Foto : Ini adalah sebuah Pusat Islam di Vietnam
Surau,Masjid,Madrasah atau apa saja yg berkaitan dengan tempat ibadah atau tempat pengajian agama di akhir akhir ini kelihatan lenggang,sepi dan suram aje. Tapi kalau di tempat seperti Dataran Merdeka, KLCC, Chow Kit ,Jln Tunku Abdul Rahman pada hari pasar malam, Bukit Bintang,kelab malam atau disko disko ya Allah bersesak sesak, tak tau dari manalah umat manusia ini menjelma.
Foto : Terlalu ramai umat Islam di muka bumi, tapi bila sembahyang tidak ramai
Sedih saya tengok bila saya singgah solat di surau di Hulu Langat, cantik,bersih dan lengkap segalanya tapi bila masa solat fardhu hanya 3 orang aje, sedangkan berhampiran dgn surau ada rumah setinggan, ada rumah Flat dan yang paling enaknya ada rumah banglo. Tapi bila solat zuhur tidak ada siapa mahu menjengah.
Sibuk agaknya atau tidak dengar azan. Sedih sangat saya rasa. Masa itu juga saya tengok ramai anak anak remaja lelaki baru balik dari sekolah. Mereka buat tak pandang aje surau.
Bagaimana ye nak tanam Cinta Ibadah pada remaja ini , pada bapak remaja dan atok remaja yg sedang menunggu malaikat maut tu.Kalau anda tahu bagaimana para sahabat di Zaman Nabi dulu tidak pernah pun solat di rumah. Jika adalah ketikanya mereka sesekali terpaksa solat di rumah mereka akan rasa sangat meyesal dan ada yang sanggup menjual harta bendanya kalaulah kerana harta benda itu punca mereka tidak dapat berjemaah.
Foto : Ini pemandangan di sebuah Masjid di Kemboja, kalau masa orang mahu sedekah pada mereka di masjid, ramai yg datang. Tapi kalau di ajak sembahyang di Masjid tidak 10 orang yg datang.
Setiap hari ada sahaja surau di perbaharui, masjid di buat baru dan kalau tidak cukup kipas sekarang aircond sudah masuik masjid. Cuba kita tinjau Masjid Wilayah yag sangt indah dan cantik tu, kalau masa solat tidak sampai satu saf, tapi kalau ada kenduri kendara khawin di dewan masjid waah sampai tidak cukup kerusi jemputan datang.
Oleh itu marilah kita kuat jiwa, beserta anak anak datang ke Masjid,Surau untuk beribadat
No comments:
Post a Comment