SALAHKAH BUDAYA BARAT?
Budaya ialah identiti sesuatu kaum atau masyarakat. Masyarakat meniru sesuatu kaum kerana pengaruh kaum itu dominan atau kaum itu dianggap maju atau menjadi ikon. Penyebar budaya ialah penjajahan, media dan pelancongan. Budaya Barat yang kita ikut ada 3 keadaan:Budaya Barat yang kita ikut ada 3 keadaan:
1. Yang menyentuh ibadah:
Haram diikut.
Misal: Perbuatan yang menyerupai ibadah seperti perbuatan, pakaian, tempat bagi agama lain.
2. Yang berkaitan ilmu, kemajuan dan teknologi:
Harus diikut kerana semua ilmu dan perkembangan ilmu itu pada kakikatnya semua dari Allah belaka.
3. Yang berkaitan ketamadunan, budaya, kehidupan seharian & akhlak:
Harus diikut selagi tidak menyalahi syariat dan tidak memudaratkan diri dan orang lain dan dari segi moralnya tidak bertentangan dengan budaya sendiri. Misal budaya kerja, keprihatinan, sikap untuk cemerlang, motivasi dan daya saing.
Pertentangan Barat ialah pertentangan pada akidah dan ibadah. Selain itu nilai sama.
Islam mengajar sunnah Rasulullah SAW menjadi budaya. Orang Barat sendiri menukar budaya mereka mengikut sunnah apabila menganut agama Islam.
Budaya yang merosakkan misalnya budaya hedonisme (hiburan), seks bebas, pemujaan material dan pepecahan sifat kekeluargaan.
BUDAYA MELAYU HARI INI SEBAHAGIANNYA TERBENTUK SELEPAS KEDATANGAN ISLAM.
Budaya yang bertentangan dengan Islam tetap tertolak.(credit to blog haji Muhammad Zakarai.blogspot.com)
Ooo, kerja kebajikan rupanya. Patutlah bangsa asing boleh maju, berjaya dan mampu membawa perubahan rupanya mereka ini tidak banyak memikirkan untuk menjatuhkan orang, tidak bercakap kosong, tidak hasad dengki, tidak memaki hamun orang dan tidak berbalah sesama sendiri.
Ini saya lihat dari dulu lagi bila di saya bergiat aktif di perkampungan orang Asli di Kg Merbau, saya lihat ada ada seorang yg beragama kristian yang cukup perihatin dan menjaga kebajikan orang asli di kg tersebut, sehinggakan semua harta benda yg ada padanya di infakan kepada penduduk org asli tersebut termasuklah rumahnya di jadikan tempat pertemuan para belia orang asli, keretanya kemudahan untuk org sakit atau apa apa keperluan yg memerlukan pengangkutan kemudian di sediakan kedai runcit yg boleh org asli berhutang dan sekali sekali meyediakan minuman mabuk secara percuma kpd org asli tersebut dan tanpa di sedari oleh org ramai maka orang asli di kg tersebut telah murtad walaupun telah di Islamkan.
Pada hari ini bila saya cuba untuk mempegaruhi orang asli tersebut, dia akan menganggu setiap program yg saya jalankan dan pernah satu ketika dia memberi isyarat supaya pihak kami tidak meneruskan usaha tersebut. Saya harap para remaja dan juga sesiapa harus mengambil satu iktibar yg serius tentang tentang agenda ini. Dan jadikanlah usaha kebajikan ini untuk melatih kita jadi orang yang baik baik di hati orang dan di mata masyarakat.
No comments:
Post a Comment