ini harga getah sudah mengikut pasaran saham ...menjunan, kesian orang kampung yg meyara keluarga dengan menoreh getah untuk mendapat sedikit hasil pendapatan untuk makan dan belanja anak sekolah, ialah apa boleh buat sudah begitulah putaranya dan harga getah pernah juga naik melambung pada masa itu orang yg memiliki ladang getah kaya sekejap, ramai juga yg balik kampung hujung minggu kerana menoreh getah.

Kepada orang yg mengharapkan hasil getah untuk mencari sesuap nasi pada hari ini harus bersabar dan berjimat cermat dan insyallah dalam sedikit masa lagi mungkin harga getah akan naik semula. OK berbalik kepada cerita getah ini saya pernah membawa anak anak pergi melawat ladang getah di kampung neneknya Titian Bintagor, Lubok China Melaka, tujuanya untuk menunjukan kepada mereka apakah yang dikatakan pokok getah, dan bagaimana getah di hasilkan.

Dalam kami meronda ronda ladang getah sambil menerangkan kepada mereka asal usul getah dan bila getah di bawa masuk ke tanah melayu serta kenapa getah boleh hidup di Malaysia. Tiba tiba salah seorang anak saya bertanya pada abuyanya ''susu getah boleh minum ke?" soalan itu datang dari anak yang berusia 11 tahun, terkejut juga bila soalan seperti itu datang dari seorang kanak kanak yg hidup di zaman teknologi ini.

Soalan kedua pula datang dari anak yang lain "buah getah boleh makan ke?" Tergaman juga bila soalan begini di ajukan kepada kita. Saya rasa anak anak anda pun sama juga dengan anak saya sangat cetek pengetahuanya tentang kehidupan di kampung. Itu belum lagi di bawa ke sawah untuk melihat padi dan kelaut untuk melihat nelayan menangkap ikan atau kehutan menengok orang berburu ayam hutan atau kancil.

Pendedahan harus di ketengahkan supaya anak anak yang berteknologi tinggi di zaman ini tahu sejarah dan bagaimana sesuatu perkara di hasilkan dan mereka ini tidak buta dengan kesusahan nenek moyang atau ibubapa mereka.

Saturday, February 14, 2009

JADILAH ORANG YANG BAIK BAIK

Setiap pagi mesti minum teh tarik kurang manis dengan roti canai/roti pisang di kedai maplai, dan rutin ini termasuklah pada hari sabtu dan ahad. Jam 7.00 pg tengok TV 1 siaran langsung dari Taman Tasik Titiwangsa. Seorang motivator membincangkan tajuk kenapa mesti ikut barat dan ini saya copy tulisan dari blognya yang di tulis sebelum pergi ke RTM.

SALAHKAH BUDAYA BARAT?

Budaya ialah identiti sesuatu kaum atau masyarakat. Masyarakat meniru sesuatu kaum kerana pengaruh kaum itu dominan atau kaum itu dianggap maju atau menjadi ikon. Penyebar budaya ialah penjajahan, media dan pelancongan. Budaya Barat yang kita ikut ada 3 keadaan:

Budaya Barat yang kita ikut ada 3 keadaan:

1. Yang menyentuh ibadah:
Haram diikut.
Misal: Perbuatan yang menyerupai ibadah seperti perbuatan, pakaian, tempat bagi agama lain.

2. Yang berkaitan ilmu, kemajuan dan teknologi:
Harus diikut kerana semua ilmu dan perkembangan ilmu itu pada kakikatnya semua dari Allah belaka.

3. Yang berkaitan ketamadunan, budaya, kehidupan seharian & akhlak:
Harus diikut selagi tidak menyalahi syariat dan tidak memudaratkan diri dan orang lain dan dari segi moralnya tidak bertentangan dengan budaya sendiri. Misal budaya kerja, keprihatinan, sikap untuk cemerlang, motivasi dan daya saing.

Pertentangan Barat ialah pertentangan pada akidah dan ibadah. Selain itu nilai sama.

Islam mengajar sunnah Rasulullah SAW menjadi budaya. Orang Barat sendiri menukar budaya mereka mengikut sunnah apabila menganut agama Islam.

Budaya yang merosakkan misalnya budaya hedonisme (hiburan), seks bebas, pemujaan material dan pepecahan sifat kekeluargaan.


BUDAYA MELAYU HARI INI SEBAHAGIANNYA TERBENTUK SELEPAS KEDATANGAN ISLAM.

Budaya yang bertentangan dengan Islam tetap tertolak.(credit to blog haji Muhammad Zakarai.blogspot.com)

Pagi Ahad ini tidak ramai yg mengunjungnya mungkin org masih tidur atau buat sarapan di rumah. Ketika minum saya lihat beberapa orang tianghua yang berusia dari 14 tahun hinggalah 80 tahun sedang memasang khemah dan mengangkut kerusi meja, kotak kotak serta botol dan tin tin. Beberapa orang yang lain pula berdiri didepan meyambut barang barang yang turun dari kereta yang berhenti mengeluarkan kotak kotak dan plastik yang berisi barang yang terpakai dan barang yg tidak di perlukan di rumah.

Ooo, kerja kebajikan rupanya. Patutlah bangsa asing boleh maju, berjaya dan mampu membawa perubahan rupanya mereka ini tidak banyak memikirkan untuk menjatuhkan orang, tidak bercakap kosong, tidak hasad dengki, tidak memaki hamun orang dan tidak berbalah sesama sendiri.

Ini saya lihat dari dulu lagi bila di saya bergiat aktif di perkampungan orang Asli di Kg Merbau, saya lihat ada ada seorang yg beragama kristian yang cukup perihatin dan menjaga kebajikan orang asli di kg tersebut, sehinggakan semua harta benda yg ada padanya di infakan kepada penduduk org asli tersebut termasuklah rumahnya di jadikan tempat pertemuan para belia orang asli, keretanya kemudahan untuk org sakit atau apa apa keperluan yg memerlukan pengangkutan kemudian di sediakan kedai runcit yg boleh org asli berhutang dan sekali sekali meyediakan minuman mabuk secara percuma kpd org asli tersebut dan tanpa di sedari oleh org ramai maka orang asli di kg tersebut telah murtad walaupun telah di Islamkan.

Pada hari ini bila saya cuba untuk mempegaruhi orang asli tersebut, dia akan menganggu setiap program yg saya jalankan dan pernah satu ketika dia memberi isyarat supaya pihak kami tidak meneruskan usaha tersebut. Saya harap para remaja dan juga sesiapa harus mengambil satu iktibar yg serius tentang tentang agenda ini. Dan jadikanlah usaha kebajikan ini untuk melatih kita jadi orang yang baik baik di hati orang dan di mata masyarakat.

Friday, February 13, 2009

Tangisan di hatiku (Bab 2)

Penglibatan saya dengan kaum peribumi bukan sesuatu yang baru, malah semenjak usia 6 tahun lagi saya sudah mula bergaul dan berkawan dengan mereka, ini adakah kerana ayah saya adalah sorang jurukur yang banyak mengunakan perkhidmatan kaum orang asli untuk masuk kehutan dengan tujuan mengukur tanah dan meletakan batu pancang.

Saya sering mengikut ayah pergi kerumah orang asli dan berkawan dengan anak anak mereka serta kadang kala itu makan minum juga dirumah mereka, ayah akan datang kerumah mereka untuk berunding untuk memberi kerja. Masih saya ingat lagi iaitu ada seorang kaum peribumi wanita yang baik dan ketika itu usia saya baru 8 tahun dan namanya"Lubuk" usianya ketika itu sudah 70 an .

Setiap kali ayah datang kerumahnya pasti di hidangkan rebusan ubi kayu dan air kopi dan ayah pula mesti membawa sekotak rokok dan seikat daun rokok pucuk serta sebungkus tembakau. Saya pun akan menikmati ubi kayu rebus dan air kopi walau emak sering melarang jangan makan rumah orang asli katanya orang asli ini pandai buat racun, itu fahaman orang melayu kepada orang asli, tapi sebenarnya tidak.

Setelah zaman berlalu dan masa beredar maka banyak perkara yang seakan kita lupakan dan tidak mahu ambil kisah serta orang akan meyibukan dirinya dengan kehidupan mereka. Sebenarnya dalam kehidupan ini guru yang paling banyak mengajar kita adalah pengalaman dan peristiwa. Manusia ini dilahirkan ke dunia pun terbagi kepada 3 ketegori iaitu:
  1. Manusia yang mencipta sejarah dan peristiwa
  2. Manusia yang mengambil kira setiap perkara yang berlaku dengan memberi pertolongan atau merasa simpati
  3. Manusia yang tidak mempedulikan langsung apa jua yang berlaku diatas dunia ini. Anda dimana?
Berbalik kepada cerita yang ingin saya paparkan ini ialah semenjak saya dengan beberapa orang sukarelawan menawan perkampungan orang asli di Kg Merbau ini dapat saya rasakan bahawa ketidak pedulian orang keliling terhadap mereka. Kata masyarakat keliling mereka ini masih lagi berpegang kuat tradisi cara kehidupanya walaupun mereka tahu hidup mereka ini telah berada di zaman moden dan teknologi serta zaman canggih iaitu dunia di hujung jari sahaja, tapi mereka tidak memerlukan pada semua itu.

Bila saya meneruskan usaha untuk menpegaruhi mereka kembali ke pangkal jalan maka barulah saya tahu bahawa mereka ini perlukan "perhatian" dan mahu berkawan mesra serta menolong bantu di samping mendengar pandangan dan pendapat mereka. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Tok Empat Kampung Serengkam yg sentiasa memberi laluan kepada Persatuan yang di bawah pimpinan saya untuk meneruskan satu misi dakwah ini iaitu berhasrat untuk membawa mereka kembali ke ajaran Islam yg pernah mewarnai kehidupan mereka sebagai manusia yang beragama dan beriman kepada Allah.

Setiap kali saya dtg untuk menjengok di Kg Merbau hati saya akan terusik dan terasa saya orang paling daifnya serta sangat lemah. Kenapa? Iya, bila orang Asli yang dianggap sebagai orang yg tidak bertamadun dan tidak mengikut peredaran zaman telah membatukan diri dan perasaan mereka bila di ajukan bab agama. Saya rasa bahawa kecanggihan teknologi tidak membawa apa apa makna jika semakin hari makin ramai org yg tidak mahu mengikut ajaran Islam dan gejala sosial kian tidak terkawal dan berbagai fitnah dan kemungkaran sentiasa memburu kita.

Kini usaha untuk membawa mereka kembali semula kepada agama Islam bukanlah terlalu sukar, tapi kita ini terlalu berkira kira dan terlalu memikir ketidak sempurnaan mereka dan kita terlalu asyik dengan dunia yg kita bikin sendiri seperti menjaga harta, keluarga, pangkat dan kuasa kita dan kita lupa bahawa ada tanggungjawab yg mesti kita selesaikan iaitu bawa balik mereka kepangkal jalan dengan apa jua carapun kerena mereka ini pernah mengucap dua kalimah syahadah.

Tapi mereka ini di tinggalkan tanpa di didik dan di asuh dengan tauhid, fekah dan sirrah walau yang asas. Mereka ini terbiar. Tiada siapa yang mahu meneruskan usaha sesudah mengislamkan mereka serta mahu bertanggungjawab keatas mereka.

Dalam masa terdekat ini saya meyeru kepada sekelian sahabat dan teman, bantulah kami untuk meyelesaikan masaalah yg berat ini iaitu membawa mereka kepada ajaran Islam. Kami akan menjalankan usaha ini dengan mengadakan Program Mesra Bersama Kaum Peribumi di Kg Merbau dan marilah kita perangi fahaman mereka iaitu yg tidak mahu beragama.

Ini adalah satu jihad dan perjuangan yg sangat hampir dengan kita itu satu negara dan mereka ini tidak mempunyai sejata dan kurang perdidikan tapi mereka sangat menagih kepada simpati dan perhatian. Jangan kita biarkan hati kita menangis kerana kita tidak mampu, tapi kita harus berjuang untuk memerangi mereka yang murtad ini.

Keupayaaan/Potensi Manusia

Assalamulaikum dan salam sejahtera ,di sini saya ingin membicara serba sedikit tentang keupayaan dan potensi kita sebagai insan atau manusia. Keupayaan atau kemahiran ini mengabungkan segala potensi yang ada dalam diri manusia iaitu pada tahap maksimum sehingga menjadi seseorang itu hebat dalam berbagai bidang.Menurut Howard Gardner dalam bukunya Framer of minds telah mengemukakan teori tentang multiple intelligences (keperbagaian kecerdesan) iaitu kecerdasan merupakan ketrampilan kognitif yg merangkumi kebolehan/keupayaan/bakat atau kemahiran mental yang mana terbagi kepada 8 bahagian

1 Linguistik (Ahli olitik,editor,wartawan,peyair)
* Petah bertutur,berucap,berdebat,berceramah.
* Gemar menulis
* Suka memberi idea
* Suka berbahasa dan berpuisi
* Kebolehan memanipulasi struktur bunyi dan makna bahasa
* Suka mengunakan nemonik (mengunakan daya imaginasi untuk dikaitkan dgn fakta)
2 Logika -Matematik
* Boleh meyelesaikan masaalah berkaitan nombor
* Suka kepada angka atau nombor
* Suka menyoal apa,mengapa,dan bagaimana
* Suka mencari bukti bagi sesuatu perkara yang berlaku
* Boleh membuat perbandingan dan anggaran
* Suka kepada pola dan perkaitan
* Suka mengkategorikanj,mengelaskan,membuat inferens,mengoira dan menguji hipotesis
3 Kecerdasan Visual/Ruang (Pemburu,pemandu pelancung,penghias dalaman,artus,arkitek dan pencipta)
* Suka melihat gambar
* Suka menonton
* Suka melukis
* Boleh membaca pelan,peta,gambarajah,carta
* Boleh menceritkan apa yang difikirkan
* Sensitif terhadap warna,garis,bentuk,ruang dan perhubungan yang wujub di antara elemen elemen tersebut.

4 Kecerdesan kinestatik(Mengeluarkan idea,perasaan,kebolehan mengawal dan tafsir pergerakan objek badan serta mengunakan anggota tangan untuk menghasilkan sesuatu seperti penari,pelakun,ahli sukan, ahli kraftangan,pengukir,pengedali mesin,pakar bedah dan fotografer)
* Suka bersukan
* Tidak suka duduk diam dalam masa yang lama
* Mempunyai kemahiran kraftangan
* Suka aktiviti mencabar
* Suka menari,berlakun dan berlawak

5 Kecerdasan Muzik
(Mengunakan elemen asas muzik,contohnya ahli muzik, komposer,penyanyi)
* Boleh bermain alat muzik
* Suka menyanyi
* Suka menghafal lirik lagu
* Suka belajar dalam situasi yang ada muzik
* Sensitif terhadap irama,melodi,nada bunyi

6 Kecerdasan interpersonal
(Kebolehan terhadap minat,perasaan,keinginan,pemikiran,motivasi orang lain contohnya kaunselor,pakar motivasi,penceramah)
* Suka bergaul
* Boleh menpengaruhi orang lain
* Suka mempunyai ramai kawan
* Bersifat empati
7 Kecerdasan mental
* Mempunyai motivasi dalaman yang tinggi
* Suka bersendirian ketika melakukan kerja yang dimanati
* Mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri
* Mempunyai matlamat dan tujuan hidup
8 Kecerdasan Natural
(Kebolehan mengenali flora dan fauna serta berkebolehan mengunakan kecerdasan secara produktif seperti pekebun, ahli botani dan pencinta alam)
* Mencintai alam sekitar
* Suka kepada keindahan
* Suka kepada keadaan semuala jadi
* Suka memelihara alam
* Suka menanam pokok dan tanaman
* Suka kepada haiwan dan binatang.

Tahu kah di mana kedudukan anda sekarang?benar......oleh itu peliharalah minat,bakat dan kemahiran agar ianya akan menjadi sesuatu yang menarik dalam hidup anda.

Wednesday, February 11, 2009

Tangisan di Hatiku

Untuk menyukakan hati orang tidaklah mudah, malah kita akan sering tersinggung dan kita juga meyinggung. Malah sering di persalahkan serta di perlekehkan. Malah apa yang di rancang atau fikirkan tidak selari dengan apa yang orang mahu dan memuaskan hati semua orang.

Oleh itu dalam mencari haluan ke destinasi untuk menuju cita cita atau hasrat marilah kita tanamkan satu kekuatan dalam hati serta minda. Jangan cepat mengalahkan atau terlepas pandang. Ini semua telah aku tempuhi bila setelah 2 tahun aku menjadi sukarelawan untuk misi kemanusiaan orang asli di Kg Merbau, betapa letihnya, jemu bila setiap usaha, wang ringgit serta pengorbanan yang kita berikan tidak pernah di hargai oleh orang keliling baik dari pihak pimpinan atau masyarakat setempat.

Malah aku sering kali di persalahkan dan cubaan untuk mengagalkan usaha yang telah di tanan. Tapi itu semua tidak memadamkan semangat dan cita cita, malah segala lemparan dan hasutan serta helahan itu dapat di tepis.

Alhamdulillah setelah 2 tahun mengabadi diri untuk membetulkan nawaitu maka pada hari ini hasilnya telah membenih, walaupun belum berbunga dan mereka seperti sudah boleh berunding dan berpakat untuk meyelesaikan berbagai masaalah yang selamanya ini mereka pendamkan.

Dan aku harap satu hari nanti segala usaha ini akan berjaya dan berhasil. Pengalaman banyak mengajar erti sabar dan beralah, malah kasih sayang merupa satu ikatan yang sangat suci membuatkan hati hati yang keras dan kasar akan jadi lembut dan cair.

Dan esok saya akan paparkan kisah "Murtadnya Orang Asli di Kg Merbau".

Saturday, February 7, 2009

Cari Perhatian

Dalam blog wadah cinta solehah saya terbaca sesuatu yg menarik perhatian saya iaitu cari perhatian. Menarik juga faktanya itu pandangan seorang gadis tentang bagaimana seseorang untuk menarik perhatian orang terhadapnya atau mungkin pengalamanya sendiri untuk menarik perhatian orang.

Tapi sebenarnya saya mempunyai pandangan yang berbeza dengan penulis blog tersebut. Saya sendiri mengariskan bahawa keutamaan manusia ini ada didalam surah Al Isra ayat:70;

Firman Allah "Dan sesungguhnya kami memuliakan keturunan Adam dan telah kami sediakan pula bagi mereka kenderaan di darat dan di laut, serta kami berikan kepada mereka rezeki yang baik baik dan kami berikan pula kepada mereka kelebihan yang lebih utama dari kebanyakan makluk yang utama dari kebanyakan makluk yang kami ciptakan"


Dan di sini betapa mulianya seseorang manusia itu di jadikan oleh Allah dengan segalanya dan manusia itu telah di bekalkan dengan sifat kemanusiaan yang sangat indah serta berharga iaitu "akal" dan Syaiditina Aisyah r.a berkata " akal itu ada sepuluh bahagian, lima bahagian nampak secara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak (secara batiniah) dan ada pun yang nampak itu adalah;
  1. Diam. Sabda nabi "Barangsiapa diam, maka selamatlah dia dan barang siapa yang banyak berbicara, maka akan banyak pula kesalahanya"
  2. Sabar
  3. Merendah diri (tawaduk)
  4. Berbuat baik serta di larang membuat yang mungkar
  5. Berbuat amal kebajikan
Ada pun yang tidak nampak;
  1. Berfikir
  2. Memberi contoh/pengajaran
  3. Menganggap dosa sebagai masaalah besar
  4. Takut kepada Allah
  5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkanya.
Dan maka terfikirlah aku bahawa untuk mencari perhatian orang adalah antara satu tugasan yang perlu kepada satu keperibadian yang bukan boleh di buat buat atau di tiru tiru, contoh kalau kita sering sahaja mencela orang, maka kalau jumpa dengan sesiapa sahaja kita akan tetap mencari kesilapan orang dan mungkin membuat sangkaan buruk pada orang dan begitulah sebaliknya. Dan cuba renungkan beberapa bahagian kebaikan yang telah di ciptakan oleh Allah
  1. Cantik
  2. Bercahaya
  3. Bersinar
  4. Bersih
  5. Halus
  6. Lembut
  7. Indah
Dan semua orang akan ketagihkan semua perkara yang tersebut diatas. Dan kalau mahu menarik perhatian orang anda semua mesti mempunyai kebaikan tersebut. Oleh itu marilah kita berbuat sesuatu supaya akhlak kita merupakan daya penarik untuk orang terus mahu bersahabat dengan kita dan jangan sekali kita mencari musuh dan sebelum kita berkata kata atau melakukan sesuatu gunakan "akal" yang telah Allah bekalkan dan binalah peribadi kita dengan semua kebaikan pada keperibadian kita.

Friday, February 6, 2009

Perigi


Pada satu ketika dulu, ketika paip air belum meluas lagi di negara kita, maka kebanyakan rumah akan menguna perigi sebagai sumber bekalan air dan saya pun pernah merasainya hidup mengunakan kemudahan air dari perigi ini.

Dan setiap rumah kalau di kampung pasti dua buah perigi iaitu satu perigi untuk air minuman selalunya perigi ini di gali dalam sedikit dan di hadang dengan zink atau papan takut di masuki oleh binatang peliharaan seperti ayam, itik dan kucing dan satu lagi perigi adalah untuk mandi dan basuhan dan perigi ini akan di gali tohor sedikit tapi besar sedikit permukaanya dan di kedudukanya di bawah dari perigi minum supaya air basuhan atau air mandian tidak masuk kedalam perigi minuman.

Di hari ini bila saya berkunjung ke Acheh Darusalam dan saya melihat kebanyakan rumah rumah di Acheh tidak kira rumahnya di bandar atau di kampung semuanya ada perigi di dalam rumah dan saya pun bertanyalah "kenapa masih guna perigi" dan rata rata menjawab bahawa perigi di dalam rumah ini adalah satu budaya di Acheh dan bagi mereka mengunakan air perigi adalah lebih murah, senang dan bersih dan airnya sangat sejuk dan nyaman.

Perigi yang ada di rumah di Acheh ini ada ketegori juga, kalau keluarga itu orang kaya maka perigi nya di buat dengan cantik dan mengunakan pam letrik atau pam tangan untuk menaikan air keatas, jika orang sederhana atau kurang berkemampuan maka periginya hanya mengunakan timba sahaja untuk menaikan air keatas dan bagi saya mengunakan perigi pun bagus juga kerana airnya dijamin bersih dan segar kerana air nya banyak mengandungi mineral.

Pada hari ini saya masih lagi mencari air dari aliran yang asli, percuma dan sangat sedap rasanya iaitu air dari bukit yang saya ambil di lereng bukit laluan highway balakong. Selalunya saya akan mengambil air ini pada waktu malam dengan membawa botol untuk cukup minum selama dua minggu. Dan sumber air ini tidak pernah kering walaupun pada cuaca panas. Rasanya air bukit ini sama dengan air perigi.

Wednesday, February 4, 2009

Tidur Pagi

Teringat saya pada usia remaja dan saya merupakan seorang gadis kampong yang serba kekurangan. Tinggal di daerah pendalaman dan kurang pergaulan serta tidak begitu suka bercampur gaul dengan sebarangan orang. Itu dulu zaman yang tiada teknologi tapi hari ini anak anak kita berada di lebuhraya tanpa penghujung, jika mahu pergi kemana sekali pun tidak perlu visa dan passport antrabangsa, semua hanya di hujung jari.

Istilah yang paling enak untuk saya beri kan ialah “kampong kabilah”. Hari ini tidak kira anak lelaki atau atau anak perempuan, kehidupan mereka sudah terlalu berteknologi hinggalah menimbulkan ideology yang pantas, ganas, bebas dan tiada batas. Dan jika ada ibubapa yang gagal mendidik anaknya menjadi “insan” maka itu bukan salah anak anak tapi itu juga salah ibubapa kerna memberi habuan kemudahan, kesenangan dan keseronokan.

Tanpa mengisi jiwa mereka dengan sikap kemanusiaan dan keinsanan. Teringat ketika saya remaja dulu sewaktu usia belasan tahun, ibu sentiasa melatih dengan kerja rumah dan menjaga binatang peliharaan serta berusaha untuk hidup serta mampu bertindak serta sentisa menghargai masa. Tapi di hari ini anak anak gadis tidak memperdulikan lagi pakaian mereka sendiri yang tidak berbasuh, makan pun mereka akan makan makanan rengan sahaja dan kalau tidak ada duit hanya beritahu ibubapa sahaja.

Untuk bangun pagi, mereka tidak tahu apa yang harus mereka lakukan, mereka hanya tahu untuk bangun solat subuh, kemudian tidur semula dan bangun semula pun dalam keadaan huyung hayang kerana di datangi mimpi ngeri di pagi hari. Kenapa tidak selepas solat subuh, buat sarapan, basuh baju dan bersihkan rumah? Itukan lebih baik dan lebih memberi kesan kepada peribadi?

Kedaan ini berlaku jika anak anak mula jauh dari ibubapa atau pun kalau di rumah ibubapa sibuk maka terjadilah anak gadis yang sangat lemah dalam kehidupanya dan anak remaja yang tidak tahu menguruskan kehidupan.

Oleh itu saya sangat berpesan kepada anak anak gadis dan anak bujang supaya menafaat masa kerana jika kalau kita tidur sepanjang pagi adalah sangat rugi. Dan seharusnya anak anak perlu ingat kita boleh mengadap kumputer sampai 4 -6 jam dalam satu satu masa sedangkan untuk melakukan keperluaan kehidupan kita dalam masa 1 jam pun kita tidak ada masa. Oleh itu anak anak semua harus menjalani kehidupan ini seperti manusia yang di berkati usia dan berbakti kepada diri, keluarga, bangsa dan agama.