Wednesday, January 7, 2009

Secangkir Kopi dan Seteguk Darah

Malam itu aku masih di kedai kopi
menghirup kopi dan melahap roti bakar
Bersama teman dan sabahat
Sambil duduk aku mengerling pada TV besar
lihat sebuah berita terkini

ooooo... lupa aku bahawa ada
Insan di bumi Palestine tengah meratap ratap pilu dan sedih
Seorang wanita mencari anak gadisnya yg hilang
Dalam timbunan bangunan runtuh
Dan Peluru bersimpang siur berdesir ditelinganya
Dia terus menjerit dan meraung meraung di atas kehilangan itu
Dan wanita itu berlari lari tanpa arah
Mencari anak lelakinya yg masih kecil
Telah terlepas dari pautan tanganya
Dan
Dilihatnya di celah gelimpangan mayat kanak itu ada seorang mayat kanak sambil tangan memegang senapang maian,itulah anaknya
Dan dia terus menangis serta menampar mukanya
Mencari suaminya dan di lantai di lihatnya tetesan darah
Syahid... syahid... syahid.... jeritnya
aku hirup lagi kopi yg tinggal setengah,panas
Dan aku kunyah roti bakar
Temanku sibuk megetip laptopnya
Dan Tv terus menyiarkan lagi
Setiausha agung Amerika berkata kata
Sedang mencari formula mahu untuk keamanan
aaah........berkata atas kuasa veto
Hanya sebuah lapuran
Tidak pernah ada satu pakatan
Hanya sekadar mahu buat ulasan
Biar dunia tahu bahawa tugasnya tidak berakhir
Obama akan meyambung................
Dan katanya setiap keputasan harus di patuhi
Dan lihat sahajalah......peperangan itu dan untuk siapa
Aku hirup lagi baki kopi
Nikmatnya...............rasa,tiada apa nak risaukan
TV itu terus menayangkan gambar
Seorang lelaki sedang mengusung mayat sahabatnya
Yang berlumuran darah
Kepalanya telah terkulai
Yang lain lain sedang menjerit jerit
Mencemuh dan memohon pertolongan
Dan manusia di bumi Palestine sangat gawat
Demtuman bom seperti membelah bumi
Peluru seperti angin membedil musuh dan lawan
Terdengar orang di sebelah meja aku berkata
Biasalah bila dalam peperangan
Mati,cedera dan gawat
Inilah kejadianya kalau rundingan tidak selesai
Yang lain lain sahabatnya tergelak dan semyum sinis
aku masih lagi melihat berita akhir
Ramainya anak anak palestine yg telah jadi mayat
Di aturnya berbaris.................
Sebak meyelinap di dadaku
Kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak kanak?
Kenapa zionis lakukan itu,untuk apa?
Bumi palestine jangan ada bangsa palestine
Bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan
Dan aku memandang sekeliling
Tiada siapa yg mahu ulasan berita itu
Itu di palestine,kita di sini di kedai kopi
Aman......
Dan tiba cawan aku terjatuh kelantai
Pecah,berderai serpihan kaca bertaburan
Ini hanya sebuah cawan kaca yg sgt murah harganya
Seperti nyawa anak palestine
Dan aku tinggalkan kaca itu
Di manakah aku sekarang ini....
Apakah aku mahu berkira kira
Bercerita perjanjian autonominya
PLO dengan sejarah Yasser Arafat
Atau
Hamas & al Fatah
Kini semuanya boleh berbicara
Tapi siapa yg pegang sejata dan siapa mati?
Siapa yang mara dan siapa yg kecundang
Korban tidak mengenal lawan dan kawan
Kanak,wanita dan org berdosa
Caturan dalam peperangan
Dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat saksi sebuah jihad
Dihati atau dimataku.

No comments:

Post a Comment