Berdetap jantung bila terlihat di dada akhbar hari ini, seorang anak gadis Palestine yang mana badanya tertanam. Betapa kekejaman Yahudi dan Israel ini sudah tidak dapat menilai lagi siapakah lawan dan siapakah korban. Pertumpahan darah di bumi Palestine bukan satu agenda baru bagi zionis, malah airmata orang Palestine sudah kering dan seluruh buminya telah dibasahi darah, siapakah dalang yang sangat kejam ini. Bolehkah Barak Obama berkata kata sesuatu? dan dimanakah sahabat dan jiran rakyaat Palestine ini?.
Dari tahun 1948 lagi rakyaat Palestine sudah mula di usir dari buminya dan mereka telah merasai bahamnya akan peristiwa getir ini akan berlarutan sehingga pada hari ini bila penindasan, ketakutan, penghinaan, pembunuhan mula melanda bumi mereka yg pada mulanya Israel menguasai Tebing Barat Sungai Jordan dan Semenanjung Gaza dan yang lebih malang lagi bila bangsa Palestine ini telah hidup dalam buangan di negara jiran mereka.
Kekejaman Israel ini mula mengundang petaka iaitu pada tahun 1967 apabila perdana menteri pada masa itu Menchem Begin mula memberi ruang kepada bangsanya yahudi laknatullah di Baitumaqdis Timur dan selepas pada itu Baitumaqdis Barat katanya untuk penambahan penduduknya dan akhirnya terus saja di isytiharkan bahawa Baitulmaqdis adalah "Ibu Negara Israel yang abadi" dan peristiwa ini berlaku pada tahun 1980.
Dunia Islam mula membantah, tapi tidak memberi kesan, Begini tetap dgn pendirianya dan dari peristiwa tersebut nyawa sudah tidak berguna lagi buat rakyaat Palestine demi mempertahanakan agama, bangsa dan tanahair mereka dan peristiwa yg memperlihatkan kekejaman zionis ini ialah apabila pada pada 31 ogos 1969 mereka telah membakar masjid al Aqsa dan melakukan beberapa kali di tahun yg berikutnya dan bagi zionis biar bangsa etnik Palestine ini tidak ujub dibuminya.
Dan pada hari ini korban sentiasa meningkat dan korban yg terbesar adalah kanak kanak serta org awam. Kekejaman ini bukan sahaja dilakukan oleh Israel, tapi sekutunya serta peyokongnya iaitu Amerika. Untuk meyelamatkan manusia yg tidak berdosa pada ketika ini anak anak Palestine adalah kanak kanak yg paling malang sekali nasib mereka, kerana mereka seperti menunggu giliran untuk menjadi KORBAN.
Beranikah umat Islam didunia ini mengheret mereka atau meyelamatkan dari panahan peluru dan bom. Nyawa mereka sudah tiada erti lagi buat jasadnya dan tangisan mereka telah berbaur dengan demtuman bedilan musuh. Kini untuk melunaskan sebuah tanggungjawab ini saya akan menubuhkan sebuah Kelab SELAMATKAN ANAK PALESTINE dan akan menlancarkan tabung misi kemanusiaan ini bagi meyelamatkan nyawa yg tidak berdosa ini dan segala bantuan ini akan disalurkan kepada mangsa mangsa terutama kanak kanak.
No comments:
Post a Comment