Sempena tahun baru 2009 ini, aku ingin membuka satu lagi LAMAN BLOG untuk tatapan semua yg sudi atau sedia membaca, memberi komen dan pendapat. Bagi aku dalam hidup ini tidak ada yang RAHSIA dan tidak ada yg menarik atau apa apa yang hendak di sembunyi dari org atau lain lain makluk.
Kenapa blog baru ini aku mahu adakan? kerana aku ada 3 org anak perempuan dan semuanya dari tingkatan satu lagi dah masuk asrama, bukan apa segaja nak suruh mereka ni berdikari atau belajar menguruskan dirinya sendiri atau perhatikan bagaimana org menguruskan kehidupan mereka tanpa bantuan ayah ibu atau pengasuh. Bila dah masuk asrama maka mereka ini tidak ada latihan jadi PAKAR MASAK (Cuma istilah aje) kalau goreng ayam, ayam jadi hangus, kalau siang ikan, isang tak buang, ekor tak potong dan kelar pun tidak, kalau di suruh buat teh tarik kegemaran aku, kalau tak pahit, manisnya masayalah.
Sebab apa jadi begitu? banyak faktor tau, malas pun ya, tak biasa pun ya, tak tahu buat pun ya, tak minat pun ya. Jadi sekarang ni aku nak latih anak anak gadisku yang tersayang dan seluruh anak gadis atau anak teruna yg sudi belajar, untuk belajar masak yg asas dan kenal bahan bahan atau rempah ratus untuk di masakan atau peralatan dapur serta cerita org tua dulu dulu bagaiman mereka sedap memasak dan berselera org makan di samping itu aku beri petua untuk masak dgn cepat,pantas dan ringkas OK bersama dengan MARI MASUK DAPOR BERSAMA MAK JANNAH, tunggu ya!
No comments:
Post a Comment