Friday, February 6, 2009

Perigi


Pada satu ketika dulu, ketika paip air belum meluas lagi di negara kita, maka kebanyakan rumah akan menguna perigi sebagai sumber bekalan air dan saya pun pernah merasainya hidup mengunakan kemudahan air dari perigi ini.

Dan setiap rumah kalau di kampung pasti dua buah perigi iaitu satu perigi untuk air minuman selalunya perigi ini di gali dalam sedikit dan di hadang dengan zink atau papan takut di masuki oleh binatang peliharaan seperti ayam, itik dan kucing dan satu lagi perigi adalah untuk mandi dan basuhan dan perigi ini akan di gali tohor sedikit tapi besar sedikit permukaanya dan di kedudukanya di bawah dari perigi minum supaya air basuhan atau air mandian tidak masuk kedalam perigi minuman.

Di hari ini bila saya berkunjung ke Acheh Darusalam dan saya melihat kebanyakan rumah rumah di Acheh tidak kira rumahnya di bandar atau di kampung semuanya ada perigi di dalam rumah dan saya pun bertanyalah "kenapa masih guna perigi" dan rata rata menjawab bahawa perigi di dalam rumah ini adalah satu budaya di Acheh dan bagi mereka mengunakan air perigi adalah lebih murah, senang dan bersih dan airnya sangat sejuk dan nyaman.

Perigi yang ada di rumah di Acheh ini ada ketegori juga, kalau keluarga itu orang kaya maka perigi nya di buat dengan cantik dan mengunakan pam letrik atau pam tangan untuk menaikan air keatas, jika orang sederhana atau kurang berkemampuan maka periginya hanya mengunakan timba sahaja untuk menaikan air keatas dan bagi saya mengunakan perigi pun bagus juga kerana airnya dijamin bersih dan segar kerana air nya banyak mengandungi mineral.

Pada hari ini saya masih lagi mencari air dari aliran yang asli, percuma dan sangat sedap rasanya iaitu air dari bukit yang saya ambil di lereng bukit laluan highway balakong. Selalunya saya akan mengambil air ini pada waktu malam dengan membawa botol untuk cukup minum selama dua minggu. Dan sumber air ini tidak pernah kering walaupun pada cuaca panas. Rasanya air bukit ini sama dengan air perigi.

No comments:

Post a Comment