Foto : Kami melatih anak anak supaya simpati dengan orang yang susah.Bantulah mereka dan jangan tunggu anda jadi jutawan baru mahu membantu. Ingatlah apa yang kita miliki bukan milik kita.
Semenjak penglibatan saya dalam dunia sukarelawan pada tika usia 13 tahun lagi hinggalah pada usia saya sebegini belum ada lagi kepuasan yang saya kecapi dalam erti kata "membantu" kadang kadang saya berusaha untuk membantu orang memerlukan bantuan dan pertolongan tapi dalam pada ketika itu jugalah datang cemuhan dan cacian serta kata kata menghina dan mengejek.
Foto : Kejadian ini adalah ujian dari Allah buat hambanya.
Bila berdepan dengan situasi begini rasa diri ini seperti orang yang yang tidak berguna. Usaha yang di buat tidak di nilai oleh orang atau tidak di hargai.
Saya dan rakan sukarelawan sering membuka kaunter mencari bantuan seperti ubat ubatan, pakaian, selimut dan kewangan. Ada orang terus saja menghulur bantuan dengan tidak banyak kerenah, ada mengatakan simpati, ada yang memberi sokongan moral dan ada membancuh saya dengan kata kata pedas dan pedih bila di dengar. Dan last sekali barulah dia memberi. Pengalaman ini saya sering lalui.
Foto : Ini saya saksikan sendiri, betapa dahsyatnya ujian dari dari Allah. Kita ini adalah insan yang sangat lemah. Janganlah kita angkuh, sombong dan takabur. Balasan Allah itu tidak mengira apakah kedudukan kita, darjat kita atau kehebatan kita. Muhasabahlah diri anda.
Ini asam garam orang seperti saya ini. Ada lagi pengalaman yang sangat memuakkan saya ialah bila kaunter kutipan barangan ini di buka. Maka kaunter kami akan jadi seperti tempat pembuangan sampah dan datanglah berkotak kotak baju koyak rabak, pakaian dalam yang sangat memalukan, tuala yang layak jadi pengesat kaki depan tandas, kasut sekolah yang dah buruk,telekung yang berubah warna, seluar jeans yang dah carik carik dan macam macam lagi.
Tapi jangan anda tak tau ada juga yang memberi telekung yang belum di buka lagi bungkusan dan masih terlekat lagi harganya RM 80 dan t-Shirt yang baru dan kain batik sekudi. Ha ini telatah orang oarang yang ingin menyumbang. Walau apa pun keadaan saya tetap menadah tangan untuk membantu orang orang yang sangat memerlukan bantuan ini. Malam tadi Khamis malam jumaat saya telah membuka kaunter kutipan di Surau an Nur Bandar Baru Bangi untuk Misi Kemanusiaan Gempa bumi di Jawa Barat. Terkejut juga saya dengan limpahan pakaian hinggakan saya terpaksa meyewa lori untuk membawa barang balik kemarkas saya di Jalan Reko.
Foto : Mayat terapung apung dalam sungai. Insaflah.
Dan hebahan bantuan kewangan pun mendapat sambutan yang baik juga dengan kutipan sebanyak RM 1570, saya mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Tuan Hj Ghazali yang sentiasa menyokong saya semenjak bertahun tahun dulu lagi hinggalah kehari ini dan seluruh dermawan yang baik hati. Sasaran saya ialah RM 10,000 untuk mengadakan majlis hariraya di tempat kejadian gempa bumi di Tasik Malaya dan majlis hariraya untuk Kg Pisangan, di Ciputat Jakarta yang terbakar baru baru ini. Saya harap sasaran saya ini menjadi kenyataan sebelum saya bertolak pada 3 hariraya ini.
Saya harap anda semua sudi menyumbang untuk keperluaan mereka yang begitu mendesak terutama di Jawa Barat itu yang mana rumah mereka ranap semuanya dan saya harap mereka turut bergembira dengan menerima sumbangan pakaian raya dan duit raya dari anda semua.
Saluran mudah anda
No Akaun : 2-00-5561-00001319-0
Nama Akaun : Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA)
Bank : Agro Bank
Atau
No Akaun : 164025021721
Nama Akaun : Rusnah Abu Samah
Bank : Maybank
Atau
No Akaun : 1207-0022907-72-9
Nama Akaun : Rusnah Abu Samah
Bank : Muamalat.
Terima kasih di atas sumbangan anda.
No comments:
Post a Comment