Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman. Iaitu zaman sekolah ku yg penuh dengan dugaan dan cabaran yg sehingga kehari ini tidak dapatku lupakan iaitu waktu sekolah rendah. Aku masuk darjah satu pada bulan enam pd tahun 1968, aku ingat akulah org yg paling lambat masuk sekolah, rupanya ada dua org kawan aku masuk sekolah pd usia lapan tahun darjah 2, waktu itu lepas banjir besar dan aku masuk sekolah tanpa ada surat pengenalan semua harta benda dan rumah hanyut oleh banjir, tinggal hanya baju di badan sahaja (surat beranak, ayah ambil surat beranak bila aku dah masuk darjah 3).
Aku masih ingat guru kelas pd masa itu namanya Cikgu Khatijah, cantik tapi kurus dan garangnya bukanlah main, rotan sentiasa di tangan. Dia mengajar budak budak pada masa itu dengan penuh berhikmah,diajarnya A- Z selama dua bulan dan dia selalu jadikan alam sebagai alat bantuan mengajar, sebab itulah kanak kanak di masa itu jiwa mereka sangat lembut dan senang di bentuk oleh guru kerana guru selalu mengunakan kebesaran dan kehebatan Allah untuk memberi gambaran yg sebenar (Terima kasih Cikgu Khatijah).
Pada tahun berikutnya aku naik darjah 2, aku hanyalah murid biasa sahaja iaitu suka main main waktu belajar dan aku sangat simpati dengan diriku sendiri kerana walaupun waktu itu adalah zaman susah yg aku kira ayah cari rezeki "kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang"Ayah tetap tabah meyekolahkan kami adik beradik dan aku rasa anak anak aku tidak akan menikmati kesusahan itu.
Aku dari darjah 3 hinggalah darjah 5 aku hanya ada sepasang baju sekolah sahaja, nasib baiklah badan aku tidak besar cepat sebab makan kurang zat. Dan pernah satu ketika kasut sekolah yg aku pakai telah koyak dan aku telah buat helah tidak mahu kesekolah, ayah aku tahu helah itu, tapi akhirnya ayah pergi jual ayam dan beli kasut sekolah (kasut getah warna putih, org pakai pergi motong getah, harganya RM 1.9o sahaja sedangkan kasut sekolah bata RM 2.90) aku nangis tak mahu kasut itu, ayahku marah dan aku kena rotan, akhirnya aku kesekolah pakai selipar jepun,sampai sekolah cikgu rotan sebab pergi sekolah pakai selipar, aku redha dan esoknya aku pakai juga kasut getah itu dan aku pakai sampai kasut itu koyak.
Hari ini bila aku hantar anak nak pergi sekolah, aku akan pastikan duit untuk beli stokin, kopiah, kasut atau alat tulis mesti cukup dalam beg duit aku, kerana aku tidak mahu nasib anak aku sama dengan aku. Dan ingatan yg sangat manis ialah apabila balik dari sekolah ayahku akan asah pensil aku guna pisau belit sampai tajam iaitu dua batang (satu panjang sikit dan satu lagi yg dah kontot) dan di kepala pensil yg panjang itu dia lilitkan getah, katanya kalau pemadam hilang sapu aje guna getah ini.
Dan yg bestnya ayah ajar aku jadi manusia pemurah, setiap hari ayah akan beri 20 sen sahaja untuk belanja sekolah sehinggalah aku aku darjah 5 dan katanya 15 sen aku belanja dan 5 sen lagi beli gula gula dan beri pada kawan kawan dan sikap ini telah ayah tanam dlm diriku hinggalah aku sudah berusia begini aku akan pastikan rezekiku akan dikongsi dengan org lain dan aku tidak meyimpan harapan untuk menyimpan rezeki itu untuk hari esok.
Aku tawakal, bagus tau tawakal ni, rezeki itu datang tanpa diundang melimpah, rezeki datang tanpa di duga (terima kasih ayah), dan ayah tidak pernah berkata tentang "wang simpanan" jadi aku pun sampai kehari ini tidak ada meyimpan wang.
Kini aku sangat teruja dengan kegigihan org yg rajin menuntut ilmu tanpa jemu dan mengali pengetahuan tanpa penghujung,sebenarnya ilmu itu bukan di buku sahaja, tapi kita mesti belajar dari alam, dari kesusahan dan pengalaman itulah guru dan ilmu.
Al Fatihah buat ayah, lelaki di sebalik diriku dan bonda ku Ratu Hatiku Serta Guruku, lubuk ilmuku dan Syukurku di atas Nikmat, Rahmat dan RahmanMu.
No comments:
Post a Comment